Generasi Z atau lebih dikenali sebagai Gen Z merupakan mereka yang lahir pada tahun 1997-2012. Pada tahun 2024, rata-rata mereka masih berumur 12-27 tahun.
Bagi Gen Z yang berumur 18-27 tahun, sudah tentu anda sekarang berada dalam fasa memikirkan kerjaya apa yang anda mahu ceburi dan terokai bukan?
Hal ini merupakan perkara yang sangat penting untuk dipertimbangkan kerana sudah pasti anda mengimpikan masa hadapan yang cerah buat diri sendiri.
Dalam era moden ini, terdapat pelbagai pilihan kerjaya yang menarik untuk diterokai dan diceburi oleh Gen Z. Salah satu pilihan yang semakin popular di malaysia ialah kerjaya sebagai perunding hartanah.
Selain menawarkan peluang untuk berjaya dalam industri yang sentiasa berkembang, kerjaya sebagai perunding hartanah juga mempunyai banyak kelebihan yang menarik minat generasi muda masa kini.
Mari kita ketahui apa antara kelebihan utama menjadi seorang perunding hartanah untuk Generasi Z!
Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah:
Namun, terdapat beberapa persoalan yang selalu bermain di fikiran para Gen Z:
- Bolehkah saya ceburi bidang hartanah atau menjadi seorang perunding hartanah pada usia muda?
- Bolehkah saya menjalankan peranan sebagai perunding hartanah yang berjaya walaupun baru saja menamatkan zaman persekolahan?
- Adakah saya mampu membangunkan kerjaya dalam bidang ini tanpa modal yang besar untuk dilaburkan?
Jawapannya, sudah tentu BOLEH! Umur bukanlah penghalang buat segalanya, lagi-lagi bagi anda yang ingin mencuba sesuatu benda baharu.
Mari kita ketahui lebih jauh 6 kelebihan yang dimiliki oleh Gen Z apabila memilih untuk menjadi seorang perunding hartanah di Malaysia.
Meninggalkan ‘Impression’ yang Baik Sebagai Perunding Hartanah.
Dalam industri hartanah, meninggalkan ‘First Impression’ atau kesan pertama yang baik sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi keputusan pelanggan untuk bekerjasama dengan anda.
Pertama sekali, jika anda perhatikan, tidak ramai individu muda yang anda boleh jumpa yang berminat untuk bekerja sebagai seorang perunding hartanah.
Oleh itu, semakin muda seseorang itu dalam bidang hartanah, semakin ‘up-to-date’ pemakaian serta cara anda. Sudah tentu para pelanggan akan mengingati anda.
Walaupun mereka tidak mengingati nama anda, namun mereka akan megingati rupa dan cara anda. Oleh itu, mudah bagi anda untuk memperoleh pelanggan jika anda mempunyai perwatakan yang menarik.
Selain itu, Gen Z terkenal dengan keupayaan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan cara yang menarik dan autentik.
Dengan menggunakan kemahiran komunikasi yang hebat dan penampilan yang profesional, perunding hartanah muda boleh membuatkan pelanggan berasa selesa dan yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Peluang Terbaik untuk Membina ‘Connection’
Dunia hartanah memerlukan rangkaian yang luas dan hubungan yang baik dengan pelbagai pihak seperti pembeli, penjual, pemaju, dan ejen lain.
Gen Z mempunyai kelebihan kerana mereka aktif di media sosial dan platform digital yang memudahkan mereka membina dan mengukuhkan hubungan profesional.
Menggunakan platform seperti LinkedIn, Instagram, dan platform lain, anda boleh berhubung dengan lebih ramai orang dan membina ‘connection’ yang kuat yang boleh memberi manfaat jangka panjang.
Gen Z kebanyakannya minat dan juga mudah untuk menerima ilmu baharu. Oleh sebab itu, ramai yang selesa bekerja serta berkomunikasi dengan Gen Z. Mereka lebih terbuka untuk menerima benda baharu.
Dari perspektif seorang pelanggan pula, perunding hartanah yang muda lebih bersemangat, berdedikasi serta lebih mudah untuk didekati.
Ini membuka ruang bagi para pelanggan untuk bertanya sebarang ketidakpastian yang bermain di minda mereka.
Mendapat Kepercayaan daripada Pelanggan
Dalam industri hartanah, mendapatkan kepercayaan pelanggan adalah kunci. Gen Z cenderung untuk bersikap jujur dan terbuka dalam interaksi mereka, yang membantu mereka membina kepercayaan dengan lebih cepat.
Walaupun anda masih baru dalam bidang hartanah, namun pelanggan faham akan situasi anda dan sedia untuk memberikan peluang buat anda.
Para pelanggan percaya yang anda cukup arif untuk membantu dari bermacam aspek hartanah seperti pembelian, pajakan ataupun pelaburan.
