Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dilancarkan pada tahun 2013 oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini telah mendapat sambutan ramai!
Ianya bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak memiliki hartanah atau tinggal dalam rumah yang tidak layak.
Pada masa kini, RMR SPNB 2023 sedang dibuka untuk permohonan secara dalam talian atau manual. Di sini, kami akan berkongsikan sedikit sebanyak panduan dan maklumat lanjut tentangnya!
Isi Kandungan:
1. Apa itu Program Rumah Mesra Rakyat?
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai hartanah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
2. Kelayakan untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat
Seperti kebiasaannya dalam apa-apa program kerajaan lainnya, pasti akan ada terma dan syaratnya. Jadi di bawah adalah antara syarat kelayakan bagi program ini:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki hartanah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Info Tambahan:
|
3. Cara Cara Memohon Melalui Sistem RMRonline
4. Dokumen yang diperlukan untuk Memohon
5. Jadi apakah antara tanggungjawab anda sebagai pemohon?
6. Antara Reka Bentuk RMR
Berminat untuk tahu antara contoh hartanah yang terdapat dalam program Ini? Di bawah adalah antaranya dan ia juga boleh didapati dari Laman Web Rasmi SPNB:
Sila rujuk ke cawangan SPNB yang betul untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan.
Jika anda sedang mencari pasukan yang boleh membantu anda dalam membuat keputusan pembelian ataupun pelaburan hartanah terbaik, fikirkan kami!
Kami di IQI mempunyai tujuh pasukan berdedikasi di seluruh Malaysia yang sentiasa sedia berkhidmat untuk anda!
Baca selanjutnya:
2. 5 Tips Mudah Sebagai Persediaan Sebelum Beli Rumah di Kuala Lumpur
3. Senarai Pelepasan Cukai Peribadi dan Insentif Malaysia 2024