Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kerja Dari Rumah & Gaji Besar? Kerjaya Hartanah Jawapannya!

Dikemaskini pada: 14/06/2025


Beberapa tahun lepas, kerja dari rumah mungkin dianggap pelik. Tapi hari ini, ia jadi impian ramai orang.

Rutin harian makin padat. Jem pagi petang, mesyuarat tak berhenti, masa untuk diri sendiri pun berkurang.

Ramai mula tertanya: “Tak ada ke cara kerja yang lebih fleksibel, tapi masih berbaloi?”

Jawapannya: Ada!

Ada yang nak lebih masa bersama keluarga. Ada juga yang dah penat terperangkap dalam pejabat dari pagi sampai malam.

Semakin ramai yang beralih arah — gaya kerja lama makin tak relevan, kerja fleksibel jadi pilihan.

Kalau anda pun tengah cari kerja dari rumah yang bagi lebih kawalan, lebih ruang untuk hidup, dan potensi pendapatan yang menarik, artikel ni mungkin untuk anda.

Dan ya… ia berkaitan dunia hartanah.



Apa Sebenarnya Kerjaya Hartanah Ini?

seorang ejen hartanah sedang melakukan sale

Bila sebut je “hartanah,” mesti ramai yang terus terbayang seseorang yang berpakaian kemas, sibuk jual rumah, bawa klien viewing rumah..

Betul la tu, tapi realitinya, industri ini jauh lebih luas dan pelbagai.

Kerjaya hartanah ni sebenarnya ada beberapa jenis dan menariknya, banyak juga boleh dilakukan dari rumah!

Perunding Hartanah (REN)

Ini adalah laluan paling popular untuk mereka yang baru nak mula. REN ialah individu yang bekerja di bawah agensi hartanah berlesen

Tugas mereka? Bantu orang jual, beli, atau sewakan hartanah

Dan yang paling menarik? Tak perlukan ijazah pun!

Ye betul, cukup sekadar hadir kursus dua hari (Negotiator Certification Course – NCC) dan anda akan dapat tag REN untuk mula bekerja secara sah.

Ejen Hartanah

Nak pergi lebih jauh? Anda boleh naik taraf jadi ejen hartanah berlesen!

Namun, ia sedikit berbeza dengan REN.

Ejen Hartanah Berdaftar di Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)

Ejen hartanah memerlukan kelayakan rasmi serta pendaftaran dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (BOVAEP)

Ejen hartanah biasanya lebih pakar dalam transaksi besar dan rumit, boleh beri nasihat pelaburan dan juga boleh membuka agensi sendiri.

Pembantu Hartanah

Tak suka buat jualan? Anda masih boleh ceburi bidang ini sebagai pembantu hartanah

Peranan ini lebih kepada kerja belakang tabir seperti membantu menguruskan tugasan pentadbiran, penyusunan fail, dan jadual temu janji.

Apa yang menarik tentang bidang ini ialah — anda boleh mula tanpa latar belakang profesional yang tinggi!

Asalkan anda rajin belajar, pandai berkomunikasi dan bijak guna platform digital, kerjaya hartanah boleh jadi pintu rezeki baharu anda.

seorang pembantu hartanah sedang kerja dari rumah

Bolehkah Kerjaya Hartanah Dilakukan Dari Rumah?

Jawapannya: Sudah tentu boleh! 

Malah, banyak aspek pekerjaan ini amat sesuai dilakukan secara jarak jauh. Antaranya termasuklah:

  • Menghubungi prospek melalui telefon, e-mel atau aplikasi pesanan segera.
  • Mengatur lawatan hartanah secara maya menggunakan teknologi seperti Zoom atau Google Meet.
  • Menghasilkan kandungan pemasaran seperti video, grafik, dan pos media sosial secara digital.
  • Mengurus rundingan dan tawaran jual beli secara dalam talian.

Menariknya, urusan dokumentasi kini banyak dilakukan secara digital! Jadi tak perlu lagi ke pejabat, semua boleh diurus terus dari rumah.

Kenapa Kerjaya Hartanah Menjadi Pilihan Ramai?

Terdapat beberapa kelebihan utama yang menjadikan kerjaya hartanah sebagai pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia:

KelebihanPenerangan
Fleksibiliti MasaAnda boleh tentukan sendiri waktu kerja, ikut kesesuaian rutin harian anda.
Potensi Pendapatan Tanpa HadPendapatan tidak terikat dengan gaji bulanan — semakin banyak usaha, semakin besar pulangan.
Keseimbangan KehidupanMudah uruskan keluarga dan komitmen peribadi tanpa perlu korbankan kerjaya.
Boleh Dimulakan Tanpa IjazahTidak memerlukan latar belakang akademik yang tinggi untuk bermula — cukup dengan latihan asas seperti kursus NCC.
Peluang Belajar dan BerkembangBanyak ruang untuk belajar kemahiran baharu seperti pemasaran digital, komunikasi, dan pengurusan pelanggan.

Kerjaya ini juga sesuai untuk pelbagai golongan termasuk pelajar universiti, suri rumah, pesara atau mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Tapi… Adakah Ia Terlalu Indah Untuk Jadi Kenyataan?

Memang tak dinafikan, ada ejen hartanah yang berjaya jana RM5,000 hingga RM30,000 sebulan, bahkan lebih!

Kedengaran menarik, kan? Tapi realitinya, jumlah tu bukan datang bergolek.

karier hartanah boleh memberikan pendapatan yang lumayan

Ia bergantung pada sejauh mana anda nak berusaha!

Tapi sebelum anda terlalu teruja, ada satu perkara penting yang perlu difaham betul-betul — bidang hartanah bukan jalan pintas untuk jadi kaya.

Sama seperti bisnes lain, kejayaan di sini perlukan masa, usaha berterusan, dan daya tahan yang tinggi

Kalau anda jenis yang cepat putus asa, anda mungkin akan rasa tertekan. Tapi kalau anda konsisten dan terbuka untuk belajar, ganjarannya memang berbaloi.

Untuk capai tahap itu, inilah antara perkara yang perlu anda miliki:

  • Konsistensi & usaha berterusan – Klien takkan datang sendiri. Anda perlu usaha bina kehadiran dan kepercayaan.
  • Kemahiran berinteraksi dengan orang – Ini kerja dengan manusia. Keupayaan untuk mendengar, berkomunikasi, dan bina kepercayaan sangat penting.
  • Kesabaran – Bukan semua urusan jual beli selesai dalam masa sehari. Kadang-kadang ambil masa berminggu atau berbulan.
  • Disiplin diri – Bila kerja fleksibel, anda kena jadi bos kepada diri sendiri. Kena tahu bila nak fokus, bila nak push diri dan kekalkan momentum.

Perbandingan Dengan Kerja Lain Dari Rumah

Kalau nak dibandingkan dengan kerja dari rumah yang lain seperti freelance atau dropshipping, kerjaya hartanah memang ada tarikannya yang tersendiri.

Sebagai contoh, jadi freelancer seperti penulis, pereka grafik atau editor memang fleksibel, tapi pendapatannya bergantung pada projek

Ada masa rezeki masuk bertubi-tubi, tapi ada juga masa sunyi sepi tanpa job.

Dropshipping pula nampak mudah pada permukaan, tapi realitinya anda perlu urus supplier, kendali stok dan berdepan dengan pelbagai isu pelanggan.

seorang ejen hartanah sedang melakukan penerangan dengan klien

Kerjaya hartanah pula memberi peluang untuk anda bina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Bila strategi kena dan anda konsisten, pendapatan boleh jadi lebih stabil dan berkembang dari masa ke masa. 

Yang paling best, semuanya boleh dicapai dari rumah!

Fleksibiliti Unik Kerjaya Hartanah

Salah satu kelebihan unik kerjaya hartanah ialah fleksibiliti masa yang sebenar-benar fleksibel. 

Anda boleh tentukan sendiri waktu bekerja, ikut rentak dan gaya hidup anda!

Anda bukan sahaja boleh mengatur masa bekerja sendiri, tetapi anda juga mempunyai kebebasan memilih jenis hartanah, lokasi, dan pelanggan yang ingin anda fokuskan.

Kebebasan seperti ini membolehkan anda urus kerja dan kehidupan peribadi dengan lebih seimbang.

Kalau nak dibandingkan, kerja tradisional dari rumah seperti khidmat pelanggan atau tutor dalam talian biasanya ada waktu kerja tetap. 

Tapi dalam hartanah, anda lebih banyak kawal sendiri hala tuju harian anda!

seorang ibu yang merupakan ejen hartanah sedang kerja dari rumah sambil melayani anak-anak

Kisah Kejayaan Sebenar Sebagai Inspirasi

Bercakap soal fleksibiliti, kami tak sekadar beri teori semata-mata. 

Di IQI Global, ada ramai ejen yang telah buktikan sendiri bagaimana kerjaya ini bukan sahaja fleksibel, malah mampu ubah kehidupan mereka secara menyeluruh!

Berikut antara kisah inspirasi yang mungkin buat anda rasa lebih yakin untuk mulakan langkah:

1. Natasha Gideon

Nekad untuk meninggalkan kerja tetapnya 9 pagi hingga 5 petang demi peluang dalam bidang hartanah. 

Enam bulan pertama tanpa komisen bukan mudah, tapi beliau yakin dengan potensi besar sebagai REN

“Saya suka cabaran dan memang minat cari duit! Dalam hartanah, bila saya usaha 200%, pendapatan saya pun boleh naik dua kali ganda — tak seperti kerja makan gaji,” katanya. 

