Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Perbezaan MRTT, MLTT, MRTA, dan MLTA Untuk Anda Membuat Pilihan Yang Menguntungkan!

Panduan Perbezaan MRTT, MLTT, MRTA, dan MLTA Untuk Anda Membuat Pilihan Yang Menguntungkan!

Panduan Perbezaan MRTT, MLTT, MRTA, dan MLTA Untuk Anda Membuat Pilihan Yang Menguntungkan!

Bercakap tentang MRTA, MLTT & MRTA dan MLTA ni bukan perkataan baru yang didengari. Kalau anda pernah beli rumah sudah pasti anda pernah dengar term ini.

Perkataan ini selalu digunakan dalam urusan hartanah, keempat-empatnya adalah jenis-jenis perlindungan insurans nyawa yang penting dalam pinjaman perumahan, atau gadai janji, anda!

Perlindungan-perlindungan ini dicipta oleh badan insurans dan perlindungan untuk membantu pinjaman perumahan anda jika berlaku sebarang kecelakaan seperti kematian dan/atau hilang keupayaan secara kekal.

Sama seperti insurans atau perlindungan yang korang amik untuk diri sendiri. Ia bermaksud sekiranya anda ditimpa sesuatu mesubah, dan kewangan keluarga atau orang tersayang selamat di saat mereka memerlukannya.

Okay! Anda sudah tahu apa fungsi empat perlindungan ini. Mari kita selami dan lihat satu satu apakah perbezaan dan manakan pilihan terbaik untuk anda!

Pertama kita fahami fungsi perlindungan ini:

Fungsi dan Makna MRTA, MLTT, MRTA dan MLTA

Maksud-maksud kepada perkataan singkat MRTA, MLTT & MRTA dan MLTA

InsuransMaksud
MRTAMortgage Reducing Term Assurance
MLTAMortgage Level Term Assurance
MRTTMortgage Reducing Term Takaful
MRTTMortgage Level Term Takaful 
Jadual perkataan singkat MRTA, MLTT & MRTA dan MLTA serta nama penuhnya

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)

Fungsi

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) adalah sejenis insurans pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan menyusut, mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.

Kewajipan

MRTA tidak wajib di Malaysia, tetapi boleh diwajibkan dalam terma dan syarat penyedia pinjaman perumahan individu.

Kos Insurans

Kos perlindungan ini bergantung kepada 3 fakto iaitu: umur, nilai pinjaman & jangan masa pinjaman. Pembayaran perlindungan ini dibayar terus pada awal tempoh permulaan polisi.

Tuntutan Insurans

Tidak. Sekiranya berlaku tuntutan, wang tersebut akan dibayar secara langsung kepada bank. Ini bermaksud MRTA akan mencukupi jumlah nilai pinjaman perumahan, tanpa pemulangan wang atau memberi kelebihan lain kepada pihak ketiga. Ia perlindungan direka untuk membayar pinjaman perumahan anda.


Artikel lain berkenaan:


Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

Fungsi

Mortgage Level Term Assurance (MRTA) adalah sejenis insurans pinjaman perumahan di mana jumlah yang diinuranskan kekal selama tempoh pinjaman. Ini bermaksud anda dikenanakan bayar jumlah yang sama pada tahun ke-10, seperti yang akan berlaku pada tahun ke-25.

Kewajipan

MLTA tidak wajib di Malaysia, badan pemberi penjaman perumahan mempunyai hak untuk meletakkan syarat untuk penerima pinjaman.

Kos Insurans

Sama seperti MRTA, kos MLTA berdasarkan faktor umur, nilai insurans, jangka masa polisi.

Tuntutan Insurans

Sebarang jumlah tambahan yang diinsuranskan, jika melebihi nilai pinjaman, akan dibayar kepada penerima manfaat (beneficiary) pada saat tuntutan. Ini bermaksud jika pinjaman anda masih ada baki pinjaman yang belum dijelaskan, nilai lebihan insurans akan ditolak dengan baki pinjaman dan selebihnya akan diberi kepada penerima manfaat.

Contoh kiraan:

Jumlah pinjaman: RM500,000

Baki pinjaman: RM300,000

Nilai MLTA: RM500,000

Penerima manfaat: RM500,000 (Nilai MLTA) – Rm300,000(Baki Pinjaman) = RM200,000

Jadi, MLTA sangatlah membantu meringankan beban keluarga jika individu yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami cacat kekal.

mrta

Mortgage Reduction Term Takaful (MRTT)

Fungsi

Sama seperti MRTA hanya kelainannya adalah ia mengikut prinsip takaful kewangan islam. Ia adalah polisi insurans untuk menampung kos pinjaman perumahan sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal.

Kewajipan

Sama seperti perlingundan yang lain, ia tidak wajib. Tetapi beberapa badan kewangan memerlukan anda untuk memiliki produk insurans hayat ini untuk melindungi pinjaman anda.

