Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Langkah Menjadi Ejen Hartanah di IQI Malaysia: Panduan Dari A-Z!

Dikemaskini pada: 05/12/2025

Tertarik dengan faedah dan insentif yang disediakan oleh IQI untuk ejen hartanah? Bayangkan menikmati percutian bertaraf lima bintang, bonus rumah dan kereta, jam tangan Rolex

Tahniah, anda telah membuat keputusan yang tepat kerana ini bukanlah sekadar khayalan jika anda memilih untuk berkarier sebagai ejen hartanah di IQI!

Jangan risau, kerana prosesnya tidaklah rumit!

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menjadi ejen hartanah di IQI Global.



Bagaimana Nak Mendaftar Sebagai Ejen Hartanah?

Untuk menjadi Ejen Hartanah, anda perlu mendaftar sebagai Perunding Hartanah (REN) dengan agensi hartanah yang berdaftar.

Berita baiknya, anda akan mendaftar dengan agensi berdaftar yang mempunyai lebih dari 50,000 profesional hartanah di seluruh dunia!

Terdapat tiga cara untuk mendaftar sebagai REN dengan IQI, anda boleh memilih salah satu dari yang berikut:

1. Laman Web/Blog IQI
2. Pautan Rujukan Ejen IQI
3. Iklan Media Sosial IQI

Mari kita lihat satu persatu..

Kaedah 1: Laman Web/Blog IQI

Untuk kaedah pertama yang mudah adalah dengan menggunakan laman web IQI. Klik “Jadi Ejen Hartanah” di bahagian atas dan anda akan dibawa ke halaman yang baharu.

Selepas itu tekan butang “Register Now” dan isi dokumen yang disediakan seperti gambar di bawah.

Anda juga boleh memohon melalui artikel di blog IQI!

Sebagai agensi hartanah, IQI sering menerbitkan artikel berkaitan tentang kerjaya, hartanah, berita semasa, gaya hidup dan banyak lagi.

Di bahagian bawah setiap artikel, terdapat borang permohonan dan bagi yang berminat anda hanya perlu mengisi dan menghantar borang tersebut!

sertai IQI sebagai ejen hartanah melalui artikel di blog

Kaedah 2: Pautan Rujukan dari Ejen Hartanah IQI

Anda mempunyai kenalan yang secara kebetulan merupakan ejen hartanah di IQI? Di sinilah di mana anda boleh menggunakan kaedah kedua untuk menyertai IQI!

sertai IQI sebagai ejen hartanah melalui pautan rujukan dari perunding hartanah IQI

Jika anda mempunyai kawan, ahli keluarga, atau sesiapa saja yang merupakan ejen hartanah dari IQI, anda boleh menghubungi mereka secara langsung.

Mereka akan menyediakan pautan rujukan (referral link) dan anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Kaedah 3: Iklan Media Sosial IQI

Pernah tak iklan dari IQI muncul di media sosial anda seperti Instagram, Facebook ataupun Tiktok?

daftar sebagai perunding hartanah iqi melalui iklan

Ada? Ha kalau ada jangan abaikan, dari situ juga anda boleh mendaftar sebagai ejen hartanah di IQI!

Iaitu dengan klik butang “sign up” di bahagian bawah belah kanan, isi dokumen yang disediakan dan hantar!

Borang beserta detail penuh telah diisi, apa yang saya perlu buat seterusnya?

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Selepas Mengisi Borang?

Setelah selesai, anda hanya perlu tunggu sehingga pasukan pengambilan IQI menghubungi anda untuk pengesahan dan mengaturkan temu duga.

Setelah selesai temu duga, anda akan dibimbing untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadi REN bersama IQI.

Bagaimana Untuk Menjadi Ejen Hartanah IQI Secara Rasmi?

Anda dah lepas sesi temuduga? Tahniah, anda sudah semakin hampir untuk menyertai IQI!

Bagaimanapun, untuk menjadi IQI REN secara rasmi, terdapat beberapa langkah lagi yang harus diikuti:

Langkah 1: Bayar Yuran Pendaftaran

Walaupun kerjaya ejen hartanah ini serupa dengan perniagaan tanpa modal, tapi masih ada yuran pendaftaran yang perlu dibayar.

Untuk jumlah yuran pula, anda boleh bertanya kepada ketua pasukan yang menemuduga anda ketika itu.

bayaran yuran pendaftaran

Jika anda menyertai melalui pautan rujukan ejen hartanah IQI, anda perlu mendaftar menggunakan pautan tersebut serta membayar yuran pendaftaran.

Yuran pendaftaran pula dalam anggaran RM250, jadi pastikan anda menyediakannya.

