IQI, rangkaian agensi hartanah global di bawah kumpulan Juwai IQI, mengumumkan pelancaran IQI Azerbaijan, sekali gus memperluaskan lagi jangkauan rangkaian antarabangsa syarikat.
Pelancaran ini direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama Azurro, pasukan di sebalik beberapa pembangunan kediaman berskala besar di Eropah dan Asia Tengah.
Azerbaijan kini muncul sebagai antara pasaran hartanah paling pesat berkembang di rantau ini, dengan ibu negara Baku dan kawasan pesisir Laut Caspian menjadi tumpuan pelaburan baharu.

Salah satu projek utama yang menjadi fokus ialah pembangunan di Sea Breeze Azerbaijan, sebuah bandar resort moden yang menggabungkan kediaman mewah, hotel, serta kemudahan gaya hidup dan rekreasi dalam konsep “city within a city”.
Pertumbuhan pasaran ini disokong oleh pelaburan besar-besaran kerajaan, termasuk pelaksanaan Pelan Induk Baku 2040 yang melibatkan lebih US$50 bilion bagi pembangunan perumahan, infrastruktur dan ruang hijau.
Dalam tempoh lima tahun lalu, harga hartanah di Azerbaijan telah meningkat sebanyak 46%, dengan pertumbuhan lebih ketara dalam segmen pembangunan baharu.
Menurut Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Azerbaijan berada pada fasa pertumbuhan yang kukuh dan menawarkan peluang menarik kepada pelabur serantau dan antarabangsa.
“Azerbaijan merupakan antara pasaran hartanah yang berkembang pesat dan menjadi hab kestabilan bagi pelabur dari negara jiran” katanya.

Kami melihat ini sebagai masa yang tepat untuk bekerjasama dengan pasukan tempatan yang berpengalaman dan berkeupayaan tinggi untuk membawa pasaran ini ke peringkat global…
Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI
Pelancaran IQI Azerbaijan juga didorong oleh potensi besar pelaburan asing dalam negara tersebut!
Sistem perundangan yang mesra pelabur membolehkan warga asing memiliki hartanah seperti apartmen, rumah dan bangunan komersial dengan mudah, sekali gus membuka ruang kepada aliran pelaburan rentas sempadan yang lebih aktif.
Daniel Ho, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI, berkata gabungan kekuatan rangkaian global IQI dan permintaan tempatan yang tinggi akan mempercepat pertumbuhan pasaran.
Pasaran ini menunjukkan permintaan kukuh tetapi masih berdepan kekurangan bekalan, di samping keperluan untuk integrasi yang lebih mendalam dengan pasaran antarabangsa.
Daniel Ho, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI

Inilah persekitaran di mana IQI boleh memberi impak yang signifikan melalui jaringan ejen global, portal hartanah dan pangkalan pelabur rentas sempadan kami…
Daniel Ho, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI
IQI Azerbaijan akan diterajui oleh Sanan Gadirli, yang melihat kerjasama ini sebagai langkah penting untuk memperluaskan capaian pasaran Azurro ke peringkat antarabangsa.
Menyertai IQI membuka peluang untuk kami mengintegrasikan perniagaan ke dalam ekosistem proptech global, mengukuhkan hubungan dengan pasaran antarabangsa dan berinteraksi dengan pelabur luar dengan lebih efektif

Dengan pengalaman membangunkan lebih 100 projek kediaman dan campuran, serta sehingga 25,000 unit setahun, kami yakin gabungan ini akan meningkatkan lagi keterlihatan jenama dan aliran pelanggan.”
Sanan Gadirli, Ketua Negara IQI Azerbaijan
Dengan pelancaran ini, IQI terus memperkukuh peranannya sebagai penghubung utama antara pasaran tempatan dan pelabur global, sambil memperluaskan akses kepada peluang hartanah bernilai tinggi di pasaran yang sedang berkembang pesat.
Berminat meneroka pelaburan hartanah di Azerbaijan? Dapatkan panduan pakar daripada rangkaian global IQI dan akses peluang eksklusif di pasaran yang sedang berkembang pesat ini.
Baca Selanjutnya:
