Kebanyakan daripada kita sudah pasti pernah mempunyai keinginan untuk memiliki rumah idaman sejak kecil lagi. Dahulu, mungkin kita berfikir bahawa proses membeli rumah itu mudah. Apalah sahaja komitmen kita ketika itu, bukan?
Isi Kandungan
Namun, semakin kita meningkat dewasa, kita dapati bahawa memiliki rumah adalah lebih rumit dari yang kita bayangkan. Contohnya seperti proses permohonan pinjaman dan pembelian rumah, kita memerlukan pendapatan yang stabil, hutang yang sedikit, atau tiada hutang, dan skor kredit juga haruslah baik.
Tambahan pula, perancangan awal dan simpanan haruslah mencukupi untuk masa-masa kecemasan. Baik, andaikan kita sudah berjaya siapkan semua dokumen yang diminta dan sudah bersedia untuk membuat permohonan. Tetapi, mengapa pinjaman kita masih DITOLAK?! Di manakah silapnya?
Haaa, APA JADI jika itu berlaku? Inilah perkara yang anda perlu lakukan!
Ketahui Punca Loan Rumah Ditolak Bank
Langkah pertama adalah untuk menilai faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Selalunya, skor kredit merupakan punca utama. Skor kredit anda akan menentukan sama ada pemberi pinjaman bakal meluluskan pinjaman anda berdasarkan lima faktor:
Jumlah Pinjaman Melampaui Kemampuan Pinjaman
Setiap proses pinjaman memerlukan maklumat pendapatan. Ini untuk memastikan anda memohon pinjaman yang di bawah kemampuan gaji sendiri. Pinjaman yang terlalu besar berbanding dengan kemampuan bayaran bulanan boleh menyebabkan bank menolak permohonan loan rumah anda.
Pastikan jumlah pinjaman yang dimohon adalah seimbang dengan pendapatan dan tanggungan kewangan anda.
Rekod Kredit CCRIS & CTOS Buruk
Kita selalu dengar tentang rekod CCRIS & CTOS, tetapi apa kepentingannya terhadap kelulusan loan rumah? Rekod kredit yang buruk dalam laporan CCRIS dan CTOS boleh menjadi halangan besar dalam mendapatkan kelulusan pinjaman rumah.
Bank akan menyelidiki tabiat pembayaran dan perbelanjaan anda sebagai bukti yang anda mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Pastikan untuk membayar hutang tepat pada masanya dan memperbaiki rekod kredit anda sebelum memohon pinjaman.
Dokumen Tidak Lengkap
Bukan hanya faktor pendapatan rendah, dokumen yang tidak lengkap atau tidak sah juga boleh menyebabkan loan rumah anda ditolak oleh bank. Penyediaan dokumen yang teratur akan mempercepatkan proses pinjaman anda untuk lulus.
Jadi, pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti penyata bank, surat pengesahan gaji, dan lain-lain disediakan dengan lengkap dan betul.
Komitmen Sedia Ada Tinggi
Selain daripada rekod kredit anda, bank juga akan mengambil kira komitmen bulanan semasa anda. Komitmen kewangan yang terlalu tinggi seperti hutang kredit yang besar atau pembayaran bulanan yang tinggi boleh menimbulkan keraguan pada pihak bank.
Seeloknya anda perlu pastikan nisbah komitmen dan gaji (debt service ratio) berada di bawah 60%. Jika tidak anda perlu kurangkan komitmen kewangan sebelum memohon pinjaman rumah.
Pekerjaan atau Sumber Pendapatan Tidak Stabil
Pekerjaan yang tidak stabil atau pendapatan yang tidak konsisten juga boleh menjadi faktor utama kepada kelulusan pinjaman rumah. Jika anda baru mula bekerja dalam tempoh kurang dari 6 bulan atau masih dalam tempoh percubaan, ada kemungkinan untuk bank tidak meluluskan pinjaman kerana kurang bukti pendapatan yang kukuh.
Jadi, pastikan pekerjaan anda stabil dan sumber pendapatan mencukupi sebelum memohon pinjaman.
Juga, ketahui bahawa skor kredit ‘kosong’ tidak semestinya bermakna permohonan anda akan diluluskan dengan segera. Hal ini demikian kerana pemiutang juga boleh memeriksa tabiat perbelanjaan anda sekiranya anda tidak mempunyai skor kredit.
Tips Loan Rumah Senang Lulus
Kadangkala, beban hutang kad kredit boleh menjadi sangat berat, dan itu dapat difahami. Kadang-kadang, tidak semua orang mempunyai pilihan. Komitmen wajib tertentu boleh menakutkan individu, terutamanya para siswazah atau ibu bapa baharu.
Walaupun begitu, perkara ini tidak seharusnya menjadi penghalang bagi anda! Terdapat langkah-langkah tertentu yang anda boleh ambil untuk memastikan hutang anda tidak terlalu membebankan anda.
Melakukan bajet perbelanjaan kendiri
Senaraikan jumlah perbelanjaan anda pada setiap awal bulan dan kategorikannya. Seperti contoh, bil dan perbelanjaan peribadi. Tapis sebaik mungkin untuk meminimumkan perbelanjaan anda.
Elakkan penggunaan kad kredit
Cara yang paling berkesan untuk menghentikan perbelanjaan kad kredit anda adalah dengan berhenti menggunakannya. Pada awalnya, ia mungkin menakutkan, tetapi lama-kelamaan, anda akan menjadi terbiasa dengannya.
Lakukan simpanan mengikut kemampuan anda pada setiap bulan
Apabila anda sedang berhutang, penting untuk anda mengehadkan perbelanjaan anda. Fokus pada keutamaan anda dan langsaikan hutang yang tertunggak sebelum berbelanja mengikut kehendak anda.
Baca artikel lain yang berkenaan:
Alternatif Jika Loan Rumah Ditolak
Tanya diri anda, “Adakah saya benar-benar perlu membeli rumah sekarang?” Selain memilih untuk memohon pinjaman bagi pembelian rumah, mungkin anda boleh meneroka pilihan yang lain. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan:
Pertimbangkan untuk menyewa rumah
Walaupun prospek memiliki rumah adalah menarik, terdapat beberapa faedah menyewa rumah. Contohnya seperti dilengkapi dengan beberapa kemudahan, tiada bayaran pendahuluan dan tiada kos penyelenggaraan atau bil pembaikan.
Cari lokasi yang berbeza
Pertimbangkan untuk memilih lokasi yang berbeza dengan kadar yang lebih berpatutan jika anda benar-benar bersedia untuk membeli rumah. Kadang-kadang, anda akan dapat temui rumah yang lebih sesuai jika anda melihat dengan teliti.
Artikel ini adalah hasil kerjasama penulisan antara IQI Global – firma penasihat hartanah & pelaburan global dan Direct Lending – sebuah platform pinjaman digital yang membolehkan peminjam cari, mohon dan terima pembiayaan daripada institusi kewangan, bank, koperasi, pinjaman wang dan kredit komuniti yang berlesen dan sah. Dengan proses permohonan 100% percuma, Direct Lending komited dalam menyediakan pinjaman yang mudah, cepat dan selamat.
Anda sudah mempunyai rumah idaman anda? Hubungi ejen hartanah profesional kami untuk mendapatkan perkhidmatan dari rundingan mahupun penjualan hartanah anda. Isi maklumat anda dan ejen kami akan hubungi anda dengan segera!