Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

4 Projek Terbaru di Pulau Pinang Yang Berpotensi Pada 2025

Versi: CN, EN


Pulau Pinang bukan sekadar destinasi makanan dan warisan. Kini, telah tersenarai antara lokasi paling strategik untuk pelaburan hartanah di Malaysia!

Tetapi Kuala Lumpur, Selangor, serta Johor yang semakin berkembang pesat sering mendahului menjadi pilihan utama.

Namun, adakah potensi pelaburan hanya terhad kepada tiga lokasi ini sahaja?

Nak tahu kenapa Penang jadi tumpuan pelabur? Teruskan membaca tips beli rumah ini sebelum membuat keputusan!



Artikel di bawah menunjukkan 4 projek perumahan baharu yang dijangka menjadi tumpuan utama pelabur pada tahun 2025.

1. The Navens Condominium @ Bukit Mertajam

the navens condominium

the navens condominium

jalan pinggiran machang bubok, 14020 bukit mertajam, pulau pinang
3 beds | 2 - 3 baths | 196,020 sqft
MYR 475,000
Jenis: Kondominium Highrise
Pegangan Bebas 
Tahun Siap: September 27, 2024
Pemaju: WHH Land

Terletak di Bukit Mertajam, lokasi strategik ini jauh dari kesibukan bandar namun mudah diakses melalui lebuh raya utama.

The Navens direka khas untuk pembeli rumah pertama dan keluarga bersaiz sederhana.

Ia memberikan akses mudah ke keperluan harian seperti dikelilingi oleh sekolah, pasar raya, dan fasiliti kesihatan.

Dengan harga berpatutan dan bilik yang luas, lokasi strategik ini menggabungkan keselesaan, kemudahan, kemampuan dan suasana yang tenang.

2. Noordinz Suites @ GeorgeTown

noordinz suites

noordinz suites

49, gat lebuh noordin, george town, 10300 george town, pulau pinang
1 - 2 beds | 1 -2 baths | 83,012 sqft
MYR 593,800
Jenis: Kondominium Highrise
Pegangan Bebas 
Tahun Siap: 2024
Pemaju: Exsim Group

Noordinz Suites mencerminkan pembangunan perbandaran moden dan bertaraf tinggi di Malaysia.

Pilihan rumah ini sesuai untuk keluarga muda atau mereka yang mengutamakan gaya hidup mewah. 

Lokasi tersebut juga terletak di tengah Pulau Pinang, berdekatan dengan Komtar, Jeti, First Avenue Mall, dan hiburan terbaik.

3. Baymont Residences @ Bayan Lepas

sailor's wharf

sailor's wharf

skeffington st, london se18 6sr, uk
1 - 3 beds | 1 -2 baths
GBP 515,000
Jenis: 3-Tingkat Bungalow
Pegangan Bebas 
Tahun Siap: 2024  
Pemaju: WHH Land

Baymont Residences menawarkan kediaman direka untuk gaya hidup lebih mewah dan moden, sesuai untuk keluarga yang membesar. 

Lokasinya amat strategik, hanya 10km dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang kerap berulang-alik atas urusan perniagaan.

4. Versa @ Aspen Vision City Batu Kawan

versa junior apartment

versa junior apartment

persiaran cassia barat 9, 14110 batu kawan, pulau pinang
2 beds | 2 baths | 233,917 sqft
MYR 416,500
Jenis: Apartment 
Pegangan Bebas 
Tahun Siap: 2027  
Pemaju: Aspen

Versa terletak strategik berhampiran taman perindustrian Batu Kawan, Lebuhraya PLUS, serta laluan ke Simpang Ampat dan Butterworth.

Ini menjadikan perjalanan harian lebih mudah dan efisien.

Penduduk di sini tidak perlu risau soal makanan — pelbagai pilihan pandu lalu seperti McDonald’s, KFC, Tealive, A&W, Kenny Rogers Roasters, Coffee Bean dan Starbucks tersedia berdekatan.

Tambahan pula dengan lokasi yang bersebelahan IKEA Batu Kawan, jadikannya senang untuk mengubahsuaikan dan menghiaskan rumah impian.

Memilih Kawasan Yang Betul

Pulau vs Mainland: Mana Lebih Baik?

Projek hartanah biasanya dibangunkan di kawasan strategik dengan kedapatan tinggi untuk memastikan potensi pulangan yang maksimum.

