Bila ditanya soal pasangan idaman, ramai yang akan mula membayangkan tentang pasangan ideal mereka seperti berkulit putih, tinggi, berjambang dan banyak lagi~
Tapi.. harini kita taknak cakap pasal tu! Macam mana kalau kita sentuh dari segi kewangan pula? Mungkin tentang perbincangan kewangan bersama pasangan sebelum berkahwin ke?
Ok, jom baca!
Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu!
Sebelum tu, penting ke perbincangan kewangan sebelum berkahwin ni?
Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2023
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mendedahkan kadar perceraian terkini di Malaysia bagi tahun 2023. Dan keputusan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara:
Statistik Penceraian
Tahun | Jumlah Bilangan |
2022 | 62,890 |
2021 | 43,936 |
Kes penceraian berlaku peningkatan sebanyak ↑ 43.1%.
Statistik Perkahwinan
Tahun | Jumlah Bilangan |
2022 | 214,824 |
2021 | 215,973 |
Manakala, statistik pekahwinan pula berlaku penurunan sebanyak ↓ 0.5%.
Dari sini dapat kita rumuskan bahawa bilangan orang yang berkahwin berkurang pada tahun 2022, manakala bilangan pasangan yang bercerai meningkat.
Hmm apa puncanya eh?
Punca Dari Kebanyakan Kes Penceraian?
Dari segi punca pula terbahagi kepada 2, iaitu dari pandangan lelaki dan juga wanita. Di bawah adalah punca cerai bagi lelaki:
1. Ketidakfahaman: 56.2% daripada lelaki yang bercerai menyatakan bahawa ketidakfahaman daripada pasangan adalah punca utama. Ini menunjukkan pentingnya komunikasi dan pemahaman antara suami isteri.
2. Pengkhianatan: 11.8% daripada lelaki yang bercerai menyatakan pengkhianatan sebagai punca. Pengkhianatan dalam perkahwinan boleh merosakkan kepercayaan dan hubungan.
3. Gangguan dari Mertua: 10% daripada lelaki yang bercerai menghadapi gangguan daripada mertua. Hubungan dengan keluarga besar juga memainkan peranan penting dalam kestabilan perkahwinan.
Bagi wanita pula, punca cerai adalah seperti berikut:
1. Ketidakfahaman: 38% wanita menyatakan ketidakfahaman sebagai punca utama. Komunikasi yang baik adalah kunci untuk mengatasi masalah ini.
2. Pengkhianatan: 20.5% wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan. Kepercayaan adalah asas hubungan yang kukuh.
3. Ketidakbertanggungjawaban: 15.2% wanita menyatakan ketidakbertanggungjawaban sebagai punca. Tanggungjawab bersama dalam perkahwinan adalah penting.
Selain itu, terdapat punca lain seperti gangguan daripada mertua, penolakan untuk berkahwin dua/bermadu, masalah kewangan, dan sebagainya.
Kebanyakan pasangan yang menghadapi konflik ini adalah pasangan muda yang berkahwin antara lima hingga sepuluh tahun.
Adakah Kewangan Antara Punca Penceraian?
Menurut kajian, 20-40% daripada semua perceraian disebabkan masalah kewangan. Ini bermakna bahawa daripada setiap 10 perkahwinan yang berakhir dengan perceraian, 4 daripadanya adalah disebabkan oleh faktor kewangan.
Masalah kewangan dalam perkahwinan boleh mencakupi pelbagai isu, termasuk ketidaksefahaman mengenai pengurusan kewangan, hutang, perbelanjaan berlebihan, dan kekurangan komunikasi mengenai matlamat kewangan bersama.
Oleh itu, untuk menjawab kembali soalan di atas tadi “penting ke perbincangan kewangan sebelum berkahwin ni?”— Ya, penting!
Antara Perbincangan Kewangan yang Perlu Dilakukan Bersama Pasangan
1. Bajet Bersama
Bincangkan tentang bagaimana menguruskan pendapatan bersama dan perbelanjaan.
