Seronok ke duduk rumah kondominium? Mestilah seronok, selesa dan memudahkan!
Banyak kelebihan sebenarnya jika anda membeli atau menyewa rumah jenis kondominium ni antaranya yang sudah pasti ramai orang setuju ialah lokasinya yang strategik.
Selain dapat menjimatkan tenaga, anda juga dapat jimat masa kerana tak perlu nak menghadapi kesesakan trafik, betul tak?
Apa pendapat anda?
Kenapa Rumah Kondominium?
Tambahan pula, kondo juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti. Kalau nak kira-kira, memang lagi jimat wang sebab yuran-yuran dekat luar lagi mahal tau sebenarnya. Tapi, sewa kita biasanya dah termasuk sekali dengan akses kepada fasiliti tu..
Lagipun, ruang kondo pun taklah terlalu besar atau kecil, senang untuk anda mengemas dan menghias. Sesuai sangat untuk keluarga kecil atau mereka yang baru melangkah ke alam rumah tangga.
Kondominium untuk Pembeli Rumah Pertama di Malaysia
Nak beli rumah pertama tak semestinya kena rumah landed, rumah kondo pun tengah trend dan mendapat permintaan ramai bagi penduduk di Malaysia!
Lihatlah, bilangan pembinaan rumah kondo pun makin meningkat di pusat bandar seperti di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Jadi, kalau ini merupakan kali pertama anda ingin mencari rumah, apa kata anda pertimbangkan kondominium?
Sesuaikah Rumah Kondominium untuk Anda?
Kondominium, atau singkatannya kondo ialah kompleks perumahan yang setiap unitnya dimiliki secara perseorangan, tetapi ada beberapa bahagian tertentu yang perlu dikongsi bersama penghuni lain. Di Malaysia, kondominium sering dilihat sebagai simbol kemewahan.
Jika anda bercadang untuk menyewa unit kondo di Malaysia, anda perlu menyewa terus dengan pemilik unit kondo tersebut.
Tetapi, sekiranya anda bercadang untuk membeli, anda akan menjadi orang yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk perkara-perkara yang melibatkan unit anda seperti penyelenggaraan dan pembaikan.
Sebagai pemilik juga, anda juga perlu membayar yuran tetap kepada persatuan kondo. Yuran ini nanti akan disumbangkan sekiranya terdapat penyelenggaraan untuk kawasan dan kemudahan umum, mahupun bahagian luar kondo.
Harga permulaan RM400k dikira mampu milik juga untuk sebuah unit kondominium mewah di Malaysia.
Ada juga harga RM300k-RM500k bagi sebuah unit, tapi maklum sajalah kalau dah namanya kondo mewah, lagi-lagi dengan fasiliti megah seperti kolam renang infinity yang selalu kita nampak di Instagram – memang melangitlah harganya!
Perbezaan antara Pangsapuri dan Kondo?
Kondo dan Pangsapuri ada persamaan ke?– Yeap, ada yang sama ada yang berbeza! Jom kita bandingkan perbezaan pangsapuri (apartment) dengan kondominium:
Jenis Properti | Pemilikan | Kos | Penyelenggaraan |
Kondominium | Unit | Gadai janji/Cukai/Sewa Bulanan | Dalam Unit |
Pangsapuri | Tiada | Sewa Bulanan | Tiada |
1. Pemilikan
Lazimnya, pangsapuri dimiliki oleh syarikat pengurusan hartanah. Kondo pula dimiliki oleh individu mengikut unit.
Penghuni kondo tidak berurusan dengan pengurus hartanah, tetapi mereka membentuk satu persatuan kondominium. Tujuannya untuk mengutip yuran bagi menampung kos penyelenggaraan kawasan umum kompleks kondo masing-masing.
2. Peraturan dan tanggungjawab
Peraturan pangsapuri ditetapkan oleh pengurus hartanah dan tertakluk untuk semua penyewa. Bagi kondo pula, peraturan ditetapkan oleh persatuan kondo sendiri. Lembaga pengelola kondo pula dianggotai oleh pemilik unit dalam kompleks itu sendiri.
3. Kos
Pemilik kondo harus memikirkan tentang pelbagai perbelanjaan seperti bayaran gadai janji, yuran kondo atau cukai harta. Sebagai penyewa, kadang-kadang kita tak nampak perbezaan antara menyewa pangsapuri dengan kondo, kebiasannya kondo memerlukan bayaran sewa yang lebih tinggi.
Selain itu, pemilik unit juga mungkin ada meletakkan tanggungjawab kepada anda seperti bayaran kemudahan, yuran persatuan kondo, atau mereka mungkin menaikkan sewa anda untuk menampung kos tersebut. Dalam hal ini, anda perlu rujuk semula surat perjanjian anda dengan teliti.
4. Kemudahan
Kedua-dua kondo dan pangsapuri mungkin menyediakan kemudahan yang sama dalam sesebuah komuniti. Namun, keselesaan dan keselamatan yang ditawarkan mestilah tidak sama. Bergantung juga kepada lokasi dan jumlah bayaran yang dikenakan.
Contohnya, kondo atau pangsapuri dengan pengurusan yang sangat bagus atau dengan bayaran yang lebih mahal mungkin akan menawarkan gimnasium yang lebih lengkap, kolam renang yang lebih besar atau keselamatan yang lebih ketat untuk menjaga kesejahteraan para penghuni. Sesuailah dengan harganya, kan?
5. Penyelenggaraan
Pemilik kondo biasanya bertanggungjawab untuk sebarang penyelenggaraan atau pembaikan yang diperlukan dalam unit mereka, tak kiralah mereka menyewakannya atau tinggal sendiri di unit tersebut.
Tetapi di pangsapuri pula, terdapat kakitangan yang mahir dalam penyelenggaraan yang boleh membantu anda. Secara tidak langsung, anda juga perlu menunggu giliran rumah anda.
Namun di kondo pula, tiada kakitangan penyelenggaraan dan anda perlu berbincang dengan pemilik unit anda. Boleh jadi lebih cepat dan lebih mudah untuk berurusan terus dengan mereka.
Kelebihan dan Kekurangan Beli atau Sewa Rumah Kondo
Kelebihan Membeli atau Menyewa Kondominium
Kondominium merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang tidak memerlukan ruang besar dan pembeli rumah yang sedang mencari rumah di kawasan bandar buat kali pertama. Berikut adalah antara kelebihannya:
1. Kemudahan Tambahan – Bergantung kepada kompleks, anda mungkin mendapat akses kepada kolam renang, taman permainan dan kawasan letak kereta. Selalunya, persatuan kondo akan memastikan kemudahan awam ini dalam keadaan yang baik, jadi anda tidak perlu bersusah-payah menjaganya.
2. Kurang Kerja Penyelenggaraan – Rumah jenis kondo adalah popular dalam kalangan mereka yang inginkan kebebasan memiliki rumah, iaitu rumah yang sesuai untuk keluarga, bukan orang bujang sahaja.
Contohnya, jika anda masih mahukan rumah yang ada halaman dengan rumput, tapi anda pula tiada masa untuk memotong rumput. Kondo adalah sangat sesuai untuk anda!
3. Mampu Milik – Kebiasaannya, kondo adalah lebih murah berbanding rumah bertanah. Jadi, sesuailah sekiranya anda merupakan pembeli rumah pertama dengan gaji sederhana.
Walaupun anda perlu mengambil kira juga yuran persatuan kondo, kadang-kadang jumlahnya lebih berpatutan berbanding rumah bertanah.
Kalau anda pernah teragak-agak untuk memiliki rumah bertanah kerana kosnya yang tinggi, mungkin kondo lebih sesuai dengan bajet anda.
Kekurangan Membeli atau Menyewa Kondominium
Sama juga untuk mana-mana pembelian rumah, kita perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membeli. Berikut adalah antara kekurangannya:
1. Yuran dan peraturan oleh persatuan kondominium – Ketika anda membeli sesebuah kompleks bangunan, anda juga termaktub dengan peraturan yang ditetapkan oleh persatuan kondo tersebut. Contohnya, larangan untuk memelihara haiwan peliharaan dan menyewakan unit anda. Selain itu, anda perlu membayar yuran bulanan untuk penyelenggaraan kawasan umum dan bangunan. Yuran ini pula berbeza-beza bergantung kepada lokasi dan saiz kondo yang anda miliki.
2. Keluasan per kaki persegi kecil – Keluarga yang besar atau mereka yang gemarkan ruang luar di rumah mereka tidak sesuai untuk rumah kondo. Mereka mungkin akan berasa sesak tinggal di dalam kondo. Hal ini kerana, unit kondo tiada ruang luar peribadi, dan mereka mungkin perlu berjalan sedikit untuk mencari taman permainan atau ruang letak kereta.
3. Kurang privasi – Memandangkan kita perlu berkongsi ruang, kita juga perlu bertahan dengan bunyi-bunyi bising, terutamanya di ruang umum. Persatuan kondo juga mungkin meletakkan had tempoh untuk tetamu singgah di unit kita.
Kelebihan dan kekurangan untuk membeli kondominium ini semestinya bergantung kepada lokasi dan jenisnya. Begitu juga saiz kompleks dan jenis penyewa unit.
Selamat Datang Ke Rumah Baharu Anda!
Sebelum membeli rumah impian, penting untuk mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan terlebih dahulu. Dengan kelulusan pinjaman perumahan awal, anda bukan hanya memperoleh kepercayaan penjual tetapi juga boleh tawar-menawar.
Ini membolehkan anda menawar harga rumah dengan lebih berkesan, meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan rumah idaman pada harga yang lebih menguntungkan.
Anda masih mencari rumah pangsapuri atau kondominium yang paling sesuai untuk anda dan pasangan anda? Kami boleh bantu merealisasikan impian anda! Dapatkan nasihat kami segera!
Baca Selanjutnya:
1. Tips Loan Rumah Senang Lulus, Elak Kena Reject!
2. 5 Cara Berunding Dengan Owner Rumah Sebelum Anda Beli Rumah
3. Lihat Bagaimana 4 Individu Ini Beli Rumah Pertama Mereka di Usia 20-an!