Versi: EN
Beli rumah sememangnya merupakan satu komitmen besar, terutamanya apabila anda mula megubahsuai rumah. Dari sini, stress akan mula dirasai…..
Walaupun perjalanan ubahsuai memang menyeronokkan, namun tanpa perancangan rapi, ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.
Jika anda seorang pembeli rumah baru, atau ingin mengubahsuai rumah, berikut adalah 5 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum mula renovasi!
Rancang Sebelum Ubah Suai Rumah

Mulakan Dengan Matlamat yang Jelas
Sebelum membuat penguabahsuaian, tahu apa yang anda inginkan! Jangan serahkan semua keputusan kepada kontraktor atau pereka dalaman.
Pertama, kenal pasti sebab pengubahsuaian – sama ada untuk jual rumah atau tinggal lama. Ini penting supaya pelaburan anda berbaloi.
Aspek penting ini menimbangkan agar projek tersebut memberi pulangan pelaburan yang baik untuk kawasan tersebut.
Kedua, jelaskan visi anda supaya orang lain faham keperluan anda.
Tip: Rancang awal sebagai pelan untuk rumah impian anda.

Rancang Bajet & Garis Masa Realistik
Langkah paling penting adalah untuk menetapkan bajet dan garis masa yang jelas dan realistik.
Sebelum ubah suaian bermula, berbincanglah dengan kontraktor dan arkitek untuk merangka bajet yang mencukupi mengikut garis masa setiap peringkat kerja.
Perancangan yang baik memastikan projek tidak tergendala atau tersasar dari jadual asal.
Tip: Elakkan membuat keputusan tergesa-gesa supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Pilih Kontraktor SSM Berdaftar
Memilih kontraktor bukan sekadar bergantung kepada ulasan dari media sosial atau cadangan rakan.
Pastikan setiap kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
SSM akan memastikan syarikat tersebut berdaftar sah untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, manakala CIDB memberikan pengiktirafan kepada kontraktor berdasarkan kelayakan serta gred mereka.
Gred CIDB menentukan nilai maksimum projek yang boleh dikendalikan oleh kontraktor.
Berikut adalah pecahan gred CIDB dan had nilai projek:
| CIDB | HAD NILAI PROJEK |
| G1 | Tidak melebihi RM200,000 |
| G2 | Tidak melebihi RM500,000 |
| G3 | Tidak melebihi RM1 juta |
| G4 | Tidak melebihi RM3 juta |
| G5 | Tidak melebihi RM5 juta |
| G6 | Tidak melebihi RM10 juta |
| G7 | Tiada had |
Pastikan gred CIDB kontraktor sepadan dengan skala renovasi rumah dan mengelakkan kontraktor bergred rendah ambil projek melebihi kelayakan mereka.

Pantau Kemajuan Kerja
Setelah projek bermula, tanggungjawab anda tidak terhenti di situ.
Walaupun orang lain diupah untuk menjalankan tugas, anda tetap perlu memantau kemajuan renovasi secara berkala.
Pelan di atas kertas mungkin berbeza apabila dilihat secara fizikal, jadi pastikan lawatan tapak dilakukan, ambil gambar, dan kekalkan komunikasi dengan kontraktor.
Tip: Lakukan pemeriksaan ke tapak setiap dua hari untuk memastikan hasil akhir mengikut perancangan.

Periksa Sebelum Bayaran Penuh
Setelah renovasi selesai, jangan tergesa-gesa tandatangan atau buat bayaran penuh.
Luangkan masa untuk periksa setiap bahagian kerja dengan teliti.
Jika boleh, dapatkan pandangan kedua—daripada rakan yang berpengalaman dalam renovasi atau seorang pemeriksa profesional untuk kesan kecacatan seperti:
- Kemasan yang tidak sekata
- Jubin lantai yang berderap
- Pencahayaan yang tidak berfungsi
- Saluran paip
- Kerja elektrik
Ini kerana jika pembayaran penuh dibuat, ia menjadi lebih sukar untuk meminta kontraktor kembali baiki kerja yang belum siap.
Tip: Upah pemeriksa profesional selepas renovasi untuk elak masalah kemudian hari.

Kesimpulannya, perancangan mengurang risiko untuk membazirkan wang.
Setiap projek pengubahsuaian pasti memerlukan usaha, kos, dan juga pengorbanan emosi.
Namun dengan perancangan yang teliti, pasukan yang tepat, kontrak yang jelas, serta kesabaran, anda boleh menyempurnakan projek dengan tekanan yang jauh lebih rendah. Lagipun, rumah impian anda memang berbaloi untuk diperjuangkan!
Soalan Lazim (FAQ)
Perbezaan antara renovasi dan ubah suai?
Renovasi ialah memperbaharui sesuatu yang lama, manakala ubah suai melibatkan perubahan struktur atau susun atur. Kemas kini kecil seperti cat dan kelengkapan adalah renovasi, tetapi jika ubah bentuk ruang, itu adalah ubah suai.
Apakah panduan ringkas untuk renovasi rumah?
Bermula dengan perancangan yang jelas → Tetapkan bajet & garis masa realistik → Pilih kontraktor berdaftar → Pantau kemajuan kerja → Periksa hasil sebelum bayaran penuh.
Apakah Bajet Ideal untuk Renovasi Rumah?
Bajet ideal bergantung pada saiz rumah dan skop kerja, tetapi secara umumnya, anggaran peratusan renovasi berkadar 15% daripada harga rumah secara keseluruhan.
Setiap dream home bermula dengan hartanah yang betul. Sama ada anda sedang mengubahsuai rumah atau ingin membeli rumah, ejen hartanah sedia untuk membantu anda mencari rumah impian tersebut!
Baca Selanjutnya:
