Siapa kata kerja sendiri seperti ejen hartanah tiada masa depan? Tidak boleh kaya? Pendapatan tidak menentu?
Realitinya kerjaya apa sekalipun sekiranya tidak disertai dengan kegigihan dan kesungguhan pengakhirannya tetap sama iaitu berada di takuk yang lama sama seperti pada permulaannya.
Ejen hartanah ialah mereka yang bekerja dalam bidang hartanah. Mereka yang berkerja dalam bidang ni biasanya bekerja sendiri tanpa gaji yang tetap. Gaji mereka berdasarkan kepada usaha mereka.
Ramai yang melihat sukar untuk berjaya melalui kerjaya jadi perunding hartanah seperti ini.
Namun, sebenarnya ramai di luar sana yang memilih bekerja sebagai REA telah pun berjaya merubah hidup mereka.
Oleh itu, perkongsian kali ini akan merungkai kelebihan menjadi seorang ejen hartanah.
Kelebihan Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah
Antara kelebihan ejen hartanah yang ramai tidak tahu ialah seperti berikut:
- Kelebihan Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah
- 1. Pendapatan yang Lumayan Sebagai Perunding hartanah
- 2. Mencorakkan Masa Hadapan Sendiri
- 3. Fleksibel Dari Segi Masa
- 4. Kurang Berisiko
- 5. Bidang yang Mempunyai Masa Depan yang Cerah
- 6. Memudahkan Urusan Orang Lain
- 7. Jaringan Perhubungan yang Luas
- 8. Modal yang Rendah
- 9. Peluang Menimba Ilmu dan Pengalaman
- 10. Work Life Balance
1. Pendapatan yang Lumayan Sebagai Perunding hartanah
Ramai yang memandang sebelah mata kerjaya sebagai ejen hartanah ini. Kebaikan menjadi seorang ejen hartanah adalah berpeluang menjana pendapatan yang lumayan.
Walaupun tiada gaji asas, namun komisen yang boleh diperolehi sebulan mampu menyamai atau melebih gaji asas bagi mereka yang bekerja makan gaji.
Contohnya, anda berjaya menjual sebuah rumah yang berharga RM300,000, manakala komisyen yang dijanjikan adalah sebanyak 3%. Ini bermakna anda sudah memperoleh RM9,000 pada bulan tersebut.
Bayangkan jika anda berjaya menjual banyak hartanah dalam satu bulan. Wow bukan?
Anda boleh tentukan sendiri berapa banyak yang anda ingin dapat. Menjadi seorang ejen hartanah membolehkan anda menjana pendapatan tanpa had.
Namun, semuanya berakar umbi dari seorang agen hartanah yang berkebolehan dan rajin berusaha.
2. Mencorakkan Masa Hadapan Sendiri
Selain itu, kelebihan menjadi ejen hartanah juga adalah anda boleh mencorakkan masa hadapan sendiri.
Seperti yang disebut di atas, anda menentukan sendiri pendapatan anda dan tahu bagaimana cara menjadi ejen hartanah yang betul.
Ini bermakna, masa hadapan anda akan ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan usaha dan kegigihan anda untuk membuat jualan pada setiap bulan.
3. Fleksibel Dari Segi Masa
Anda seorang suri rumah? Mahu lakukan secara part-time? Jangan risau kerana kerjaya sebagai ejen hartanah ini adalah fleksibel dari segi masa.
Anda tentukan sendiri bila waktu anda mula berkerja mengikut kelapangan jadual harian anda. Bukan itu sahaja, malahan kerjaya sebagai ejen hartanah ini juga fleksibel dari segi tempat.
Lihat dari sesi temu ramah kami dengan Puan Niza Adiza, tentang pengalaman beliau selama menjadi ejen hartanah disamping menjadi seorang ibu dan isteri.
Anda boleh melakukan segala urusan anda dari mana-mana sahaja tanpa perlu risau untuk berkejaran untuk masuk ke pejabat.
Tetapi, untuk jadi ejen hartanah yang baik haruslah pandai menguruskan masa dengan baik.
4. Kurang Berisiko
Di samping itu, kebaikan lain jadi REA ialah kurang berisiko. Menjadi ejen hartanah tidak memerlukan sebarang modal seperti sesetengah perniagaan lain.