Pilihan antara pulau dan tanah besar bergantung pada matlamat pelaburan, bajet, dan jenis hartanah, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

CiriPulauMainland
Harga HartanahLebih mahal
(RM1.2k~RM3k unit satu bilik)
Lebih mampu milik
(RM900~RM2k unit satu bilik)
Potensi & PermintaanTinggi – kawasan tumpuan pelancong & penduduk bandarKonsisten dan stabil, sesuai untuk jangka panjang bagi penduduk bandar
Kesesakan / TrafikTrafik tinggi pada waktu puncak dan waktu bekerjaLebih tenang dan lancar, tetapi semakin meningkat selari dengan pembangunan
Sesuai UntukPelabur jangka pendek: sewa harian (Airbnb) & hartanah mewahPelabur jangka panjang: rumah pertama & keluarga muda

Berikut adalah beberapa lokasi pelaburan Pulau Pinang bergantung kepada jenis pelaburan dan bajet anda:

GeorgeTown

  • Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008 yang terkenal dengan makanan dan pemandangan indah pulau.
  • Sebagai ibu negeri Pulau Pinang, terdapat kemudahan fasiliti kesihatan, pengangkutan awam, institusi pendidikan, serta suasana seni dan budaya yang meriah.

Bayan Lepas

  • Zob Perindustrian Bebas Bayan Lepas
  • Industri teknologi yang pesat berkembang seperti Motorola, Dell dan HP.
  • Sesuai ditempat dan dilabur kerana peluang pekerjaan yang luas.

Bukit Mertajam

  • Sesuai untuk keluarga muda yang ingin menjauhi dari kesibukan bandar.
  • Mempunyai banyak sekolah, pusat membeli-belah, bank, dan pelbagai kemudahan lain yang memenuhi keperluan harian penduduk.

Butterworth

  • Merupakan bandar yang lebih tenang, sesuai untuk menetap dan memiliki hartanah jika ingin ketenangan dan jauh dari kesibukan bandar.
  • Mempunyai pemandangan indah menghadap Pulau Pinang dan Pantai Bersih.
  • Dilengkapi dengan kemudahan hab pengangkutan Penang Sentral yang menghubungkan ke seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Thailand.

Kenapa Pulau Pinang Adalah Pilihan Pelaburan?

1. Pertumbuhan Ekonomi Yang Kukuh

Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama Malaysia, terutamanya sektor pelancongan. Dengan GDP semakn meningkat, peluang pekerjaan dan nilai hartanah juga meningkat.

2. Pembangunan Infrastruktur

Projek infrastruktur seperti LRT sedang dibina untuk tingkatkan pengangkutan dan nilai hartanah di sekitar.

3. Pulangan Sewa Tinggi

Sektor pelancongan dan ekspatriat meningkatkan kadar sewaan hartanah.

Kesimpulanya, pelaburan hartanah di Pulau Pinang semakin menarik disebabkan oleh sokongan infrastruktur, pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan yang pesat.

Dengan perkembangan ini, Pulau Pinang berpotensi untuk setaraf dengan Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor pada masa akan datang.


Soalan Lazim (FAQ)

Ya, pembangunan infrastruktur, peningkatan permintaan perumahan, dan sektor pelancongan yang kukuh, menawarkan peluang pelaburan yang baik.

Anda perlu mengambil kira lokasi, pulangan sewaan, pilihan pembiayaan, dan rancangan pembangunan masa depan.

Georgetown dan Bayan Lepas menawarkan pulangan sewa yang tinggi, manakala Butterworth dan Bukit Mertajam sesuai untuk tempat tinggal jangka panjang.

Secara amnya, harga rumah ikut gaji adalah sekitar 200 kali gaji bulanan anda. Namun, faktor lain seperti komitmen kewangan, kadar faedah pinjaman, dan kos sara hidup juga perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.


Sedang mencari rumah idaman atau peluang pelaburan di Pulau Pinang?

Inilah masa terbaik untuk melabur dalam pasaran hartanah Johor! Hubungi IQI hari ini untuk langkah pelaburan yang lancar.


Baca Selanjutnya:

  1. 10 Pemaju Hartanah Yang Paling Dipercayai di Malaysia 2025
  2. Gaji RM3K? Patutkah Anda Beli atau Sewa Rumah?
  3. Pembeli Rumah Pertama? 10 Soalan Anda Telah Di Jawab!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