Influencer di Malaysia merupakan seseorang yang dikenali ramai contohnya seperti selebriti, instafamous atau blogger dan untuk mencapai tahap dikenali ramai ini bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai perkara yang perlu dilakukan agar diiktiraf sebagai seorang influencer.
Seperti yang dikongsikan di bawah ini beberapa personaliti influencer yang sangat dikenali ramai di Malaysia. Semua influencer ini mempunyai latar belakang yang berbeza dengan pencapaian yang membanggakan. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara. Jom kenali siapakah mereka.
Senarai Influencer Yang Berpengaruh Di Malaysia
5. sarahsuhairi
Nama penuh | Siti Sarah Nurfarahin Suhairi |
Pengikut di Instagram | 1.0 Juta |
Umur | 32 tahun |
Permulaan kerjaya | Penyayi |
Sarah Suhairi, yang nama penuhnya Siti Sarah Nurfarahin Suhairi, merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Beliau berumur 32 tahun dan dilahirkan pada 23 Julai 1992 di Kuala Lumpur dan bakatnya dalam seni telah memacu namanya ke puncak populariti dalam industri hiburan Malaysia.
Seterusnya, Sarah Suhairi sering tampil dalam pelbagai rancangan realiti dan drama bersiri, memikat hati banyak peminat dengan kemunculannya di televisyen. Selain bakat nyanyiannya, Sarah juga terkenal sebagai penulis lagu yang kreatif, sering mencipta lagu dengan lirik yang mendalam.
Beliau menunjukkan disiplin dan ketekunan dalam latihan nyanyiannya. Sarah juga aktif dalam kegiatan amal, membantu anak-anak miskin dan berhasrat untuk menginspirasi mereka melalui seni persembahannya. Sekarang dia giat mengeluarkan konten konten di laman sosial beliau dan menjadi tarikkan umum sehingga menjadi salah satu influencer di Malaysia
Sumber: ibiodata.my
4. missmimilana
Name penuh | Mimi Rozaiana Zainal Abidin |
Jumlah pengikut di Instagram | 1.1 Juta |
Umur | 39 tahun |
Permulaan kerjaya | Pelakon |
Mimi Lana, terkenal dalam dunia seni hiburan Malaysia, telah menarik perhatian ramai dengan keberanian dan bakatnya yang luar biasa. Personalitinya yang menarik dan kebolehannya memikat penonton menjadikan beliau salah satu ikon seni hiburan yang paling dikagumi di negara ini.
Selain itu, Mimi Lana seorang artis serba boleh, berbakat dalam lakonan, menyanyi, dan menari. Beliau kerap muncul dalam pelbagai rancangan televisyen popular dan telah membintangi beberapa filem terkenal. Kecemerlangan Mimi Lana dalam menghidupkan watak dan memukau penonton menjadikan beliau kegemaran ramai.
Mempunyai personaliti yang menarik membuatkan rakyat Malaysia tertarik dan ingin tahu perkembangannya sehingga dia juga menjadi salah seorang influencer di Malaysia yang terkenal!
Selain sering muncul dalam rancangan televisyen popular dan filem terkenal, Mimi juga aktif di media sosial, sering berinteraksi dengan peminat dan membagikan aspek kehidupan profesional dan peribadinya. Dia adalah penerima beberapa anugerah industri, menunjukkan pengakuan terhadap kebolehan seninya.
Mimi menekankan pentingnya pendidikan dengan menamatkan pengajian tinggi dan juga aktif dalam kegiatan amal, menunjukkan komitmennya pada kepedulian sosial. Kepribadian dan dedikasi Mimi Lana menjadikannya salah satu figur yang dihormati dan dikagumi dalam industri hiburan Malaysia.
Sumber: iluminasi.com
3. farahfakhira_
Nama penuh | Farah Fakhira Binti Fakurruzi |
Jumlah pengikut di Instagram | 1.2 Juta |
Umur | 27 tahun |
Permulaan kerjaya | Penulis |
Farah Fakhira tidak lekang di mulut netizen Malaysia yang pernah tergempar tentang beliau bernikah di usia muda. Namun dengan terima tomahan kerana kahwin di usia muda yang kewangan belum stabil, Farah telah berjaya membina nama dalam bisnes menjadikannya usahan muda berjaya.
Beliau dilahirkan pada tanggal 6 julai 1997 di selangor. Beliau yang adalah yang sulung dari 4 adik beradik. Beliau kini mempunyai bisnes produk kesihatan untuk membantu orang menurunkan berat badan dan juga mecantikkan kulit.
Hobi beliau adalah mengembara kerana baginya ini adalah cara untuknya mengembangkan minda dan dapat inspirasi dalam hidupnya.
Sumber: A.Aida Production
Bukan sahaja kita mempunyai influencer yang cantik bergaya dan mempuyai empayar, kita juga mempunyai influencer yang menawarkan pengetahuan-pengetahuan kewangan seperti tips menjaga kewangan anda dan juga pelaburan.
Nombor yang ke 12 adalah yang paling digemari rakyat Malaysia!
2. bellestrelle
Name penuh | Nurul Nabilah Aliah Hazman |
Jumlah pengikut di Instagram | 1.6 Juta |
Umur | 28 tahun |
Permulaan kerjaya | Pempengaruh Instagram |
Bermua sebagai pempegaruh instagram, Bella yang merupakan figura terkenal dan juga isteri kepada Youtuber Alief Irfan semakan popular selepas mengambil keputusan untuk bertudung.
Dengan penampilan gaya muslimah dalam setiap perkongsian gambar dan aktivit yang dipaparkan di Instagramnya, netizen melayagkan komen positif yang menyetujui imej sederhana yang dibawahnya sejak sebulan lalu.
Bella yang berasaln dari Segamat, Johor, berkongsi kefidupan dengan Youtuber Alief Irfan dalam perkahwinan yang didirikan pada 14 Februari 2020 haril perkenalan selama lima bulan.
Sumber: iluminisasi.com
1. khairulaming
Nama penuh | Khairul Amin Kamarulzaman |
Jumlah pengikut di Instagram | 3.9 Juta |
Umur | 32 tahun |
Permulaan kerjaya | Pempengaruh |
Khairul Amin atau nama komersialnya Khairulaming berusia 32 tahun dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 25 September 1992. Beliau mula bergiat sebagai selebriti masakan di media sosial sejak tahun 2016.
Sehingga kini beliau mempunyai lebih dari enam juta pengikut di pelbagai jenis media sosial. Beliau amat dikagumi netizen atas keperibadian beliau yang dianggap sangat baik dan tenang dalam menangani sesuatu isu.
Khairulaming seterusnya mengorak langkah menjadi usahawan berjaya apabila mampu membuka kilang memproses produknya sendiri iaitu Sambal Nyet yang terjual RM7.5 juta hanya dalam tempoh setahun.
Sumber: blogr.my
Pengaruh yang dibawa nama-nama besar ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Apa sahaja yang mereka lakukan sering mendapat perhatian masyarakat. Hatta sekecil-kecil perkara sekalipun akan mengundang reaksi yang besar oleh semua pihak.
Peranan mereka dalam menyampaikan pelbagai perkara contohnya seperti kesedaran awam juga sangat memberi kesan kepada pengikut serta orang awam. Malah, semua influencer ini juga sering dijadikan idola oleh para pengikut disebabkan kejayaan yang dimiliki.
Anda juga boleh menjadi pempengaruh dalam industri hartanah, sama seperti Khairul Aming! Sertai kami, dan jadi sebahagian daripada ahli kami, di mana anda akan dibantu untuk berkembang dan mencapai impian anda untuk menjadi seorang influencer!