Sudah sering kita dengar kisah kejayaan seorang ejen hartanah, tapi jarang sekali kita dengarkan tentang perjalanan mereka.
Adakah ianya sukar atau senang? Bagaimana mereka menemukan dan menyertai agensi hartanah IQI? Apa yang membuatkan mereka tertarik menyertai IQI sebagai ejen hartanah?
Jom dengarkan perjalanan dari dua orang ejen hartanah IQI yang merupakan pemenang Bonus Rumah ini, mungkin dapat menjadi sumber inspirasi buat anda?
Bagaimana Ejen Hartanah IQI Menerima Bonus Rumah?
Pang San Woon: Dari Tragedi kepada Impian, Berkat dari Sikap Tidak Putus Asa!
Jejaka tampan kelahiran tahun 1990 ini pertama kali menyertai IQI pada tahun 2020 dan merupakan ketua pasukan dari pasukan IQI Elite.
Pernah mencapai jumlah jualan sebanyak 50 juta dan merupakan pemenang bonus rumah selama 4 kali berturut turut tapi siapa sangka apa yang dia harus lalui untuk sampai ketahap ini?
Jom kita dengarkan perjalanannya mengenali IQI.
Sebelum menyertai IQI, saya adalah ejen hartanah di syarikat lain dan saya mempunyai pengalaman buruk dengan syarikat sebelumnya di mana mereka tidak membayar komisyen saya lebih daripada RM400 ribu! Dan saya terlihat iklan tawaran dari IQI di mana bayaran komisyen mereka hanya mengambil masa selama 5 hari sahaja membuatkan saya tertarik.
Pang San Woon
saya hanya memerlukan masa 6 bulan untuk berkembang dari seorang ejen hartanah biasa kepada seorang ketua pasukan. Selepas beberapa tahun berada di IQI, saya dapat rasa yang IQI berbeza dari syarikat hartanah yang lainnya. Mereka menawarkan lebih banyak manfaat dan kempen.
Saya hanya perlu fokus pada jualan dan perekrutan—untuk perkara lain seperti latihan dan kemahiran, IQI yang akan bantu. Jadi, jika anda juga dahagakan kejayaan sama seperti saya, jom sertai IQI sebagai seorang ejen hartanah!
Pang San Woon
Jayden Teh: Telah Berjaya Memiliki 3 Buah Rumah Pada Usia 22 Tahun?!
Merupakan tahun ketiga nya berada di IQI sebagai ejen hartanah dan telah berjaya memenangi bonus rumah selama tiga tahun berturut-turut! Siapa sangka ejen hartanah IQI ini baru berusia 22 tahun?!
Siapa sangka juga dengan menyertai IQI sebagai ejen hartanah pada usia muda ini telah mengubah kehidupannya secara total!
Dari seorang newbie kepada small property guru di mana Jayden dapat menyampaikan ilmu hartanah kepada pembeli hartanah di luar sana. Jom kita dengarkan kisahnya.
Memenangi bonus rumah dengan berhasil mendapatkan 3 properti dengan amaun diskaun besar selama tiga tahun berturut-turut adalah suatu kebanggaan dan pencapaian yang luar biasa bagi saya! Saya menyertai IQI kerana ia merupakan salah satu agensi hartanah yang terbesar di Malaysia dan seluruh negara. Dengan itu, saya yakin akan banyak ilmu yang dapat saya pelajari disana.
Jayden Teh
Selain kecerdasan dan ketekunan, saya percaya seorang ejen hartanah tak boleh fokus buat sales je tapi juga perlu memiliki pengetahuan yang luas. Pembeli akan rasa terganggu jika kita terlalu agresif dalam menjual, betul tak? Di IQI saya dapat belajar banyak perkara tentangnya, dari segi properti, lokasi, berita, pengetahuan dunia dan banyak lagi.
Apa yang saya pelajari di IQI secara tidak langsung meningkatkan kemampuan komunikasi saya dengan pembeli. Jadi, jika anda berusia 22 tahun seperti saya dan bercita-cita tinggi ingin meraih pendapatan 1 juta, memiliki tiga rumah, dan sebuah kereta mewah, jom sertai IQI. Saya yakin yang anda tidak akan menyesal dengan keputusan anda!
Jayden Teh
Terinspirasi? Mungkin anda seterusnya?! Dengan bimbingan dan latihan dari pakar hartanah kami, anda akan mendapatkan semua ilmu yang diperlukan untuk menjadi perunding hartanah yang berjaya.
Baca Selanjutnya:
2. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!
3. 3 Kaedah & 4 Langkah Anda Boleh Menjadi Ejen Hartanah IQI di Malaysia!