Hai, pekerja baharu! Keliru selepas akak HR hantar borang EA dekat emel? Jangan risau, jom baca cara-cara memfailkan cukai pendapatan anda!
Salah satu perkara yang sering kita terlepas pandang sebagai pekerja baru di Malaysia ialah memfailkan cukai pendapatan. Kebanyakan dari kita mempunyai pengetahuan yang salah seperti di bawah:
- Memfailkan cukai pendapatan adalah untuk mereka yang berpendapatan lebih daripada RM3,000 setiap tahun.
- Memfailkan cukai pendapatan = Membayar cukai
- Memfailkan cukai pendapatan = Rumit dan melibatkan banyak prosedur
Tetapi sebenarnya tidak sama sekali!
P.S. Pertama sekali, memfailkan cukai pendapatan ≠ membayar cukai. Oleh itu, ianya bukanlah sesuatu yang hanya akan anda lakukan jika gaji anda melebihi jumlah RM XXX.
Apa Yang Anda Perlu Tahu:
Siapa yang harus memfailkan cukai pendapatan?
Semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia tidak kira sama ada bekerja sendiri atau pekerja yang makan gaji dan komisen, tetap boleh dikenakan cukai. Cukai ataupun bahasa barat yang kita panggil sebagai “tax” dibayar ke pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Undang-undang yang berkuat kuasa sejak 2015 menyatakan bahawa individu yang bekerja di Malaysia dan memperoleh gaji tahunan sebanyak RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu memfailkan cukai pendapatan.
Siapa Yang Perlu Membayar Cukai?
Anda akan dikenakan cukai jika gaji tahunan anda mencapai jumlah tertentu. Kadar cukai pendapatan adalah seperti yang berikut:
Pendapatan Bercukai | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
0 – 5,000 | Pada 5,000 Pertama | 0 | 0 |
5,001 – 20,000 | Pada 5,000 Pertama
15,000 seterusnya | 1 | 0
150 |
20,001 – 35,000 | Pada 20,000 Pertama
15,000 seterusnya | 3 | 150
450 |
35,001 – 50,000 | Pada 35,000 Pertama
15,000 seterusnya | 8 | 600
1,200 |
50,001 – 70,000 | Pada 50,000 Pertama
20,000 seterusnya | 14 | 1,800
2,800 |
70,001 – 100,000 | Pada 70,000 Pertama
30,000 seterusnya | 21 | 4,600
6,300 |
100,001 – 250,000 | Pada 100,000 Pertama
150,000 seterusnya | 24 | 10,900
36,000 |
250,001 – 400,000 | Pada 250,000 Pertama
150,000 seterusnya | 24.5 | 46,900
36,750 |
400,001 – 600,000 | Pada 400,000 Pertama
200,000 seterusnya | 25 | 83,650
50,000 |
600,001 – 1,000,000 | Pada 600,000 Pertama
400,000 seterusnya | 26 | 133,650
104,000 |
1,000,001 – 2,000,000 | Pada 1,000,000 Pertama
1,000,000 seterusnya | 28 | 237,650
280,000 |
Melebihi 2,000,000 | Pada 2,000,000 Pertama
Ringgit seterusnya | 30 | 517,650
………. |
Adakah ia kedengaran rumit?
Adakah anda rasa keliru dengan nombor di atas? Jangan risau! Dengan bantuan teknologi yang semakin canggih pada masa kini, anda dapat memfailkan cukai anda secara dalam talian. Apakah kelebihannya? Sistem akan membantu mengira jumlah yang perlu anda bayar secara automatik!
Berapakah gaji minimum untuk membayar cukai pendapatan di Malaysia?
Diharuskan kepada individu yang memperoleh sekurang-kurangnya RM 34,000 selepas potongan KWSP. Ia bermaksud individu yang berpendapatan RM 2,833 sebulan selepas potongan KWSP daripada gaji mereka atau sekitar RM 3,000 bersih. RM 34,000 bukan sahaja pendapatan yang anda perolehi dari bekerja, tetapi keseluruhan pendapatan yang ada di dalam akaun anda.
Langkah-langkah memfailkan cukai anda secara dalam talian
Pertama sekali adalah tarikh akhir penyerahan untuk Pulangan Cukai Pendapatan:
- Individu tanpa sumber perniagaan: Pada atau sebelum 30 April setiap tahun
- Individu yang mempunyai sumber perniagaan: Pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun
Kemudian, terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu:
- Nombor Rujukan Cukai Pendapatan (SGXXXXXXX)
- PIN e-Filing
Anda boleh mengunjungi pejabat LHDN berhampiran untuk memohon kedua-duanya.
Sudah pasti anda boleh memohon secara dalam talian juga. Pergi ke https://edaftar.hasil.gov.my/ untuk menggunakan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda. Klik “Borang Pendaftaran Dalam Talian”, isikan butiran, dan log masuk ke akaun anda.
Ingin tahu berapa banyak pelepasan cukai yang boleh dibuat tahun ini? Baca Artikel Ini “Senarai Pelepasan Cukai Peribadi dan Insentif Malaysia 2023“ |
Bagi PIN e-Filing pula, anda boleh pergi ke laman web LHDN: Maklum Balas > Aplikasi. Pilih Aplikasi Nombor PIN e-Filing.
Walau bagaimanapun, cara yang paling mudah adalah dengan mengunjungi cawangan LHDN berhampiran anda, kerana kakitangan mereka dapat membantu anda secara langsung untuk semua permohonan dengan lebih mudah dan tepat~
P.S. Laman web LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) untuk memfailkan cukai pendapatan telah diperbaharui! Arahan dan tangkapan skrin berikut adalah berdasarkan versi terbaru laman web.
1. Log Masuk
- Langkah 1: Anda mesti mengisi maklumat asas anda, seperti D.O.B., alamat, nombor telefon, e-mel, kata laluan dan soalan keselamatan.
- Langkah 2: Nama anda, nombor kad pengenalan dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan akan dipaparkan pada skrin. Klik ‘hantar’ selepas anda mengesahkan butiran anda.
- Jika halaman menunjukkan ‘Sijil digital anda telah berjaya didaftar’, maka anda boleh teruskan dengan mengklik ‘Login e-Borang”.
2. Pilih borang cukai anda
Selepas log masuk, anda akan menemui pelbagai jenis borang cukai untuk individu daripada sektor yang berbeza.
Kebiasannya, individu yang bekerja akan mengisi Borang e-BE; individu atau majikan yang bekerja sendiri akan mengisi Borang e-B. Jika anda warga asing yang bekerja di Malaysia, pilih Borang e-M.
Maklumat terkini 2022 berkenaan dengan laman web LHDN yang telah dinaik taraf adalah sangat berguna dan praktikal, ianya kerana anda boleh mendapatkan borang yang perlu anda isi di “Status borang E-filing”.
Kemas kini yang paling terkini untuk laman web LHDN, adalah agak maju! Ianya kerana anda boleh mendapatkan borang yang perlu anda isi di ‘Status borang MyTax.’
3. Isikan semua butiran
Seterusnya, anda akan melihat beberapa bahagian yang berbeza dalam borang. Di sini, kami akan mengisi ‘Borang e-BE’ untuk individu yang bekerja.
Dalam ‘Borang e-BE,’ bahagian yang perlu anda isi ialah:
- Butiran Peribadi
- Pendapatan Berkanun
- Potongan Rebat/Cukai
*Petua Pro: Simpan semua resit yang anda gunakan untuk potongan rebat/cukai kerana anda mungkin perlu mengemukakannya kepada pihak berkuasa jika anda telah diaudit.
Satu kebaikan memfailkan cukai anda secara dalam talian ialah kerana sistem akan bantu anda dalam proses pengiraan. Pendapatan bercukai dan pelepasan cukai, dan hanya akan mengemukakan cukai yang perlu dibayar!
Jadi, anda tidak perlu lagi merasa kusut dengan kalkulator anda dan berasa bimbang tentang mungkin akan tersilap dalam pengiraan~
*Jika anda tidak memenuhi had cukai selepas potongan cukai, sistem akan menunjukkan 0 dalam jumlah yang perlu dibayar.
1. Mula-mula, sahkan butiran peribadi anda.
2. Sahkan maklumat cukai anda. Sila pastikan anda memasukkan butiran akaun bank anda dengan tepat supaya anda menerima bayaran balik cukai anda (jika ada) tanpa sebarang masalah.
2. Sahkan maklumat cukai anda. Sila pastikan anda memasukkan butiran akaun bank anda dengan tepat supaya anda menerima bayaran balik cukai anda (jika ada) tanpa sebarang masalah.
3. Di sinilah di mana anda harus mengisi maklumat tentang pendapatan anda! Isikan semua maklumat mengikut borang EA yang disediakan oleh syarikat anda. Anda perlu senaraikan jika anda mempunyai kerja sambilan atau pendapatan sewa.
4. Di sini pula, ialah dimana anda harus mengisi berkenaan pelepasan cukai! Isikan semua butiran dan biarkan sistem membuat pengiraan untuk anda! Bukankah ianya semudah ABC~~
5. Pastikan anda mengisi semua butiran dengan betul. Pada halaman ini, anda boleh menyemak pendapatan anda, pelepasan cukai dan cukai akhir yang perlu dibayar (atau mungkin tidak).
4. Serahkan
Selepas menyemak butiran anda, klik ‘Teruskan’ di bawah ‘Rumusan’, kemudian klik ‘Tandatangan & Hantar’ dan ia akan membawa anda ke halaman ‘Pengesahan Penerimaan’. Tahniah, anda baru sahaja selesai memfailkan cukai pendapatan anda!
*Sebelum tandatangan, anda boleh klik ‘cetak draf’ untuk memuat turun dan menyimpan fail anda.
Petua tambahan: Memfailkan cukai pendapatan sebagai warga asing
Warga asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia selama lebih daripada 182 hari adalah tertakluk untuk cukai, dan mereka mesti memfailkan serta membayar cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Sebaliknya, mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, hanya pendapatan yang diperoleh dari Malaysia tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia, manakala pendapatan yang diperoleh di luar Malaysia tidak tertakluk kepada cukai.
– Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memfailkan dan membayar cukai mereka di Singapura; oleh itu tidak perlu memfailkan dan membayar cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk mengelakkan cukai berganda.
Maklumat Lanjut:
- Jika syarikat asing menggaji pembayar cukai dan dia tidak bekerja di Malaysia dan hanya menyediakan perkhidmatan di luar negara, pendapatan akan dianggap sebagai sumber asing. Pembayar cukai tidak lagi perlu memfailkan dan membayar cukai pendapatan di Malaysia.
- Tetapi, jika pembayar cukai menyediakan perkhidmatan untuk syarikat asing melalui mudah alih atau internet di Malaysia, menunjukkan bahawa pendapatannya diperolehi dari Malaysia, maka dia mesti memfailkan dan membayar cukai pendapatan.
Jika individu pemastautin Malaysia menggunakan pendapatan sumber asing untuk membeli hartanah dan memperoleh pendapatan sewa di Malaysia, maka dia mesti membayar cukai pendapatan.
IQI Global, merupakan sebuah syarikat PropTech yang cemerlang. Berminat untuk menjadi salah satu antara mereka?
Mari sertai IQI! Tinggalkan butiran anda di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!
Baca Selanjutnya:
1. Senarai Pelepasan Cukai Peribadi dan Insentif Malaysia 2024
2. Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
3. Cukai Taksiran Selangor vs Cukai Harga Tanah: Panduan Lengkap Mengenai Kewajipan dan Implikasi