Kos Insurans

Tiada kos tetap untuk insurans MRTT. Kos polisi dibuat berdasarkan risiko iaitu faktor umur, tempoh perlindungan dan jumlah pinjaman.

Tuntutan Insurans

Tututan MRTT akan terus dibuat ke bank yang memberikan anda pinjaman perumahan. Tiada wang lebihan yang akan dibayar kepada waris atau individu.

Contoh kiraan:

Jumlah pinjaman: RM500,000

Baki pinjaman: RM100,000

Jumlah jaminan MRTT: RM110,000

Wang ke bank: RM100,000

Jumlah wang inilah yang akan dihantar ke bank. Ini bermaksud, anda telah membayar nilai perlindungan yang tinggi (sebenarnya anda tidak perlukannya)! 

Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

Fungsi

Mortgage Level Term Takaful (MLTT) adalah perlindungan insurans hayat yang dicipta untuk membantu kewangan, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Kewajipan

Tidak wajib. Tetapi, ada beberapa bank atau institusi kewangan mungkin meletakkan syarat untuk anda mempunyai insurans hayat untuk melindungi anda dan pinjaman anda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Kos Insurans

Kos MLTT adalah berdasarkan faktor-faktor seperti umur, tempoh perlindungan dan jumlah pinjaman.

Tuntutan Insurans

Insurans MLTT membayar jumlah tambahan yang dijamin terus kepada pemilik atau penerima manfaat sekiranya berlaku tuntutan. Pengiraannya sama seperti MLTA, yang membezakannya hanya pada polisi yang mengikut takaful kewangan islam.

Perbezaan Antara MRTT, MRTA, MLTT dan MLTA

SPA

Dengan kata mudah semua insurans ini adalah untuk membantu anda untuk membayar semula pinjaman rumah dengan bank apabila anda ditimpa kematian atau hilang upaya kekal.

Kesemunya menawarkan jumlah perlindungan pinjaman perumahan. Jadi apakah perbezaan kesemuanya?

Cara paling mudah adalah MRTA & MLTA vs MRTT & MLTT adalah pada prinsip insuransnya MRTT dan MLTT mengikut prinsip kewangan islam iaitu takaful manakala MRTA dan MLTA mengunakan prinsip konvensional. 

Nota sisi: Prinsip takaful adalah ia mengelakkan ‘riba’ atau transaksi berasaskan faedah.

Jadual Perbezaan Antara Perlindungan Pinjaman Perumahan

KonvensionalIslamik
MRTAMLTAMRTTMLTT
PerlindunganKematian dan hilang upaya kekalKematian dan hilang upaya kekalKematian dan hilang upaya kekalKematian dan hilang upaya kekal
Jumlah perlindunganMenurun mengikut tempoh pelanKekal sepanjang tempoh pelanMenurun mengikut tempoh pelanKekal sepanjang tempoh pelan
Pembayaran polisiPembayaran sekali gus di awal pelanBayaran bulanan sepanjang tempoh pelanPembayaran sekali gus di awal pelanBayaran bulanan sepanjang tempoh pelan
Pembayaran kepadaBank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahanBank, sehingga nilai tertunggak pinjaman perumahan+Bayaran tambahan kepada benefisiariBank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahanBank, sehingga nilai tertunggak pinjaman perumahan+Bayaran tambahan kepada benefisiari
KosPembayaran sekaligus dan boleh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan. Mencerminkan penurunan nilai pembayaran.Kos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuranPembayaran sekaligus yang boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman perumahan. Mencerminkan penurunan nilai pembayaranKos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuran
Jadual perbezaan insurans nyawa gadai janji

Insurans Pinjaman Perumahan Manakan Sesuai Untuk Anda?

Adakah Bijak Langkah Kita untuk Membeli Hartanah pada Tahun Ini

Keadaan setiap orang berbeza-beza, oleh itu, sukar untuk menentukan secara tepat ‘insurans nyawa gadai janji’ untuk semua. Ingat, ketika mencari perlindungan yang tepat untuk diri anda, penting untuk membandingkan pelbagai jenis perlindungan seperti yang telah disenaraikan sebelum ini. 

Selain itu, penting untuk memilih polisi yang terbaik yang dapat memenuhi keperluan orang tersayang anda, sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Perlindungan ini dapat menjadi jaring keselamatan kewangan yang berharga di waktu susah, jadi adalah bijak untuk mempertimbangkannya, walaupun ia bukan syarat mandatori dalam tawaran pinjaman perumahan anda. 

Lebih baik merancang untuk keadaan yang paling buruk sambil berharap untuk yang terbaik. Jika anda tidak yakin perlindungan mana yang paling sesuai, berbicaralah dengan seorang pakar kewangan!

a juga boleh pilihan yang ketiga iaitu Insurans Jangka Hayat yang turut melindungi anda dan memberi manfaat kepada ahli keluarga anda.


Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯

Subscribe to our

Newsletter