Jika ada yang perlu dibayar mungkin hanya yuran pendaftaran dan bayaran untuk tujuan pemasaran seperti FB ads atau bayaran untuk membuat website.
Hanya bayar yuran pendaftaran, tetapi pulangan yang diterima lebih dari itu.
5. Bidang yang Mempunyai Masa Depan yang Cerah
Bidang hartanah ialah satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini kerana, permintaan kepada sewaan atau pembeliaan hartanah tidak akan hilang selagi adanya kehidupan di muka bumi ini.
Tidak seperti sesetengah perniagaan lain yang berubah mengikut musim atau waktu.
Oleh itu, bagi mereka yang berada dalam bidang hartanah ini teruskan usaha dan jangan berputus asa.
6. Memudahkan Urusan Orang Lain
Selain itu, kebaikan lain apabila menjadi seorang ejen hartanah ini ialah boleh memudahkan urusan orang lain yakni pembeli atau penyewa yang berurusan dengan kita.
Islam juga menganjurkan kita untuk berbuat baik serta memudahkan kerja orang lain.
Sebagai seorang age hartanah perlulah meletakkan usaha dan komited semasa berurusan dengan pembeli. Untung dapat, pahala pun dapat.
7. Jaringan Perhubungan yang Luas
Ejen hartanah yang berjaya mempunyai jaringan perhubungan yang luas. Ini juga adalah antara salah satu kebaikan menjadi ejen hartanah.
Menjadi ejen hartanah yang berjaya juga memerlukan anda untuk anda berkomunikasi dengan ramai orang dari pelbagai jenis latar belakang.
Dari sinilah anda akan mendapat ramai kenalan yang pada masa yang sama ialah pelanggan anda.
Bagi yang kurang tahu untuk bergaul jangan risau kerana anda latihan cara berkomunikasi akan diberikan.
8. Modal yang Rendah
Kebaikan yang seterusnya ialah modal yang rendah. Seperti yang telah dinyatakan seperti di atas bergelar ejen hartanah yang berjaya ini mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami kerugian.
Hal ini kerana, untuk memulakan karier sebagai seorang ejen hartanah modal yang diperlukan tidak tinggi.
Antara modal yang anda perlu keluarkan ialah pembayaran bagi menghadiri Negotiator Certification Course (NCC) bagi mendapatkan REN tag yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus (LPPEH).
REN tag ini berfungsi sebagai kad kuasa semasa berurusan dengan pembeli.
9. Peluang Menimba Ilmu dan Pengalaman
Bukan itu sahaja, mereka yang bergelar ejen hartanah berdaftar berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman yang berharga.
Ilmu dan pengalaman ini diperolehi secara tidak langsung semasa berurusan dengan pembeli. Ilmu untuk menarik pembeli, ilmu berkaitan bidang hartanah, ilmu cara komunikasi berkesan, kewangan dan banyak lagi tidak boleh dibeli. Teori dan praktikal tidak sama.
Kita akan lebih menguasai sesuatu ilmu itu jika kita terlibat secara langsung berbanding dengan ilmu yang hanya dibaca dari buku.
10. Work Life Balance
Realitinya zaman sekarang ramai yang hilang atau tiada work life balance selepas bekerja. Ini membuatkan ramai pekerja mengalami masalah mental seperti kemurungan, anxiety dan tekanan perasaan.
Namun, berbeza dengan ejen hartanah. Ejen hartanah boleh bekerja dari rumah dan boleh bekerja pada bila-bila masa yang mereka mahukan.
Secara tidak langsung kehidupan mereka lebih seimbang antara kerjaya dan keluarga.
Kesimpulannya, kejayaan tidak datang bergolek. Ianya perlu disertakan dengan kesungguhan, kegigihan dan usaha yang berterusan.
Ejen hartanah menjanjikan peluang untuk berjaya sama seperti kerjaya lain.
Namun, harus diingat cara menjadi ejen hartanah yang berkualiti hanya dengan usaha dan keinginan untuk belajar akan membantu untuk seorang ejen hartanah terus bergerak menuju puncak.
Semoga bermanfaat!