Kandungan artikel ini disumbangkan oleh Yanie Johan, pengasas bersama IQI iRealty.
Beli rumah ni susah ke senang? Kalau tanya orang yang dah berpengalaman dengan yang tidak mungkin jawapan akan sedikit berlainan.
Walau apapun, ada perkara penting yang sering diabaikan oleh masyarakat sebelum nak beli rumah iaitu berunding dengan owner rumah terlebih dahulu.
Kenapa ianya penting? Sebab kalau tak buat boleh mengakibatkan ketidaksefahaman atau kekecewaan di kemudian harinya.
Jadi kalini, Yanie Johan yang merupakan Co-Founder, Prinsipal IQI realty Group dan Team manager dari iRealty akan berkongsikan beberapa tips penting tentang bagaimana nak berunding dengan owner rumah sebelum beli rumah.
Jom timba ilmu!
Isi Kandungan:
5 Perkara Yang Boleh Anda Runding dengan Owner Rumah:
1. Harga
Seebelum tu, mesti ramai yang taktahu kan yang kita sebagai pembeli boleh nak nego harga. Yela rumah idaman kan? mestilah nak harga yang terbaik!
Macam mana caranya? Pertama sekali, kita sebagai pembeli kena usaha sikit buat kajian seperti ambil tahu tentang harga pasaran rumah.
Sebab rumah ni boleh dikategorikan dalam golongan aset yang penting dan merupakan pelaburan jangka masa panjang. Jadi, kalau main beli je nanti kita pula yang rugi kan?
Jadi, kalau nak beli rumah idaman, kenalah pandai berunding dengan owner rumah untuk dapatkan harga yang best ikut pasaran! Dapatlah jimat sikit modal kan?
2. Deposit
Kebiasaannya, sebelum beli rumah, owner rumah akan minta deposit daripada pembeli. Takutnya kalau pembeli tiba-tiba tak jadi beli ke kan? Owner pulak yang rugi.
Tetapi! Zaman sekarang ni, pemilik rumah akan kenakan bayaran deposit yang tinggi kepada pembeli seperti 10% deposit!
Ha macam mana tu?! Tapi 10% deposit tu baru separuh je kos yang anda nampak, sebenarnya ada banyak lagi kos-kos lainnya yang anda kena fikir dan sediakan.
Kesudahannya, tak semua orang mampu bayar deposit besar. Jadi, sebagai pembeli yang bijak, rundinglah tentang harga rumah yang anda nak beli.
3. Masuk Rumah Awal
Urusan beli rumah dah settle, kos itu ini dah bayar, jadi dah boleh dah ni nak masuk rumah baru. Mesti teruja kan nak pindah masuk rumah idaman!
Jadi bila semua benda dah selesai, anda tahu juga tak yang anda boleh nego dengan owner untuk pindah masuk rumah awal? Ya, boleh!
Nego dengan owner nak masuk awal, mungkin masa tu kita bolehla nak angkut barang ke rumah baru kan? Kalau ada yang nak renovate tu, boleh dah mula survey pereka dalaman.
4. Request Owner Repair Rumah
Untuk pindah masuk ke rumah baru, anda memerlukan persediaan penuh tentang perabot dan kelengkapan rumah lainnya.
Anda tahu tak, yang anda boleh mintak owner rumah untuk baiki rumah yang anda nak pindah masuk tu cantik-cantik?
Kenapa perlu nego dengan owner untuk repair rumah dulu? Ini penting untuk memastikan keselesaan anda sebelum berpindah masuk ke rumah baru.
Bila dah baiki, anda pun dah tak perlu fikir pasal kerosakan yang sedia ada, sebab owner dah baiki mana yang patut.
5. Nego Supaya Owner Hadiahkan Barang-Barang Dalam Rumah
Harga rumah dah dapat murah sikit, pindah masuk rumah pun dah awal dan owner pun dah baiki rumah dulu cantik-cantik. Ada lagi ke eh yang boleh di-nego?
Akhir sekali, anda juga boleh nego dengan owner untuk hadiahkan barang-barang rumah yang sedia ada kepada anda.
Barang-barang rumah yang sedia ada tu antaranya perabot seperti sofa, meja makan, kabinet dapur, langsir, perkakasan dapur dan sebagainya.
Tapi yang ini, bergantung juga dengan owner rumah masing-masing.
Kalau anda dapat owner yang baik dan tak bekira, maka beruntunglah anda sebab tak perlu keluarkan duit banyak untuk persediaan rumah. Jimat dan bijak bukan?
Nak Nego Dengan Owner Rumah atau Ejen Hartanah? Mana Yang Lagi Bagus?
Pertama sekali, kenapa anda rasa lebih baik untuk nego dengan owner rumah daripada ejen hartanah sebelum beli rumah?
Mesti anda rasa kalau nego dengan owner sendiri harga akan dapat lagi murah kan?
Akan tetapi, tak ramai owner rumah yang nak berurusan secara langsung dengan pembeli atas senan nak jaga privasi dan takut rugi.
Yelah mana tak rugi, kadang-kadang pembeli nak beli rumah dengan harga yang rendah sampai tak masuk akal. Owner pun risau takut pembeli hanya nak main-main dan taknak buang masa.
Jadi, owner lebih suka kalau anda berurusan terus melalui ejen hartanah untuk beli rumah. Sebab ejen hartanah lebih faham harga rumah yang bersesuaian dengan bajet anda.
Dari situ, ejen hartanah akan pastikan “win-win situation” antara kedua-dua pembeli dan juga pemilik rumah supaya kedua-duanya tidak akan rugi.
Walaubagaimanapun, jika anda nak nego secara direct dengan owner, pastikan ada ejen hartanah yang teman. Di mana ejen hartanah anda perlu buat temu janji dengan owner terlebih dahulu.
Sebenarnya ada kebaikan jika anda nego melalui ejen hartanah, antaranya mereka lebih mengetahui dan arif tentang harga pasaran hartanah, situasi owner, dan juga bagaimana nak pujuk owner untuk dapatkan harga rumah yang anda nak.
Jadi, jika anda ingin beli rumah, berurusanlah melalui ejen hartanah yang anda percayai.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kalau anda nak beli rumah, lebih baik anda nego dahulu dengan owner rumah melalui ejen hartanah yang anda percayai.
Pastikan bahawa ejen hartanah dah terangkan keadaan rumah yang anda nak beli tu secara jelas dan anda sendiri dah pergi lihat keadaan rumah tu.
Pastikan juga ejen hartanah anda semak loan yang anda mohon, supaya semuanya lengkap dan diluluskan dan anda boleh meneruskan urusan beli rumah.
Oleh itu, carilah ejen hartanah dari egensi hartanah yang terpercayai dan terjamin keupayaannya!
Kandungan artikel ini disumbangkan oleh Yanie Johan.
Yanie Johan ialah pengasas bersama IQI iRealty dengan pengalaman 10 tahun dalam hartanah. Beliau telah menerima banyak anugerah untuk prestasi cemerlangnya dalam penghibur pasukan dan anugerah kumpulan.
Jika anda berminat untuk membeli hartanah dan dapatkan khidmat nasihat berkaitan hartanah, anda boleh berhubung dengan mana-mana ejen IQI Global. Kami adalah sebuah syarikat hartanah yang dipercayai di seluruh dunia.
Baca Selanjutnya: