Membeli rumah adalah satu keputusan besar yang melibatkan perancangan teliti.
Sama ada membeli atau menyewa? Rumah teres atau apartment? Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan yang tepat.
Artikel ini akan berkongsi 8 perkara penting yang merangkumi aspek pembangunan, kewangan hingga gaya hidup bagi membantu anda membuat pilihan yang tepat bagi kediaman diri anda.
Perkara Yang Wajib Anda Tahu
- 1. Membeli Rumah Mengikut HDA
- 2. Rumah Residensial vs Rumah Komersial
- 3. Tanah Pegangan Bebas vs Tanah Pegangan Pajakan
- 4. Perabot Lengkap atau Separuh
- 5. Memilih Tempat Letak Kereta Dengan Bijak
- 6. Kelebihan Speed Ramp
- 7. Memilih Pemaju yang Dipercayai
- 8. Kepentingan Sijil GreenRE
- Kesimpulan
- Soalan Lazim (FAQ)

1. Membeli Rumah Mengikut HDA
HDA (Housing Development Act) adalah akta pembangunan yang melindungi hak kepentingan pembeli rumah di Malaysia untuk memastikan keadilan antara pemaju dan pembeli.
Mengapa Rumah HDA amat penting?
1. Perjanjian Jual Beli | HDA menetapkan terma yang jelas dalam perjanjian jual beli antara pembeli dan pemaju. |
2. Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) | Kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki kecacatan dalam tempoh jaminan. – 24 bulan (Individual Title: pemilik yang mempunyai hak penuh ke atas tanah dan bangunan) – 36 bulan (Strata Title: pemilik unit dalam pembangunan bertingkat) |
3. Tempoh Pembinaan dan Penyerahan | Pemaju wajib menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut spesifikasi yang dipersetujui. |
4. Pemulihan dan Gantirugi | Pembeli berhak mendapat pampasan atau penambahbaikan jika ada kelewatan atau kecacatan serius. |
5. KWSP 2 | Pembeli boleh menggunakan simpanan KWSP Akaun 2 untuk bayaran deposit. |
6. Cukai Tanah | Pembeli membayar berdasarkan kadar tetap yang ditentukan untuk hartanah kediaman. |

2. Rumah Residensial vs Rumah Komersial
Pemilihan antara rumah residensial dan rumah komersial bergantung pada tujuan pembelian, sama ada untuk kediaman sendiri atau pelaburan.
- Rumah residensial adalah digunakan untuk kediaman individu atau keluarga, biasanya untuk tujuan tempat tinggal.
- Berbeza dengan rumah komersial yang digunakan untuk tujuan perniagaan seperti pejabat, kedai runcit, atau ruang perniagaan lain.
Berikut adalah perbandingan antara kedua-dua jenis hartanah:
Rumah Residensial (HDA) | Rumah Komersial (HDA) | |
Keamanan & Privasi | Lebih selamat dan memberi privasi untuk keluarga | Kurang privasi kerana lebih terdedah kepada pelanggan dan orang awam |
Bayaran Utiliti | Bil air, elektrik, cukai pintu, dan cukai tanah dikira mengikut kadar rumah tangga = lebih berpatutan | Boleh ditukar kepada kadar rumah kediaman |
Bayaran Cukai | Pembayaran cukai tanah lebih rendah kerana dikategorikan sebagai hartanah kediaman. | Pembayaran cukai tanah dan cukai unit lebih tinggi kerana dikategorikan sebagai hartanah komersial |

3.Tanah Pegangan Bebas vs Tanah Pegangan Pajakan
Terdapat 2 jenis pemilikan hartanah iaitu:
- Tanah pegangan bebas, lebih dikenali sebagai hartanah “freehold” yang kekal tanpa had tempoh.
- Tanah pegangan pajakan “leasehold” merujuk kepada hartanah yang ditempatkan di atas tanah pajakan yang dipajak atau disewa dari pihak kerajaan.
Freehold | Leasehold | |
Tempoh Pajakan | Selamanya, tanpa had tempoh | Terhad antara 30-99 tahun |
Hak Milik | Stabil kerana merupakan tanah milik sendiri | Hak milik bergantung kepada tempoh pajakan. |
Nilai Jualan Semula | Lebih tinggi kerana pemilikan kekal. | Lebih sukar dijual apabila tempoh pajakan semakin pendek. |
Pelanjutan Pajakan | Tidak memerlukan pembaharuan | Pelanjutan pajakan tidak dijamin dan boleh ditolak oleh kerajaan. |
Harga Hartanah | Lebih mahal kerana nilai tanah kekal | Lebih murah |
Lokasi | Terhad di bandar utama | Lebih strategik |
Akibatnya, ramai beranggapan freehold lebih baik kerana pemilikan yang kekal serta potensi keuntungan lebih tinggi apabila dijual semula.
Namun, menurut Akta Pengambilan Tanah 1960, hak milik freehold bukan jaminan pemilikan mutlak, kerana kerajaan masih mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah jika diperlukan.
Sebaliknya pemilikan leasehold sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh memberikan manfaat kepada pembeli, terutamanya dari segi harga yang lebih berpatutan dan lokasi yang lebih strategik.

4. Perabot Lengkap atau Separuh
Memilih perabot untuk rumah berperabot lengkap menawarkan kemudahan segera kerana pembeli tidak perlu bersusah payah mencari perabot sendiri
Tetapi, rumah separuh berperabot memberikan lebih fleksibiliti kepada pemilik untuk menghias ruang mengikut citarasa serta keperluan sendiri.
Selain itu, ia memberi peluang untuk memilih perabot yang lebih berkualiti dan sesuai dengan bajet serta gaya hidup individu.
Dengan kebebasan ini, pemilik dapat mencipta ruang yang lebih peribadi, selesa, dan berfungsi mengikut keperluan jangka panjang mereka.

5. Memilih Tempat Letak Kereta Dengan Bijak
Tambahan pula, pemilihan tempat letak kereta yang sesuai adalah penting untuk keselesaan harian.
Pembeli rumah disarankan memilih tempat letak kereta side by side berbanding tandem kerana lebih praktikal, efisien dan mudah digunakan.
Pemilik rumah dengan parking tandem boleh menyusahkan pemilik kerana mereka perlu mengalihkan kereta hadapan dahulu untuk membolehkan kereta belakang keluar, menyebabkan kesulitan terutama dalam situasi tergesa-gesa.

6. Kelebihan Speed Ramp
Ramai yang menganggap speed ramp menyusahkan, tetapi sebenarnya ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan kelancaran aliran trafik, terutamanya di kawasan bangunan bertingkat tinggi.
Dengan speed ramp, ini juga bermakna setiap tingkat mempunyai “laluan pantas” tersendiri.
Pembeli tidak perlu lagi berpusingan besar atau satu per satu untuk sampai ke tempat letak kereta mereka, menjadikannya lebih praktikal dan efisien.
Ini juga bermakna setiap tingkat mempunyai “laluan pantas” tersendiri, jadi pembeli tidak perlu lagi berpusing satu per satu untuk sampai ke tempat letak kereta mereka.
Ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, tetapi juga menambah keselesaan pemanduan.

7. Memilih Pemaju yang Dipercayai
Selain itu, pemaju dipercayai mempunyai rekod prestasi cemerlang seperti diiktiraf dengan pelbagai anugerah, serta berjaya menyiapkan projek berkualiti tinggi tepat pada masanya adalah pilihan terbaik.
Contohnya, anugerah FIABSI Award Developer adalah dijamin oleh organisasi hartanah antarabangsa yang mengiktiraf kecemerlangan dalam pembangunan hartanah.
Anugerah ini diberikan kepada pemaju yang menunjukkan inovasi, kualiti pembinaan, dan keberkesanan dalam perancangan bandar.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan, lakukan penyelidikan menyeluruh dengan menyemak ulasan pemaju hartanah terdahulu untuk mengelakkan risiko projek terbengkalai.

8. Kepentingan Sijil GreenRE
GreenRE adalah pensijilan bangunan hijau di Malaysia yang menggalakkan pembangunan hartanah mampan dengan penggunaan tenaga dan air yang lebih cekap.
Pemaju yang memperoleh sijil GreenRE menunjukkan komitmen terhadap amalan mesra alam, seperti reka bentuk bangunan yang cekap tenaga, sistem pengudaraan semula jadi, serta penggunaan bahan binaan lestari.
Memilih hartanah dengan sijil GreenRE juga membantu mengurangkan bil utiliti untuk pemilik rumah.
Kesimpulan
Membeli rumah bukan sekadar soal memiliki hartanah, tetapi juga tentang perancangan kewangan, gaya hidup, dan kestabilan masa depan.
Dengan mempertimbangkan faktor seperti lokasi, harga, kemudahan, dan komitmen kewangan, anda dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan kesilapan yang merugikan.
Pastikan anda melakukan kajian menyeluruh dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat pembelian tanpa tekanan kewangan di kemudian hari.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah gaji sesuai untuk membeli rumah?
Secara amnya, harga rumah ikut gaji adalah sekitar 200 kali gaji bulanan anda. Namun, faktor lain seperti komitmen kewangan, kadar faedah pinjaman, dan kos sara hidup juga perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Berapa lamakah proses transaksi jual beli rumah?
Berdasarkan Sale Purchase Agreement (SPA), tempoh masa proses jual beli rumah adalah 90 hari.
Apakah proses permohonan Skim Rumah Pertamaku?
- Pilih hartanah sesuai mengikuti kelayakan kewangan
- Pilih bank yang menawarkan SRP
- Hantar permohonan pembiayaan
- Menunggu surat tawaran pembiayaan
- Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)
6. Membuat bayaran pemilikan rumah
Berminat untuk mendapatkan rumah pertama anda? Di IQI, kami akan membantu anda mencari rumah terbaik buat anda mengikut bajet yang anda ada.
Baca Selanjutnya: