IQI Global merupakan salah satu syarikat hartanah yang tidak perlu dipertikaikan lagi kejayaannya!
Pengikitirafan dan segala anugerah yang telah mereka peroleh selama lebih daripada 10 tahun dalam industri hartanah cukup untuk meletakkan mereka sebagai peneraju dalam bidang ini.
Sudah tentu perjalanan ini tidak mudah, tapi tiada yang mustahil! Segala kejayaan yang telah mereka kecapi sekarang adalah bukti daripada ketidak putus asaan dan semangat yang berkobar dari setiap satu dari mereka.
Syabas IQI Global!
Bagaimana IQI Dapat Membantu Anda Sebagai Ejen Hartanah:
- 1. Nikmati Bayaran Komisyen Sepantas 5 Hari dengan IQI!
- 2. Insentif Mewah Atas Hasil Usaha Anda
- 3. Atlas SuperApp, Semua Yang Anda Perlukan Hanya Dijurung Jari!
- 4. Latihan Percuma Yang Hanya Tersedia Untuk Perunding Hartanah IQI
- 5. Pejabat Lengkap di Malaysia dan Antarabangsa dengan Sokongan Sepanjang Masa dari HQ Global
Tapi, apa yang membuatkan IQI lain dari syarikat hartanah yang lainnya? Ha, adakah soalan ini bermain di fikiran anda? Jom kita teroka!
1. Nikmati Bayaran Komisyen Sepantas 5 Hari dengan IQI!
Ya betul, anda tidak salah dengar! IQI menawarkan bayaran komisyen seawal 5 Hari bekerja kepada para perunding hartanah mereka.
Selagi semua dokumen dan data lengkap dihantar, anda hanya perlu menunggu selama 5 hari atau kurang untuk menikmati ganjaran komisyen anda.
Bayangkan, hasil kerja keras anda segera dihargai tanpa perlu menunggu lama. Dengan bayaran secepat ini, anda boleh merancang kewangan anda dengan lebih baik dan fokus untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam kerjaya hartanah anda.
2. Insentif Mewah Atas Hasil Usaha Anda
Di IQI, segala usaha yang telah anda sumbangkan tidak akan pernah disia-siakan begitu sahaja!
Kami sangat menitikberatkan segala usaha daripada ejen hartanah kami, anda bukan sahaja akan diiktiraf atas kerja keras anda, tetapi juga akan diberi ganjaran yang lumayan!
Daripada Billion Dollar Achievers…
…ke percutian luar negara…
…dan kereta mewah! (Oh, ini daripada cabutan bertuah)
Oh bukan itu saja, banyak lagi insentif dan ganjaran yang disediakan oleh IQI. Nak tahu? Boleh baca >> di sini <<
3. Atlas SuperApp, Semua Yang Anda Perlukan Hanya Dijurung Jari!
Karier sebagai perunding hartanah ni, banyak tenaga kerja yang diperlukan kan? Nak kena handle dokumen, tandatangan bermacam-macam surat, buat marketing, berhubung dengan pembeli dan banyak lah lagi.
Macam mana kalau saya cakap dengan menjadi ejen hartanah di IQI, semua tenaga kerja ni boleh dilakukan dihujung jari je? —Ya betul, dengan aplikasi super Atlas!
Bermula dari marketing hingga ke pembelajaran baharu, Atlas dapat memenuhi keinginan anda! Jom kita semak antara kelebihannya:
Pemasaran/Marketing
Listing rumah dah ada untuk jual, data dan info tentang properti pun dah ada, tapi… macam mana nak buat orang tahu yang anda ni seorang perunding hartanah? —dengan Marketing!
Sebabtu marketing ni penting dalam bidang hartanah ni, tapi leceh kan? Nak kena rakam la, buat video la, edit visual apa semua lagi..
Tapi anda tak perlu buat semua itu dengan aplikasi Atlas, semua urusan marketing anda akan jadi lebih mudah dan pantas!
Rangkaian Global
Seperti namanya IQI Global, IQI terkenal kerana mempunyai kehadiran global dari lebih dari 20 negara.
Anda juga boleh mengakses dan berbual dengan pakar profesianal dari pelbagai negara di seluruh dunia tentang projek yang terdapat di sana dengan aplikasi Atlas!