Kini, Natasha berjaya capai kebebasan masa dan kewangan sebagai ejen hartanah di IQI.

2. Sasidar

Sasidar pernah hilang segalanya dan terpaksa menjadi pemandu Grab, ulang-alik Seremban – KL tanpa masa untuk keluarga. 

Pada mulanya, beliau bertahan hampir setahun tanpa pendapatan

Tapi dengan semangat dan pengorbanan demi masa depan keluarga, beliau teruskan juga. 

Kini sebagai ejen hartanah IQI, Sasidar nikmati fleksibiliti sebenar — kerja ikut masa sendiri dan lebih masa bersama insan tersayang.

3. Alvin Chan

Alvin pernah berniaga makanan dari pagi hingga petang, kemudian sambung edarkan risalah di pusat beli-belah hingga malam. 

Semuanya berubah selepas beliau terlihat satu iklan hartanah di Facebook — pertemuan itu membuka jalan baharu dalam hidupnya dan membawa Alvin menyertai IQI. 

Selepas itu, beliau berdepan cabaran besar: tiga bulan pertama tanpa sebarang jualan. Tapi Alvin tak patah semangat

Kini, selepas empat tahun dalam industri, beliau bukan saja capai jualan jutaan ringgit, malah pernah close sale RM10 juta dalam sehari dan tempahan RM4.2 juta hanya melalui panggilan 15 minit.

Langkah-Langkah Praktikal Memulakan Kerjaya Hartanah Dari Rumah

Berikut ialah langkah praktikal untuk memulakan kerjaya ini:

1. Sertai Agensi Hartanah Berdaftar

Cari agensi hartanah yang sah, bereputasi tinggi dan mampu memberikan latihan serta sokongan.

2. Hadiri Kursus Pensijilan REN (NCC)

Kursus dua hari ini diluluskan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (BOVAEP).

3. Dapatkan Tag REN

Setelah selesai kursus NCC, anda akan diberikan tag REN oleh BOVAEP sebagai pengiktirafan rasmi.

4. Bangunkan Jenama Peribadi Secara Online

Gunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok atau laman web untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan anda kepada bakal pelanggan.

5. Teruskan Pembelajaran

Sentiasa tingkatkan kemahiran anda melalui latihan pemasaran digital dan pengetahuan tentang trend hartanah semasa.

seorang ejen hartanah sedang melakukan "house viewing" sebelum bertemu dengan klien

Kalau anda sedang rasa tersekat, bosan dengan rutin yang sama, atau impikan lebih masa untuk diri dan keluarga, ini mungkin ini masa yang tepat untuk buka lembaran baru.

Kerjaya hartanah bukan jalan mudah, tapi ia beri anda kawalan sepenuhnya ke atas masa, pendapatan dan arah hidup sendiri.

Tak kira sama ada anda baru nak mula, sedang mencari semula semangat atau ingin mencabar potensi diri —dunia hartanah sentiasa terbuka untuk mereka yang berani cuba.

Satu langkah kecil hari ini mungkin jadi perubahan besar yang anda tak sangka. 

Dan siapa tahu… langkah itu bermula di sini.

Versi: EN


Tidak. Anda hanya perlu mengikuti kursus pendek dua hari yang dikenali sebagai Negotiator Certification Course (NCC) untuk menjadi REN yang sah.

Ya! Banyak tugas boleh dilakukan secara dalam talian — dari berhubung dengan pelanggan, buat pemasaran digital, sehinggalah mengurus dokumen jual beli.

Boleh dan perlu yakin! Ramai yang bermula tanpa pengalaman jualan pun boleh berjaya. Kunci utama ialah komunikasi, minat belajar, dan bimbingan yang betul daripada agensi.

Biasanya, komisen dikira berdasarkan peratus daripada harga jualan hartanah. Sebagai REN, anda akan menerima bahagian daripada komisen penuh agensi (bergantung kepada struktur dalaman).

Hartanah masih dianggap aset stabil. Malah, waktu ekonomi mencabar juga membuka banyak peluang kerana harga pasaran lebih fleksibel. Yang penting, ilmu dan strategi yang betul.


Sedia mulakan kerjaya dengan masa kerja fleksibel dan peluang tanpa had?

Sertai IQI Global sekarang — masa depan anda bermula di sini!





+60



Baca Selanjutnya:

  1. Kenali Dunia Hartanah Sebelum Melangkah Kaki Dalam Ejen Hartanah
  2. Adakah Kerja Part Time Dari Rumah Menjana Pendapatan Yang Stabil?
  3. Bagaimana Cara untuk Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar di Malaysia 2025

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