Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Semak Market Value Rumah Anda: Panduan Lengkap 2026

Selalunya, siapakah yang menetapkan market value rumah untuk harga jualan anda? Kebanyakan pemilik rumah menetapkan harga jualan berdasarkan satu perkara sahaja, iaitu harga rumah jiran.

Logiknya mudah. rumah bersebelahan dijual pada RM400,000, jadi rumah anda sepatutnya bernilai RM420,000. Tambah lagi RM50,000 kerana dapur sudah direnovasi. Jadi total harga rumah anda adalah RM470,000.

Malangnya, itu bukan cara nilai hartanah ditentukan.

Penilai tidak bergantung sepenuhnya pada harga jiran. Penilai tidak melihat resit renovasi anda sebagai jumlah penuh. Mereka melihat bukti transaksi sebenar yang telah berlaku di kawasan anda, dan itulah angka yang akhirnya menentukan sama ada jualan rumah anda berjaya atau tersangkut.

Panduan ini menerangkan Kebanyakan pemilik rumah menetapkan harga jualan berdasarkan satu perkara sahaja, iaitu harga rumah jiran.

Logiknya mudah. rumah bersebelahan dijual pada RM400,000, jadi rumah anda sepatutnya bernilai RM420,000. Tambah lagi RM50,000 kerana dapur sudah direnovasi. Jadi total harga rumah anda adalah RM470,000.

Malangnya, itu bukan cara nilai hartanah ditentukan.

Nilai pasaran sesebuah rumah tidak bergantung sepenuhnya pada harga jiran

Penilai tidak bergantung sepenuhnya pada harga jiran. Penilai tidak melihat resit renovasi anda sebagai jumlah penuh. Mereka melihat bukti transaksi sebenar yang telah berlaku di kawasan anda, dan itulah angka yang akhirnya menentukan sama ada jualan rumah anda berjaya atau tersangkut.

Panduan ini menerangkan tiga cara praktikal untuk menyemak nilai pasaran rumah anda sebelum anda meletakkan sebarang harga. sebelum anda meletakkan sebarang harga.


Ringkasan Pantas

  • Nilai pasaran rumah ditentukan oleh transaksi yang telah disetemkan, bukan oleh harga yang tertera di portal iklan.
  • Tiga langkah asas: semak data transaksi sebenar melalui JPPH atau portal hartanah, dapatkan semakan daripada penilai berdaftar LPPEH, kemudian bandingkan dengan iklan semasa di kawasan anda. 
  • Harga iklan, harga setuju jual beli dan  nilai pasaran ialah tiga angka yang berbeza. Masalah berlaku apabila harga jual jauh melebihi nilai pasaran .
  • Bank value lazimnya ditentukan berdasarkan market value, tetapi ia tertakluk kepada beberapa syarat penilaian bank. 
  • Kos renovasi tidak ditambah 100 peratus ke dalam nilai rumah. Ia dikira sebagai pelarasan , bukan tambahan ringgit demi ringgit.
  • Harga purata rumah jual semula di Malaysia naik 4.8 peratus kepada RM545,059 pada suku pertama 2026, berdasarkan analisis Juwai IQI.


Kandungan teknikal disemak oleh Sr Irhamy Ahmad, MRICS, Pengarah Urusan Irhamy Valuers International, firma penilaian dalam kumpulan Juwai IQI dan penilai panel bagi bank-bank utama Malaysia.

Apa itu market value rumah?

Nilai pasaran, atau market value, ialah harga munasabah yang boleh dipersetujui antara pembeli yang rela dan penjual yang rela dalam pasaran terbuka pada satu tarikh tertentu.

Jadi, apa beza market value dan bank value?

Bank value lazimnya ditentukan dengan merujuk kepada market value hartanah berkenaan, tertakluk kepada polisi pembiayaan, penilaian risiko serta pertimbangan pembiayaan dalaman pihak bank

Market value is the estimated amount for which an asset or liability should exchange on the valuation date between a willing buyer and willing seller in an arm’s length transaction, after proper marketing and where the parties had each acted knowledgeably, prudently and without compulsion.

(Source: Malaysian Valuation Standards Seventh Edition 2025)

Dua bahagian penting dalam definisi itu sering diabaikan oleh pemilik rumah.

Pertama, ia mesti berada dalam pasaran terbuka. Jualan antara adik-beradik atau jualan tergesa-gesa kerana masalah kewangan tidak mencerminkan nilai pasaran semasa.

Kedua, ia terikat pada satu tarikh tertentu. Nilai rumah anda pada 2023 bukan nilai rumah anda hari ini.

Tiga angka yang sering dikelirukan

Dalam setiap urus niaga rumah subale, tiga angka berbeza bergerak serentak. Kekeliruan antara ketiga-tiganya ialah punca utama jualan rumah tersangkut.

AngkaSiapa yang tetapkanApa yang mempengaruhinya
Harga iklanPemilik atau ejenEmosi, baki pinjaman, kos renovasi, sasaran keuntungan, harga iklan jiran
Harga setuju jual beliPembeli dan penjualRundingan, keadaan rumah, kesegeraan kedua-dua pihak
Nilai PasaranPenilai berdaftarTransaksi sebanding, lokasi, saiz, keadaan, status hakmilik, risiko cagaran

Kesilapan biasa ialah menganggap bahawa apabila pembeli bersetuju dengan harga tinggi, bank pasti akan mengikut harga tersebut. Realitinya, bank memberi pinjaman berdasarkan nilai yang dinilai, bukan berdasarkan harga yang dipersetujui.

Langkah 1: Semak data transaksi sebenar (JPPH, portal hartanah dan ejen hartanah berdaftar)

Ini adalah langkah pertama dan yang paling penting. Rujuk atau semak rekod pindah milik rasmi yang telah disetemkan, bukan harga tawaran di portal hartanah.

Setiap jualan hartanah di Malaysia perlu didaftarkan dan disetemkan secara rasmi sebelum ia sah di sisi undang-undang. Harga dalam Perjanjian Jual Beli yang telah disetemkan inilah rekod yang digunakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan diterbitkan melalui Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Di mana hendak mendapatkan data ini?

  • Portal NAPIC (napic.jpph.gov.my) menyediakan laporan pasaran rasmi, Indeks Harga Rumah Malaysia dan data transaksi terbuka mengikut negeri dan jenis hartanah.
  • Portal hartanah menunjukkan harga tawaran unit berdekatan, bukan harga transaksi sebenar. Liputannya lebih lengkap bagi hartanah bertingkat seperti kondominium dan apartmen servis, dan lebih terhad bagi rumah teres dan semi-D.
  • Ejen hartanah berdaftar di kawasan anda selalunya mempunyai akses kepada data transaksi terkini dan tahu konteks di sebalik setiap angka.

Cara membaca data dengan betul

Beri tumpuan kepada purata harga transaksi terkini di kawasan perumahan anda, dan hadkan tempoh rujukan kepada 6 hingga 12 bulan yang lepas. Transaksi tahun 2023 tidak mencerminkan nilai pasaran  hari ini.

Kemudian, abaikan angka luar biasa. Satu transaksi yang jauh lebih tinggi daripada yang lain selalunya bukan petanda bahawa pasaran sedang naik.

Semak data transaksi rumah di portal NAPIC JPPH

Angka luar biasa seperti ini kerap berpunca daripada PERSETUJUAN harga mark-up, iaitu situasi di mana harga dalam persetujuan dinaikkan supaya pembeli mendapat pembiayaan yang lebih tinggi dan menerima cash-back. Transaksi begini tidak mencerminkan nilai pasaran terbuka, dan penilai profesional akan menapisnya keluar.

Satu lagi perkara perlu diingat. Data transaksi mengambil masa kira-kira 3 hingga 6 bulan untuk muncul dalam rekod selepas jualan sebenar berlaku. Anda sedang melihat cermin belakang, bukan pemandangan hadapan.

Ingin memahami arah pasaran secara keseluruhan sebelum menetapkan harga? Baca analisis pasaran hartanah Malaysia bagi 2026 berdasarkan data NAPIC.

Kenapa bank value menentukan harga realistik anda?

Ramai penjual menganggap nilai bank hanyalah masalah pembeli. Sebenarnya ia masalah anda juga.

Jika bank menilai rumah anda pada RM460,000 sedangkan harga setuju ialah RM500,000, pembeli perlu menampung beza RM40,000 itu dengan wang tunai sendiri. Jika pembeli tidak mampu, deal atau perjanjian akan dibatalkan dan rumah anda kembali ke pasaran, kali ini dengan rekod “pernah gagal”.

Harga yang realistik ialah harga yang mampu disokong oleh pinjaman pembeli.

Gunakan kalkulator di bawah untuk memahami julat pinjaman yang boleh diperoleh oleh pembeli sasaran anda. Ini membantu anda menetapkan harga yang menarik bagi pembeli yang benar-benar layak.

Anggaran ini adalah untuk panduan sahaja. Jumlah sebenar bergantung kepada penilaian bank, kadar semasa dan profil kewangan penuh pembeli.


Tidak pasti nilai sebenar rumah anda?

Anda tidak perlu meneka. Penilai hartanah IVI menyemak transaksi sebenar di kawasan anda, menilai keadaan rumah, dan mencadangkan julat harga yang realistik sebelum anda mula mengiklankan.


Langkah 2: Dapatkan khidmat penilai hartanah berdaftar (LPPEH)

Data transaksi memberi anda gambaran kasar. Penilai berdaftar memberi anda angka yang diiktiraf.

Di Malaysia, penilaian hartanah rasmi hanya boleh dilakukan oleh penilai berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH), yang juga dikenali sebagai BOVAEP dalam bahasa Inggeris.

Dua pilihan yang tersedia

Anda tidak semestinya perlu terus meminta laporan penuh.

  • Semakan indikatif (verbal check). Ringkas, pantas, dan selalunya mencukupi untuk menetapkan harga jualan. Firma penilai memberikan julat nilai berdasarkan maklumat asas hartanah anda.
  • Laporan penilaian rasmi. Dokumen bertulis lengkap yang diterima oleh pihak bank, mahkamah dan agensi kerajaan. Diperlukan untuk pembiayaan, pembahagian pusaka, pertikaian atau tujuan rasmi yang lain.
Tuan rumah dan penilai hartanah berbincang tentang nilai pasaran rumanya

Apa yang penilai lihat, tetapi anda mungkin terlepas pandang

Penilai berdaftar bukan sekadar mengira purata harga jiran.

Mereka menapis transaksi yang tidak mencerminkan pasaran terbuka, termasuk jualan mark-up, jualan antara keluarga dan jualan lelong. Mereka juga mengambil kira kos renovasi yang mempunyai kelulusan, kerosakan fizikal, serta faktor teknikal seperti baki tempoh pajakan bagi hartanah leasehold.

Hasilnya ialah nilai pasaranyang diiktiraf oleh pihak bank, bukan sekadar anggaran.

Pandangan daripada penilai berdaftar dalam kumpulan kami

Kumpulan Juwai IQI turut merangkumi Irhamy Valuers International (IVI), sebuah firma penilaian profesional yang diterajui oleh Sr Irhamy Ahmad, MRICS, Pengarah Urusan firma tersebut.

Firma ini bermula sebagai Irhamy & Co Chartered Surveyors pada tahun 1999, dan sejak itu telah menyiapkan lebih 200,000 penilaian merentasi pelbagai industri.

Yang paling relevan untuk pemilik rumah, IVI merupakan penilai panel bagi beberapa bank utama di Malaysia, termasuk Maybank, CIMB, RHB, UOB, MBSB, Bank Islam, BSN dan Bank Rakyat.

Sr Irhamy Ahmad, MRICS
Pengarah Urusan, Irhamy Valuers International

Ini penting kerana ia menjelaskan satu perkara. Penilai panel bekerja mengikut tatakelola yang sama tidak kira siapa pemilik rumah, iaitu bukti transaksi sebanding, keadaan hartanah dan risiko cagaran. Mereka tidak menilai berdasarkan harapan penjual.

Sr Irhamy Ahmad, MRICS
Pengarah Urusan, Irhamy Valuers International

Bagi pemilik rumah, maksudnya mudah. Lebih awal anda menyemak nilai, lebih kecil risiko jualan anda tersangkut di peringkat pinjaman pembeli.

Ketahui lebih lanjut tentang firma dalam kumpulan kami di halaman korporat IQI Global.

Langkah 3: Bandingkan dengan iklan semasa di pasaran

Perbezaan harga iklan, harga setuju jual beli dan bank value rumah

Data transaksi memberitahu anda apa yang telah berlaku. Iklan semasa memberitahu anda tentang apa yang sedang anda hadapi.

Pantau unit sekeliling yang sedang diiklankan, sama ada di portal seperti PropertyGuru dan Mudah.my atau melalui papan tanda di kawasan perumahan anda. Anda sedang mengumpul dua maklumat.

Pertama, berapa banyak unit yang bersaing dengan anda. Jika ada 8 unit serupa dalam taman yang sama, kuasa rundingan berada di tangan pembeli.

Kedua, berapa lama unit tersebut telah tersenarai? Unit yang tergantung lebih daripada enam bulan adalah petanda bahawa harga itu tidak diterima oleh pasaran.

Tolak ruang rundingan 5 peratus hingga 10 peratus

Ini bahagian yang paling kerap diabaikan.

Harga iklan bukan harga transaksi. Kebanyakan pemilik meletakkan harga lebih tinggi daripada jangkaan sebenar mereka untuk memberi ruang tawar-menawar.

Semak nilai pasaran rumah dengan rakan dan juga jiran

Oleh itu, ambil kira ruang rundingan sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus lebih rendah daripada harga yang diiklankan bagi mendapatkan gambaran nilai sebenar.

Contoh mudah. Jika tiga unit serupa diiklankan pada RM500,000, julat transaksi sebenar yang lebih realistik ialah sekitar RM450,000 hingga RM475,000. Sahkan anggaran ini dengan data transaksi dari Langkah 1.

Mahu tahu platform mana yang paling berguna untuk semakan harga? Lihat senarai 9 laman web hartanah Malaysia yang paling dipercayai.

Adakah renovasi meningkatkan market value rumah?

Adakah renovate rumah boleh menaikkan harga value rumah

Ya, tetapi tidak seperti yang kebanyakan pemilik jangkakan.

Kesilapan paling biasa dalam pasaran subsale ialah anggapan bahawa perbelanjaan RM50,000 untuk renovasi bermakna rumah anda kini bernilai RM50,000 lebih tinggi.

Penilaian tetap berpaksikan transaksi sebanding di kawasan yang sama.

Renovasi dikira sebagai pelarasan terhadap keadaan, fungsi dan daya tarikan pasaran. Ia bukan tambahan ringgit demi ringgit di atas harga asas.

Kabinet dapur, siling plaster, autogate dan hiasan dalaman boleh membantu persepsi pembeli dan mempercepatkan keputusan mereka. Namun jika lima rumah serupa di taman yang sama telah dijual pada julat RM450,000, penilai sukar menyokong harga RM550,000 semata-mata kerana rumah anda lebih cantik.

Renovasi yang membantu meningkatkan nilai tambah hartanah

Cenderung membantu nilaiCenderung tidak membantu
Membaiki kerosakan struktur, kebocoran dan pendawaian lamaReka bentuk terlalu personal atau bertema
Cat semula dengan warna neutral dan pembersihan menyeluruhKolam renang atau bilik khas yang jarang digunakan
Naik taraf dapur dan bilik air secara sederhanaRenovasi mewah yang melebihi siling harga kawasan
Kerja pengubahsuaian yang mempunyai kelulusan pihak berkuasa tempatan atau JMBPengubahsuaian struktur tanpa kelulusan

Perkara terakhir dalam jadual itu penting. Renovasi tanpa kelulusan bukan sahaja sukar dikira dalam penilaian, malah boleh melambatkan proses pindah milik.

Bagaimana jika bank value lebih rendah daripada harga setuju?

Ini adalah situasi yang paling kerap menyebabkan jualan tersangkut. Ia tidak bermakna rumah anda tiada nilai.

Ia bermakna harga yang diminta belum cukup disokong oleh data yang bank boleh terima sebagai asas cagaran.

Pilihan anda jika berada di dalam situasi ini:

  • Rundingan semula harga dengan pembeli supaya lebih hampir kepada nilai pasaran.
  • Pembeli menampung beza harga dengan wang tunai, jika mereka mampu.
  • Pembeli mencuba bank lain, kerana panel penilai berbeza boleh memberi bacaan yang sedikit berbeza.
  • Menyemak semula strategi harga jualan sekiranya beberapa bank memberikan bacaan nilai pasaran yang hampir sama.

Langkah pencegahan yang paling berkesan ialah menapis pembeli lebih awal.

Pembeli yang bergantung sepenuhnya pada pinjaman tanpa wang tunai tambahan paling berisiko jika berlaku jurang penilaian. Semak nisbah khidmat hutang (DSR) mereka sebelum menerima sebarang tawaran.

Apa kata data pasaran semasa?

Konteks pasaran membantu anda menetapkan jangkaan yang munasabah.

Pada suku pertama 2026, Indeks Harga Rumah Malaysia naik 1.7 peratus kepada 235.2 mata, dengan harga purata sekitar RM507,533 seunit. Dalam segmen jual semula, harga purata meningkat 4.8 peratus kepada RM545,059 berdasarkan analisis Juwai IQI yang merangkumi lebih 230,000 transaksi sejak 2018.

Pada masa yang sama, unit kediaman siap dibina tetapi tidak terjual meningkat kepada 32,801 unit.

Maksudnya, harga masih naik tetapi pembeli semakin selektif.

Dalam pasaran begini, rumah yang diletakkan pada harga yang realistik akan menarik pembeli serius dengan lebih cepat. Manakala rumah yang lebih mahal akan mengambil masa yang lama dan setiap bulan akan mengurangkan kuasa rundingan anda.

Lihat pecahan penuh harga rumah jual semula mengikut negeri dalam laporan harga rumah jual semula Malaysia.

Pembeli dan penjual berpuas hati dengan harga jual dan nilai pasaran

Kesilapan biasa semasa menyemak nilai rumah

  • Mengikut harga jiran – Rumah jiran anda mungkin belum terjual. Harga iklan bukan bukti nilai.
  • Menambah kos renovasi secara terus – Renovasi ialah pelarasan keadaan, bukan tambahan penuh kepada nilai.
  • Menggunakan transaksi lama sebagai rujukan – Hadkan rujukan kepada 6 hingga 12 bulan yang lepas.
  • Mengira baki pinjaman sebagai harga minimum – Pasaran tidak peduli berapa baki hutang anda.
  • Meminta anggaran daripada ramai ejen hartanah tanpa menyemak asasnya – Jika dua anggaran berbeza sebanyak RM100,000, tanya transaksi mana yang mereka gunakan sebagai rujukan.
  • Tidak mengambil kira kos tambahan/tersembunyi – Bayaran yuran guaman, komisen ejen dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) semuanya menjejaskan hasil bersih anda.

Semak semua kos yang terlibat dalam urus niaga hartanah menggunakan kalkulator yuran urus niaga hartanah IQI.

Letak harga yang betul dari hari pertama.

Rumah yang lebih mahal akan mengambil masa yang lebih lama dan setiap bulan akan mengurangkan kuasa rundingan anda.

Artikel ini disediakan sebagai bahan rujukan umum sahaja dan bukan merupakan laporan penilaian rasmi, nasihat pelaburan, nasihat kewangan atau nasihat perundangan.

Semua angka, data transaksi, peratusan dan anggaran harga yang dinyatakan adalah berdasarkan maklumat yang tersedia pada tarikh penerbitan. Nilai sebenar sesebuah hartanah berbeza mengikut lokasi, jenis hartanah, keluasan, umur bangunan, status pegangan, keadaan fizikal, baki tempoh pajakan dan keadaan pasaran semasa. Data transaksi rasmi juga lazimnya mengambil masa beberapa bulan untuk dikemas kini.

Untuk nilai rasmi yang diiktiraf oleh pihak bank, mahkamah atau agensi kerajaan, sila dapatkan khidmat penilai hartanah berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). IQI Global dan penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat dalam artikel ini semata-mata.


Ejen hartanah IQI membantu anda menyemak transaksi semasa, menetapkan julat harga yang disokong oleh pasaran, menapis pembeli yang layak, dan menguruskan proses sehingga pindah milik selesai. Isi maklumat di bawah untuk berhubung dengan pasukan kami.





+60







Baca selanjutnya:

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