Apa itu pencen atau duit pencen?
Pencen atau bersara adalah satu fasa yang ramai orang nanti-nantikan dan hanya sedikit di antara kita yang menggunakannya untuk menjana pendapatan terutama melibatkan diri dalam pelaburan yang menguntungkan.
Pencen merupakan suatu fasa dimana anda sudah tidak perlu bekerja dan hanya menikmati hidup dengan hasil yang diusahakan sejak dari usia muda.
Tidak kiralah samada pencen dari sektor awam mahupun sektor swasta. Jika anda seorang pesara dari sektor awam sudah pastilah anda akan menikmati hasil dari system pencen kerajaan tetapi bagi pesara swasta duit pencen anda adalah dari simpanan anda di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicarum sejak awal pekerjaan anda.
Namun, secara logiknya bagi anda yang hanya mengharapkan wang pencen setiap bulan, adakah ia cukup untuk menyara kehidupan anda selepas bersara?
Ini kerana, anda sudah tidak bekerja dan tiada pendapatan bulanan seperti sebelum ini. Anda bergantung sepenuhnya kepada wang pencen ini untuk menyara kehidupan anda selepas berpencen.
Terdapat banyak pendapat yang berpendapat untuk anda laburkan duit pencen tersebut untuk menggandakannya. Namun begitu, anda juga perlulah berhati-hati memilih jenis pelaburan yang selamat untuk anda.
Berikut adalah 5 jenis pelaburan di Malaysia yang selamat untuk dilaburkan dari duit pencen anda yang boleh anda melabur. Jom lihat pilihan pelaburan di bawah!
Jenis Pelaburan yang Menguntungkan untuk Jangka Masa Panjang
1. Pelaburan Melalui Rumah
Pilihan pelaburan pertama yang selamat untuk melabur menggunakan duit pencen adalah pelaburan ke atas rumah. Pelaburan ke atas rumah ini boleh jadi untuk rumah pertama mahupun rumah kedua.
Mungkin akan ada cakap-cakap yang mempersoalkan kenapa selepas pencen baru ingin membeli rumah?
Sebenarnya. tiada masa yang betul dan salah untuk membeli rumah. Semuanya bergantung kepada kewangan dan keadaan semasa seseorang.
Jadi, tiada salahnya jika duit dari pencen anda digunakan untuk membeli rumah, tidak kiralah samada rumah pertama mahupun kedua.
Jika anda belum mempunyai rumah sendiri dan anda rasakan bahawa selepas berpencen adalah masa paling sesuai untuk mempunyai rumah sendiri terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.
Jika anda sudah pun mempunyai rumah sendiri dan merancang untuk membeli rumah kedua pun tiada sebarang masalah.
Anda mungkin boleh membuat pendapatan sampingan dari rumah kedua ini. Antaranya ialah anda mungkin boleh jadikannya sebagai rumah sewa atau homestay yang pastinya akan memberi pulangan lumayan kepada anda.
Malah, anda akan memperoleh pulangan yang tinggi jika melabur dalam pelaburan hartanah melalui jangka masa panjang dan pelaburan anda ini merupakan pelaburan yang paling selamat di Malaysia.
2. Jenis Pelaburan Emas
Pelaburan kedua yang ada di Malaysia yang selamat untuk melabur ialah emas. Emas dikenali sebagai aset paling selamat di dunia dan ia juga bakal memberi anda pulangan yang tinggi.
Hal ini kerana, harga atau nilai emas tidak akan mengalami perubahan walaupun berlakunya kegawatan ekonomi.
Contohnya, pada tahun 2020 di mana pada ketika itu satu dunia seakan lumpuh selepas dilanda virus Covid-19, namun harga emas naik sehingga AS$2,000 seauns.1
Perkara hampir sama berlaku pada April 2023,2 apabila nilai emas meningkat sehingga melebihi AS$2,000 seauns walaupun pada ketika itu di Amerika Syarikat dan Eropah sedang mengalami krisis perbankan.
Ini menunjukkan bahawa emas tidak terjejas walaupun ekonomi dunia sedang berdepan cabaran besar pada ketika itu. Kini pelaburan emas sudah mula membuka mata ramai orang.
Ramai orang sudah mula melabur dalam emas selepas sedar tentang kelebihan pelaburan ini.
Sudah banyak instistusi, platform pelaburan emas atau syarikat dagangan emas yang mula memperkenalkan pelaburan emas secara fizikal dan juga digital.
Jadi, pelaburan dalam emas adalah antara pelaburan paling selamat untuk mereka yang ingin melaburkan duit pencen yang diperolehi.
Tetapi ingat jika anda melabur dalam emas pastikan institusi, platform emas dan syarikat dagangan emas yang anda pilih adalah selamat, kukuh, boleh dipercayai dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pelaburan ini juga merupakan salah satu pelaburan yang anda akan mendapat pulangan dalam jangka masa tertentu.
3. Jenis Pelaburan Hartanah
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk laburkan wang pencen anda untuk pelaburan hartanah. Bagaimana pelaburan dari segi pembelian hartanah ini dikatakan selamat?
Tanah adalah antara aset yang nilainya semakin hari semakin meningkat dan tidak akan turun serta jenis pelaburan jangka masa panjang dengan kadar risiko rendah.
Harga dan nilai tanah akan menjadi lebih tinggi sekiranya tanah tersebut terletak di tempat yang membangun.
Tambahan lagi, pembelian tanah ini akan menjadi satu kelebihan kepada anda sekiranya anda mengalami sebarang krisis kewangan kerana harganya yang tinggi apabila dijual semula.
Dari segi pulangan pula, tanah yang dibeli boleh dibangunkan untuk tujuan perusahaan, pertanian dan juga untuk tujuan sewaan.
Selain dijadikan sebagai tapak rumah, ramai orang yang membeli tanah lebih gemar untuk membangunkan tanah tersebut untuk tujuan pertanian. Banyak kelebihannya apabila kita berbudi pada tanah. Paling penting harga hartanah sentiasa meningkat menjanjikan anda pulangan yang lebih tinggi.
4. Saham
Jenis pelaburan di Malaysia yang anda boleh melabur seterusnya adalah unit amanah Saham. Saham bermaksud pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Dalam bahasa mudahnya ialah hak milik sesebuah syarikat dikongsi bersama dengan beberapa orang pemegang saham yang menyumbangkan modal mereka untuk tujuan operasi syarikat.
Saham menjadi salah satu pelaburan yang selamat untuk pesara yang ingin menambah pendapatan mereka dengan selamat. Ini kerana, banyak kelebihan yang boleh didapati dari pelaburan saham ini. Antara kebaikan tersebut ialah mudah dicairkan di mana anda boleh menjual bahagaian saham anda pada bila-bila masa.
Di samping itu, pelaburan saham juga kurang berisiko kerana modalnya sangat kecil. Jika pada permulaannya anda berasa tidak yakin, anda perlu dan boleh bermula dengan jumlah modal kecil terlebih dahulu.
Bukan itu sahaja, pelaburan saham ini menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat dan yang paling penting ianya patuh syariah juga selamat. Kelebihan yang satu ini pasti membuatkan anda tersenyum, iaitu jumlah keuntungan yang mungkin menjadi milik anda ialah keuntungan yang tiada batasan.
Namun, anda perlu berhati-hati kerana jika tersilap langkah tidak mustahil anda akan rugi sehingga 100%.
5. Kripto
Pilihan pelaburan yang anda boleh melabur di Malaysia yang terakhir adalah Kripto. Kripto merupakan matawang dalam bentuk digital yang digunakan dalam urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Konsepnya hampir sama dengan matawang yang digunakan kita pada hari ini dan yang membezakannya ialah ianya tidak wujud dalam bentuk fizikal iaitu wang kertas mahupun syiling.
Namun, anda tidak perlu risau kerana ianya selamat di Malaysia dan matawang Kripto ini semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Matawang Kripto ini mampu menjana keuntungan yang tinggi dan ada yang berpendapat bahawa ianya berpotensi menjadi ‘wang masa depan’
Bagaimana ianya selamat? Di dalam matawang Kripto ini terdapat 3 elemen yang perlu difahami iaitu kripto (matawang), blockchain (open ledger/ lejar awam) dan kriptografi (ciri keselamatan untuk melindungi maklumat).
Matawang Kripto ini adalah telus dan transparent kerana semua transaksi tidak boleh diubah dan ianya kekal. Selain itu, ianya juga mengguna pakai kriptografi yang menggunakan kod rahsia. Kod rahsia ini hanya boleh dibaca dan difahami oleh pemberi dan penerima.
Justeru itu, matawang kripto ini menjaga hak privasi setiap penggunanya agar kekal selamat dan tersembunyi.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap pelaburan mempunyai kebaikan dan kekurangan yang tersendiri. Bagi anda yang masih belum mencapai umur untuk bersara sudah boleh berkira-kira merancang kewangan anda termasuk melabur di tempat-tempat seperti di atas.
Namun begitu, langkah berjaga-jaga adalah salah satu tindakan terbaik untuk diambil sebelum anda melakukan pelaburan di Malaysia. Antara langkah terbaik adalah dengan mendapatkan pendapat dari mereka yang sememangnya arif berkaitan pelaburan untuk elakkan risiko yang ada.
- Sumber diambil dari, Harian Metro 2020: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/04/960188/emas-aset-paling-selamat-di-dunia#:~:text=%22Emas%20dilihat%20sebagai%20tempat%20perlindungan,mereka%20ketika%20ekonomi%20tidak%20menentu. ↩︎
- Sumber diambil dari, Harian Metro 2023: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/04/960188/emas-aset-paling-selamat-di-dunia#:~:text=%22Emas%20dilihat%20sebagai%20tempat%20perlindungan,mereka%20ketika%20ekonomi%20tidak%20menentu. ↩︎
Masih keliru untuk melabur dalam hartanah? Datang dan rujuk dengan pakar ejen hartanah IQI. Mereka akan memberikan anda nasihat pembelian komprehensif untuk pelaburan idaman anda!