Versi: CN
Malaysia terus berusaha untuk menangani inflasi yang semakin meningkat. Salah satu instrumen kawalan yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia adalah penyesuaian Kadar Dasar Operasi (OPR). Bagaimanakah kenaikan OPR ini mempengaruhi bank dan pengguna di Malaysia?
Kadar Dasar Semalaman atau OPR
Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bank pusat negara.
OPR menentukan kadar faedah yang dikenakan ke atas institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.
Setiap perubahan dalam OPR memberi impak yang signifikan kepada bank dan pengguna.
Kadar OPR terkini mengikut kemas kini sehingga 17 Januari 2024.
Inflasi dan OPR: Apa Kaitannya?
Inflasi, yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP), terus mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna. Inflasi meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, meragut kuasa beli pengguna.
Manakala OPR, sebagai instrumen kawalan, ditetapkan untuk mempengaruhi jumlah wang yang beredar dalam ekonomi. Kenaikan OPR menjadi langkah kritis dalam menangani inflasi.
Bagaimana OPR Mempengaruhi Bank?
OPR memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan sistem kewangan negara. Kadar faedah ini berubah-ubah setiap hari berdasarkan aktiviti peminjaman dalam bank, serta deposit dan pengeluaran wang oleh para pelanggan. OPR adalah mekanisme yang digunakan oleh BNM untuk mengawal bekalan dan permintaan wang dalam ekonomi.
Situasi 1
Jika terdapat bank yang mengalami kekurangan rizab tunai, bank lain yang mempunyai kelebihan rizab tunai cenderung untuk memberi pinjaman rizab tunai mereka. Ini membantu menjaga kestabilan sistem kewangan dengan memastikan semua bank mempunyai akses yang mencukupi kepada tunai untuk menangani keperluan harian mereka.
Situasi 2
Jika anda tidak mencukupi wang untuk membayar makanan yang anda beli, dan sahabat anda yang lebih berkemampuan membantu anda membayarkannya, dan anda membayar semula wang yang dipinjamkan, kebiasaannya akan dibayar dengan nilai yang sama.
Namun berbeza dengan pihak bank, terdapat kadar faedah yang dipersetujui perlu dibayar terhadap bank yang mereka pinjam.
Kesan Langsung Kenaikan OPR
Kesan Terhadap Sektor Perumahan
- Kos pinjaman meningkat, memberi tekanan kepada peminjam perumahan.
- Penilaian dan penarafan ketat oleh bank mempersulit kelulusan pinjaman.
Kesan Terhadap Industri Berkaitan
- Industri pembinaan, perumahan, dan produk kewangan mengalami penurunan.
- Peminjam pinjaman perumahan menghadapi kenaikan bayaran ansuran.
Baca Selanjutnya: |
Kesan Kenaikan OPR kepada Bank
Kenaikan OPR memberi kesan terus pada bank komersial. BNM menaikkan kadar dasar semalaman, menaikkan kos pinjaman antara bank dan institusi kewangan. Bank membayar lebih faedah, boleh jejas keuntungan dan menyesuaikan kadar faedah kepada pelanggan termasuk peminjam rumah.
Kenaikan OPR naikkan kos pinjaman bank, tekan keuntungan, dan boleh ubah kadar faedah pelanggan, termasuk peminjam rumah.
Penyesuaian Kos Pinjaman
Dengan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas sebelum ini, bank-bank cenderung untuk menyesuaikan kadar faedah pinjaman. Ini bermakna peminjam perumahan dan hartanah akan mengalami peningkatan jumlah bayaran bulanan mereka. Peningkatan ini boleh memberi tekanan kepada peminjam, terutama mereka yang mungkin sudah berada dalam situasi kewangan yang mencabar.
Kesan Kenaikan OPR kepada Pengguna
Kenaikan OPR sebanyak 25 turut memberi kesan langsung kepada pengguna. Peminjam perumahan dan hartanah akan menghadapi cabaran tambahan dalam membayar ansuran bulanan mereka. Ini mungkin menyebabkan peningkatan beban kewangan bagi mereka yang sudah mempunyai tanggungan kewangan yang tinggi.
Peningkatan OPR boleh memberi impak kepada pengguna dalam beberapa cara. Pertama, kadar faedah pinjaman peribadi dan pinjaman rumah mungkin meningkat. Pengguna yang memegang pinjaman dengan kadar faedah tetap akan merasakan kesan ini dengan pembayaran ansuran bulanan yang lebih tinggi.
Kedua, pemegang kad kredit mungkin menghadapi kadar faedah yang lebih tinggi, yang boleh menyebabkan peningkatan kos pembiayaan hutang kad kredit. Pengguna perlu berhati-hati dalam menguruskan hutang mereka untuk mengelakkan tekanan kewangan yang tidak diingini.
Cabaran bagi Peminjam
Peminjam yang telah mengambil pinjaman perumahan atau hartanah akan perlu menguruskan kewangan mereka dengan lebih berhati-hati.
Kenaikan kadar OPR oleh BNM boleh menyebabkan peningkatan jumlah bayaran balik pinjaman, yang mungkin memerlukan penyesuaian dalam perbelanjaan bulanan.
Impak Kesenjangan Pendapatan
Kesenjangan pendapatan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana kesan kenaikan OPR dirasai.
Golongan isi rumah yang mempunyai pendapatan rendah dan berada dalam kategori miskin akan lebih terjejas dan terkesan berbanding mana-mana golongan kelas pertengahan dan juga kaya.
Menguruskan Kemerosotan Ekonomi
Pemulihan Ekonomi
- Keperluan untuk meningkatkan produktiviti dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian dan penternakan.
- Inisiatif dan insentif perlu diberikan untuk menstabilkan harga barangan.
Keperluan Pekerja Asing
- Kehadiran lebih banyak pekerja asing diperlukan dalam sektor pembinaan, perladangan, dan perkhidmatan sivil.
- Budaya kerja yang positif dan pembangunan kemahiran perlu digalakkan.
Menghadapi Cabaran Sosioekonomi
Ketegangan sosioekonomi mungkin berlaku disebabkan oleh jurang ekonomi dan isu-isu ketidakseimbangan perniagaan di kalangan kaum. Kesedaran dan tindakan proaktif perlu diambil untuk mencegah eskalasi konflik.
Memastikan Keadilan dalam Pasaran
Pencegahan Monopoli Pasaran
- Konglomerat yang memonopoli bekalan perlu dipanggil untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
- Langkah-langkah pencegahan monopoli perlu diambil oleh kerajaan.
Tindakan Strategik
- Pegawai dan wakil rakyat perlu melibatkan diri dalam perbincangan strategik untuk menangani isu ekonomi.
- Pelan strategik yang bijaksana dan adil perlu dibahas bersama di Dewan Rakyat.
Kesimpulan
Kenaikan OPR oleh BNM memainkan peranan penting dalam landskap kewangan negara dan memberi kesan yang meluas terhadap ekonomi Malaysia.
Dengan langkah-langkah proaktif, ketidakseimbangan ekonomi dapat diatasi, dan keadilan dalam pasaran dapat dipastikan. Pemantauan dan tindakan bersepadu diperlukan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh bank dan pengguna, memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.
Sekiranya kita memahami impak kenaikan kadar dasar semalaman OPR oleh Bank Negara Malaysia BNM kepada bank dan pengguna, kita dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam pengurusan pinjaman dan kewangan.
Kekalkan kesedaran terhadap perubahan dalam OPR hari ini dan akan datang, dan selalu berunding dengan pakar kewangan untuk mengatasi cabaran yang mungkin timbul akibat perubahan ini.
Hubungi ejen hartanah IQI untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan pinjaman rumah atau prosedur-prosedur membeli hartanah, tunggu apa lagi! Isi borang dibawah, ejen kami akan hubungi anda secepat mungkin!