Jadi ejen hartanah ini tidak asing lagi dengan melalui kehidupan mewah dan mengubah nasib keluarga, ia pasti membuatkan hati anda terdetik kan?
Jadi, anda membuat keputusan untuk menyertai barisan hartanah. Namun begitu, anda tidak berapa pasti bagaimana cara untuk menyertai sebagai seorang ejen hartanah.
Kita semua tahu bahawa sebelum menjadi ejen hartanah, anda mesti terlebih dahulu menyertai agensi hartanah untuk menjadi ejen.
IQI adalah salah satu agensi hartanah global. Jika anda ingin menyertai mereka, anda diberikan 3 kaedah berbeza untuk menyertai.
Sesudah memilih kaedah menyertai, anda mempunyai 4 langkah seperti berikutnya:
3 Kaedah & 4 Langkah Menjadi Ejen Hartanah IQI
Kaedah 1: Laman web IQI
Terdapat dua kaedah mendaftar jika anda mengunakan kaedah lawan web, anda boleh mengisi secara langsung di lawam web rasmi atau di laman blog.
Jadi disini kami akan menunjukkan kedua-dua kaedah menjadi ejen hartanah dengan mengunakkan laman web IQI.
kaedah pertama dan ianya yang paling mudah dengan layari laman web rasmi IQI dan klik butang “JOIN IQI“seperti digambarkan di bawah untuk menyertai IQI.
Setelah selesai memuatkan halaman, anda perlu klik butan “REGISTER NOW” dan ia akan membawa anda pergi ke bahagian borang dan isi dan serahkan borang penyertaan.
Halaman ‘Join IQI’
Borang Penyertaan di halaman “Join IQI”.
Selain itu, anda juga boleh memohon dengan kaedah kedua iaitu melalui borang yang dilampirkan di bawah setiap artikel penerbitan IQI.
Sebagai sebuah syarikat perantara hartanah, IQI sering menerbitkan banyak artikel tentang tempat kerja, ejen serta perunding hartanah, pengetahuan am hartanah, dan sebagainya. IQI juga sering berkongsinya di halaman media sosial supaya lebih ramai orang dapat memahami bidang hartanah.
Sama ada di halaman “JOIN IQI” atau borang di halaman artikel, anda perlu menunggu pihak dari IQI untuk menghubungi anda selepas pengisian dan penyerahan maklumat asas anda.
Apabila anda menerima panggilan dan mengesahkan keminatan anda untuk menyertai, pihak tersebut akan mengaturkan temu duga untuk anda.
Jika anda terpilih dengan ketua pasukan yang pakar dalam bidang hartanah. Dengan itu, anda telah berjaya menyertai IQI!
Seterusnya, anda perlu menyertai Latihan REN Baharu bersama IQI selama 4 hari dan lulus peperiksaan. Selepas mengikuti kursus persijilan 2-hari mandatori dan menerima diploma, anda boleh menjadi agensi hartanah yang diiktiraf di bawah IQI.
Kursus ini adalah wajib untuk setiap ejen hartanah dan perunding hartanah mengambil kerana ia adalah sebagai lesen untuk anda melakukan sebarang perkhidmatan jual beli hartanah di Malaysia.
Kaedah 2: Ejen Hartanah IQI
Terdapat juga lagi satu cara yang mudah iaitu menyertai IQI melalui agensi hartanah di bawah IQI.
Jika anda mempunyai rakan, bekas rakan sekerja, ahli keluarga dan lain-lain yang merupakan ejen hartanah di bawah IQI, anda boleh terus menghubungi mereka jika anda minat untuk menyertai IQI.
Kemudian, mereka akan menghantar link rujukan (referral link) kepada anda serta langkah-langkah untuk menyertai IQI. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah tersebut untuk menyelesaikan proses penyertaan.
Kaedah 3: Iklan Pekerjaan Ejen Hartanah IQI
IQI sering menyiarkan iklan bertujuan untuk merekrut ejen hartanah di pelbagai media sosial seperti Facebook dan TikTok. Jika anda terserempak iklan ini, jangan teragak-agak untuk klik “daftar” di sudut kanan bawah iklan!
Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat asas dan klik “Serah”, dan kemudian tunggu pihak IQI menghubungi anda dalam masa 1-2 hari bekerja.
Anda boleh menjadi ejen hartanah yang sah apabila anda mendapat panggilan daripada pasukan perekrut dan mengesahkan minat anda untuk menyertai, temu duga, menghadiri latihan dan lulus peperiksaan.
Tahu bagaimana untuk menyertai? Sertai IQI sekarang!
Jadi anda sudah mengetahui kaedah-kaedah untuk menjadi ejen hartanah di agensi hartanah IQI Global. Selepas itu, apakah perkara yang anda perlu bersiap sedia selepas anda menghantar borang?
Jangan risau anda tidak perlu membuat apa apa persedian yang besar seperti membaca atau menghafal sebuah kamus dewan. Anda hanya perlu mempunyai motivasi yang kuat untuk mengubah kehidupan mereka dan mempunyai keyakinan.
Jika semua itu dalam gengaman anda, mari kita lihat 4 langkah mudah untuk menjadi ejen hartanah di bawah:
4 Langkah untuk Menjadi Ejen Hartanah IQI:
Apabila anda berjaya pada sesi temuduga, anda sebenarnya sudah selangkah dalam IQI tetapi untuk menjadi agensi hartanah di bawah IQI secara rasmi, anda perlu memenuhi langkah menjadi ejen hartanah berikut.
Langkah 1: Bayar Yuran Pendaftaran
Walaupun kerjaya ejen hartanah ini serupa dengan perniagaan tanpa modal, masih ada yuran pendaftaran yang perlu dibayar.
Untuk ketahui jumlah yuran, anda boleh bertanya kepada ketua pasukan yang menemuduga anda ketika itu.
Jika anda menyertai melalui link rujukan ejen hartanah IQI, anda perlu mendaftar menggunakan link itu dan membayar yuran pendaftaran ini.
Langkah 2: Menyertai Latihan Rekrut Baharu
Selepas anda menyelesaikan pembayaran, langkah seterusnya ialah menyertai kursus latihan rekrut baru selama 4 hari (Latihan REN Baharu).
Kursus yang berkaitan akan diadakan sebulan sekali. Kursus 4 hari ini akan merangkumi proses dan kemahiran jualan, kemahiran pemasaran, undang-undang serta pengetahuan profesional lain untuk membantu anda memulakan perniagaan hartanah anda dengan lebih lancar.
Pada masa ini, sesi latihan rekrut baharu diadakan melalui persidangan video Zoom.
Langkah 3: Ambil Peperiksaan
Dalam tempoh 24 jam selepas kursus latihan rekrut baharu tamat, anda mesti mengambil peperiksaan yang berkaitan. Hanya selepas pengambilan dan kelulusan peperiksaan (skor lulus ialah 15 mata) anda boleh menjadi ejen hartanah IQI secara rasmi.
Tetapi sedar bahawa anda hanya boleh menjual hartanah melalui agensi hartanah yang sah.
Oleh itu, selepas anda lulus peperiksaan kursus latihan rekrut baharu IQI, anda juga perlu memohon kepada IQI atau Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) untuk menyertai kursus pensijilan pembrokeran selama 2 hari (kursus NCC).
Selagi anda melengkapkan kursus dua hari, anda boleh menerima diploma yang berkaitan dan kemudian menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IQI untuk memohon lesen agensi hartanah merah (REN Tag).
Langkah 4: Menjadi Ejen Hartanah IQI
Tahniah kerana sampai ke langkah terakhir! Anda telah lulus peperiksaan dan kursus pensijilan dan menjadi sebahagian daripada pasukan agensi hartanah IQI!
Kini, anda boleh menikmati semua faedah IQI, seperti menggunakan aplikasi super ATLAS, pelbagai mekanisme ganjaran yang berlumayan, menjual projek hartanah IQI di seluruh dunia, dan sebagainya!
Kini setelah anda mempunyai kaedah untuk menyertai IQI serta langkah-langkah lengkap untuk menjadi ejen hartanah IQI, tinggal hanya satu sahaja tindakan yang anda patut laksanakan…
Cepat isi borang di bawah untuk menyertai IQI sebagai ejen hartanah!