Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gaji RM3K? Patutkah Anda Beli atau Sewa Rumah?

Versi: EN


Adakah anda sedang merancang untuk tinggal bersendirian? Atau nak berkahwin dan memiliki rumah sendiri?

Dengan harga rumah dan kos sara hidup semakin tinggi, ramai antara kita berdepan dilema dalam membuat keputusan besar ini.

Persoalan yang sering timbul: “patutkah saya beli atau sewa rumah dengan gaji sekarang?”

Jawapanya? Menilai dahulu faktor seperti bajet, umur, lokasi, dan gaya hidup —mana yang lebih sesuai untuk anda.



Apakah Situasi Kewangan Anda?

Sebelum membuat keputusan untuk beli atau sewa rumah, anda perlu betul-betul fahami keadaan kewangan anda.

Ini termasuk jumlah pendapatan bulanan, komitmen ansuran bulanan, kemampuan untuk membayar kos pendahuluan dan sebagainya.

Apakah Kos Untuk Membeli?

  • Kos Pemilikan Hartanah:
    Yuran Sekali: Duti setem, pindah milik (MOT), yuran guaman
    Yuran Berterusan: Cukai pintu, cukai tanah, RPGT (jika jual rumah), Cukai Pendapatan Sewa (jika disewakan).
  • Pembayaran Pinjaman Loan: Dibayar secara bulanan, berdasarkan jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pinjaman.
  • Jumlah Pendapatan: Cukupi untuk menampung ansuran bulanan dan bayaran pendahuluan.

Berikut adalah gaji minimum untuk beli rumah (pinjaman 35 tahun, faedah 3%):

Harga Rumah (RM) Bayaran BulananGaji Bulanan Minimum
100,000 RM384.85RM1,300+ 
300,000 RM1,154.55RM3,800+ 
500,000 RM1,924.25RM6,500+ 
700,000 RM2,693.95RM9,000+ 
1,000,000 RM3,848.50RM13,000+ 

Secara amnya, bank biasanya benarkan pinjaman sebanyak RM100,000 untuk setiap RM1,000 gaji bulanan.

Tips: Bayaran bulanan rumah sepatutnya tak lebih dari 30–40% daripada gaji anda.

Apakah Kos Untuk Menyewa?

Berbanding membeli, proses menyewa lebih ringkas kerana tiada kos tersembunyi kecuali sewa bulanan dan deposit.

Berikut menujuk anggaran kos sewa rumah di Malaysia:

LokasiUnit 1-Bilik TidurUnit 3-Bilik Tidur
Kuala Lumpur City RM1,500 – RM2,800 RM2,500 – RM4,000 
PJ, Cheras, Subang RM900 – RM1,500 RM1,500 – RM2,800 
Johor Bahru RM800 – RM1,300 RM1,300 – RM2,500 
Penang RM1,000 – RM1,800 RM1,800 – RM3,000 
Ipoh, Kuantan RM600 – RM1,000 RM1,200 – RM2,000 

Menyewa lebih murah dari segi kos permulaan dan memberi lebih fleksibiliti, terutamanya jika anda belum pasti akan lokasi dalam jangka panjang.

Adakah Umur Pengaruhi Keputusan Beli atau Sewa?

Sebenarnya, usia bukanlah penentu utama untuk membeli atau menyewa rumah.

Tak semua yang berumur 30 tahun sudah memiliki hartanah, malah 30 bukan had untuk memiliki rumah — ada yang mampu lebih awal, ada juga yang bersedia kemudian.

Yang paling penting ialah kekukuhan kewangan kerana komitmen yang jangka panjang dengan beban hutang.

Namun, kerajaan dan pemaju ada menyediakan pelbagai subsidi dan insentif.

Insentif Bagi Pembeli Rumah Pertama

Pilih rumah ikut kesesuaian hidup, bukan tekanan usia dan beban jangka panjang.

Apakah Keperluan Gaya Hidup Anda?

Memahami keperluan gaya hidup anda juga amat penting.

Pertama, tentukan sama ada anda perlukan rumah untuk keperluan jangka pendek seperti urusan kerja, atau jangka panjang seperti pelaburan dan membesarkan keluarga.

Kedua, keperluan untuk ubahsuai mengikut citarasa.

Membeli memberikan kebebasan untuk mengubahsuaikan rumah kerana hak milik sepenuhnya, malah menyewa terikat dengan banyak larangan.

Jika anda mementingkan faktor peribadi dan perancangan jangka masa panjang imaka memiliki hartanah mungkin pilihan yang lebih baik.

Cara Memilih Lokasi Rumah Sesuai di Malaysia

Faktor penting lain yang perlu dipertimbangkan adalah lokasi.

Berikut adalah panduan ringkas mengenai kawasan terbaik untuk menyewa atau membeli, berdasarkan gaya hidup dan keutamaan anda.

LokasiFamilyCoupleKerjaBelajarLaburKos
KL
Selangor
Pinang
Johor
Bandar Kecil

Jadi, Beli vs Sewa: Mana Yang Lebih Berfaedah?

Jika anda masih keliru mana untuk pilih, lihat perbandingkan di bawah:

Beli

Kelebihan Kekurangan
Menjadi sebagai pelaburanKos permulaan dan bayaran bulanan yang tinggi
Pemilikan sepenuh atas hartanahTerikat kepada hutang untuk beberapa tahun

Sewa

KelebihanKekurangan
Tiada kos permulaan yang tinggi seperti wang pendahuluan.Tiada hak pemilikan, jadi kemungkinan dipaksa untuk berpindah
Tiada bayaran berulang seperti cukai hartanah dan yuran penyelenggaraan.Kemungkinan berhadapan dengan tuan rumah yang tidak baik atau peningkatan harga sewa

Pertimbangkan untuk membeli jika:

  • Anda mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil 👍
  • Anda merancang untuk tinggal di kawasan yang sama sekurang-kurangnya 5–10 tahun 👍
  • Anda mempunyai simpanan mencukupi👍
  • Anda berfikir untuk memulakan keluarga 👍

Pertimbangkan untuk menyewa jika:

  • Anda masih belum pasti di mana mahu tinggal 🆗
  • Keadaan pekerjaan anda tidak stabil 🆗
  • Anda belum mempunyai simpanan yang mencukupi 🆗
  • Anda lebih suka komitmen rendah dan fleksibiliti tinggi 🆗

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai jawapan yang lain untuk beli atau sewa.

Sama ada membeli atau menyewa, ia bergantung kepada tahap bajet, umur, lokasi, dan gaya hidup anda.

Hanya pertimbangkan untuk membeli hartanah jika anda stabil dan menyewa sekiranya anda masih dalam fasa meneroka.

Jangan tergesa-gesa buat keputusan dan mempertimbangkan faktor-faktor di atas!


Soalan Lazim (FAQ)

Setiap orang mempunyai pilihan berbeza. Pilihan membeli atau menyewa bergantung kepada tahap bajet, umur, lokasi, dan gaya hidup.

Ia bergantung kepada lokasi, jenis hartanah dan keadaan pasaran semasa. Menyewa biasanya memerlukan kos permulaan yang lebih rendah berbanding membeli.

Ya, hanya jika anda perlukan fleksibiliti, merancang untuk sering berpindah, atau ingin mengelakkan beban kewangan.

Membeli rumah melibatkan pelbagai kos seperti bayaran pendahuluan (biasanya 10% daripada harga hartanah), duti setem, pinjaman loan, dan yuran penilaian.


Sama ada membeli atau menyewa, serahkan kepada IQI untuk menjadi solusi hartanah anda. Hubungi ejen kami hari ini!


Baca Selanjutnya:

  1. 6 Cukai Hartanah di Malaysia untuk Pembeli Rumah
  2. Baru Pertama Kali Nak Beli Rumah? Mungkin Rumah Kondominium Adalah Yang Paling Ideal untuk Anda!
  3. Nak beli rumah pertama? Ini 7 tempat popular di Lembah Klang

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