Tambahan pula, anda dikelilingi oleh orang-orang yang berpengalaman dalam hal-hal tersebut. Mereka juga bersedia untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang hartanah ini.
Banyak Peluang untuk Belajar bagi Gen Z
Seterusnya, seperti yang semua tahu, industri hartanah sentiasa berkembang dan memerlukan pemahaman tentang pelbagai aspek seperti undang-undang hartanah, ekonomi, dan trend pasaran.
Gen Z, yang sentiasa dahagakan pengetahuan dan cepat belajar, mempunyai banyak peluang untuk menimba ilmu baru dan meningkatkan kemahiran mereka.
Bagaimana? Anda boleh mengikuti kursus, menghadiri seminar, dan membaca bahan bacaan terkini untuk sentiasa kekal relevan dalam industri.
Oleh kerana anda masih lagi muda, sudah tentu lebih banyak peluang serta masa untuk anda belajar.
Walau bagaimanapun, menjadi seorang perunding hartanah juga tidak semudah seperti yang disangka. Ia juga bukanlah jalan yang mudah bagi menjamin pendapatan yang stabil, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Oleh itu, jadikan masa yang anda ada ini sebagai waktu untuk anda memperbaiki diri dan kayakan diri dengan ilmu dan pengalaman.
Mahir Mengguna Teknologi
Selaku golongan Gen Z, anda telah dibesarkan dalam era digital dengan pelbagai pembangunan teknologi dan juga kemajuan internet.
Disebabkan itu, ia telah memberi kelebihan besar buat anda untuk menggunakan ‘platform’ seperti media sosial, perisian pengurusan hartanah dan pemasaran dalam talian sebagai medium bagi mempromosikan servis anda.
Strategi ‘marketing’ yang lama sudah jauh ketinggalan dan banyak pasaran diluar sana yang lebih memilih ‘digital marketing’ sebagai pilihan utama.
Ini merupakan peluang keemasan bagi anda untuk meluaskan pasaran servis perunding hartanah anda kepada dunia yang lebih luas.
Anda boleh menggunakan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan kerja, mengurangkan kos, dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Gen Z yang Berani
Umur bukanlah penghalang bagi seseorang untuk melakukan sesuatu. Walaupun Gen Z boleh dikatakan kurang berpengalaman dalam bidang pekerjaan, namun mereka sentiasa bersedia untuk belajar benda baharu.
Keberanian untuk mencuba perkara baru dan mengambil risiko adalah ciri khas Gen Z. Dalam dunia hartanah yang kompetitif, keberanian ini boleh membawa mereka jauh.
Mereka tidak takut untuk meneroka pasaran baru, menggunakan strategi pemasaran yang inovatif, dan berhadapan dengan cabaran secara langsung.
Sikap ini membolehkan mereka untuk mengatasi halangan dengan lebih mudah dan mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.
Oleh itu, anda akan berkembang dengan jayanya dalam kerjaya anda jika anda belajar serta menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin.
Disebabkan itu, anda perlu berani untuk mencuba benda baharu untuk memastikan anda dapat mempraktikkan apa yang anda belajar serta mendapat pengalaman dalam perkara tersebut.
Bagaimana untuk Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar?
Untuk menjadi ejen hartanah berdaftar di Malaysia, anda boleh daftar di mana-mana firma hartanah dia Malaysia. Jom ikuti langkah-langkah berikut:
1. Kelayakan Asas: Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan mempunyai kelulusan SPM dengan lulus lima mata pelajaran.
2. Kursus Asas: Daftar dan lulus kursus asas ejen hartanah yang diiktiraf oleh BOVEAP.
3. Latihan Praktikal: Jalani latihan praktikal selama dua tahun di bawah pengawasan ejen hartanah berdaftar dan sediakan laporan latihan.
4. Peperiksaan REN: Hadiri kursus dan lulus peperiksaan Negotiator Certification Course (NCC) untuk mendaftar sebagai Real Estate Negotiator (REN).
5. Lesen REA: Lulus peperiksaan akhir yang dikendalikan oleh BOVEAP dan memohon lesen sebagai ejen hartanah berdaftar (Registered Estate Agent – REA).
6. Yuran dan Pematuhan: Bayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan kepada BOVEAP serta patuhi peraturan dan etika profesional.
7. Pembangunan Profesional Berterusan (CPD): Hadiri kursus CPD setiap tahun untuk mengekalkan lesen anda.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menjadi ejen hartanah berdaftar di Malaysia di usia seawal 17 tahun!
Anda nak perolehi komisen dan pendapatan yang lumayan? Jadi apa yang anda tunggu lagi?Jom daftar sekarang dan mulakan kerjaya baru anda dengan IQI.
Jangan jadikan umur anda sebagai penghalang buat anda mencuba benda yang baru. Jika anda ingin memulakan kerjaya anda sebagai seorang perunding hartanah, IQI sedia membantu anda!
Isi borang dibawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera.
Baca Selanjutnya: