Adakah kerjaya anda sekarang membuatkan anda terikat dengan KPI, tiada kebebasan masa, dan pendapatan rendah? Mungkin anda terfikir untuk memulakan kerjaya baharu tetapi tidak tahu bagaimana dan kerjaya apa yang sesuai?
Kami ada penyelesaian untuk anda! Kerjaya sebagai Perunding Hartanah (REN) boleh membantu anda memulakan hala tuju kerjaya baharu dengan masa depan yang cerah.
Adakah anda sesuai untuk kerjaya ini? Jom ketahui sama ada anda mempunyai kemahiran dan pengalaman yang sesuai.
Kerjaya Yang Sesuai:
Apa itu Perunding Hartanah (REN)?
Sebelum kita terokai lebih lanjut, mari ketahui dahulu apa itu Perunding Hartanah (REN). Kami pasti bahawa ramai lagi yang tidak tahu tentang kerjaya sebagai perunding hartanah.
Jangan salah faham pula ya, kerjaya sebagai Perunding Hartanah (REN) berbeza dengan Ejen Hartanah (REA).
Seorang perunding hartanah bertanggungjawab membantu pelanggan membeli, menjual, atau menyewa hartanah.
Perunding hartanah perlu memahami pasaran hartanah, memiliki kemahiran komunikasi yang bagus, dan berupaya menjalankan strategi pemasaran yang efektif dengan mempunyai kemahiran perundingan yang baik.
1. Penasihat Kewangan
Jika anda bekerja sebagai: Penganalisis Pelaburan, Pengurus Dana, Penasihat Perancangan Harta Pusaka, Perunding Cukai, dll…
Dan anda mempunyai kemahiran seperti:
- Pemahaman pasaran
- Analisis kewangan
- Perancangan strategik
- Mematuhi etika
Jadi, anda boleh memulakan langkah sebagai perunding hartanah:
Dengan adanya pemahaman tentang pasaran, adalah penting untuk memberikan nasihat yang tepat dan relevan kepada pelanggan.
Anda boleh menggunakan kemahiran analisis kewangan anda untuk menilai harga hartanah dan memberikan nasihat yang berinformasi kepada pelanggan mengenai pelaburan hartanah yang berpotensi.
Selain itu, jika anda mempunyai kemahiran untuk merancang secara strategik, anda pasti dapat merancang kewangan anda buat jangka masa yang panjang.
Ini bermaksud yang anda bukan sahaja menjual hartanah, tetapi anda juga merancang untuk kestabilan masa depan anda dalam masa yang sama mematuhi etika untuk kekalkan standard yang tinggi.
2. Jurujual
Jika anda bekerja sebagai: Ejen Insurans, Penasihat Pelanggan, Pengurus Panggilan, dll…
Dan anda mempunyai kemahiran seperti:
- Komunikasi
- Perkhidmatan pelanggan
- Kemahiran jualan
Jadi, anda akan berjaya dalam kerjaya ini:
Kemahiran komunikasi sangat penting untuk anda meyakinkan klien anda dengan terperinci mengenai hartanah supaya senang nak ‘close deal’ lepas ni.
Selain itu, jika anda mempunyai skil perkhidmatan pelanggan, anda berpotensi untuk mengekalkan hubungan baik dengan klien anda dan lepas ni mesti mereka akan percayakan anda sahaja sebagai perunding hartanah pilihan mereka.
Urusan jual beli hartanah ni bukanlah perkara yang remeh-temeh, tetapi kalau anda ada kemahiran untuk menjual, anda boleh menyelesaikan proses jual beli dengan berjaya dengan memastikan semua keperluan pelanggan dipenuhi.
3. Pengurus Pemasaran
Jika anda bekerja sebagai: Pengurus Jenama, Pengurus Pemasaran Digital, Pengurus Penyelidikan Pasaran, dll…
Seterusnya, anda mempunyai skil dan kemahiran seperti berikut:
- Analisis pasaran
- Kemahiran pemasaran digital
- Kemahiran perundingan
Maka, anda sesuai untuk jadi seorang perunding hartanah kerana:
Dengan pengalaman dan kebolehan anda untuk menganalisis pasaran, anda boleh menilai nilai hartanah, memahami trend harga, dan mengenal pasti peluang pelaburan yang menguntungkan.
Selain itu, pemasaran digital adalah penting untuk mempromosikan hartanah dan menarik perhatian prospek melalui pelbagai saluran dalam talian.
Manfaatkan kemahiran pemasaran digital anda untuk mengiklankan hartanah melalui media sosial, laman web hartanah, dan kempen e-mel.
Bukan itu sahaja, kemahiran perundingan anda adalah penting untuk memastikan pelanggan anda mendapat nilai terbaik dan untuk mencapai kesepakatan yang menguntungkan bagi kedua-dua pembeli dan penjual.
4. Pemilik Perniagaan Kecil
Jika anda bekerja atau mempunyai pengalaman bekerja sebagai: Pengurus Operasi, Peniaga Dalam Talian, Pengurus Produk, dll…
Dan, anda mempunyai kemahiran dan skil seperti:
- Pengurusan media sosial
- Pemahaman undang-undang
- Kreatif
Justeru itu, anda boleh melangkah jauh dalam industri hartanah oleh kerana:
Kemahiran untuk menguruskan media sosial amat penting dalam era digital kini kerana ia dapat memberi peluang kepada perunding hartanah untuk membina dan mempromosikan ‘personal brand’ mereka, menunjukkan kepakaran, dan membina reputasi dalam industri.
Seterusnya, amat penting untuk anda mempunyai pemahaman tentang undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan hartanah untuk mengelakkan masalah hukum dan memastikan kesepakatan yang sah.
Kreativiti juga diperlukan untuk memikirkan cara-cara baru dan menarik untuk memasarkan hartanah dan menonjolkan ciri-ciri uniknya.
5. Kerjaya Sebagai Pegawai Perhubungan Awam
Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang: Pengurus Komunikasi Korporat, Pengurus Hubungan Media, Pengurus Projek, Pegawai Pengurus Pelabur, dll…
Seterusnya, anda mempunyai kemahiran berikut:
- Menangani krisis
- Hubungan media
- ‘Networking’
Jadi, anda boleh menjadi bintang dalam kerjaya ini:
Menjaga reputasi adalah perkara berharga bagi perunding hartanah. Krisis seperti ulasan negatif, isu undang-undang, atau masalah dengan hartanah boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.
Oleh itu, penting untuk anda mempunyai kemahiran dalam menangani krisis supaya isu negatif tidak tersebar dengan cepat, lagi-lagi di media sosial yang boleh memberi kesan buruk kepada perniagaan anda.
Akhir sekali, memiliki rangkaian pelanggan yang luas melalui ‘networking’ dapat membantu perunding hartanah mendapatkan lebih banyak ‘leads‘ dan prospek yang berpotensi untuk membeli atau menyewa hartanah.
Banyak kelebihan yang telah diperolah Perunding Hartanah di IQI, antaranya merupakan pendapatan lumayan dan pelbagai insentif menarik seperti melancong ke luar negara!
Anda tak perlu risau untuk mengejar KPI lagi! Jadi, apa yang anda tunggu?
Jom kenali salah seorang ejen IQI yang telah mengubah haluan kerjaya beliau!
Tidak kira latar belakang atau pengalaman anda, IQI mengalu-alukan anda dari mana-mana kerjaya!
Ucapkan selamat tinggal kepada KPI dan Hello kepada peluang tanpa had insentif menarik.
Rebut Peluang HARI INI!
Baca Selanjutnya:
- Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!
- Pernah Ditipu Sehingga Lebih Daripada RM400k?! Dengarkan Kisah Kebangkitan Ejen Hartanah IQI Membawanya Memenangi Bonus Rumah!
- Bawa Pulang Jam Jenama Mewah, Rolex? Kisah Kejayaan Perunding Hartanah IQI ini Boleh Menjadi Inspirasi Kejayaan Anda!