Ramai pemilik rumah sebenarnya sedang duduk atas ekuiti rumah mereka sendiri, aset yang mereka tak sedar boleh digunakan semula.
Sejak OPR kekal 2.75% sepanjang 2026, kadar pinjaman rumah pun stabil. Bagi pelabur, ini peluang untuk keluarkan ekuiti dan biayai hartanah seterusnya tanpa tunggu simpanan tunai terkumpul.
Tapi adakah ia masih berbaloi? Artikel ini akan menerangkan kos sebenar, risiko, dan bila masa paling sesuai untuk buat keputusan.
Intipati Utama:
- Refinance rumah membolehkan anda menggantikan pinjaman sedia ada dengan pakej pembiayaan yang lebih sesuai.
- Antara kelebihan refinance ialah mengurangkan ansuran bulanan, mengeluarkan tunai daripada nilai rumah (cash-out refinance) dan menyusun semula komitmen kewangan.
- Sebelum membuat refinance, semak kelayakan, laporan CCRIS, tempoh lock-in dan kos yang terlibat.
- Gunakan analisis pulang modal (break-even analysis) untuk menentukan sama ada refinance benar-benar berbaloi.
- Perubahan OPR boleh mempengaruhi kadar pembiayaan pinjaman berkadar terapung, namun keputusan untuk refinance perlu mengambil kira keseluruhan kos dan matlamat kewangan anda.
Sebelum Refinance Rumah, Baca Ini Dahulu
- 1. Masih Berbaloi Refinance Tahun 2026?
- 2. Apa itu Refinance Rumah?
- 3. Adakah Refinance Rumah Menjadi Pilihan Orang Ramai?
- 4. Apakah Kelebihan Refinance Rumah?
- 5. Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Keputusan?
- 6. Cara Pengiraan Refinance Rumah
- 7. Adakah OPR Mempengaruhi Refinance Rumah?
- 8. Refinance Atau Repricing: Mana Lebih Berbaloi?
- 9. Pandangan Pakar
- Kesimpulan
- Soalan Lazim (FAQ)
1. Masih Berbaloi Refinance Tahun 2026?
Ya, refinance masih berbaloi pada 2026, tetapi bukan atas sebab yang sama seperti dua tiga tahun lalu. Dengan OPR dan kadar asas semua bank sudah stabil pada 2.75% sejak pertengahan 2025, penjimatan daripada tukar kadar semata-mata semakin kecil.
Nilai sebenar refinance sekarang datang daripada cash-out, iaitu membuka ekuiti rumah untuk deposit hartanah kedua, penyelesaian hutang mahal, atau pelaburan lain yang produktif.
2. Apa itu Refinance Rumah?

Pembiayaan semula rumah atau lebih dikenali dengan refinance rumah ialah proses yang membolehkan anda menukar pinjaman perumahan sedia ada dengan ciri baharu dan lebih baik seperti kadar faedah yang lebih rendah dan bayaran bulanan.
Dengan pinjaman baharu, anda boleh membayar pinjaman lama sambil mula membayar jumlah yang lebih rendah kepada pembiayaan baharu.
3. Adakah Refinance Rumah Menjadi Pilihan Orang Ramai?
Ramai pemilik rumah memilih untuk melakukan refinance bagi mendapatkan pakej pembiayaan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa.
Antara sebab utama ialah untuk mengurangkan ansuran bulanan, mendapatkan kadar pembiayaan yang lebih kompetitif, memendekkan atau memanjangkan tempoh pinjaman, serta mengeluarkan sebahagian ekuiti rumah melalui cash-out refinance.
Selain itu, ada juga pemilik rumah yang memilih untuk menukar jenis pembiayaan, seperti daripada pinjaman konvensional kepada pembiayaan Islamik, bergantung pada keperluan dan tawaran yang disediakan oleh pihak bank.
4. Apakah Kelebihan Refinance Rumah?
Refinance rumah mempunyai banyak kelebihan, termasuklah:
a. Kadar faedah lebih rendah
Jika kadar pasaran semasa lebih rendah daripada pinjaman anda, refinance boleh mengurangkan ansuran bulanan. Malah, perbezaan kadar sekecil 0.25% berpotensi menjimatkan puluhan ribu ringgit sepanjang tempoh pinjaman 30 tahun.
b. Cash-out untuk pelaburan
Ini merujuk kepada proses mengeluarkan sebahagian daripada nilai rumah yang telah meningkat melalui cash-out refinance. Bank akan menggunakan pinjaman baharu untuk menyelesaikan baki pinjaman lama terlebih dahulu, manakala lebihan yang diluluskan boleh diterima sebagai tunai.
Ia boleh bermanfaat jika dana tersebut digunakan untuk tujuan yang penting seperti pengubahsuaian rumah, pendidikan, modal perniagaan atau penyatuan hutang.
Namun, jumlah tunai yang diterima tetap bergantung pada nilai semasa rumah, baki pinjaman, kelayakan kewangan dan jumlah pembiayaan baharu yang diluluskan oleh bank.
c. Tempoh pinjaman dipendekkan
Sesetengah peminjam dapat mengurangkan tempoh pinjaman mereka dengan membiayai semula.
Contohnya, jika anda sudah membayar pinjaman rumah selama beberapa tahun dan mendapat kadar faedah yang lebih rendah melalui refinance, anda mungkin boleh:
i. Menjimatkan jumlah faedah keseluruhan kerana pinjaman dapat diselesaikan lebih awal.
ii. Memendekkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun kepada 20 tahun tanpa peningkatan besar pada bayaran bulanan.
d. Tukar jenis pinjaman
Melalui refinance, anda boleh menukar kepada pakej pembiayaan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa, seperti mendapatkan kadar yang lebih kompetitif, memilih kemudahan flexi atau beralih daripada pinjaman konvensional kepada pembiayaan Islamik.
Setiap pakej mempunyai kadar, ciri dan risiko yang berbeza. Oleh itu, bandingkan jumlah ansuran, tempoh pinjaman dan kos keseluruhan sebelum membuat keputusan.
e. Dana untuk pembaikan dan penyelenggaraan rumah
Ekuiti rumah dibina melalui pembayaran gadai janji, peningkatan dalam nilai rumah atau gabungan kedua-duanya. Sebagai peminjam, anda boleh melakukan pembiayaan semula keluar tunai untuk mengakses ekuiti yang telah anda bina.
Wang ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, contohnya seperti membiayai pembaikan dan penyelenggaraan rumah, membayar hutang faedah yang tinggi atau membayar perbelanjaan besar seperti bil perubatan, perbelanjaan guaman dan tuisyen kolej.
5. Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Keputusan?

a. Masa Yang Sesuai Untuk Refinance
Refinance biasanya berbaloi apabila:
- Perbezaan kadar faedah 0.5% atau lebih berbanding pinjaman semasa anda
- Tempoh lock-in telah tamat
- Anda boleh pulang modal dalam tempoh 36 bulan
- Anda merancang kekal dengan hartanah tersebut sekurang-kurangnya 5 tahun lagi
b. Tempoh Refinance Rumah
Refinance Rumah biasanya mengambil masa 30 hingga 45 hari untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat memberitahu anda dengan tepat berapa lama masa yang diambil.
Penilaian, pemeriksaan dan perkhidmatan lain yang dilakukan oleh pihak ketiga boleh melambatkan proses. Pembiayaan semula gadai janji anda mungkin lebih lama atau lebih pendek, bergantung pada saiz harta anda dan betapa rumitnya kewangan anda.
Perlu diingatkan bahawa pembiayaan semula mungkin menjejaskan skor kredit anda. Anda mungkin mempunyai 14 hingga 45 hari untuk memohon pembiayaan semula sebelum pertanyaan keras muncul pada laporan kredit anda.
Nombor ini bergantung pada formula biro kredit. Sebaiknya, buat permohonan dalam tempoh sebulan untuk mendapatkan kadar lebih baik dan mengurangkan kesan pada skor kredit.
c. Syarat-Syarat bagi Refinance Rumah?