Ini termasuklah penyusunan bajet bulanan, pembahagian bil, dan perancangan untuk perbelanjaan besar.
2. Simpanan dan Pelaburan
Rancang bagaimana untuk menyimpan atau melabur untuk masa depan, termasuklah simpanan kecemasan, pendidikan anak-anak, persaraan, atau pelaburan hartanah.
3. Hutang
Uruskan hutang sedia ada, seperti pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, atau kad kredit.
Bincangkan strategi untuk melunaskan hutang dan mengelakkan hutang baru.
4. Matlamat Kewangan Jangka Panjang
Tetapkan matlamat bersama seperti membeli rumah, melancong, atau bersara awal.
Ini termasuklah perbincangan tentang keperluan dan keinginan, serta cara-cara untuk mencapai matlamat tersebut.
5. Pengurusan Akaun Bank
Putuskan sama ada mempunyai akaun bersama atau kekal dengan akaun berasingan, serta mengatur cara akses kepada dana dalam situasi kecemasan.
6. Komitmen atau Tanggungan
Penting untuk membincangkan dan memahami segala komitmen serta tanggungan yang sedang dihadapi.
Termasuk tanggungan keluarga dan kewajipan-kewajipan lain yang mungkin mempengaruhi kehidupan bersama anda.
7. Warisan dan Perancangan Harta
Perbincangan tentang cara mengatur harta jika salah satu daripada pasangan meninggal dunia atau jika berlaku perceraian, termasuk wasiat dan amanah.
8. Perbezaan dalam Tabiat Perbelanjaan
Memahami dan menghormati perbezaan dalam gaya perbelanjaan antara satu sama lain, dan bekerja untuk mencari titik tengah yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.
Jadi, Apakah Antara Solusi Kewangan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan?
1. Komunikasi Terbuka
Berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai kewangan, merangkumi matlamat pelaburan bersama, pengurusan perbelanjaan, dan tanggungan hutang.
Pastikan pasangan memahami keperluan dan kehendak masing-masing.
2. Bajet Keluarga
Buat bajet keluarga yang mengandungi semua perbelanjaan bulanan dan pendapatan.
Ini adalah kunci untuk mengatur perbelanjaan secara efektif dan memastikan kecukupan dana bagi keperluan harian serta pencapaian matlamat finansial jangka panjang anda.
3. Simpanan Bersama
Buka akaun simpanan bersama untuk tujuan tertentu, seperti membeli rumah atau melancong.
Simpanan bersama memudahkan pengurusan kewangan dan memastikan komitmen bersama.
4. Pelaburan
Pelaburan yang bijak boleh membantu meningkatkan kewangan seperti saham, unit amanah, atau hartanah boleh memberikan pulangan yang baik.
Pastikan anda memahami risiko dan memilih pelaburan yang sesuai dengan profil risiko anda.
5. Perlindungan Insurans
Dapatkan perlindungan insurans kesihatan dan hayat. Insurans membantu melindungi diri dan keluarga daripada risiko kewangan akibat penyakit atau kematian.
6. Kurangkan Hutang
Jika ada hutang, cuba selesaikan dengan berdisiplin. Elakkan daripada menambah hutang baru jika tidak perlu.
Setiap perkahwinan memiliki keunikannya tersendiri, dan pendekatan kewangan yang sesuai mungkin berbeza bagi setiap pasangan.
Apa yang penting ialah komitmen untuk bekerjasama dan saling memahami adalah kunci untuk keharmonian kewangan dalam perkahwinan.
Ingin meraih keuntungan besar? Mulakan perjalanan anda dalam industri hartanah hari ini dan ketahui rahsia menjadi pelabur hartanah yang berjaya dengan bantuan dari pakar kami.
Baca Selanjutnya:
1. Lihat Bagaimana 4 Individu Ini Beli Rumah Pertama Mereka di Usia 20-an!
2. 5 Cara Berunding Dengan Owner Rumah Sebelum Anda Beli Rumah
3. Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT & Semak Syarat Kelayakkan 2024