Menjadi seorang perunding hartanah memang bukan sesuatu perjalanan yang mudah. Ada kala anda di atas dan ada kala juga anda akan jatuh terduduk di bawah.
Tapi apa yang membuatkan anda berbeza dengan perunding hartanah lainnya? —Semangat dan usaha anda untuk terus melangkah!
Seperti perunding hartanah kami ini, mereka bukan sahaja mempunyai jiwa yang bersemangat tetapi mereka juga tidak pernah kenal erti putus asa.
Ianya terbukti dengan kejaayan mereka dalam memenangi seutas jam mewah berjenama Rolex dan ada dikalangan mereka yang bukan pertama kali memenanginya!
Bagaimana Perunding Hartanah Kami Boleh Memenangi Rolex?
Bagaimana mereka boleh menjadi “Top Achiever” dan memenangi seutas jam mewah Rolex ini? Jom dengarkan kisah mereka.
Joyce Yeoh: Pemenang Jam Mewah Rolex Selama 4 Tahun Berturut Turut!
Joyce Yeoh, gadis mungil berumur 28 tahun daripada IQI Elte ini merupakan Pemenang Rolex selama 4 kali!
Pertama kali dia memenanginya adalah ketika tahun pertama dia menyertai IQI sebagai perunding hartanah.
Wow, apa rahsianya?
Untuk memenangi anugerah Rolex ni bukanlah suatu perkara yang mudah tapi saya berjaya lakukannya! Pertama kali saya menerima anugerah ini adalah pada tahun 2020, ketika itu baru tahun pertama saya menyertai IQI!
Jika anda ingin memenangi Rolex, anda tidak boleh melakukan segalanya sendiri. Jika anda ingin mencapai 100% jualan sendirian, ianya akan menjadi cabaran yang sukar.
Joyce Yeoh
Pasaran sentiasa berubah setiap tahun. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyesuaikan diri untuk memenuhi perubahan dalam pasaran. Apa sahaja cabaran yang datang, anda perlu menghadapinya dan mencari cara baru untuk mengatasinya.
Joyce Yeoh
Di IQI, saya berpeluang melihat dan mengalami banyak perkara baru, seperti melancong ke negara-negara yang belum pernah saya kunjungi dan menikmati pengalaman yang berbeza.
Dan target saya seterusnya adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 2 Anugerah Pencapaian Rolex setiap tahun!
Joyce Yeoh
Jayden Teh: Bagaimana Keluar Dari Zon Selesa Membawanya Meraih Jam Rolex
Siapa sangka jejaka introvert kelahiran tahun 2002 ini merupakan salah satu pemenang Rolex!
Umur bukanlah penghalang bagi Jayden Teh untuk mengecapi segala kejayaan yang telah dia raih sehingga kini sebagai perunding hartanah.
Beliau pernah dimasukkan ke hospital selama sebulan atas masalah kesihatan, Facebook page’s ads nya telah digodam membuatkan semua iklannya terhenti, mengalami cabaran dalam menimba ilmu kerana sifatnya yang introvert tapi itu tidak menjadi alasan untuknya berhenti dari berusaha keras dan mencapai matlamatnya.
Jom kita dengarkan perjalanannya!
Sejujurnya, ia adalah satu perjalanan yang sukar bagi saya. Ia mengambil masa selama 3 tahun untuk memenangi anugerah Rolex ini. Saya percaya orang lain juga melakukan hal yang sama, iaitu kerja dengan cekap, tekun, dan berdisiplin. Perbezaannya adalah dalam review atau post-mortem. Sentiasa cari cara untuk tingkatkan diri adalah apa yang menjadikan seseorang ejen itu adalah yang terbaik.
Waktu saya menyertai IQI, ex leader saya berhenti tak lama selepas tu. Saya kemudian menyertai pasukan lain dengan lebih dari 1,000 ahli dan sudah tentu sukar bagi seorang ketua untuk mengawasi semua. Ini mendorong saya untuk menjadi lebih berdikari, keluar dari zon selesa dan belajar dari orang sekeliling.
Jayden Teh
Dari pengalaman ini, saya belajar satu pelajaran yang berharga iaitu membuat perubahan mengikut situasi. Saya bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk bantu close sales dan tetap buat panggilan walaupun ketika itu saya di hospital.
Matlamat saya seterusnya adalah membantu pasukan saya untuk menjadi seorang juara dengan merebut Anugerah Rolex dalam kategori ejen dan membantu mereka untuk memenangi lebih banyak anugerah lainnya!
Jayden Teh
Tahniah kami ucapkan sekali lagi kepada semua pemenang!
Sertai IQI dan jadilah bintang seterusnya dalam dunia hartanah! Di sini, kami membina karier dan membimbing anda mencapai impian profesional anda dengan bantuan pasukan ahli hartanah kami yang berdedikasi.
Baca Selanjutnya:
1. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!
2. 6 Soalan FAQ Tentang Komisen Ejen Hartanah | Soalan No 2 Paling Menarik!
3. 6 Kelebihan Memilih Kerjaya Sebagai Seorang Perunding Hartanah (Untuk Gen Z)