Bank akan menilai Debt Service Ratio (DSR), skor kredit, dan kestabilan pendapatan anda sebelum meluluskan permohonan. Dokumen yang lazim diperlukan:
- MyKad
- Slip gaji 3–6 bulan
- Penyata bank
- Penyata KWSP
- Borang EA/B untuk cukai
d. Semakan Rekod CCRI
Sebelum memohon, semak laporan CCRIS dan CTOS anda. Rekod pembayaran yang tidak konsisten boleh menyebabkan permohonan ditolak atau kelulusan margin pembiayaan lebih rendah, walaupun DSR anda rendah.
e. Tempoh Lock-In
Kebanyakan pinjaman ada tempoh lock-in 2–5 tahun. Keluar sebelum tamat tempoh ini boleh dikenakan penalti 2%–5% daripada baki pinjaman, menurut RinggitPlus. Semak surat tawaran (Letter of Offer) anda untuk tarikh tamat lock-in yang tepat.
f. Kos Untuk Refinance
| Item | Anggaran Kos |
|---|---|
| Yuran Guaman | 1.0%–1.25% (pinjaman pertama RM500k) |
| Yuran Penilaian | RM300–RM1,500 |
| Duti Setem Perjanjian Pinjaman | 0.5% daripada pinjaman |
| Yuran Pelepasan Cagaran Lama | RM200–RM2,500 |
| Jumlah Anggaran | ~2%-3% daripada pinjaman |
Refinancing hanya berbaloi bila penjimatan faedah jelas mengatasi kos permulaan, dan pemilik rumah bercadang kekal dengan hartanah tersebut melepasi titik pulang modal itu.
– iHome.my, 2026g. Bandingkan Pakej Bank
g. Bandingkan Pakej Bank
Bandingkan pakej antara bank sebelum komited. Kadar efektif berbeza mengikut bank dan profil peminjam. Sesetengah bank menawarkan pakej “Zero Moving Cost” yang menanggung yuran guaman dan penilaian sebagai ganti kadar sedikit lebih tinggi.
Antara beberapa pilihan pakej refinance yang boleh dipertimbangkan:
| Bank | Kadar Efektif | Ciri Utama |
|---|---|---|
| CIMB | 3.95% | Pakej Zero Moving Cost |
| Standar Chartered | 3.88% | Kadar promosi, tiada tempoh lock-in |
| RHB | 4.10% | My1 Full Flexi Home Loan |
| Public Bank | 4.15% | 5HOME Plan |
| Hong Leong Bank | 4.20% | Hong Leong Refinancing Property Loan |
| Maybank | 4.30% | Maxi Home |
Sumber:Calculator Malaysia dan RinggitPlus.
6. Cara Pengiraan Refinance Rumah
Formula asasnya mudah:
| Tempoh Pulang Modal (bulan) = Jumlah Kos Refinance ÷ Penjimatan Bulanan |
Sebagai contoh:
Baki pinjaman: RM450,000
Penjimatan bulanan hasil refinance: RM350
Kos refinance: RM8,750
Pengiraan: RM8,750 ÷ RM350 = 25 bulan (tempoh pulang modal).
Jika anda mahu menjual rumah sebelum tempoh pulang modal, refinance mungkin tidak berbaloi. Untuk cash-out refinancing, bandingkan kadar pinjaman rumah dengan pinjaman peribadi atau kad kredit.
Nak kira berdasarkan angka pinjaman anda sendiri? Guna Kalkulator IQI di bawah untuk anggaran pantas.
7. Adakah OPR Mempengaruhi Refinance Rumah?
Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate tetapi lebih dikenali sebagai OPR merupakan kadar faedah yang telah ditetapkan oleh Bank negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Ya, secara langsung. Kadar pinjaman rumah di Malaysia berdasarkan Kadar Asas Piawai (SBR) yang terikat terus kepada OPR yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Bila OPR turun, SBR semua bank turun serentak, bila OPR naik, kadar pinjaman turut naik.
BNM menurunkan OPR daripada 3.00% kepada 2.75% pada Julai 2025, dan kadar ini kekal tidak berubah sepanjang 2026. Kerana SBR sama di semua bank, satu-satunya beza yang tinggal antara pakej refinance ialah spread (margin) yang dikenakan oleh bank tersebut, bukan lagi OPR itu sendiri.
Ini bermakna peminjam yang mengambil pinjaman semasa kadar lebih tinggi antara 2022–2024 masih ada ruang untuk refinance, tetapi mereka yang sudah refinance sejak OPR turun ke 2.75% tidak akan nampak penjimatan tambahan yang ketara daripada kadar sahaja.

Bagi pinjaman rumah tipikal bernilai RM450,000 selama 30 tahun, perubahan kadar OPR sebanyak 25 mata asas boleh menjejaskan bayaran balik bulanan sekitar RM60 hingga RM70 sahaja.
– Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI
Ini turut disokong oleh kajian Juwai IQI sendiri yang mendapati pasaran pinjaman perumahan Malaysia diiktiraf sebagai paling mesra peminjam antara enam negara utama Asia Pasifik, mengatasi Indonesia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.
Malah, pembeli rumah di Malaysia dilaporkan membayar kurang daripada separuh kos pinjaman perumahan berbanding pembeli di Indonesia, hasil daripada sistem kewangan dan persekitaran kawal selia negara yang lebih kukuh.
8. Refinance Atau Repricing: Mana Lebih Berbaloi?
Ramai pemilik rumah terus lompat ke refinance sebaik nampak kadar lebih rendah di bank lain, tanpa sedar ada pilihan lebih murah dan pantas iaitu repricing dengan bank sedia ada. Jadual di bawah bantu anda kenal pasti pilihan mana yang sesuai dengan situasi anda.
Refinance VS Repricing
| Refinance | Reprising | |
|---|---|---|
| Definisi | Pindah pinjaman ke bank lain | Rundingan kadar lebih baik dengan banl sama |
| Kos | Lebih tinggi (guaman, duti setem) | Leboh rendah (yuran admin ~RM200) |
| Tempoh Proses | 2-3 bulan | 2-4 minggu |
| Sesuai Untuk | Beza kadar lebih 0.5% | Beza kadar kurang 0.5% |
Sumber: Calculator Malaysia
Tips: cuba repricing dahulu sebab kosnya jauh lebih rendah. Refinance hanya berbaloi bila beza kadar cukup besar untuk menampung kos guaman dan duti setem yang lebih tinggi, atau apabila tujuan anda adalah cash-out yang tidak ditawarkan melalui repricing.
9. Pandangan Pakar
Menurut Laporan Pasaran Kediaman Sekunder Suku Pertama 2026 oleh Juwai IQI, harga purata rumah subjual di Malaysia meningkat 4.8% kepada RM545,059. Kuala Lumpur mencatat kenaikan lebih tinggi sebanyak 15% kepada RM1.02 juta.
Kenaikan harga sebegini bermakna lebih banyak ekuiti tersedia untuk dikeluarkan melalui refinance, terutamanya bagi pemilik rumah di kawasan matang seperti Selangor yang kekal stabil pada RM559,935.

Johor kini menawarkan gabungan terbaik antara pulangan sewa dan pertumbuhan harga, menjadikannya pilihan pelaburan utama pada 2026.
– Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI
Ini menjelaskan kenapa ramai pelabur pilih guna ekuiti refinance untuk masuk pasaran di kawasan sebegini, berbanding sekadar tunggu simpanan tunai terkumpul.
Kesilapan paling kerap: keluarkan seluruh ekuiti sebagai deposit tanpa simpan baki tunai. Amalan terbaik ialah kekalkan sekurang-kurangnya 3 bulan ansuran sebagai penampan untuk kos awal dan tempoh kosong sebelum penyewa pertama masuk.
Kesimpulan
Refinance rumah boleh menjadi pilihan yang bijak jika ia membantu mengurangkan ansuran, menjimatkan faedah atau mengakses ekuiti untuk tujuan yang bermanfaat. Namun, anda perlu mengambil kira kadar baharu, tempoh pulang modal dan kedudukan kewangan semasa.
Setiap peminjam mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, bandingkan pakej bank dengan teliti dan dapatkan pandangan profesional sebelum membuat keputusan agar refinance benar-benar menyokong matlamat kewangan jangka panjang anda.
Kami mempunyai profesional perunding hartanah yang sedia membantu. Sila isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!
Soalan Lazim (FAQ)
Refinance rumah ialah proses menggantikan pinjaman perumahan sedia ada dengan pinjaman baharu yang lebih sesuai mengikut keperluan kewangan anda.
Anda boleh mempertimbangkan refinance apabila kadar pembiayaan lebih kompetitif, nilai rumah meningkat atau anda ingin mengurangkan ansuran bulanan.
Proses refinance biasanya mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung pada kelulusan bank dan penyediaan dokumen.
Antara kos yang terlibat ialah yuran guaman, yuran penilaian hartanah, duti setem dan kos pentadbiran, bergantung pada pakej bank yang dipilih.
Ia bergantung kepada kadar pembiayaan baharu, baki pinjaman dan tempoh pinjaman yang dipilih. Dalam sesetengah keadaan, refinance boleh membantu mengurangkan ansuran bulanan.
Baca Selanjutnya:
