Versi: EN
Hampir enam hari seminggu tidur di dalam kereta dan hanya menggunakan tandas awam untuk membersihkan diri?! Semuanya demi setin susu anaknya…
Ini adalah kisah benar dari seorang ejen hartanah yang berjaya memperoleh pendapatan lima hingga enam angka!
Artikel ini menceritakan bagaimana ejen hartanah IQI iaitu AG Sasidar, berjaya mengubah nasibnya dari seorang pemandu Grab menjadi ejen hartanah yang cemerlang!
Dari Pemandu Grab ke Ejen Hartanah: Kisah Sasidar
AG Sasidar, berusia 33 tahun dan merupakan seorang bapa kepada 2 orang cahaya mata yang comel, telah membuktikan bahawa perubahan ini tidak mustahil.
Perjalanannya dalam mengubah alur hidupnya ini sudah semestinya bukan satu jalan yang mudah. Pelbagai jenis rintangan yang telah dia harungi untuk sampai ke tahap ini.
Keruntuhan Perniagaan Rangkaian
Sasidar menghabiskan hampir 9 tahun dalam perniagaan rangkaian, memperoleh RM40,000 hingga RM50,000 sebulan. Namun, dalam semalaman syarikat itu lingkup! —meninggalkannya tanpa sesen pun pendapatan.
Berazam untuk bangkit semula bagi menyara keluarga dan anak kedua yang baru lahir, walaupun kurang pasti bagaimana caranya.
Akhirnya, Sasidar mengambil keputusan untuk menjadi pemandu Grab.
Sasidar bermula sebagai pemandu Grab di Seremban, namun ianya tidak menguntungkan. Bagi menambah pendapatan, dia berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, bertolak seawal 4 pagi Isnin dan pulang lewat malam Sabtu, setiap hari.
Dia menghabiskan hampir enam hari seminggu tidur di dalam keretanya dan menggunakan tandas awam untuk mandi.
Tetapi ianya tidak bertahan lama..
Peluang Kedua yang Mengubah Segalanya
Selepas enam bulan, dia menyedari bahawa membawa Grab bukanlah minatnya. Suara hati mendorongnya untuk mengikuti hasrat sebenar dan membuat perubahan demi keluarganya.
Dengan penuh tekad, dia memutuskan untuk berhenti dari Grab dan memulakan kerjaya dalam bidang hartanah.
Berazam untuk mengubah hidupnya buat kali kedua, dia menyertai IQI sebagai ejen hartanah, dengan seluruh kepercayaan bahawa ini adalah yang terbaik untuk haluan baharunya.
Maka tercatatlah genap lima tahun Sasidar bersama IQI sebagai ejen hartanah. Apabila ditanya bagaimana dia mengetahui tentang IQI, dia menjelaskan:
Dua hari suntuk saya buat carian di internet, pelbagai perbandingan dan penilaian dengan teliti yang telah saya buat sampailah saya yakin bahawa IQI adalah syarikat yang terbaik untuk saya..
AG Sasidar
Dengan rasa teruja Sasidar menanti dengan penuh debaran. Dua hari kemudian, dia menerima panggilan yang menggembirakan dari Lennard Koay iaitu ketua pasukan IQI.
Lennard menjelaskan segala-galanya tentang IQI tanpa dia tahu yang Sasidar telah membuat keputusan untuk menyertai IQI, membuka lembaran baru dalam kerjayanya!
Permulaan Era Kejayaan Besar Bagi Sasidar di IQI
Pada mulanya, Sasidar menghadapi kesukaran dalam menggunakan kaedah tradisional seperti membuat panggilan dan WhatsApp blasts.
Walaupun telah berusaha gigih, dia tidak dapat menjana pendapatan yang memadai.
Setiap hari, Sasidar memulakan perjalanannya dari Seremban seawal jam 5 pagi dan tiba di Empire City pada jam 6:30 pagi dengan motosikal Honda EX5-nya dan sering juga bekerja hingga lewat malam.
Selain itu, selepas setahun, dia menyedari sesuatu tentang masyarakat India. Dia berkata,
Saya ingin membantu komuniti India saya yang kurang pengetahuan dan menghadapi kesukaran dalam membeli hartanah. Jadi, saya memutuskan untuk membuat video untuk membimbing mereka melalui proses pembelian, apa yang perlu diperhatikan dan perkara penting yang mereka perlu tahu.
