Kebelakangan ini, ramai yang mengidamkan rumah minimalis, unik, canggih dan moden bak gedung ikea dan rumah-rumah unik yang viral di laman sosial seperti di Instagram dan Pinterest.
Yelah, siapa taknak rumah yang cantik kan? Bagi mereka yang duduk di rumah kampung, sesuai ke nak ikut trend hiasan rumah yang tengah viral dekat sosial media sekarang ni?
Boleh, apa pula tak boleh! Rumah kampung zaman sekarang dah tak lapuk tau, boleh jadi saingan rumah moden dekat bandar tu~
Jom, kita tengok apa yang boleh dilakukan untuk rumah kampung!
Apa konsep yang menarik untuk rumah kampung?
Sebelum kita teruskan, mari kita fahami terlebih dahulu apakah itu rumah kampung!
Apa itu Rumah Kampung?
Rumah kampung adalah struktur bangunan tradisional yang dibina di atas tiang-tiang kayu dengan dinding dan lantai yang diperbuat daripada kayu. Biasanya dilengkapi dengan serambi di hadapan rumah untuk menjamu tetamu atau beristirehat.
Anda boleh menemui rumah kampung di kawasan pedalaman, terutamanya di Negeri Sembilan, Perak, dan Pahang. Kebanyakan daripada rumah ini dibina daripada bahan kayu yang merupakan sebahagian daripada warisan tradisional Malaysia.
Kenapa ianya dicipta sebegitu? Ia mempunyai pelbagai fungsi keselamatan seperti melindungi daripada serangan haiwan liar, banjir, dan pencurian, serta meningkatkan sirkulasi udara.
Walaubagaimanapun, rumah kampung semakin sukar dijumpai kerana kebanyakan daripadanya telah mengalami pembaharuan atau diperbaharui.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk memodenkan rumah kampung anda? Anda perlu ada inspirasi dan idea tentang bagaimana anda ingin mengubah rumah kampung anda!
Dah ada idea ke belum? Jangan risau, kami telah sediakan beberapa di bawah!
Antara Konsep Rumah Moden:
1. Minimalis
Konsep minimalis yang sederhana, tersusun, dan tidak berlebihan sangat sesuai untuk memodenkan rumah kampung.
Kerana tidak memerlukan perabot atau perincian yang banyak dan warna cat juga lebih cenderung kepada warna-warna neutral yang dapat meningkatkan keindahan rumah secara sederhana tetapi menarik.
Konsep minimalis di rumah desa menggunakan asas binaan kayu terilham daripada konsep Rumah Melayu lama dengan sentuhan moden. Selain itu, konsep ini juga sering dijadikan rujukan buat pemilik rumah di bandar, lagi lagi pemilik rumah kondo!
Ideanya adalah untuk mencipta rumah yang cantik, sederhana, tetapi masih dapat mempertahankan nilai-nilai seni warisan yang berharga. Menarik, bukan?
2. Kotemporari
Konsep dekorasi gaya kontemporari menonjolkan keunikan serta memanfaatkan ruang kediaman yang ringkas dengan kemas dan menarik!
Walaupun kelihatan sempit dari luar, tapi sebenarnya ia memberi kesan ruang yang luas, sesuai untuk mereka yang mengutamakan kesederhanaan. Material kayu tetap menjadi tumpuan, diselitkan dengan elemen moden seperti perabot warna-warni, susunan perabot, dan lain-lain.
Gabungan warna asas, warna bumi, dan warna dramatik memberi kesan yang menarik, selaras dengan pemilihan material besi, kaca, dan sedikit sentuhan kayu untuk mencipta konsep kontemporari yang memukau!
3. Stail Kabin
Di Malaysia, rumah kabin atau rumah kontena adalah rumah alternatif yang dibina menggunakan kontena kapal.
Walaupun kecil, rumah kabin ini masih mempunyai unsur tradisional seperti kayu jati dan papan, diselitkan dengan bahan moden seperti batu, simen, dan besi hollow untuk kestabilan.
Dindingnya menggunakan papan fascia dan papan gipsum untuk memisahkan ruang dalam rumah. Dengan kos kurang dari RM65,000, rumah kabin kampung yang terletak di Negeri Sembilan ini siap dalam 5 minggu sahaja!
Sebelum tu, ada ke tips nak loan rumah senang lulus? Mestilah ada~ In shaa Allah tak kena reject!
4. Kotej Inggeris
Konsep Kotej Inggeris (English Cottage) kini pun semakin popular dan rumah kampung anda juga boleh mendapat inspirasi daripada gaya ini.
Dengan reka bentuk tinggi dan curam, serta dinding tekstur batu bata, rumah kampung anda akan kelihatan serba serasi dengan gaya ini. Hiasi ruang dalaman dengan sentuhan ala Inggeris, dah cukup untuk buat rumah kampung anda kelihatan unik dan menarik!
5. Inspirasi Negara Lain
Setiap negara mempunyai ciri unik dalam seni bina mereka, termasuklah dalam reka bentuk rumah! Sebagai contoh, kita ambil inspirasi dari rumah tradisional Jepun yang menarik dan unik.
Reka bentuk kurang bersegi, pintu kaca sorong, lantai kayu, dan konkrit memberikan sentuhan pembaharuan dalam reka bentuk seni bina Jepun. Gabungkan dengan bahan berbatu untuk menarik perhatian.
Konsep ini mengutamakan fungsi ruang dan keselesaan penghuni, sambil menerapkan keunikan konsep Jepun seperti duduk bersila atau bertimpuh di balkoni. Penggunaan warna kuning, putih, krim, dan kelabu akan memperindahkan lagi rumah kampung anda.
Apa-apa Pun, Tepuk Dada Tanya Selera!
Kesimpulannya, perancangan itu penting dalam memodenkan rumah anda. Tentukan sama ada anda ingin membina sendiri atau membeli dari pemaju atau ejen.
Fikirkan konsep yang diinginkan dan tetapkan bajet dengan berhemah. Pastikan anda faham jumlah pinjaman maksimum yang boleh diperoleh dari bank dan buat persediaan dokumen yang diperlukan.
Anda berada dalam lingkungan 20-an dan baru pertama kali nak beli rumah dan rasa macam susah dan mustahil untuk anda? Jom dengarkan pengalaman dari 4 individu yang berjaya beli rumah pertama mereka di usia 20-an ini.
Kami mempunyai perunding hartanah profesional yang sentiasa bersedia dan komited untuk membantu anda dalam mencari rumah idaman. Jadi tunggu apa lagi? Isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!
Baca Selanjutnya:
1. Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT & Semak Syarat Kelayakkan 2024
2. 5 Cara Berunding Dengan Owner Rumah Sebelum Anda Beli Rumah
3. 5 Pelaburan yang Menguntungkan & Selamat untuk Dilabur dari Duit Pencen