>> Pelajari lebih banyak tentang IQI Atlas di sini <<
Sebagai ejen hartanah baharu, cabaran lain selain daripada pengetahuan pasaran yang terhad, mungkin mendapatkan projek untuk dijual adalah cabaran yang besar untuk anda. Betul tak?
Jangan risau, di IQI kami mempunyai pelbagai jenis projek yang tersedia untuk anda jual. Dari projek komersial, subsale, ke pembangunan baharu dan juga hartanah yang unik dan mewah!
Pernah dengar pepatah ini “Keberanian adalah langkah pertama menuju kemenangan”?
Ya betul, melangkah jauh dan jangan limitkan bakat dan pendapatan anda dengan hanya menjual hartanah di dalam Malaysia sahaja!
Di IQI, bukan sahaja projek lokal yang boleh anda jual, projek international juga!
Seperti yang kami sebutkan di atas, di IQI anda boleh mengakses dan berbual dengan pakar dari pelbagai negara di seluruh dunia, untuk mengetahui info tentang projek international yang mungkin boleh anda jual.
Menarik kan? Dan projek juga sudah tersedia untuk anda.
4. Latihan Percuma Yang Hanya Tersedia Untuk Perunding Hartanah IQI
Untuk menjadi yang terbaik dan master dalam apa jua bidang yang anda kecapi, faktor utama yang menjadi sumber kejayaan anda adalah ilmu.
Di IQI, satu perkara lagi yang boleh saya janjikan untuk anda ialah anda boleh belajar sebanyak mana ilmu yang anda mahukan.
Sama ada ianya soal sales? Pasaran? Projek? Semuanya sudah terbentang untuk anda ambil!
Ini adalah salah satu daripada nilai teras kami. Dari pembelajaran fizikal setiap minggu, hingga ke platform pembelajaran dalam talian yang dikenali sebagai IQI Academy, kami mahu anda menjadi REN yang terbaik yang tak pernah anda bayangkan.
5. Pejabat Lengkap di Malaysia dan Antarabangsa dengan Sokongan Sepanjang Masa dari HQ Global
Sehingga tahun 2024, IQI Global telah membuka lebih daripada 50 cawangan di serata 23 negara!
Pada tahun ini juga, IQI Global telah menambah satu lagi kejayaan besar dengan pembukaan pejabat HQ baharu yang terletak di Millerz Square yang sudah pasti lebih besar dan gah!
Dengan pembukaan pejabat baru di Millerz ini, sejurus menjadikan IQI sebagai agensi hartanah yang menyediakan ruang kerja bersama (coworking space) terbesar buat perunding hartanah mereka!
Di bawah adalah senarai kelebihan yang boleh anda temukan di pejabat HQ IQI:
- Sebuah ruang kerja bersama (coworking space) untuk anda menyelesaikan kerja dan bertemu dengan ejen lain, lengkap dengan ruang dapur untuk anda memanaskan makanan atau membuat minuman.
- Bilik mesyuarat yang banyak dan lengkap dengan tempat duduk, projektor, dan soket plug.
- Pod telefon berhawa dingin untuk anda membuat panggilan secara privasi.
- Kafe JIQI kami sendiri, menawarkan pilihan sarapan dan pelbagai pilihan kek, pastri, kopi dan minuman coklat, serta tempat duduk dan makan yang selesa.
- Ruang besar untuk acara pejabat.
Akhir sekali, anda tidak akan berseorangan selama anda menjadi ejen hartanah di IQI, itu apa yang boleh kami janjikan.
Segala jenis modul pembelajaran yang tidak pernah anda bayangkan, semuanya tidak mustahil di IQI. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, IQI sedia membantu anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba yang terbaik untuk membuat jualan dengan memanfaatkan benefit yang telah tersedia sebaik mungkin – dan IQI akan menguruskan yang selainnya!
Sertai IQI sebagai ejen hartanah hari ini!
Anda kagum dengan insentif dan manfaat lain ejen hartanah di IQI? Ingin menjadi sebahagian dari kami? Daftar sekarang dan mulakan perjalanan sukses anda dengan IQI!
Baca Selanjutnya:
1. 3 Kaedah & 4 Langkah Anda Boleh Menjadi Ejen Hartanah IQI di Malaysia!