Urusan beli atau jual hartanah boleh jadi proses yang menakutkan dan sangat rumit, lagi-lagi bila anda tak terbiasa dan tak pernah ada urusan dalam industri hartanah.
Oleh itu, penting untuk bekerjasama dengan agensi hartanah yang berpengalaman dan dipercayai dan terbukti dengan pencapaian, kemahiran dan pengiktirafan mereka untuk membimbing anda dalam setiap langkah anda.
Dalam artikel ini, kita akan meneroka agensi hartanah terbaik di Malaysia iaitu IQI Global! Dan mengapa IQI patut menjadi pilihan utama anda semua untuk membantu anda dalam keperluan hartanah anda!
Jom Kenali IQI!
Sejarah dan Latar Belakang IQI Global
IQI Global ialah sebuah agensi hartanah yang terkenal dengan sejarah dan pencapaian yang tidak dapat dinafikan lagi.
Dari hanya seramai 10 ejen pada tahun 2011 kepada lebih 40,000 ejen global secara keseluruhannya, di lebih daripada 23 cawangan di Malaysia menjelang tahun 2024.
Syarikat ini diasaskan oleh 6 pengasas dengan visi mereka untuk menyediakan perkhidmatan dan kepakaran yang luar biasa kepada pembeli rumah, penjual dan pelabur.
Sejak itu, kami telah membuktikan diri sebagai agensi hartanah terulung, memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan sokongan yang teliti kepada setiap pelanggan.
Apakah perbezaan antara IQI Global dan Agensi Hartanah yang lain di Malaysia?
Di IQI Global, kami sukakan kelainan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu yang baru dan berbeza kepada pelanggan kami dan melebihi jangkaan mereka.
Antaranya ialah:
1. Pengalaman Pelanggan yang Luar Biasa
IQI komited dalam memastikan setiap pelanggan kami mencapai kepuasan dalam perkhidmatan yang diberikan.
Sudah tentu ianya juga memberikan kepuasan kepada kami kerana dapat menjadi sebahagiaan dalam perjalanan mereka untuk memiliki rumah impian.
2. Rangkaian yang Dipercayai
Pengiktirafan dan anugerah yang telah dicapai oleh IQI adalah bukti bahawa kami adalah syarikat agensi hartanah yang terpercayai.
Sentiasa menjadi pilihan pelanggan dan pemain industri, dengan menjadi rakan eksklusif kepada pembangun terkenal dan mempunyai rangkaian ejen yang mantap.
3. SuperApp Eksklusif
Pasukan teknologi IQI telah membangunkan aplikasi eksklusif yang digelar Atlas untuk membantu ejen kami bekerja dengan lebih cekap dan profesional.
Nabeel Mungaye, Ketua Pegawai Operasi Juwai IQI, berkomitmen untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada ejen, serta menyediakan transaksi hartanah yang mudah, cekap, dan berpandukan data.
4. Dedikasi kepada Kecemerlangan
Anda pembeli rumah kali pertama? pelabur atau penjual yang ingin mendapatkan harga terbaik untuk hartanah anda?
Kami sentiasa berusaha untuk membantu dan memenuhi keperluan anda, dengan lebih RM 12 bilion hartanah yang telah terjual pada tahun 2023.
5. Nasihat Pakar Hartanah
Ejen dan kakitangan kami sangat berpengalaman tentang pasaran hartanah dan akan menggunakan kepakaran kami untuk memberikan pandangan dan nasihat yang tepat kepada anda sebagai pembeli.
6. Penyelesaian Peribadi
Kami memahami bahawa setiap pelanggan mempunyai keperluan dan keutamaan masing-masing.
Maka dengan itu, kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pembeli untuk memahami matlamat, keutamaan dan kebimbangan mereka.
Apakah Perkhidmatan yang Ditawarkan oleh IQI?
IQI menawarkan perkidmatan hartanah yang luas kepada seluruh pelanggan di Malaysia.
Sama ada pelanggan ingin membeli atau menjual hartanah, kami mempunyai kepakaran dan sumber untuk membantu.
Beberapa perkhidmatan utama mereka termasuk:
1. Membantu Menemukan Rumah Idaman Anda
IQI akan membantu pelanggan dengan proses pembelian rumah, daripada mencari hartanah yang sesuai sehinggalah merundingkan harga dan terma yang terbaik.
2. Memastikan Hartanah Anda Terjual Pada Harga yang Berpatutan
Jika anda ingin menjual hartanah anda, IQI akan menggunakan kepakaran dan rangkaiannya untuk menarik pembeli yang layak dan memberi harga yang terbaik.
3. Menguruskan Hartanah
Jika anda memiliki hartanah sewa atau ingin melabur dalam hartanah, IQI dapat membantu anda menguruskan hartanah anda untuk pulangan pelaburan yang terbaik.
4. Perkhidmatan Penempatan Semula
Jika anda berpindah ke Malaysia dari bandar atau negara lain, IQI boleh membantu anda mencari rumah yang sesuai dan memastikan proses peralihan anda berjalan dengan lancar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika anda mencari agensi hartanah terkemuka di Malaysia yang boleh memberikan perkhidmatan yang luar biasa, mempunyai kepakaran, dan perhatian yang peribadi, IQI adalah jawapannya!
Impikan kejayaan projek anda bersama kami. Hubungi IQI hari ini dan ketahui bagaimana kami dapat membantu anda untuk mengecapinya!
Di IQI, kami lebih fokus untuk memastikan ejen dan perunding kami mencapai kejayaan yang tidak dapat diatasi dalam kerjaya mereka. Sertai kami untuk melihat bagaimana anda boleh berkembang bukan sahaja dalam kerjaya anda tetapi juga dalam kehidupan peribadi anda!
Baca Selanjutnya:
1. IQI Global Sapu Habis Kemenangan, Setelah Meraih Lebih dari 20 Anugerah di StarProperty 2023!
2. Juwai IQI Terus Maju Kehadapan sebagai “Syarikat Teknologi Hartanah Terbesar di Malaysia”!
3. MDEC teruja pelaburan baharu Juwai IQI yang hasilkan 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan