GX Bank yang merupakan bank digital pertama kini telah beroperasi di Malaysia dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas!
Bank digital ini juga telah mendapatkan persetujuan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan operasinya di Malaysia mulai tanggal 1 September 2023.
Jadi, kami telah dapatkan pandangan dari salah seorang pengguna iaitu Sharifah Salwa, bekerja sebagai seorang penulis Bahasa English di Klang Lama. Jadi, Salwa guna untuk simpanan atau hal lain?
Jom, kita dengarkan!
Berbaloi atau tidak?
- Apa itu Bank Digital?
- Jom Kenali GX Bank!
- Apa Pendapat Pengguna Tentang GX Bank:
- 1. Apa yang membuatkan anda ingin menggunakan bank digital ni?
- 2. Apakah antara kelebihan GX Bank yang tiada di bank lain?
- 3. Kenapa anda memilih GX Bank?
- 4. Sepanjang penggunaan ini, apakah penambah baikan yang anda harap boleh dilakukan?
- 5. Adakah anda mengesyorkan GX Bank ini kepada mereka diluar sana? Kenapa?
Sebelum tu, mesti ada yang taktahu atau tak pernah dengar tentang Bank Digital ni kan?
Apa itu Bank Digital?
Bank digital adalah institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan perbankan secara elektronik melalui platform dalam talian.
Ia beroperasi melalui aplikasi mudah alih, membolehkan pelanggan mengakses pelbagai perkhidmatan seperti simpanan, pinjaman, dan transaksi tanpa perlu ke cawangan fizikal atau mesin ATM.
Dengan perbankan digital, pelanggan dapat menguruskan kewangan mereka dengan mudah menggunakan peranti elektronik.
Jom Kenali GX Bank!
GX Bank yang merupakan bank digital pertama ini telah didukung oleh Grab, Kuok Group, dan investor lainnya.
Bank digital ini bertujuan untuk melayani segmen masyarakat dan bisnes di Malaysia yang belum terlayani atau kurang terlayani.
Mereka akan menggunakan teknologi dan inovasi untuk memenuhi kebutuhan individu dan usaha mikro serta kecil yang belum terlayani.
Apa Pendapat Pengguna Tentang GX Bank:
1. Apa yang membuatkan anda ingin menggunakan bank digital ni?
…selepas dengar pengalaman dari orang lain dan sebab i nak asingkan akaun untuk simpanan (taknak letak semua dalam 1 akaun). I tak tahu apa-apa tentang investment dan I taktahu yang I boleh dapat duit by savings. I teringin nak cuba sebab cashback untuk debit card yang GX Bank tawarkan sangat menarik dan extra point sebab corak kad dia cantik hahaha! Boleh dapat duit bila u cash in jumlah tertentu, dapat duit lagi bila aktifkan duitnow dan dapat Grab rewards dekat Jaya Grocer juga!…
2. Apakah antara kelebihan GX Bank yang tiada di bank lain?
…ada 2! pertama macam i sebut, i suka debit card dia ada cashback. I takut nak ambil kredit kad walaupun ada banyak faedah sebab takut takde disiplin hahaha. Kedua, walaupun MAE ada tapi I lebih suka konsep tabung GX Bank dan you boleh dapatkan duit hanya dengan menyimpan. I nak asingkan bank akaun untuk simpanan dan i suka yang dia boleh asingkan simpanan ke kategori berlainan dengan ‘savings pockets’…
3. Kenapa anda memilih GX Bank?
…senang nak pakai and smooth. Jarang ada masalah. Kalau ada masalah boleh contact their customer service guna live chat, available 24/7 dan dorang reply pun laju…
4. Sepanjang penggunaan ini, apakah penambah baikan yang anda harap boleh dilakukan?
…bila I isi minyak, dia akan pegang jumlah my debit authorization sebanyak RM200. Transaksi dia kadang akan pending jadi duit RM200 tu akan tersekat dan dia hanya akan lepaskan bila vendor (petronas) luluskan transaksi. Jadi i tak dapatla nak pakai RM200 tu?! Kedua, i harap dia ada pilhan patuh syariah, sebab i tak tahu yang earning interest tu riba (duh hahaha). I hope ada pilihan di mana I boleh simpan dan dapat duit tapi masih patuh syariah macam Versa money market fund…
5. Adakah anda mengesyorkan GX Bank ini kepada mereka diluar sana? Kenapa?
…sudah tentu! Terutamanya bagi mereka yang nak dapat duit sambil buat simpanan tu. Sikit2 lama2 jadi bukit gitew~ Tapi kalau tak selesa nak guna bank yang tak patuh syariah, jadi GX Bank bukan untuk anda. Tapi i pun nak cadangkan untuk mereka yang tengah cari kad debit dengan pulangan tunai sebab tak banyak bank yang offer dan mereka yang nak asingkan simpanan mereka ke akaun berbeza…
Jika anda sedang mencari pelaburan jangka panjang untuk masa depan anda, mencari kerjaya yang terbaik adalah pilihan yang bernas! Laburkan masa depan anda sebagai perunding hartanah dengan IQI. Sertai kami sekarang!
Baca Selanjutnya:
1. Potensi bank digital cetus perlumbaan mohon lesen
2. Kenaikan OPR – Kesan Kenaikan OPR kepada Bank dan Pengguna
3. 5 Pelaburan yang Menguntungkan & Selamat untuk Dilabur dari Duit Pencen