Langkah 2: Menyertai Kursus Latihan Rekrut Baharu (New REN Training)

Selepas anda menyelesaikan pembayaran, langkah seterusnya ialah menyertai kursus latihan rekrut baharu selama 4 hari (Latihan REN Baharu).

menyertai new REN buat ejen hartanah baharu

Kursus ini diadakan sebulan sekali dan merangkumi topik seperti proses dan kemahiran jualan, skil pemasaran, undang-undang serta pengetahuan profesional lain yang dapat membantu anda dalam bidang hartanah.

Buat masa sekarang, sesi latihan ini diadakan melalui persidangan video Zoom secara percuma!

Langkah 3: Ambil Peperiksaan

mengambil peperiksaan selepas new ren training

Dalam tempoh 24 jam selepas kursus latihan rekrut baharu tamat, anda akan mengambil peperiksaan yang berkaitan secara dalam talian.

Hanya dengan menyertai dan lulus dalam ujian tersebut (minimum skor lulus ialah 15 mata) anda boleh menjadi ejen hartanah IQI secara rasmi.

Langkah 4: Menghadiri Kursus NCC Selama 2 Hari

Selepas lulus latihan rekrut baharu, anda juga diminta untuk memohon kursus NCC selama 2 hari daripada IQI atau Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA).

sebagai ejen hartanah anda perlu menghadiri kursus NCC

Kursus NCC ini memerlukan yuran sebanyak RM636, jadi anda harus mengambil kira kos itu juga.

Selepas melengkapkan 2 hari kursus ini, anda akan menerima diploma dan dokumen berkaitan akan diberikan kepada IQI untuk tujuan permohonan lesen agensi hartanah (REN Tag).

Berapakah Jumlah Total Yuran Untuk Menjadi REN?

Mari kita ringkaskan jumlah yuran yang perlu anda bayar untuk kemudahan perancangan:

RM250 yuran pendaftaran + RM636 kursus NCC = RM886

*Jumlah kos ini hanyalah anggaran, kami tidak dapat menjamin ketepatannya kerana ianya boleh berubah dari semasa ke semasa.

Langkah 5: Dapatkan Sijil dan REN tag

Selepas melengkapkan 2 hari kursus ini, anda akan menerima sijil yang berkaitan.

Kemudian anda boleh serahkan dokumen yang diperlukan kepada IQI untuk memohon teg REN ungu (sebelum ini berwarna merah pada 2022).

Langkah 6: Terima Lesen Ejen Hartanah Anda

rasmi menjadi ejen hartanah

Penting untuk diingatkan bahawa hanya ejen hartanah berlesen sahaja yang dibenarkan untuk menjual hartanah.

Setelah dokumen anda diluluskan, anda akan menjadi ejen hartanah berlesen secara rasmi dan anda telah bersedia untuk memulakan perjalanan bidang hartanah anda!

Langkah 7: Menjadi Ejen Hartanah IQI

Tahniah!

Anda telah lulus peperiksaan dan kursus pensijilan dan kini secara rasmi menjadi REN di IQI!

Kini, anda boleh menikmati semua faedah IQI, seperti insentif yang luar biasa, akses ke aplikasi super ATLAS dan peluang untuk menjual projek global yang tersedia melalui rangkaian IQI!


Soalan Lazim Tentang Menjadi Ejen Hartanah

Terdapat yuran pendaftaran untuk mejadi ejen hartanah di IQI Global, ia di anggarkan dalam RM250 tetapi anda boleh bertanya kepada ketua pasukan untuk memeriksa harga yang terkini.

Anda akan memperolehi beberapa barangan seperti, baju kemeja t, lanyard & buku dari IQI bukan itu sahaja, anda juga dapat akses kepada platform IQI iaitu Atlas Super App

Sebagai ejen hartanah yang professional anda tidak boleh membuat sebarang transaksi tanpa lesen termasuklah jual beli atau sewa. Ia adalah satu kesalahan dan boleh disaman.


Cara-cara dan langkah juga telah tersedia untuk anda, sekarang keputusan di tangan anda. Tunggu apa lagi, sertai IQI sekarang dan mulakan kejayaan karier anda bersama IQI!





+60



Baca Selanjutnya:

1. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!

2. Pernah Ditipu Sehingga Lebih Daripada RM400k?! Dengarkan Kisah Kebangkitan Ejen Hartanah IQI Membawanya Memenangi Bonus Rumah!

3. Bawa Pulang Jam Jenama Mewah, Rolex? Kisah Kejayaan Perunding Hartanah IQI ini Boleh Menjadi Inspirasi Kejayaan Anda!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