AG Sasidar
Walaupun tidak memperoleh sebarang pendapatan dari hartanah selama setahun setengah, pendekatan pendidikannya akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya membina kepercayaan dalam komuniti.
Enam bulan kemudian, dia mula melihat hasil kewangan dari usahanya!
Bagaimana IQI Memberi Sinar Harapan kepada Sasidar
Sebelum menyertai IQI sebagai ejen hartanah, Sasidar tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hartanah. Setelah menyertai IQI, pengasas IQI seperti Kashif Ansari dan Daniel Ho banyak mengajarnya dan menggalakkannya untuk mendidik orang lain.
Untuk memberi tunjuk ajar yang berkesan, dia sedar bahawa dia perlu memahami ilmu hartanah terlebih dahulu.
@agsasidar
Dia mendedikasikan dirinya untuk membaca artikel, mengkaji pelbagai topik dan berkongsi apa yang dipelajarinya dengan pengikut di media sosialnya.
Sasidar kekal bersama IQI kerana syarikat ini mendorongnya keluar dari zon selesa. Fokus IQI pada teknologi dan galakan berterusan untuk berkembang membuatnya kekal bermotivasi dan komited.
Inspirasi utamanya dalam industri ini ialah ketua pasukannya sendiri, Lennard Koay dan Aaron Siow, pengasas pasukan Elite.
Perjalanan Sasidar menuju pendapatan enam angka bermula dengan 18 bulan yang sukar tanpa pendapatan. Kejayaan pertamanya datang dengan pendapatan RM10,000, memberi inspirasi kepadanya untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Dia terus menetapkan sasaran yang lebih besar: RM30,000, RM50,000, RM70,000, dan seterusnya. Mencapai setiap pencapaian memerlukan perubahan mindset dan usaha yang berterusan.
Meletakkan fokus pada satu matlamat pada satu masa dan meraikan setiap kejayaan, Sasidar secara beransur-ansur meningkatkan pendapatannya. Kini, dia sedang membina aliran pendapatan pasif untuk mencapai kestabilan kewangan.
Yang paling menarik, dia berjaya memenangi insentif kereta dari IQI, yang merealisasikan impiannya untuk memiliki kereta mewah!
Pengorbanan Besar Demi Masa Depan dan Kesenangan Keluarga
Cabaran lain baginya ialah dalam menyeimbangkan kerja dan kehidupan. Untuk tahun pertama, dia tidak mempunyai pendapatan sehingga menyukarkannya untuk menyara keluarga.
Dia menumpukan perhatian kepada kerja dan memberitahu isteri dan anak-anaknya bahawa pengorbanannya adalah untuk masa depan mereka. Dia komited untuk bekerja keras selama enam bulan lagi, dan kesabarannya membuahkan hasil!
Kini, Sasidar bekerja dari jam 7 pagi hingga 4 petang, bersenam dan meluangkan masa dengan anak-anaknya. Dia juga memperuntukkan satu atau dua hari seminggu sepenuhnya untuk keluarga, sering membawa mereka bercuti.
Walaupun ia memerlukan pengorbanan yang besar, Sasidar kini menikmati fleksibiliti kerjanya dan berjaya menyeimbangkan kehidupan kerja dan keluarga dengan berkesan.
Saya terhutang budi kepada isteri saya. Sepanjang setahun setengah yang sukar tanpa pendapatan, dia menyokong kami dengan menjual rumah dan barangan kami. Dia tetap mempercayai saya, walaupun pada saat saya meragui diri sendiri. Sokongannya yang tidak pernah goyah sangat penting dalam perjalanan dan kejayaan saya.
AG Sasidar
Menyoroti keazaman dan ketahanan Sasidar dalam mengejar impian walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai, membuktikan bahawa dengan tekad yang kuat, apa sahaja impian boleh dicapai!
Terinspirasi dengan perjalanan Sasidar? Anda juga boleh merealisasikan impian anda! Ambil langkah pertama anda bersama IQI sekarang dan lihat sejauh mana anda melangkah untuk meraih pendapatan besar!
Baca Selanjutnya:
1. Bawa Pulang Jam Jenama Mewah, Rolex? Kisah Kejayaan Perunding Hartanah IQI ini Boleh Menjadi Inspirasi Kejayaan Anda!
3. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!