IQI, rangkaian agensi hartanah global di bawah kumpulan Juwai IQI, hari ini mengumumkan pelancaran IQI Sardinia, pejabat terbaharu yang menandakan pengukuhan operasi di Itali dan kemasukan rasmi ke pasaran hartanah mewah Mediterranean.
Pejabat ini akan berpusat di kawasan ikonik Costa Smeralda, destinasi eksklusif pilihan pembeli kediaman mewah antarabangsa.
Langkah ini sejajar dengan strategi IQI untuk memperkukuh kehadiran dalam pasaran rentas sempadan bernilai tinggi.
Sardinia kini diiktiraf sebagai salah satu destinasi dengan pertumbuhan paling pantas di Eropah, dengan harga rumah mewah meningkat 18% pada tahun 2023, manakala kadar sewaan telah berganda berbanding sebelum pandemik.
Pada tahun 2024 sahaja, permintaan hartanah dari pembeli antarabangsa meningkat lebih 60%, terutamanya dari Jerman, Amerika Syarikat dan Eropah Utara.
Menurut Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Sardinia merupakan lokasi strategik yang mampu membuka peluang pelaburan baharu untuk pasaran Asia dan Timur Tengah.
“Sardinia memberikan kami kehadiran terus di salah satu pasaran paling eksklusif di Eropah,” katanya.

Pejabat ini mengukuhkan keupayaan kami untuk membantu pelabur global mendapatkan hartanah utama, terutamanya kediaman kedua dan pelaburan jangka panjang…
Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI
IQI Sardinia ditubuhkan melalui kerjasama bersama agensi tempatan Immobiliare Sarda, yang berpengalaman luas dalam pasaran hartanah mewah pulau tersebut.
Usaha ini akan menggabungkan kepakaran tempatan dengan teknologi global IQI — termasuk sistem penjanaan prospek berkuasa AI, platform pemasaran antarabangsa, serta akses kepada rangkaian lebih 53,000 ejen di lebih 35 negara.
Daniel Ho, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI, menjelaskan bahawa Sardinia kini menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia.
Pasaran ini bukan sahaja stabil, tetapi juga berpotensi tinggi. Costa Smeralda khususnya, menjadi tumpuan pelabur berprofil tinggi yang mencari kediaman kedua yang eksklusif…
Daniel Ho, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI

“Kami yakin IQI mampu memperkenalkan pasaran ini kepada pembeli dari Asia yang sedang mencari peluang luar dari destinasi tradisional.” katanya lagi.
Pasukan pengurusan IQI Sardinia juga komited untuk menyediakan pengalaman menyeluruh kepada pembeli antarabangsa.
Kami menyertai IQI kerana ingin menawarkan perkhidmatan bertaraf global kepada pelanggan kami,” ujar Mattana, Ketua Pegawai Operasi IQI Sardinia.

Gabungan rangkaian global, jenama yang dipercayai dan strategi pemasaran berasaskan teknologi akan membantu kami menjangkau khalayak lebih luas dan memberi nilai tambah kepada penjual…
Mattana, Ketua Pegawai Operasi IQI Sardinia
Dengan pelancaran IQI Sardinia, IQI terus membuktikan komitmennya untuk menjadi peneraju dalam pasaran hartanah mewah global.
Sekaligus membuka lebih banyak pintu peluang pelaburan rentas sempadan untuk pembeli dan pemilik hartanah di seluruh dunia.
Pada tahun 2023 sahaja, Juwai IQI telah menyempurnakan lebih 42,000 transaksi, memasarkan hartanah bernilai lebih US$4 trilion dari 111 negara, dan menjana lebih 10 juta interaksi bulanan melalui platform digitalnya seperti Juwai.com dan Juwai.Asia.
Ingin memiliki kediaman kedua di destinasi mewah Eropah? Hubungi pasukan IQI Sardinia untuk panduan pakar, sokongan undang-undang, dan capaian kepada hartanah terpilih.
Baca Selanjutnya: