IQI Global adalah platform perantara hartanah antarabangsa yang telah berkembang pesat sejak penumbuhannya.
Bermula dengan hanya 10 ejen pada tahun 2011, kini IQI Global mempunyai 41,000 ejen di 25 negara.
Termasuk juga dengan Malaysia menjelang tahun 2024. IQI Global memberi penekanan yang kuat terhadap teknologi hartanah untuk memacu pertumbuhannya.
Secara Strategik di Malaysia, Kami Ada 7 Pasukan Berdedikasi
1. IQI ACE
Pengasas ACE dan IQI GVP, Calvin Law, menyatakan bahawa ACE mewakili ‘A’wesome, ‘C’razy dan ‘E’xtraordinary fighters.
“Kami ingin menjadi pemain pasukan antarabangsa untuk memberi manfaat kepada pelabur kami melalui pelbagai pelaburan di seluruh dunia.”
Diasaskan pada tahun 2012, IQI ACE menjadi pasukan yang bekerjasama dan bercita-cita tinggi dalam perniagaan mereka. Serta dihubungkan dan diberi kuasa oleh orang mereka.
2. IQI SUCCESS ONE
Pengasas Success One dan IQI GVP, Sunny Leow, menubuhkan pasukan ini pada tahun 2013. Dan tujuan mereka kekal stabil hingga kini.
“Untuk diiktiraf di tahap global sebagai salah satu pasukan yang paling berjaya, untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, dan untuk mencipta visi yang menginspirasikan generasi-menjadikan yang mustahil menjadi mungkin.
Sebagai sebuah pasukan yang kaya dengan pengalaman, Success One sentiasa memimpin dalam mengatasi setiap cabaran. Ianya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai perspektif yang lebih luas.
3. IQI ELITE
Memperkasakan orang kami, menginspirasikan impian anda.
IQI ELITE GROUP
Apabila membahas pasukan Elite yang ditubuhkan pada tahun 2016, pengasas dan IQI GVP, Aaron Siow, menjelaskan seorang Elitian sebagai penyelesai masalah dan pemotivasi diri, penuh dengan ketabahan untuk mengejar setiap peluang dan mendapatkan pelanggan.
“Di IQI Elite Group, kami percaya bahawa ejen perlu mahir dalam komunikasi lisan untuk menyampaikan info dan tidak menjual dengan cara yang susah!”
“Mendapatkan ilmu yang bernilai adalah asas bagi seorang REN untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti.”
4. IQI UNITED
IQI United ditubuhkan pada tahun 2011. Pada masa itu, mereka dikenali sebgai RINA; pada 2020, RINA, kumpulan agensi hartanah ketiga terbesar di Malaysia, bersatu dengan IQI-maka terjadilah IQI United.
Pengasas pasukan dan VP Jordan Yeoh & Fiona Chin percaya bahawa visi teras United adalah untuk bersatu sebagai satu pasukan, tanpa mengira geografi atau kelas, dan untuk mengintegrasikan “i” ke dalam pasukan.
“Belajar dari sistem, untuk menyokong antara satu sama lain, untuk berkongsi, untuk berkembang dan untuk berjaya!”
5. IQI IREALTY
IRealty VP, Muhazrol Muhammad, sangat berbangga apabila bercakap tentang pasukan IQI Realty, yang diasaskan oleh sekumpulan Ejen Bumiputera.
“Nama pasukan ini mewakili Iman, Hormat, Semangat, Hebat, Setia, Kepercayaan, dan Hasil.”
Pasukan yang berkembang bersama, juga jenama yang kekal selama-lamanya.
Muhazrol Muhammad, IRealty Vp
Ini mencerminkan bahawa pasukan IQI Realty sentiasa bertekad untuk mencari penyelesaian terbaik untuk pelabur hartanah.
Pasukan Realty diasaskan pada tahun 2016. Kemudian pada tahun 2020, IQI Realty bersatu dengan IQI Global untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan pencapaian.
6. IQI DREAMMAKERZ
Salah seorang pengasas IQI Dreammakerz dan VP, Larry, berkata Dreammakerz telah bersatu dengan Juwai IQI Real Estate Technology Group. Bertujuan untuk berkomitmen dalam membangunkan platform dan rangkaian hartanah yang diperibadikan dan diperhalusi.
“Dengan platform mereka, kami dapat memimpin pelanggan dan rakan kongsi keluar dari Asia. Selain itu juga dapat memastikan portfolio pelaburan mereka mengikuti trend dunia.”
kami berani bermimpi besar, kami tahan berkongsi, kami mesti lakukan yang terbaik, kami tidak takut berubah; semangat kami saling berhubung.
Victor Lim, Pengasas Dreammakerz dan Pasukan VP
IQI Dreammakerz telah menyediakan perkhidmatan nasihat hartanah yang teliti kepada pelanggan kami dengan konsep ini sejak 2017 hingga kini.
7. IQI CS
IQI CS diasaskan pada tahun 2013. Pengasas dan IQI GVP, Chen Tse Ping, berkata bahawa Kumpulan CS terdiri daripada ejen yang bersemangat dan berdedikasi.
“Kami ada matlamat bersama untuk mencapai lebih banyak dalam kehidupan mereka. Contohnya seperti mewujudkan gaya hidup work-life balance di samping memperoleh pendapatan yang menarik.”
Chen berkata, Kumpulan CS telah berkembang pesat dan kini terdiri daripada lebih 3,000 pengurus hartanah yang berdaftar.
“Dalam masa yang sama, misi kami adalah untuk menjadi firma penasihat dan pemasaran hartanah global yang terkemuka, menggunakan amalan terbaik antarabangsa dan berpegang pada nilai serta prinsip teras kami.”
8. IQI AG
Tiada Siapa yang Buat Lebih Baik daripada Kita.
Ts. Kamal Abd Ghafur, Pengasas IQI AG
IQI AG (ALL GREAT), diasaskan pada tahun 2020 oleh Ts. Kamal Abd Ghafur. Dahulunya dikenali sebagai AG Realty Sdn Bhd, kini dikenali sebagai IQI AG selepas bergabung dengan IQI.
“Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan hartanah yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, memastikan pelanggan menerima manfaat maksimum daripada perkhidmatan hartanah kami.”
Pasukan ini juga telah menubuhkan syarikat hartanah yang terkemuka dan diutamakan, memegang nilai-nilai seperti kejujuran, integriti, dan kerjasama.
“Kami berhasrat untuk memupuk pembangunan pasukan dan menyumbang kepada masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan hartanah yang tidak tertandingi.”
Jika anda sedang mencari pasukan yang boleh membantu anda membuat keputusan pembelian atau pelaburan hartanah terbaik, datang kepada kami! Kami mempunyai tujuh pasukan berdedikasi di seluruh Malaysia yang sedia berkhidmat untuk anda!