Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Kawasan Paling Kaya di Kuala Lumpur: Di Mana Golongan T20 Tinggal?

Versi: EN

TL;DR: Bukan semua kawasan “kaya” di KL sama. Ampang Hilir jual status, Bukit Tunku jual warisan, Mont Kiara jual komuniti antarabangsa, dan Old Klang Road jual yield sewa terbaik (4.8%–6%) sebelum harga melonjak bila MRT3 siap.

Bayangkan rumah “termurah” pun bermula dengan harga RM1.5 juta dan yang paling mahal boleh cecah RM255 juta. Bukan harga kondo mewah biasa, tapi ini realiti di segelintir kawasan di Kuala Lumpur.

Di sebalik pagar tinggi dan jalan yang sunyi, kawasan-kawasan ni jadi rumah kepada diplomat asing, jutawan lama, sehinggalah selebriti tempatan. Setiap satu ada cerita, reputasi, dan harga tersendiri.

Ada yang dikenali sebagai “Embassy Row”, ada yang digelar “Beverly Hills Malaysia”. Semua bawa satu mesej yang sama iaitu di KL, kaya pun ada levelnya.

Jom kita tengok 8 kawasan yang buktikan yang standard “orang kaya” di ibu negara bukan satu ukuran je, tapi satu skala penuh yang jarang orang biasa nampak.



1. Kenapa Golongan T20 Sukakan Kawasan Seperti Ini?

Golongan T20 di Malaysia bukan sekadar cari rumah besar. Mereka cari kawasan yang boleh kekalkan nilai hartanah dalam jangka panjang, sambil sediakan gaya hidup yang setanding dengan status mereka.

Antara ciri yang paling dicari:

  • Kemudahan akses: dekat dengan padang golf, sekolah antarabangsa, dan tanpa risau kesesakan lalu lintas
  • Kedekatan dengan pusat perniagaan: hanya beberapa minit ke KLCC dan kawasan komersial utama
  • Privasi dan keselamatan: jalan yang tenang, pagar tinggi, jauh dari hiruk-pikuk bandar
  • Faktor komuniti: tumpuan usahawan berjaya, diplomat, dan keluarga “old money” menjadikannya magnet kepada golongan yang sama
  • Reputasi dan sejarah: nilai warisan yang terbina sejak puluhan tahun, sukar untuk ditiru oleh kawasan baharu

2. 8 Kawasan Pilihan Golongan Elit (Peta Kekayaan KL)

Dari alamat diplomatik yang tersembunyi di sebalik pagar tinggi, sampai koridor pelaburan yang baru mula mendapat perhatian, ini 10 kawasan yang bentuk peta kekayaan Kuala Lumpur hari ini:

1. Ampang Hilir (Embassy Row): Golden Mile KL

Purata Harga: RM1.5 juta hingga RM255 juta

Jalan Ampang turut dikenali sebagai “Golden Mile” kerana barisan banglo mewahnya sejak awal pembangunan bandar raya.

Antara faktor yang menjadikan kawasan ini begitu prestij:

  • Privasi tinggi: jalan yang teduh dengan pepohon, kawasan berpagar, dan reka bentuk kediaman berkepadatan rendah
  • Lokasi strategik: berdekatan KLCC, Pavilion KL, Kuala Lumpur Polo Club, dan The Campus Ampang
  • Seni bina bertaraf dunia: dari reka bentuk minimalis kontemporari sehingga estet neo-klasik yang megah, kebanyakan kediaman dilengkapi taman peribadi, kolam infiniti, dan teknologi rumah pintar

Tahukah anda: harga tertinggi rumah di Ampang Hilir boleh mencecah RM255 juta, lebih 500 kali ganda harga purata sebiji rumah di Malaysia yang hanya sekitar RM490,000!

Kemudahan Berdekatan:

  • Kesihatan: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
  • Rekreasi: Royal Malaysian Golf Club dan Kuala Lumpur Polo Club
  • Gastronomi: La Bodega dan La Risata
  • Membeli-belah: beberapa minit ke Pavilion KL dan KLCC

Peluang Pelaburan Blue Chip Di Ampang Hilir
Status “Golden Mile” memastikan nilai tanah di kawasan ini terus meningkat, hasil daripada lokasi yang terhad dan tidak boleh ditukar ganti.

Tambahan pula, Kehadiran lebih 80 kedutaan asing turut menjamin profil penghuni yang eksklusif, sekali gus mengekalkan harga hartanah pada tahap yang tinggi.

Bukan setakat itu, pembangunan MRT3 (Circle Line) pula dijangka bawa “transit premium” untuk hartanah berdekatan stesen baharu. Satu lagi peluang keuntungan untuk pelabur jangka panjang.

2. Bukit Tunku (Kenny Hills) : Puncak Kekayaan Senyap

Purata Harga: RM3.8 juta hingga RM60 juta+

Jika Ampang Hilir adalah pusat diplomatik, Bukit Tunku pula dianggap sebagai simbol “Old Money” di Malaysia.

Kawasan ini menjadi kediaman kepada keluarga-keluarga korporat yang paling diinginkan, golongan bangsawan, dan pemimpin politik terkemuka, dengan kebanyakan hartanah diwarisi secara turun-temurun.

Antara faktor yang menjadikan kawasan ini begitu prestij:

  • Enklaf “Old Money” Malaysia: Reputasi sebagai tempat tinggal keluarga korporat “established“, golongan bangsawan, dan pemimpin politik terkemuka, dengan hartanah yang diwarisi turun-temurun menjadikannya komuniti yang eksklusif dan tertutup
  • Hill-top living: Terletak di atas bukit dikelilingi landskap hijau rimbun dan hutan bandar yang tebal
  • Privasi tahap tertinggi: Pepohonan rimbun bertindak sebagai pelindung semula jadi, menjadikan kediaman tidak kelihatan dari jalan utama

Tahukah anda: antara kediaman paling ikonik di sini ialah Kediaman YTL, sebuah rumah peribadi berbentuk “kapal angkasa” rekaan firma Perancis Studio Jouin Manku, dengan kos pembinaan dianggarkan RM40 juta di atas tapak seluas 3,000 meter persegi.

Kekayaan Yang Tak Pernah Luntur
Berbeza dengan kawasan yang naik mendadak dalam masa singkat, hartanah di Bukit Tunku bergerak dengan cara yang lebih senyap, stabil, konsisten, dan jarang mengalami penurunan nilai walaupun pasaran turun naik.

Permintaan di sini datang daripada golongan tertentu sahaja. Mereka yang sanggup membayar harga premium demi warisan, ketenangan, dan kualiti yang telah terbukti sekian lama, bukan sekadar mengejar keuntungan pantas dalam jangka pendek.

3. Bangsar (Bukit Bangsar): Alamat CEO Muda

Purata Harga: RM800,000 hingga RM30 juta+

Kawasan seterusnya dalam senarai elit ini ialah Bangsar (Bukit Bangsar). Jika Bukit Tunku melambangkan “Old Money” yang tersembunyi, Bangsar pula merupakan syurga bagi golongan “Urban Sophisticate” yang mahukan keseimbangan antara status, gaya hidup moden, dan kemudahan bandar

Bukit Bangsar Magnet Golongan Elit?

  • Skena gastronomi terunggul: dari kedai makan bertaraf Michelin hingga kafe trendi, kualiti makanan di sini setanding ibu kota antarabangsa
  • Hartanah “old money” diperbaharui: banglo lama sejak dibangunkan pada 1970-an kini diubah suai dengan reka bentuk kontemporari yang mewah
  • Suasana “vibe zen”: kawasan berbukit menawarkan ketenangan dengan pemandangan panorama bandar raya yang tidak terhalang
  • Komuniti kosmopolitan: campuran penghuni tempatan kaya, ekspatriat, dan usahawan digital yang mewujudkan persekitaran terbuka dan bertaraf global

Kemudahan Berdekatan:

  • Membeli-belah: Mid Valley Megamall, Bangsar Village, dan Bangsar Shopping Centre (BSC)
  • Kesihatan: Pantai Hospital
  • Pendidikan: pelbagai sekolah dan institusi pengajian berkualiti berdekatan

Tahukah anda: antara pembangunan paling ikonik di sini ialah Serai, kondominium mewah di mana unit-unitnya boleh mencecah harga sehingga RM12.5 juta.

Pertimbangan Hartanah Di Bangsar
Pasaran hartanah di Bangsar sangat teguh dan pelbagai, menawarkan peluang pelaburan yang konsisten pada pelbagai peringkat harga.

Harga high-rise bermula RM750,000 sehingga RM42 juta, manakala rumah tanah bermula RM3.8 juta hingga mencecah RM54 juta.

Tidak seperti kawasan baharu, Bangsar telah membuktikan daya tahannya dalam pasaran hartanah selama berdekad-dekad. Prestij yang datang bukan daripada usia pembangunan, tetapi daripada rekod prestasi yang konsisten.

4. Desa ParkCity (Desa): Urban Village KL

Purata Harga: RM800,000 hingga RM25 juta+

Berbeza daripada tiga kawasan sebelum ini yang mengekalkan identiti tradisional, Desa ParkCity mewakili revolusi baharu dalam pembangunan kediaman Malaysia. Dibina atas prinsip “new urbanism“, komuniti bersepadu ini menggabungkan kemudahan bandar dengan ketenangan gaya hidup pinggir bandar.

Antara faktor yang menjadikan kawasan ini begitu istimewa:

  • Asal-usul yang unik: dahulunya sebuah kuari, tapak seluas 473 ekar ini diubah sepenuhnya sejak 1999 oleh Perdana ParkCity
  • Alamat Yang Terus Berkembang: pembangunan terbaru seperti Park Place menawarkan menara 54 tingkat dengan Sky Garden, bilik muzik, dan gimnasium bertaraf tinggi
  • Keselamatan bersistem: reka bentuk komuniti berpagar dan ciri keselamatan menjadi antara tarikan utama
  • Komuniti antarabangsa: menarik ramai ekspatriat dari UK, Korea Selatan, Jepun, dan Eropah
  • Hak milik kekal (freehold): status tanah yang jarang ditemui pada township bersaiz besar

Kemudahan Berdekatan:

  • Membeli-belah dan hiburan: The Waterfront dan Plaza Arkadia
  • Rekreasi: Central Park, salah satu taman paling mesra haiwan peliharaan di Lembah Klang
  • Pendidikan dan kesihatan: sekolah antarabangsa dan pusat perubatan dalam township

Pelaburan Untuk Keluarga Yang Fikir Jangka Panjang
Projek seperti South Brooks mencatatkan hasil sewaan (yield) antara 4.70% hingga 5.96%. Angka yang cukup kukuh untuk pasaran hartanah premium KL. Permintaan yang sentiasa melebihi bekalan terus mendorong kenaikan harga di kawasan ini.

Desa ParkCity menarik minat keluarga yang mahukan keseimbangan, tidak terlalu jauh dari bandar, namun terpisah daripada kesesakan urban, sekali gus menjadikannya pilihan popular untuk kediaman jangka panjang mahupun pelaburan.

5. Taman Duta (Kawasan Kedutaan) : Rumah Golongan UHNWI

Purata Harga: RM5 juta hingga RM20 juta+

Pernah tertanya-tanya di mana golongan yang tidak mahu namanya disebut dalam akhbar tinggal? Jawapannya mungkin Taman Duta, kawasan yang sengaja kekal senyap walaupun terletak beberapa minit dari pusat pentadbiran negara.

Taman Duta dikenali sebagai sebuah “private sanctuary“, kawasan perlindungan yang tenang di tengah tengah kesibukan bandar raya, dikelilingi kehijauan rimbun dengan kepadatan penduduk yang sangat rendah.

Antara faktor yang menjadikan kawasan ini begitu istimewa:

  • Privasi tinggi: Suasana tertutup (discreet) dan sunyi, jauh daripada hiruk pikuk kawasan trendi berhampiran
  • Lokasi strategik: Walaupun terasa terasing, ia hampir dengan Bangsar Shopping Centre, Istana Negara, dan Parlimen
  • Pusat diplomatik: Menempatkan pejabat penting seperti Kompleks Suruhanjaya Tinggi India yang baharu, bernilai RM35 juta dan dibina mengikut warisan tradisional India

Siapa Sebenarnya Duduk Di Sini?
Penduduk Taman Duta terdiri daripada kelompok yang sangat khusus, golongan Ultra-High-Net-Worth Individuals (UHNWI) yang mementingkan warisan, privasi, dan kualiti hidup tanpa kompromi.

Kawasan ini juga menjadi kediaman tokoh politik terkemuka dan keluarga korporat yang “established “, dengan kehadiran pelbagai pejabat kedutaan menambah profil diplomat dan pegawai tinggi antarabangsa dalam komuniti ini.

Kemudahan Berdekatan:

  • Rekreasi dan alam semula jadi: Taman Botani Perdana dan Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
  • Sukan dan sosial: Royal Selangor Club

Aset Warisan Yang Tidak Ternilai
Nilai hartanah di Taman Duta dianggap sebagai “aset warisan” kerana bekalan yang sangat terhad dan prestij lokasinya.

Tanah seluas 106.72 hektar di kawasan Duta Enclave dianggarkan bernilai antara RM5 bilion hingga RM6 bilion, sementara tuntutan pampasan tanah di sini pernah mencecah RM13.24 bilion, membuktikan betapa bernilainya setiap inci tanah di kawasan ini.

6. Damansara Heights (Bukit Damansara) : Bukit Selebriti

Purata Harga: RM2.5 juta hingga RM20 juta+

Damansara Heights turut digelar sebagai “Golden Triangle Heirloom“, harta pusaka Segitiga Emas Kuala Lumpur, kerana kedudukannya yang tidak tertandingi dalam pasaran hartanah tanah ultra-premium.

Antara faktor yang menjadikan kawasan ini begitu istimewa:

  • Model “bandar 15 minit”: Pavilion Damansara Heights gabungkan kediaman, pejabat, dan pusat beli-belah dalam satu ekosistem
  • Kematangan runcit: Penyewa utama seperti Zara, Massimo Dutti, dan TGV Cinemas tambah kerancakan harian
  • Keseimbangan hijau dan bandar: Kekal sebagai pinggir bandar mewah yang tenang dengan pemandangan hutan eksklusif

Penduduk Kawasan Damansara Height
Owner-occupiers di Imperial Residences mencari unit besar (3,380 hingga 4,090 kaki persegi) dengan privasi tinggi, manakala Royal Suites menarik profesional muda melalui susun atur dual-key berdekatan MRT. Keluarga ekspatriat pula tertarik dengan kedekatan ke Cempaka International School.

Kemudahan Berdekatan:

  • Membeli-belah: Kawasan Damansara turut disokong oleh Pavilion Damansara Heights dan Damansara City Mall
  • Pendidikan: HELP University dan SK Bukit Damansara
  • Pengangkutan: MRT Kajang Line, SPRINT Expressway, dan Penchala Link

Nilai Pelaburan Yang Terus Berkembang
Walaupun harga hartanah di sini sudah tinggi, Damansara Heights kekal mempunyai potensi peningkatan nilai yang kukuh. Reputasi kawasan yang kukuh, bekalan tanah yang terhad, dan permintaan berterusan menyokong pertumbuhan nilai jangka panjang.

7. Mont Kiara: Hab Komuniti Antarabangsa

Purata Harga: RM600,000 hingga RM16 juta+

Pada 2026, Mont Kiara bukan lagi sekadar kawasan kediaman ekspatriat, tetapi komuniti yang terus berkembang dengan infrastruktur dipertingkatkan. Kawasan ini kini turut menarik minat pelabur berpengalaman dan pembeli ulangan yang sudah kenal pasaran ini dengan baik.

Kenapa ekspatriat memilih Mont Kiara

  • Sekolah antarabangsa: Kepadatan sekolah bertaraf dunia buat hartanah di sini kalis inflasi
  • Budaya golf: Beberapa padang golf berdekatan
  • Makanan antarabangsa: Pelbagai pilihan masakan dari fusion Asia hingga fine dining Eropah
  • Kepelbagaian hartanah: Kondominium mewah, banglo, semi-D, dan rumah teres

Kemudahan Berdekatan

  • Pengangkutan: Akses ke KLCC, Pavilion KL, dan Mid Valley
  • Pendidikan: Beberapa sekolah antarabangsa dalam satu kawasan
  • Rekreasi: Padang golf dan kelab sosial

Rentak Hidup Ala Antarabangsa

Nilai Pelaburan Mont Kiara
Gabungan daya tarikan antarabangsa, kemudahan moden, dan harga yang lebih berpatutan berbanding kawasan ultra-premium lain terus mendorong permintaan konsisten daripada pengguna akhir mahupun pelabur.

8. Old Klang Road: Permata Urban yang Semakin Bernilai

Purata Harga: RM339,000 hingga RM2 juta+

Purata Harga: RM339,000 hingga RM2 juta+

Jalan Klang Lama ialah jalan utama tertua di Kuala Lumpur, dibina antara 1956 hingga 1959 sebagai laluan asal ke Pelabuhan Klang. Kini, koridor sepanjang 11-kilometer ini kekal sebagai kawasan kediaman dan komersial yang matang.a

Suasana Residence: Bandar Dalam Menara
Kondominium moden berdiri bersebelahan kedai makan nostalgik lama, memberikan kontras yang unik. Kebanyakan kediaman baharu dirancang bersepadu dengan kolam renang dan ruang komuniti dalam satu kompleks.

Sekeliling Yang Serba Lengkap

  • Membeli-belah: Mid Valley Megamall, Bloomsvale, Millerz Square
  • Pengangkutan: Stesen KTM Pantai Dalam dan Abdullah Hukum
  • Pendidikan: Berdekatan Universiti Malaya

Tahukah anda: harga median di sini sekitar RM600,000 (RM416 psf), jauh lebih berpatutan berbanding kawasan lain dalam senarai, tapi konsisten sebagai kawasan pulangan sewa paling kukuh di KL.

Perspektif Pelaburan
Old Klang Road kekal menarik kerana lokasinya yang strategik, kemudahan lengkap dan permintaan kediaman yang stabil. Ia sesuai untuk pembeli yang mencari potensi kenaikan nilai dan pendapatan sewaan jangka panjang.

3. Kawasan Manakah Yang Sesuai Untuk Anda?

Berikut adalah ringkasan perbandingan 8 kawasan elit dan strategik di Kuala Lumpur bagi tahun 2026 berdasarkan data pasaran semasa

KawasanSuasana Julat HargaKelebihan Utama
Ampang HilirEmbassy Row RM1.5J – RM12J++Privasi tinggi, alamat diplomatik
Bukit Tunku“Old Money”RM6J – RM60J++Kepadatan rendah, warisan
BangsarUrban Sophisticate & KosmopolitanRM550k – RM10J++Gastronomi & gaya hidup urban
Desa ParkCityModern Urban Village & KomunitiRM514k – RM15J++Mesra keluarga, freehold
Mont KiaraExpat HavenRM600k – RM16J+Educational Moat melalui konsentrasi sekolah antarabangsa terbaik
Taman DutaPrivate Sanctuary & TertutupRM1J++ – RM30J+Enklaf UHNWI, tenang
Damansara HeightsBeverly Hills of MalaysiaRM255k – RM35J+Hub bersepadu, akses MRT
Old Klang RoadHub Pelaburan & “New Money”RM339k – RM2J+Rental Yield Tertinggi (4.8%-5.5%), MRT3

Ringkasan Cepat

  • Status & warisan: Ampang Hilir, Bukit Tunku, Taman Duta
  • Gaya hidup keluarga: Desa ParkCity, Mont Kiara
  • Pelaburan strategik: Old Klang Road
  • Ketersambungan urban: Damansara Heights

4. Kenapa Old Klang Road Semakin Menarik Perhatian Pelabur?

Old Klang Road (OKR) kini diiktiraf sebagai koridor hartanah paling “undervalued” di Kuala Lumpur bagi tahun 2026, menjadikannya magnet baharu bagi pelabur bijak.

Faktor Tarikan Huraian
Pemangkin MRT3Stesen baharu dijangka bawa “transit premium” sehingga 15% kepada nilai aset
Penghubung 6 lebuh rayaAkses pantas melalui NPE, Federal Highway, KESAS, MEX, Besraya, dan ELITE
Sewa stabilKadar penghunian 88% hingga 93%
Kelangkaan freeholdKebanyakan stok lama leasehold, jadi pelancaran freehold baharu sangat dicari

Sumber: DMS Team, EdgeProp, PropCashFlow, Oldklangroad

Peluang di OKR pada 2026 adalah untuk “membeli ketersambungan dan status freehold” pada harga kompetitif, sebelum lonjakan nilai penuh apabila MRT3 beroperasi sekitar 2032.

Nak tahu berapa sebenarnya potensi pulangan dari Old Klang Road?
Ketahui bagaimana yield sewa dikira dan berapa yang anda boleh jana sebagai pelabur di koridor ini.

5. Suara Dari Lapangan: Realiti Pasaran 2026

Angka dan jadual tu penting, tapi ada benda yang cuma ejen yang betul-betul turun padang boleh nampak. Ni beberapa realiti sebenar dari lapangan yang jarang orang cerita.

a) Permintaan Sebenar Di Old Klang Road
Old Klang Road dikenali sebagai pasaran yang digerakkan oleh sewa, iaitu permintaan datang daripada penyewa sebenar seperti profesional muda dan keluarga, bukan sekadar spekulasi.

Locations that will be in demand are those that offer faster trips to central areas or that have been newly linked to mass transit.

Kashif Ansari, Co-Founder dan Group CEO Juwai IQI

Kashif Ansari, Co-Founder dan Group CEO Juwai IQI, turut sependapat, lokasi yang tawarkan perjalanan lebih pantas ke kawasan pusat, atau baru disambung dengan transit, akan terus mendapat permintaan tinggi.

b) Old Klang Road Berbanding Bukit Jalil
Bukit Jalil memang alamat yang dah terbukti, tapi sekarang berdepan risiko terlalu banyak unit baharu dibina serentak. OKR pula tawarkan nilai lebih baik sebab bekalan unit baharu lebih sedikit, ditambah dengan projek MRT3 yang bakal datang.

c) Kos Yang Selalu Terlepas Pandang
Ramai pelabur baharu hanya sedia duit untuk bayaran pendahuluan sahaja. Sebenarnya, ada banyak kos lain macam duti setem, yuran guaman, penyelenggaraan, dan simpanan untuk tempoh unit tak disewa selama 6 bulan.

Kena hati-hati juga dengan jenis geran hartanah. Serviced apartment jenis komersial boleh kenakan bil utiliti sampai 2 hingga 3 kali ganda lebih mahal.

Beli rumah ikut nombor, bukan ikut suka. Kalau duit sewa tak cukup nak bayar bulanan pada kadar sewa 80%, jangan beli unit tu, walau macam mana cantik pun.

Kerangka CLEAR, Hartamas Real Estate

Sebelum tandatangan apa-apa, semak dulu nombor sebenar seperti yield, kos tersembunyi, dan jarak sebenar ke stesen, bukan sekadar apa yang tertulis dalam risalah.

6. Kesimpulan

Dari Ampang Hilir yang mencecah RM255 juta, sampai Old Klang Road yang bermula RM339,000, senarai ni buktikan satu perkara iaitu di Kuala Lumpur, “kaya” bukan satu ukuran tunggal.

Nak status dan warisan, pilih Ampang Hilir, Bukit Tunku, atau Taman Duta. Nak gaya hidup keluarga, Mont Kiara dan Desa ParkCity lebih sesuai. Nak pulangan sewa dan potensi naik nilai, Old Klang Road jadi pilihan paling munasabah sekarang, sebelum MRT3 beroperasi.

Setiap kawasan ada cerita dan realiti harga tersendiri dan itulah yang buat KL sebuah bandar dengan begitu banyak lapisan kekayaan.


Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah kawasan paling kaya di Kuala Lumpur?

Ampang Hilir kekal teratas, dengan harga rumah mencecah RM255 juta. Digelar “Embassy Row” kerana menempatkan lebih 80 kedutaan asing.

2. Kawasan mana paling sesuai untuk pelaburan?

Old Klang Road menawarkan yield sewa terbaik dalam senarai ini, antara 4.8% hingga 6%, dengan harga 30% hingga 50% lebih murah berbanding Bangsar atau Mid Valley.

3. Kawasan mana paling sesuai untuk keluarga ekspatriat?

Mont Kiara dan Desa ParkCity paling popular, disokong kepadatan sekolah antarabangsa dan komuniti kosmopolitan.

4. Kawasan mana paling private dan eksklusif?

Taman Duta. Kawasan ini jadi kediaman golongan UHNWI dan tokoh politik yang mengutamakan privasi mutlak, jauh dari sorotan awam.

5. Adakah kawasan-kawasan ini sesuai untuk penyewa jangka pendek?

OKR dan Mont Kiara paling sesuai kerana permintaan sewa yang konsisten. Kawasan seperti Taman Duta dan Bukit Tunku kurang sesuai kerana lebih tertumpu kepada pemilikan jangka panjang.


Jika anda masih ragu-ragu, berbincanglah dengan penasihat hartanah yang boleh membantu anda menilai pilihan berdasarkan pasaran, kemampuan dan perancangan jangka panjang.





+60








Baca Selanjutnya:

  1. 10 Kawasan Paling Murah Di Lembah Klang 2026
  2. Harga Rumah Jual Semula KL Cecah RM1 Juta, Pasaran Malaysia Kekal Kuat
  3. Pasaran Hartanah Malaysia 2026: KL Cecah RM1 Juta (Analisis Data NAPIC & IQI)

Rujukan

  1. Bamboo Routes. (2026, Julai 3). How’s the real estate market doing in Kuala Lumpur? (2026). Diambil daripada https://bambooroutes.com/blogs/news/kuala-lumpur-real-estate-market
  2. PropCashflow Team. (2026, Mac 7). Malaysia Condo Prices 2026: Average Costs by State & Area. PropCashflow.my. Diambil daripada https://propcashflow.my/blog/malaysia-condo-price/
  3. PropCashflow Team. (2026, Mac 7). Best Property Investments in Malaysia 2026: Data-Driven Picks. PropCashflow.my. Diambil daripada https://propcashflow.my/blog/best-property-investment-in-malaysia/
  4. iProperty. (2026, Ogos 11). Damansara Heights: Malaysia’s One True “Old Money” Address. Diambil daripada https://www.iproperty.com.my/guides/damansara-heights-malaysias-one-true-old-money-address-103138
  5. DMS Team (Jason Chan). (2026, Julai 13). How to Buy Property on Old Klang Road Under RM600,000 — 2026 Guide. Diambil daripada https://dms-team.com/property-old-klang-road-under-rm600k-2026/
  6. DMS Team (Jason Chan). (2026, Julai 11). Old Klang Road vs Bukit Jalil: Which KL Corridor Wins for Property Investment in 2026? Diambil daripada https://dms-team.com/old-klang-road-vs-bukit-jalil-property-investment/
  7. Hartamas Research. (2026, Julai 24). 5 Mistakes to Avoid When Buying Your First Investment Property in Malaysia. Hartamas Real Estate. Diambil daripada https://hartamas.com/5-mistakes-to-avoid-when-buying-your-first-investment-property-in-malaysia/
  8. Lee, K. (2026, Jun). Old Klang Road Property (Jalan Klang Lama) — Area Guide, New Launches & Market. OldKlangRoad.my. Diambil daripada https://oldklangroad.my/

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