Versi: EN
Bagi generasi yang lahir pada tahun 1990-an, anda mungkin sudah berada di lingkungan 20 hingga 30-an. Dalam lingkungan ini, banyak yang telah mencapai pencapaian besar seperti memiliki pekerjaan yang stabil, berkeluarga, dan bahkan memiliki rumah sendiri.
Jangan panik jika anda belum mencapai semua itu!
Pembelian rumah tidak bergantung kepada usia. Asalkan anda mempunyai pengetahuan yang cukup dan semestinya duit, anda boleh memiliki rumah sendiri sebelum usia anda mencecah 30 tahun.
Kali ini, kami telah menemu ramah 4 individu yang telah berjaya memiliki rumah pertama mereka dalam lingkungan 20-an.
Antara Soalan yang Diajukan:
- Pengenalan Individu
- 1. Apa yang membuatkan anda ingin beli rumah dan apa kriteria yang anda cari sebelum nak beli rumah?
- 2. Apakah proses yang anda lalui dalam membeli rumah (rumit atau mudah)?
- 3. Bagaimana anda tentukan harga rumah yang mampu anda beli (tunai, pinjaman, sendiri dll)
- 4. Apakah perkara yang baru anda tahu semasa proses beli rumah ini yang anda tidak pernah tahu sebelumnya (yuran tersembunyi, fakta)?
- 5. Apa nasihat anda kepada mereka di luar sana yang ingin membeli rumah terutamanya golongan muda?
Pengenalan Individu
Individu A | Individu B | Individu C | Individu D |
Ain, berusia 27 tahun, status berkahwin. Bekerja sebagai social media di Klang Lama dan menetap di Petaling Jaya. | Wen Wei, berusia 29 tahun, status bujang. Bekerja sebagai penulis bahasa Cina di Kuala Lumpur dan menetap di Taman Connaught, Cheras. | Khalimah, berusia 32 tahun, status berkahwin. Bekerja sebagai pengurus project admin di Klang Lama dan menetap di Ampang. | Jasmine, berusia 29 tahun, status berkahwin. Bekerja sebagai pengurus digital marketing di Klang dan menetap di Kepong. |
Jadi… mari kita lihat proses dan pengalaman mereka yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat keputusan untuk beli rumah pertama!
1. Apa yang membuatkan anda ingin beli rumah dan apa kriteria yang anda cari sebelum nak beli rumah?
…banyak, tapi faktor yang paling penting sebenarnya sebab ia terletak dekat tengah bandar iaitu Damansara dan harga pun berpatutan. Selalunya harga macamni boleh dapat dekat kawasan luar Klang Valley je. Sebelum ni saya sewa dekat studio apartment, so pindah ke rumah dengan 2 bilik ni rasa lebih besar la. Yang terakhir, saya fikir daripada terus bayar sewa, lebih baik bayar rumah bawah nama saya…
Individu A (Ain)
Betul lah, lokasi tuh sebenarnya antara faktor yang penting dalam mencari rumah lagi-lagi nak beli rumah pertama kan? Mestilah nak yang terbaik.
Lokasi tengah bandar? Harga berpatutan pula tu? Wahh! untung betul Individu A ni yaa xD
…ada banyak sebab.. Pertama, keluarga saya selalu ingatkan saya untuk beli rumah waktu muda sebab mereka kata harga rumah akan sentiasa meningkat. Kedua, HOC due date. Saya beli rumah ni waktu akhir HOC, saya tak pasti sama ada kerajaan akan teruskan atau tak so saya ambik je peluang tu. Ketiga, saya taknak selamanya menyewa dan tinggal dengan orang lain yang akan mendatangkan masalah. Saya perlukan ruang untuk saya sendiri bersama teman lelaki saya.
Individu B (Wen Wei)
Nasihat daripada orang tua ataupun yang lebih berpengalaman juga adalah satu anugerah, sebab tak semua orang dapat kesempatan dan pengalaman itu. Beruntung Individu B!
…bagi saya, setiap orang perlu ada rumah sendiri untuk stabiliti, keselamatan dan keselesaan. Selain daripada rumah ni tempat untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga, saya juga anggap rumah ni sebagai suatu pelaburan jangka panjang yang boleh bagi kestabilan kewangan dan aset untuk saya. Selalunya sebelum beli rumah, orang akan pentingkan beberapa faktor macam lokasi yang strategik, harga yang berpatutan dengan pasaran, keadaan fizikal rumah yang baik dan kemudahan seperti sekolah, kedai dan kemudahan awam yang dekat. Dan semua faktor ni alhamdulillah ada dekat rumah yang saya beli dan duduk sekarang…
Individu C (Khalimah)
Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh individu C ni, selain daripada rumah ni dijadikan sebagai tempat tinggal, boleh juga kita jadikan sebagai sumber pendapatan tau, contohnya beli rumah dan buatkan jadi sewa ke? Ha dapatlah income dari situ~
…saya beli rumah ni sebab ianya sangat berpatutan, ia adalah skim perumahan kerajaan – Residensi Wilayah. Lokasi pun tak jauh dengan kawasan rumah saya, harga sekitar RM198,000 untuk 796 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Keluarga saya berpendapat yang ia adalah idea yang baik untuk cuba memohon kerana saya pun menepati kriteria untuk memohon.
Individu D (Jasmine)
2. Apakah proses yang anda lalui dalam membeli rumah (rumit atau mudah)?
…agak mudah bagi saya. Saya bekerja sebagai full-time marketer, jadi saya dah familiar dengan algoritma di sosial media. So masa saya nak cari rumah ni, saya tukarkan algoritma kepada algoritma yang target pembeli rumah dan dari situlah saya terjumpa dengan satu ads dari satu ejen ni yang tengah promote pasal rumah dan kebetulan pulak dia ialah ejen IQI! Dan dari situlah ejen saya iaitu Sean Lee bantu saya dan beri panduan untuk isi borang dan sebagainya…
Individu A (Ain)
Wahh, kreatif dan bijaknya Individu A ni. Tak pernah terfikir pulak untuk gunakan algoritma dari sosial media untuk cari rumah :O Menarik! Anda juga mungkin boleh guna tips ni? Untuk benda lain juga seperti nak beli kereta ke, motor ke dan lain-lain.
…hmm tak senang tapi tak begitu rumit? saya rasa yang rumit lebih kepada perbincangan antara saya dengan teman lelaki saya, tentang sama ada pilih unit kecik dengan 2 bilik atau unit besar dengan 3 bilik. Ada lah lebih kurang 1-2 minggu juga kami berbincang dan akhirnya kami bersetuju untuk memilih unit dengan 2 bilik. Kerana saya juga ada terfikir untuk membeli rumah kedua hahaha (ya saya teracun dengan nasihat keluarga)…
Individu B (Wen Wei)
…proses beli rumah boleh jadi cabaran kalau ni adalah rumah pertama anda sebab banyak proses yang terlibat seperti cari rumah yang sesuai, buat tawaran, dapatkan pinjaman dan menjalani proses pemindahan hakmilik. Walaupun boleh jadi rumit, tapi… kalau anda rancang dengan baik, minta bantuan profesional dan faham dengan baik tentang proses, ia pun boleh jadi mudah! Jadi, proses ni bergantung kepada pengalaman dan persediaan anda. Untuk saya, proses pembelian rumah saya alhamdulillah berjalan lancar dengan bantuan ejen, pegawai bank dan peguam yang professional dalam mengendalikan kes saya…
Individu C (Khalimah)
Betul, beli rumah ni pun bukan satu perkara yang kecil dan mudah yaa. Jadi kalau taknak menyesal atau tersilap langkah kedepannya, lebih baik buat persediaan dan kajian yang secukupnya.
..sebagai pembeli rumah pertama, proses beli rumah saya agak rumit. Memandangkan ianya skim perumahan kerajaan kan, jadi banyak dokumen yang kena sediakan. Terma undang-undang pun agak mengelirukan saya seperti yuran guaman, duti setem, perjanjian S&P dan sebagainya. Tetapi, dengan bantuan ejen hartanah saya yang bertanggungjawab ketika itu yang membuatkan prosesnya terasa jauh lebih mudah! Dia banyak membantu saya dalam menyelesaikan setiap jenis dokumen yang diperlukan dan bimbing saya dari awal sehinggalah saya selesai proses pembelian rumah. Syabas kepadanya!…
Individu D (Jasmine)
Ha, dengar tu! Kenapa ejen hartanah penting untuk memudahkan lagi urusan jual beli rumah anda. Tapi kena berhati-hati juga, jangan sampai kena tipu! Pastikan anda dapatkan perkhidmatan ejen hartanah dari agensi yang dipercayai.
3. Bagaimana anda tentukan harga rumah yang mampu anda beli (tunai, pinjaman, sendiri dll)
…saya memilih untuk membuat pinjaman. Kriteria pertama saya ialah dengan menyemak bayaran bulanan…
Individu A (Ain)
…untuk ini sejujurnya saya sudah tentukan dari awal, iaitu dengan kongsi nama bersama teman lelaki saya. Kami sudah sepakat untuk ini kerana kami taknak buat salah seorang berasa tertekan dengan bayaran bulanan, jadi kami bersetuju untuk bayar utiliti, ansurans, pengubahsuaian dan yuran lainnya bersama-sama. Jadi, kalau satu hari nanti kami jual atau labur rumah tu, duit yang kami dapat darinya akan di bahagikan kepada 2, senang!..
Individu B (Wen Wei)
…saya memilih untuk membuat pinjaman bank. Untuk tentukan kalau anda layak atau tidak dengan harga rumah tersebut, anda boleh buat kajian pasaran untuk rumah-rumah yang serupa di kawasan itu. Anda juga boleh dapatkan penilaian harta dari penilai harta tanah untuk mengetahui nilai pasaran semasa rumah. Selain itu, penting juga untuk mempertimbangkan kemampuan kewangan termasuk pendapatan, komitmen kewangan lain dan kemampuan untuk membayar ansuran bulanan. Dengan menyemak faktor-faktor ini, anda dapat membuat keputusan dengan lebih baik tentang layak atau tidak harga rumah tersebut untuk anda. Saya juga mendapatkan bantuan daripada pegawai bank untuk mengetahui kelayakan pinjaman perumahan saya…
Individu C (Khalimah)
Wahh, dari sini kita boleh nampak yang Individu C ni telah membuat persediaan yang sangat teliti ye sebelum beli rumah. Pada zaman serba moden sekarang ni, dah ada banyak portal carian hartanah yang boleh anda kunjungi untuk memudahkan lagi urusan beli rumah anda.
…sebagai pembeli rumah pertama, saya tentukan berdasarkan berapa banyak yang saya dapat dari gaji saya ketika itu dan saya kira sekali sama ada saya mampu untuk ansuran bulanan atau tidak. Diskaun dari pihak bank untuk pembeli rumah pertama juga beri saya sedikit petua tentang berapa banyak sebenarnya yang saya mampu...
Individu D (Jasmine)
Ada pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan keputusan Individu D ini, saya pasti anda semua pernah dengar pepatah ini, iaitu “Ukur Baju di Badan Sendiri”.
4. Apakah perkara yang baru anda tahu semasa proses beli rumah ini yang anda tidak pernah tahu sebelumnya (yuran tersembunyi, fakta)?
…bayaran penyelenggaraan dan tentang keburukan ambil tingkat yang paling tinggi untuk kondominium. Hmm sebab rumah yang saya beli ni ialah tingkat yang paling atas dan saya baru terjumpa 1 cuplikan video dari VC Estate ni dia cerita tentang kenapa jangan ambik rumah yang paling atas untuk kondominium selepas saya dah settle semua urusan rumah T.T…
Individu A (Ain)
Ni lah video yang membuatkan individu A menyesal ambil tingkat yang paling atas tu. Hmm takpe Individu A, mungkin ada hikmah dan kemanisan kedepannya yang kita taktahu? :D
https://www.instagram.com/reel/C0JRe6CphyW
…hmm, oh ya mungin tentang MLTA dan MRTA pinjaman insurans! Waktu tandatangan dokumen pinjaman bank tu, pihak bank ada bagitahu yang kami akan ambil MRTA insurans. Taktahu kenapa tapi saya benar-benar lupa, yang sebenarnya kami nak ambil MLTA insurans! Saya pun sebenarnya lupa apa perbezaan antara dua tu, mungkin sebab teruja sangat. Kesimpulannya, saya tandatangan je MRTA insurans. Jadi, saya nasihatkan kepada pembeli rumah lain lagi-lagi untuk pembeli rumah pertama yang masih muda ni untuk ingat dan jelas tentang apa yang anda nak untuk pinjaman insurans ye…
Individu B (Wen Wei)
…MOT (memorandum of transfer) harus dibayar oleh pembeli…
Individu C (Khalimah)
…perjanjian S&P ada lebih daripada 200 muka surat dan saya kena tandatangan setiap helai muka surat!! Kedua, kami diharuskan untuk bayar cukai tanah dan cukai pintu dan saya taktahu langsung apa tu. Ketiga, kami juga kena bayar MOT selepas dapat rumah dan jumlah bayaran bergantung dengan nilai hartanah tersebut. Akhir sekali, ada banyak extra fees yang anda kena bayar selain daripada bayaran pendahuluan tau, so pastikan anda ada cukup tunai untuk itu (tak cakap lagi tentang deposit bil elektrik dan yuran ubah suai!)…
Individu D (Jasmine)
5. Apa nasihat anda kepada mereka di luar sana yang ingin membeli rumah terutamanya golongan muda?
…tanya diri anda dulu kesemua soalan ni sebelum anda teruskan untuk beli rumah, pertama mampu tak aku nak bayar ansuran bulanan ni? Kedua, adakah itu kawasan perumahan yang aku nak duduk? Ketiga, adakah itu tempat untuk duduk atau labur? Akhir sekali, Freehold or Leasehold?…
Individu A (Ain)
…pertama, jangan malu untuk tanya soalan kalau anda keliru, sebab anda tak boleh menyesal selepas dah tandatangan setiap dokumen! Kedua, bagi mereka yang belum buat keputusan, belilah rumah anda sekarang kalau anda mampu bayar RM1500-RM2000 (ansuran + yuran utiliti) setiap bulan. Jangan tunggu sampai anda dapat simpan duit yang boleh cecah harga rumah idaman anda tu baru nak beli, sebab percayalah ianya susah! Ketiga, ini nasihat daripada ibu bapa saya, jangan anggap rumah pertama awak adalah rumah terakhir awak, cuba sedaya upaya untuk selesaikan pinjaman dengan cepat dan mula fikirkan rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Satu rumah untuk anda tinggal dan rumah lain adalah untuk melabur, anda akan nampak keajaibannya pada masa hadapan!
Individu B (Wen Wei)
…nasihat saya untuk bakal owner rumah atau pelabur sebelum membeli rumah, kita perlu membuat homework sedikit tentang rumah yang ingin kita beli. Contohnya dari segi pemilihan lokasi yang strategik, harga pasaran, keselamatan persekitaran, kemudahan awam, pemaju yang dipercaya dan yang pasti tengok kemampuan poket sendiri. Pembelian rumah akan menjadi semudah ABC jika kita mendapat perkhidmatan agent hartanah dan banker yang berpengalaman dalam proses jual beli rumah. Insyallah!…
Individu C (Khalimah)
…berjimat, buat simpanan secukupnya dan beli apa yang anda mampu. Buat penyelidikan, rajin rajinlah selidik hartanah atau pemaju hartanah terlebih dahulu untuk elak daripada ditipu. Last sekali, lokasi. Kalau rumah ni untuk anda sendiri duduk, jangan beli yang telalu jauh sebabnya kalau tak anda akan terdorong untuk pindah atau susah untuk anda pantau progres ubah suai rumah dan pengangkutan ke tempat kerja pun jadi terlalu menyusahkan untuk anda bergerak…
Individu D (Jasmine)
Di IQI, tumpuan kami adalah untuk memastikan bahawa ejen dan perunding kami mencapai kejayaan yang tidak terkira dalam kerjaya mereka. Sertai IQI untuk lihat bagaimana anda boleh membangunkan diri bukan sahaja dalam kerjaya, tetapi juga dalam kehidupan peribadi anda!
Baca Selanjutnya:
1. Baru Pertama Kali Nak Beli Rumah? Mungkin Rumah Kondominium Adalah Yang Paling Ideal untuk Anda!
2. Berapakah Purata Gaji Rakyat Malaysia pada Tahun 2024?
3. 17 Idea Ruang Tamu Moden Melalui Pemilihan, Reka Bentuk, dan Inspirasi Hiasan 2024