Konvensyen Antarabangsa Juwai IQI 2024 dan Festival IQI Juwai: Hollywood Glamour 2024, yang diadakan pada 29 dan 30 Mei 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), merupakan satu kejayaan yang membanggakan!
Acara itu menghimpunkan pakar industri, ejen hartanah IQI sendiri dan perunding dari seluruh dunia untuk perbincangan forum untuk berkongsi pengetahuan dan rangkaian mereka antara satu sama lain.
8,000 hadirin telah hadir pada acara dua hari itu.
Acara tahunan Juwai IQI:
29 Mei 2024
Konvensyen Antarabangsa Juwai IQI 2024
Rmai ejen telah diiktiraf di konvensyen ini atas usaha dan sumbangan cemerlang mereka kepada industri hartanah.
Anugerah tersebut adalah bukti kepada kerja keras dan dedikasi yang telah diberikan oleh ejen-ejen ini dalam pekerjaan mereka.
Selain itu, ejen-ejen juga diberi peluang untuk menghadiri sesi perbincangan forum bersama penceramah panel yang berpengetahuan luas yang berkongsi kepakaran mereka mengenai pelbagai topik berkaitan dengan:
- Teknologi, AI dan automasi
- Kandungan digital dan media sosial dalam pasaran hartanah
- Strategi pemasaran hartanah
- Kesan pembangunan dunia baharu terhadap perubahan geopolitik
- Peluang pelaburan hartanah di luar negara
Dengan sesi perkongsian maklumat ini, ejen dan perunding hartanah dapat memahami dan menguasai trend pasaran dan pemasaran terkini dalam industri hartanah dengan lebih baik.
Tidak lupa, IQI dengan bangganya mengalu-alukan Encik Gopi Ganesalingam, Ketua Eksport Digital, untuk melancarkan dan menyampaikan ucaptama di acara tahunan tersebut—pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan bagi IQI!
Selain itu, untuk memperkasakan ejen dan perunding hartanah, IQI teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan Edgeprop untuk mengakses platform pemetaan dan data hartanah EPIQ. Ini pasti merupakan pencapaian yang menarik bagi IQI.
Terdapat juga satu lagi momen yang mengujakan di Konvensyen Juwai IQI tahun ini—peragaan fesyen oleh ejen hartanah kami yang menampilkan pelbagai rekaan T-shirt baru!
30 Mei 2024
Festival IQI Juwai: Hollywood Glamour 2024
Sementara itu, Festival Juwai IQI 2024 merupakan sebuah persembahan Hollywood yang penuh dengan keseronokan yang mengumpulkan ejen-ejen dan kakitangan yang berpakaian dan berdandan ala-ala Hollywood, menjadikan suasana petang itu seolah-olah berada di dunia Hollywood.
Festival itu membenarkan setiap orang untuk bersantai, menari, dan berseronok.
Festival tersebut menyaksikan lima kumpulan bertanding untuk tempat 3 teratas, mempersembahkan lagu-lagu Hollywood dan mempamerkan gerakan mereka sambil berjuang untuk mendapatkan hadiah utama.
Selain itu, Festival Juwai IQI merupakan peluang lain untuk memberi penghargaan kepada ejen-ejen atas prestasi luar biasa mereka sepanjang tahun.
Ejen-ejen juga berseronok dengan permainan cabutan bertuah, dengan banyak hadiah hebat yang ditawarkan, termasuk perjalanan ke Jepun, Madrid, dan New York.
Para ejen Juwai IQI juga diperdengarkan dengan persembahan yang indah oleh kumpulan acapella Korea, Narin, yang terbang dari Korea untuk festival tersebut.
Konvensyen Antarabangsa Juwai IQI 2024 dan Festival Juwai IQI: Glamor Hollywood 2024 adalah kejayaan besar. Peserta berseronok, belajar banyak perkara, dan membina connection yang berharga dengan individu lain dalam industri ini.
Tahniah kepada semua ejen yang membawa pulang anugerah! Kami berharap ejen-ejen IQI kami pulang dengan rasa berbaloi selepas dua hari yang penuh dengan keseronokan!
Menarik tak? Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa kami mempunyai semua anugerah, hadiah, dan banyak lagi untuk ejen-ejen kami sepanjang tahun? Sertai IQI sekarang sebagai perunding hartanah untuk menikmati faedah-faedah ini!
Baca Selanjutnya: