Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sudah Keluarkan Zakat? Kenali Jenis-Jenis & Lokasi Pembayaran Zakat

Sempena bulan mulia Ramadhan yang menjelang tidak lama lagi, inilah masanya bagi semua umat Islam untuk kerapkan  amalan ibadah seperti mengeluarkan zakat dan amalkan perkara-perkara yang baik seperti bersedekah.

Salah satu cara kami dapat bersedekah adalah dengan secara sukarela kepada mana-mana sahaja golongan atau individu yang memerlukan.

Tidak dinafikan bahawa sedekah sebegini adalah sesuatu yang sangat dipuji dan patut diamalkan oleh setiap individu yang berkemampuan, tetapi ramai umat islam menganggap bahawa sedekah sebegini adalah sama seperti menunaikan zakat.

Tapi apakah sebenarnya zakat dan bukankah ia serupa dengan sedekah? Marilah kita bersama-sama mengupas nuansa tentang konsep zakat!

Apakah Itu Zakat?

Pengeluaran zakat merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang memenuhi syaratnya.

Hukum zakat juga dikira wajib kerana ia adalah salah satu ilmu Fardhu Ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang menemui syarat-syarat wajibnya.

Oleh sebab itu, ia mampu mengakibatkan dosa besar jika tidak mengeluarkannya (dengan beberapa pengecualian). Tetapi mengapakah ramai umat Islam di Malaysia masih kabur akan pengamalannya?

Menurut Lembaga Zakat Selangor,  zakat dari istilah Hukum Syarak (atau Hukum Allah) bermaksud pengagihan harta tertentu dengan kadar yang tertentu kepada golongan yang tertentu sambil mengikuti syarat-syarat yang tertentu.

Jika kita kaji semula definisi di atas, pengeluaran Zakat dihitung sebagai amalan yang wajib ditunaikan manakala sedekah hanya dihutung sebagai amalan sunat dari sudut Syarak.

Maka bukan nak kata bersedekah itu kurang penting dalam Islam mahupun dari sudut sivik, tetapi amalan sedekah dan Zakat harus diasingkan supaya kami dapat melaksanakan perintah Allah S.W.T. dengan sempurna tanpa sebarang keraguan yang mampu menjejas kemutlakan amalan kita.

Syarat-Syarat Zakat

A gavel being hit on a circular wooden block in a court of law and an image of a stack of Al-Quran or Islamic books is superimposed next to it.

Walaupun hukum zakat ialah wajib, pembayar zakat haruslah memenuhi syarat-syarat wajibnya dahulu, iaitu:

Islam – Pembayaran zakat hanya melibatkan pihak yang beragama Islam, maka ia tidak wajib untuk golongan bukan Islam.
Merdeka – Pembayaran zakat hanya diwajibkan kepada mana yang bebas dirinya daripada segala bentuk penindasan seperti perhambaan ataupun peperangan, maka golongan hamba atau yang ditindas, termasuklah juga banduan, tidak diwajibkan membayarnya.
Pemilikan Harta Sempurna – Harta yang dimiliki haruslah dikekalkan untuk diri sendiri tanpa pelibatan pihak lain, dengan niat untuk memilikinya dan bertujuan untuk memperoleh faedah daripadanya.
Nisab – Sesetengah harta yang dikerjakan sebgai zakat harus sama atau lebih nilainya berbanding dengan 85 gram emas; harta bersifat rikaz seperti tembaga atau batu-batu berharga menggunakan kadarnya yang tersendiri. Kadar tersebut adalah had minima yang ditetapkan Syarak bagi mewajibkan zakat.
Haul – Selepas tempoh setahun atau — secara Syaraknya — 354/355 hari sejak pemilikan harta, maka zakat wajib dibayar sebaik sahaja tempoh Haul tersebut tamat.

4 Jenis Zakat Utama

1. Zakat Fitrah 

Zakat Fitrah merupakan satu-satunya zakat yang wajib dibayar oleh setiap individu termasuk juga kanak-kanak. Jumlah zakat Fitrah di Malaysia ditetapkan oleh Lembaga Zakat di setiap negeri dan biasanya dihitung berdasarkan harga beras lokal.

Waktu pembayarannya juga berbeza kerana ia wajib dibayar sebaik sahaja matahari mula terbenam pada hari terakhir Ramadan. Jika zakat dikeluarkan selepas waktu ini tetapi sebelum solat Aidilfitri, maka hukumnya adalah sunat manakala pembayaran luar dari tempoh-tempoh tersebut mengakibatkan dosa besar.

2. Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan dikenakan ke setiap sumber pendapatan yang menyumbang serta menampung hidup seseorang individu dari segi kewangan.

3. Zakat Emas & Perak

Zakat emas dan perak dihitung berdasarkan berat emas dan perak yang dimiliki pada saat haul (hari ke-354/355). Jumlah zakat yang harus dikeluarkan adalah 2,5% jika berat emas sama atau melebihi nisabnya yakni 85 gram untuk emas dan 595 gram untuk Perak.

4. Zakat Perniagaan

Zakat Perniagaan adalah zakat yang dikeluarkan dari keuntungan yang diperolehi daripada usaha perniagaan, tidak kira sama ada transaksi atau perkongsian berlaku antara pihak Islam atau bukan Islam, serta merangkumi setiap jenis entiti perniagaan.

Di Manakah Saya Boleh Membayar Zakat?

Kesemua jenis zakat kecuali zakat fitrah boleh dibayari di pusat kutipan zakat yang berada di setiap negeri.

Ia digalakkan bahawa anda seharusnya membayar zakat di negeri anda sedang bekerja dan bukan negeri asal anda.

Inilah senarai pusat kutipan zakat mengikut negeri:

 Wilayah Persekutuan Kuala LumpurPPZ-MAIWP Taman Shamelin Perkasa (Ibu Pejabat)

Wisma PPZ 68-1-6
Dataran Shamelin, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-5757

PPZ-MAIWP Presint 9 Putrajaya

13-7, Jalan P9 B/1,
Presint 9, 62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 1-300-88-5757
 
 
Time Square, 87000 Labuan,
Labuan Federal Territory
Tel: 087-413 699
SelangorLembaga Zakat Selangor (MAIS) – Shah Alam

Ibu Pejabat Zakat Selangor, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel: 1-300-88-4343

JohorMajlis Agama Islam Negeri Johor

Aras 5 Blok ‘B’ Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80000 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-228 2999

MelakaPusat Zakat Melaka

JC 1137, Jalan Bestari 1,
Bandar Jasin Bestari,
77200 Melaka
Tel: 06-5294635

Negeri SembilanPusat Zakat Negeri Sembilan – MAINS

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

Kedah Lembaga Zakat Negeri Kedah

Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200, Alor Setar,
Kedah
Tel    : 04-733 1740 | Faks : 04-731 6280

Kelantan
 
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan, Kompleks Balai Islam,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 09-748 1512
Pulau PinangZakat Pulau Pinang

No. 4, Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
Tel: 04-549 8088 | Faks: 04-530 6466

TerengganuMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu

Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-630 3030

Pahang Pusat Kutipan Zakat Pahang

No. 111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP,
Jalan Mahkota,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5131515

Perak
 
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
Tel: 05 208 4000 | Faks: 05 241 4257
PerlisMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

A2, Jalan Tuanku Syed Putra,
Taman Pengkalan Asam,
01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-979 4439

SabahPusat Zakat Sabah

Tingkat 1, Blok A & B,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-279 206

SarawakTabung Baitulmal Sarawak

Lot 3293, Blok 217, North Land District,
Jalan Batu Kawa,
93250 Kuching, Sarawak
Tel: 082-682 861

Di Manakah Saya Boleh Bayar Zakat Fitrah?

Oleh kerana sikap pembayaran zakat fitrah yang terhad kepada tempoh yang khususnya dilaksanakan pada hari terakhir Ramadhan, ia tidak boleh dibayar sewenang-wenangnya seperti zakat jenis lain.

Secara fizikal, anda secara lazimnya dapat membayar zakat fitrah di masjid yang berdekatan pada waktu wajib dengan menyerahkan zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri anda.

Sebaliknya, Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia telah pun mengenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara online. Linklink ke portal pembayaran zakat fitrah adalah seperti yang berikut:

 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
SelangorEzakatpay
JohorMAIJ
MelakaPay2 Zakat Melaka
Negeri SembilanZakat NS
Pulau PinangZakat Penang
KedahZakat Kedah
Kelantan
TerengganuMAIDAM
Pahang eZakat MUIP
PerakeZakat MAIAMP
PerlisMAIPS
SabahMUIS
SarawakBaitulmal Sarawak

Zakat dapat memupuk rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas segala yang diberinya kepada hidup kami, terutamanya harta duniawi yang diperolehi sebagai hasil kerjaya kami — segalanya dengan izin Allah SWT.

Untuk setiap keraihan rezeki untungan dan detik-detik kejayaan dalam pangkuan kemewahan, anda mampu menyumbang kemewahan demi ketabahan keagamaan serta keakhlakan.

Jadi sertailah keluarga ejen hartanah di IQI Global dan mulakan gaya hidup yang menjemput kekayaan, kerana kekayaan anda akan membawa kemakmuran seumat Islam dalam bentuk penyumbangan zakat yang lebih tinggi!


IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