Kebanyakan daripada kita sudah pasti pernah mempunyai keinginan untuk memiliki rumah idaman sejak kecil lagi. Dahulu, mungkin kita berfikir bahawa proses membeli rumah itu mudah. Apalah sahaja komitmen kita ketika itu, bukan? Namun, semakin kita meningkat dewasa, kita dapati bahawa memiliki rumah adalah lebih rumit dari yang kita bayangkan. Contohnya seperti proses permohonan pinjaman dan pembelian rumah, kita memerlukan pendapatan yang stabil, hutang yang sedikit, atau tiada hutang, dan skor kredit juga haruslah baik.
Tambahan pula, perancangan awal dan simpanan haruslah mencukupi untuk masa-masa kecemasan. Baik, andaikan kita sudah berjaya siapkan semua dokumen yang diminta dan sudah bersedia untuk membuat permohonan. Tetapi, mengapa pinjaman kita masih DITOLAK?! Di manakah silapnya?
Haaa, APA JADI jika itu berlaku? Inilah perkara yang anda perlu lakukan!
1. Ketahui Punca Pinjaman Anda Tidak Diluluskan
Langkah pertama adalah untuk menilai faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Selalunya, skor kredit merupakan punca utama. Skor kredit anda akan menentukan sama ada pemberi pinjaman bakal meluluskan pinjaman anda berdasarkan lima faktor:
- Kecekapan anda membayar bil
- Jumlah hutang anda
- Tempoh anda memiliki kad anda
- Jumlah komitmen yang terikat dengan kad anda
- Bilangan akaun kredit yang telah anda daftar
Juga, ketahui bahawa skor kredit ‘kosong’ tidak semestinya bermakna permohonan anda akan diluluskan dengan segera. Hal ini demikian kerana pemiutang juga boleh memeriksa tabiat perbelanjaan anda sekiranya anda tidak mempunyai skor kredit.
2. Sekiranya Hutang Merupakan Puncanya, Bina Strategi Pelan Pembayaran
Kadangkala, beban hutang kad kredit boleh menjadi sangat berat, dan itu dapat difahami. Kadang-kadang, tidak semua orang mempunyai pilihan. Komitmen wajib tertentu boleh menakutkan individu, terutamanya para siswazah atau ibu bapa baharu.
Walaupun begitu, perkara ini tidak seharusnya menjadi penghalang bagi anda! Terdapat langkah-langkah tertentu yang anda boleh ambil untuk memastikan hutang anda tidak terlalu membebankan anda.
- Melakukan bajet perbelanjaan kendiri – Senaraikan jumlah perbelanjaan anda pada setiap awal bulan dan kategorikannya. Seperti contoh, bil dan perbelanjaan peribadi. Tapis sebaik mungkin untuk meminimumkan perbelanjaan anda.
- Elakkan penggunaan kad kredit – Cara yang paling berkesan untuk menghentikan perbelanjaan kad kredit anda adalah dengan berhenti menggunakannya. Pada awalnya, ia mungkin menakutkan, tetapi lama-kelamaan, anda akan menjadi terbiasa dengannya.
- Lakukan simpanan mengikut kemampuan anda pada setiap bulan – Apabila anda sedang berhutang, penting untuk anda mengehadkan perbelanjaan anda. Fokus pada keutamaan anda dan langsaikan hutang yang tertunggak sebelum berbelanja mengikut kehendak anda.
3. Cuba Alternatif Lain
Tanya diri anda, “Adakah saya benar-benar perlu membeli rumah sekarang?” Selain memilih untuk memohon pinjaman bagi pembelian rumah, mungkin anda boleh meneroka pilihan yang lain. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan:
- Pertimbangkan untuk menyewa rumah. – Walaupun prospek memiliki rumah adalah menarik, terdapat beberapa faedah menyewa rumah. Contohnya seperti dilengkapi dengan beberapa kemudahan, tiada bayaran pendahuluan dan tiada kos penyelenggaraan atau bil pembaikan.
- Cari lokasi yang berbeza. – Pertimbangkan untuk memilih lokasi yang berbeza dengan kadar yang lebih berpatutan jika anda benar-benar bersedia untuk membeli rumah. Kadang-kadang, anda akan dapat temui rumah yang lebih sesuai jika anda melihat dengan teliti.
Sekiranya anda telah mendapatkan nasihat daripada IQI Global sebelum ini, mungkin anda sudah bersedia untuk memohon pinjaman rumah dalam jangka masa yang terdekat ini! Anda juga boleh dapatkan nasihat kami untuk menjana keuntungan dalam pelaburan hartanah!
IQI Global sedia untuk membantu anda!