Pernah permohonan pinjaman rumah ditolak sebab tiada slip gaji?
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) membantu golongan bekerja sendiri dan mereka yang berpendapatan tidak tetap mendapatkan pembiayaan rumah sehingga RM500,000.
Nak tahu sama ada anda layak? Ketahui syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon SJKP 2027 dalam panduan ini.
Intipati Utama:
- Had pembiayaan: SJKP menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000, manakala SJKP MADANI sehingga RM360,000.
- Margin pembiayaan: Sehingga 110% melalui SJKP dan 120% melalui SJKP MADANI.
- Syarat kelayakan: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap.
- Tempoh: Sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun; pinjaman 2 generasi dibenarkan
- Belanjawan 2027: Tambahan dana jaminan sebanyak RM20 bilion dijangka membantu 80,000 lagi pembeli rumah pertama.
Panduan pinjaman perumahan SKJP 2027
1. Apa Itu SJKP?
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif kerajaan Malaysia yang membantu individu mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah pertama, terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Golongan seperti peniaga kecil, petani, nelayan, pekerja gig dan individu yang bekerja sendiri sering berdepan kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan kerana tidak mempunyai slip gaji bulanan.
Bagi menangani masalah ini, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) ditubuhkan pada 6 Disember 2007, dengan pelaksanaan skim jaminan bermula pada tahun 2008.
Syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan ini bertindak sebagai penjamin kepada institusi kewangan bagi membantu pemohon yang layak mendapatkan pembiayaan rumah.
Setakat ini, lebih 124,000 individu telah mendapat manfaat daripada SJKP, dengan lebih 34% daripadanya berumur antara 26 hingga 30 tahun.
2. Perkembangan Terkini SJKP dalam Belanjawan 2027
Melalui Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan tambahan dana jaminan SJKP sebanyak RM20 bilion yang dijangka membantu 80,000 lagi pembeli rumah pertama pada tahun 2027.
Selain itu, terdapat beberapa kemudahan berkaitan pembiayaan dan pembelian rumah yang boleh dimanfaatkan oleh pembeli yang layak.
- Jaminan pembiayaan sehingga 120%: Merangkumi harga rumah serta kos tambahan tertentu seperti ubah suai dan kelengkapan rumah.
- Pengecualian duti setem rumah pertama: Untuk rumah bernilai sehingga RM750,000 bagi tempoh 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
- Step-Up Financing: Diperkenalkan sejak 2025 untuk menawarkan ansuran lebih rendah bagi tempoh 3 hingga 5 tahun pertama sebelum meningkat secara berperingkat.
Walaupun terdapat penambahan dana jaminan, syarat asas dan kaedah permohonan SJKP masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya.
Nak tahu bagaimana penecuaian duti setem boleh memebantu anda menjimatkan kos pembelian rumah pertama?
Baca panduan lengkap Pengecualian Duti Setem rumah Pertama Hingga 2030 untuk mengetahui syarat kelayakan dan manfaat yang ditawarkan.
3. Had Pembiayaan SJKP 2027
Terdapat dua skim utama yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli rumah, iaitu SJKP dan SJKP MADANI.
Kedua-duanya menawarkan had dan margin pembiayaan yang berbeza.
1. Skim SJKP
Ia menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000, termasuk kos berkaitan pembelian rumah seperti MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian.
Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 110% daripada nilai hartanah, tertakluk pada kelayakan pemohon dan polisi bank.
2. Skim SJKP MADANI
SJKP MADANI pula menawarkan pembiayaan sehingga RM360,000, dengan margin pembiayaan maksimum 120% daripada harga rumah.
Pembiayaan tersebut merangkumi:
- Sehingga 100% daripada harga rumah.
- Sehingga 20% untuk kos tambahan seperti MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot.
Perbandingan SJKP dan SJKP MADANI
| Ciri | SJKP | SJKP MADANI |
|---|---|---|
| Had pembiayaan | RM500,000 | RM360,000 |
| Margin pembiayaan | Sehingga 110% | Sehingga 120% |
| Kos tambahan | MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan penilaian | Termasuk kos ubah suai dan perabot |
| Tempoh pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun | Sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun |
| Pembiayaan dua generasi | Dibenarkan | Dibenarkan |
Tempoh pembiayaan bagi kedua-dua skim adalah sehingga 35 tahun atau sehingga peminjam berumur 70 tahun, mana-mana yang lebih awal, tertakluk pada polisi bank.
Pembiayaan dua generasi juga dibenarkan bagi membantu pemohon mendapatkan pembiayaan yang bersesuaian.
Merancang untuk membeli rumah pertama?
Sebelum memohon SJKP, anda perlu mengetahui jumlah ansuran bulanan yang mampu dibayar berdasarkan pendapatan dan komitmen sedia ada.
Semak kadar faedah pinjaman rumah terkini di Malaysia untuk membantu anda membuat perbandingan sebelum memilih pembiayaan yang sesuai.
4. Syarat Kelayakan Pinjaman SJKP
| Syarat | Butiran |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas |
| Status pekerjaan | Terbuka kepada pekerja bergaji, peniaga kecil, pekerja gig, freelancer, petani, nelayan dan individu bekerja sendiri |
| Pendapatan | Tertakluk pada syarat pendapatan minimum bank yang mengambil bahagian |
| Komitmen bulanan | Jumlah bayaran balik semua pinjaman tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan |
| Rekod CCRIS | Tiada tunggakan melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan terkini dan tiada rekod kredit negatif lain dalam tempoh 24 bulan terkini |
| Jenis rumah | Rumah pertama, sama ada rumah baharu, subsale atau lelong |
| Tujuan pembelian | Untuk didiami sendiri dan bukan bagi tujuan pelaburan |
Walaupun SJKP sering dikaitkan dengan golongan yang tidak mempunyai slip gaji, pekerja yang mempunyai pendapatan tetap juga boleh memohon, selagi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pemohon juga perlu mempunyai kemampuan membayar ansuran bulanan berdasarkan penilaian pihak bank.
5. Dokumen Diperlukan untuk Permohonan SJKP Loan
Dokumen yang diperlukan bergantung kepada status pekerjaan dan sumber pendapatan anda. Pastikan dokumen lengkap sebelum menghantar permohonan kepada bank.
| Kategori | Dokumen diperlukan |
|---|---|
| Dokumen rumah | Perjanjian jual beli, borang tempahan atau resit bayaran muka |
| Pekerja bergaji | Slip gaji terkini, penyata KWSP dan surat pengesahan pekerjaan |
| Bekerja sendiri | Penyata bank 6 bulan terkini, dokumen cukai pendapatan atau penyata KWSP (jika ada) |
| Dokumen perniagaan | Lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau permit teksi (jika berkaitan) |
| Pengesahan pendapatan | Surat Akuan Bekerja Sendiri atau Surat Pengesahan Pendapatan |
| Dokumen peribadi | Salinan kad pengenalan dan dokumen sokongan lain yang diminta oleh bank |
Bagi individu yang bekerja sendiri, surat pengesahan pendapatan boleh disahkan oleh pihak yang dibenarkan seperti Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Pegawai Kerajaan Kategori A atau Pengurus Cawangan Bank.
Surat tersebut perlu menyatakan maklumat seperti sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan dan tempoh menjalankan perniagaan.
Jika suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan, kedua-duanya perlu menyediakan dokumen pengesahan masing-masing.
.
6. Cara Memohon Pinjaman Rumah SJKP
Permohonan SJKP perlu dibuat melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam skim ini. Berikut ialah lima langkah utama yang perlu anda ikuti.
Langkah 1: Pilih rumah yang ingin dibeli
Kenal pasti rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Pertimbangkan lokasi, harga, jenis rumah dan kemampuan membayar ansuran bulanan.
Pastikan rumah tersebut akan digunakan sebagai kediaman sendiri dan bukan untuk tujuan pelaburan.
Langkah 2: Hantar permohonan kepada bank
Kunjungi cawangan bank yang menambil bahagian dalamm skim SJKP, seperti BSN, Alliance Bank atau Bank Mualamat.
Sediakan smua dokumen peribadi, pendapatan dan rumah yang diperlukan untuk memulakan proses permohonan.
Anda boleh menyemak senarai bank yang mengambil bahagian melaui laman web rasmi SJKP.
Setelah kediaman dipilih, langkah seterusnya adalah memohon secara rasmi. Peminjam perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan, termasuk butiran peribadi, penyata kewangan, dan dokumen sokongan lain. Dokumen ini akan digunakan oleh Institusi Kewangan yang terlibat untuk menilai kelayakan pemohon.
Langkah 3: Bank membuat penilaian
Pihak bank akan menyemak dokumen serta menilai kemampuan kewangan pemohonan.
Peniliaian ini termasuk pendapatan, komitmen hutang, rekod kredit dan pematuhan terhadap syarat pembiayaan yang ditetapkan.
Langkah 4: Bank memohon jaminan daripada SJKP
Jika permohonan memenuhi penilian awal bank, ppihak bank akan mengemukakan permohonan jaminan kepada SJKP.
SJKP kemudiannya akan menilai permohonan sebelum memberikan jaminan permbiayaan sekiranya pemohon memenuhi syarat.
Langkah 5 Terima surat tawaran pembiayaan
Selepas pembiayaan diluluskan, pihak bank akan mengeluaran Surat Tawaran atau Letter of Offer (LO).
Surat ini mengandungi butiran penting seperti jumlah pembiayaan, kadar faedah atau keuntunan, tempoh bayaran balik serta terma dan syarat pembiayaan.
Baca dan faham semua syarat sebelum menerima tawaran tersebut.
Kesimpulan
Tidak mempunyai slip gaji tetap bukan bermakna peluang untuk memiliki rumah pertama sudah tertutup.
Melalui SJKP, golongan bekerja sendiri dan individu berpendapatan tidak tetap mempunyai satu lagi pilihan untuk mendapatkant pemiayaan perumahan.
Namun, kelulusan tetap bergantung pada kelayakan, rekod kredit dan kemampuan kewangan setiap pemohon.
Had pembiayaan yang cukup besar dan jaminan pembiayaan yang melampaui 100% memberikan anda fleksibiliti dan perlindungan tambahan. Bagi sesiapa yang sedang mencari penyelesaian kewangan untuk memiliki rumah, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memilih rumah mengikut kemampuan dan memahami komitment jangka panjang yang perlu ditanggung.
S
Memilih rumah bukan sekadar melihat harga, tetapi juga memastikan kediaman tersebut sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Hubungi ejen IQI untuk mendapatkan panduan dan mula mencari rumah pertama anda hari ini.
Soalan Lazim (FAQ)
Boleh. SJKP merangkumi pembelian rumah baharu, subsale dan lelong, tertakluk kepada syarat kelayakan serta kelulusan bank.
Syarat pendapatan minimum bergantung pada bank yang menawarkan pembiayaan. Semak dengan bank pilihan anda untuk mengetahui jumlah pendapatan minimum yang diperlukan.
Boleh. SJKP merangkumi pembelian rumah baharu, subsale dan lelong, tertakluk pada syarat kelayakan serta kelulusan bank.
Tempoh kelulusan bergantung pada bank, kelengkapan dokumen dan proses penilaian permohonan. Anda disarankan untuk menghubungi pihak bank bagi mendapatkan anggaran tempoh pemprosesan.
Ya, pemohon yang mempunyai pinjaman kereta masih boleh memohon. Namun, jumlah bayaran balik semua pinjaman mestilah tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan dan tertakluk pada penilaian bank.
Permohonan bersama boleh dipertimbangkan tertakluk pada syarat bank. Kedua-dua pemohon perlu menyediakan dokumen pendapatan dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Baca selanjutnya:
- Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama Hingga 2030
- Kadar Faedah Pinjaman Rumah Terkini di Malaysia
- Skim Rumah Pertamaku: Panduan Lengkap & Cara Memohon
Rujukan:
- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP). (t.t.). Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP): Maklumat dan syarat pembiayaan. Laman Rasmi SJKP. Diperoleh daripada https://www.sjkp.com.my/
- Kementerian Kewangan Malaysia. (t.t.) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Portal Manfaat Kementerian Kewangan Malaysia. Diperoleh daripada https://manfaat.mof.gov.my/bantuan/SJKP-001
- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP). (t.t.). Documents Required by Financial Institutions. Laman Rasmi SJKP. Diperoleh daripada https://sjkp.com.my/skim-my/dokumen-diperlukan
- Bernama. (2026). Belanjawan 2027: Peruntukan RM20 Bilion bagi SJKP. Diperoleh daripada https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2620805
- Bernama. (2026). Jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus melalui SJKP. Diperoleh daripada https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2617945
