Tidak dinafikan bahawa pandemik COVID-19 telah membawa paradigma baharu dan mengubah cara kita bekerja secara drastik.
Sama ada pekerja atau mereka yang sedang mencari kerja, waktu kerja yang fleksibel akan menjadi antara kriteria yang diutamakan.
Bagi pekerja di Malaysia, jumlah yang memilih fleksibiliti lebih tinggi dengan 80 peratus memilihnya berbanding yang tidak.
Ejen hartanah dikenali sebagai kerjaya yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel, adakah ianya benar? Sejauh manakah kefleksibelan waktu bekerja sebagai ejen hartanah? Jom kita semak bersama!
3 Cara Bagaimana Kerjaya Dalam Hartanah Boleh Menjadi Fleksibel:
1. Bekerja Bukan pada Waktu Biasa
Pernah tak anda rasa yang waktu kerja standard dari 9 – 5 tu bosan? Dan anda yang rasa seperti sedang menjalani waktu rutin yang sama setiap hari sehingga anda mula rasa hilang semangat untuk bekerja?
Jika anda merasakan semua ini, maka mempunyai waktu kerja yang fleksibel boleh melakukan keajaiban dalam kehidupan kerjaya anda.
Mempunyai kebebasan untuk memilih masa untuk bekerja boleh meningkatkan produktiviti yang ketara, waktu kerja fleksibel agensi hartanah akan membolehkan anda mencari keseronokan anda sendiri dalam kerjaya anda.
2. Fleksibiliti dalam Merancang Masa Anda
Dengan waktu kerja yang fleksibel, anda mempunyai kebebasan dalam menentukan jadual kerja anda sendiri. Dari situ anda boleh meningkatkan semangat dan menghasilkan mutu hasil kerja yang berkualiti untuk mencapai standard yang lebih tinggi dalam kerjaya anda.
Sambil-sambil itu, anda juga perlu bijak dalam menguruskan masa sendiri. Ibaratnya, anda adalah bos. Anda juga adalah pekerja. Tiada siapa akan mengarahkan anda untuk buat kerja dan yang paling penting perlu tentukan target.
3. Menjaga Keutamaan Peribadi Anda
Mempunyai batasan jadual dalam waktu kerja boleh jadi tekanan buat sesetengah orang. Bekerja dengan jadual yang fleksibel boleh mengurangkan risiko keletihan dan tekanan, serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental sepenuhnya.
Jika anda mempunyai waktu kerja yang fleksibel, anda boleh mengimbangi urusan kerja dan peribadi anda sendiri. Selain dari itu, membolehkan anda menangani perkara yang penting atau mendesak tepat pada masanya.
Meneruskan Kerjaya dalam Bidang Hartanah
Jika anda bercadang untuk beralih kepada kerjaya yang lebih fleksibel dari pelbagai aspek, mengapa tidak mempertimbangkan IQI Global sebagai perunding hartanah?
Sebuah agensi hartanah yang terkenal dengan sejarah dan pencapaian yang tidak dapat dinafikan lagi.
Dari hanya seramai 10 ejen pada tahun 2011 kepada lebih 40,000 ejen global secara keseluruhannya, di lebih daripada 23 cawangan di Malaysia menjelang tahun 2024.
Purata Gaji Tahunan
Tahukah anda purata gaji tahunan asas ejen hartanah di Malaysia ialah RM84,000?! Selain daripada anda bekerja pada waktu yang fleksibel, menjadi seorang REN juga boleh memberi anda sumber pendapatan yang stabil!
Kelayakan
Anda layak menjadi perunding hartanah di Malaysia jika anda:
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
- Berumur 17 tahun ke atas
- Pemegang sijil SPM dengan 5 atau lebih lulus subjek, dengan sekurang-kurangnya 3 kredit daripada subjek tersebut
- Salah satu kredit mestilah daripada salah satu mata pelajaran berikut: Perdagangan, Matematik, Perakaunan atau Sains
Kos yang Terlibat untuk Menjadi Ejen Hartanah
Untuk menjadi ejen hartanah, anda perlu membayar kos peperiksaan BOVAEA, yang melibatkan yuran subjek dan yuran pemprosesan yang boleh anda semak melalui laman web mereka. Selain daripada waktu kerja yang fleksibel, IQI juga menawarkan anda:
- Ganjaran dan insentif yang menarik
- Menjadi bos anda sendiri
- Pembayaran komisen yang pantas
- Latihan dan sumber terkini tersedia untuk anda 24/7
- Platform teknologi mudah dibuat untuk membantu anda dengan jualan anda
Mulakan perubahan kerjaya anda di IQI bersama kami, di mana kami boleh membimbing anda di setiap langkah, walaupun anda tidak mempunyai pengalaman asas dalam bidang hartanah!
IQI memberi anda kebebasan untuk bekerja pada bila-bila yang masa anda selesa, dan di mana sahaja yang anda mahu!
Anda boleh memperoleh pendapatan yang besar selagi anda berusaha – dan kami boleh membantu anda mewujudkannya. Isikan butiran anda di bawah untuk menyertai pasukan kami yang sedang berkembang!
Baca Selanjutnya:
1. 6 Soalan FAQ Tentang Komisen Ejen Hartanah | Soalan No 2 Paling Menarik!
2. 5 langkah mulakan kerjaya ejen hartanah di Malaysia pada tahun 2024