Tahun baru, tanggungjawab baru! Buat para pekerja di Malaysia, dah tiba masanya untuk failkan cukai pendapatan.
Tapi anda masih pening dan tak pasti macam mana nak failkan cukai pendapatan anda? Jangan risau, proses ini sebenarnya tak serumit yang anda fikirkan!
Dengan panduan mudah ini, anda boleh selesaikan semuanya dengan mudah dan lancar. Jom ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan anda tidak tertinggal dan elakkan denda lewat bayar.
P.S. Pertama sekali, memfailkan cukai pendapatan ≠ membayar cukai. Oleh itu, ianya bukanlah sesuatu yang hanya akan anda lakukan jika gaji anda melebihi jumlah RM XXX.
Apa Yang Anda Perlu Tahu:
Apa itu Cukai Pendapatan?
Sebelum tu, mesti ada yang tertanya kan. Apa itu income tax ataupun cukai pendapatan?
Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan individu, syarikat, dan entiti perniagaan yang diperoleh dalam tempoh tertentu.
Di Malaysia, cukai ini dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dikawal selia di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Siapa Yang Harus Memfailkan Cukai Pendapatan?
Tidak semua individu perlu membayar cukai pendapatan, tetapi jika pendapatan anda melebihi jumlah yang ditetapkan, anda wajib memfailkan cukai kepada LHDN.
Individu yang memperoleh lebih RM34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu memfailkan cukai pendapatan mereka. Ini termasuk pekerja bergaji, pemilik perniagaan, serta mereka yang bekerja sendiri atau sebagai freelancer.
Selain itu, syarikat, perkongsian dan koperasi yang menjana keuntungan juga diwajibkan membayar cukai. Pastikan anda menyemak kewajipan cukai anda untuk mengelakkan sebarang penalti atau caj tambahan di masa hadapan!
Anda akan dikenakan cukai jika gaji tahunan anda mencapai jumlah tertentu. Kadar cukai pendapatan adalah seperti yang berikut:
Pendapatan Bercukai | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
0 – 5,000 | Pada 5,000 Pertama | 0 | 0 |
5,001 – 20,000 | Pada 5,000 Pertama
15,000 seterusnya | 1 | 0
150 |
20,001 – 35,000 | Pada 20,000 Pertama
15,000 seterusnya | 3 | 150
450 |
35,001 – 50,000 | Pada 35,000 Pertama
15,000 seterusnya | 8 | 600
1,200 |
50,001 – 70,000 | Pada 50,000 Pertama
20,000 seterusnya | 14 | 1,800
2,800 |
70,001 – 100,000 | Pada 70,000 Pertama
30,000 seterusnya | 21 | 4,600
6,300 |
100,001 – 250,000 | Pada 100,000 Pertama
150,000 seterusnya | 24 | 10,900
36,000 |
250,001 – 400,000 | Pada 250,000 Pertama
150,000 seterusnya | 24.5 | 46,900
36,750 |
400,001 – 600,000 | Pada 400,000 Pertama
200,000 seterusnya | 25 | 83,650
50,000 |
600,001 – 1,000,000 | Pada 600,000 Pertama
400,000 seterusnya | 26 | 133,650
104,000 |
1,000,001 – 2,000,000 | Pada 1,000,000 Pertama
1,000,000 seterusnya | 28 | 237,650
280,000 |
Melebihi 2,000,000 | Pada 2,000,000 Pertama
Ringgit seterusnya | 30 | 517,650
………. |
Keliru dengan nombor-nombor di atas? Jangan risau! Kini, dengan teknologi canggih, anda boleh failkan cukai secara online—cepat, mudah dan sistem akan kira semuanya untuk anda!
Berapakah Gaji Minimum Untuk Membayar Cukai Pendapatan?
Untuk layak, anda perlu ada pendapatan tahunan sebanyak RM 34,000 atau lebih selepas ditolak caruman KWSP.
Ini bermakna pendapatan bulanan anda ialah sekitar RM 2,833 selepas potongan KWSP, lebih kurang RM 3,000 bersih. RM 34,000 tu bukan gaji dari kerja je, tapi termasuk semua pendapatan yang ada dalam akaun anda.
Bagaimana Cara Mendaftar LHDN Buat Kali Pertama?
Jika ini kali pertama anda log masuk, sila pilih ‘e-Daftar‘ bagi mendapatkan No. PIN di laman web MyTax (atau boleh diperoleh melalui cawangan LHDN atau permohonan secara online).
Setelah menerima No. PIN, gunakannya untuk mencipta akaun dan menetapkan kata laluan bagi melengkapkan proses pendaftaran.
Langkah-langkah untuk Memfailkan Cukai Secara Online
Pertama sekali adalah tarikh akhir penyerahan untuk pulangan cukai pendapatan:
- Individu tanpa sumber perniagaan (Borang BE): Pada atau sebelum 30 April setiap tahun
- Individu yang mempunyai sumber perniagaan (Borang B): Pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun
Kemudian, terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu:
- Nombor Rujukan Cukai Pendapatan (SGXXXXXXX)
- PIN e-Filing
*Anda boleh mengunjungi pejabat LHDN berhampiran untuk memohon kedua-duanya.
Pergi ke mytax.hasil.gov.my untuk menggunakan “Nombor Rujukan Cukai Pendapatan” anda. Klik “Borang Pendaftaran Dalam Talian”, isikan butiran dan log masuk ke akaun anda.
Ingin tahu berapa banyak pelepasan cukai yang boleh dibuat tahun ini? Baca Artikel Ini “Senarai Pelepasan Cukai Peribadi dan Insentif Malaysia 2023“ |
Bagi PIN e-Filing pula, anda boleh pergi ke laman web LHDN: Maklum Balas > Aplikasi. Pilih Aplikasi Nombor PIN e-Filing.
Walau bagaimanapun, cara yang paling mudah adalah dengan mengunjungi cawangan LHDN berhampiran anda, kerana kakitangan mereka dapat membantu anda secara langsung untuk semua permohonan dengan lebih mudah dan tepat.
P.S. Laman web LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) untuk memfailkan cukai pendapatan telah diperbaharui! Arahan dan tangkapan skrin berikut adalah berdasarkan versi terbaru laman web.
Cara Memfailkan Cukai Anda Secara Dalam Talian
1. Log Masuk
Langkah 1: Anda mesti mengisi maklumat asas anda, seperti D.O.B., alamat, nombor telefon, e-mel, kata laluan dan soalan keselamatan.
Langkah 2: Nama, nombor kad pengenalan dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan dipaparkan pada skrin. Klik ‘hantar’ selepas anda mengesahkan butiran anda.
Jika halaman menunjukkan ‘Sijil digital anda telah berjaya didaftar’, maka anda boleh teruskan dengan mengklik ‘Login e-Borang”.
2. Pilih Borang Cukai Yang Betul
Selepas log masuk, anda akan menemui pelbagai jenis borang cukai untuk individu daripada sektor yang berbeza.
Pilih jenis borang yang sesuai mengikut kategori anda:
BE – Individu Berpendapatan dalam Malaysia (Tiada Perniagaan) B – Individu Berpendapatan dengan Perniagaan M – Individu Bukan Pemastautin P – Perkongsian |
3. Isikan Maklumat Peribadi
Seterusnya, anda akan melihat beberapa bahagian yang berbeza dalam borang. Di sini, kami akan mengisi ‘Borang e-BE’ untuk individu yang bekerja.
Dalam ‘Borang e-BE,’ bahagian yang perlu anda isi ialah:
- Butiran Peribadi
- Pendapatan Berkanun
- Potongan Rebat/Cukai
*Petua Pro: Simpan semua resit yang anda gunakan untuk potongan rebat/cukai kerana anda mungkin perlu mengemukakannya kepada pihak berkuasa jika anda telah diaudit.
Satu kebaikan memfailkan cukai anda secara dalam talian ialah kerana sistem akan bantu anda dalam proses pengiraan. Pendapatan bercukai dan pelepasan cukai, dan hanya akan mengemukakan cukai yang perlu dibayar!
Jadi, anda tidak perlu lagi merasa kusut dengan kalkulator anda dan berasa bimbang tentang mungkin akan tersilap dalam pengiraan~
*Jika anda tidak memenuhi had cukai selepas potongan cukai, sistem akan menunjukkan 0 dalam jumlah yang perlu dibayar.
1. Mula-mula, sahkan butiran peribadi anda.
2. Sahkan maklumat cukai anda. Sila pastikan anda memasukkan butiran akaun bank anda dengan tepat supaya anda menerima bayaran balik cukai anda (jika ada) tanpa sebarang masalah.
3. Di sinilah di mana anda harus mengisi maklumat tentang pendapatan anda! Isikan semua maklumat mengikut borang EA yang disediakan oleh syarikat anda. Anda perlu senaraikan jika anda mempunyai kerja sambilan atau pendapatan sewa.
4. Di sini pula, ialah dimana anda harus mengisi berkenaan pelepasan cukai! Isikan semua butiran dan biarkan sistem membuat pengiraan untuk anda! Bukankah ianya semudah ABC~~
5. Pastikan anda mengisi semua butiran dengan betul. Pada halaman ini, anda boleh menyemak pendapatan anda, pelepasan cukai dan cukai akhir yang perlu dibayar (atau mungkin tidak).
4. Serahkan
Selepas menyemak butiran anda, klik ‘Teruskan’ di bawah ‘Rumusan’, kemudian klik ‘Tandatangan & Hantar’ dan ia akan membawa anda ke halaman ‘Pengesahan Penerimaan’.
Tahniah, anda baru sahaja selesai memfailkan cukai pendapatan anda!
*Sebelum tandatangan, anda boleh klik ‘cetak draf’ untuk memuat turun dan menyimpan fail anda.
Petua tambahan: Memfailkan cukai pendapatan sebagai warga asing
Warga asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia selama lebih daripada 182 hari adalah tertakluk untuk cukai, dan mereka mesti memfailkan serta membayar cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Sebaliknya, mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, hanya pendapatan yang diperoleh dari Malaysia tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia, manakala pendapatan yang diperoleh di luar Malaysia tidak tertakluk kepada cukai.
Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memfailkan dan membayar cukai mereka di Singapura; oleh itu tidak perlu memfailkan dan membayar cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk mengelakkan cukai berganda.
Maklumat Lanjut:
- Jika syarikat asing menggaji pembayar cukai dan dia tidak bekerja di Malaysia dan hanya menyediakan perkhidmatan di luar negara, pendapatan akan dianggap sebagai sumber asing. Pembayar cukai tidak lagi perlu memfailkan dan membayar cukai pendapatan di Malaysia.
- Tetapi, jika pembayar cukai menyediakan perkhidmatan untuk syarikat asing melalui mudah alih atau internet di Malaysia, menunjukkan bahawa pendapatannya diperolehi dari Malaysia, maka dia mesti memfailkan dan membayar cukai pendapatan.
Jika individu pemastautin Malaysia menggunakan pendapatan sumber asing untuk membeli hartanah dan memperoleh pendapatan sewa di Malaysia, maka dia mesti membayar cukai pendapatan.
IQI Global, sebuah syarikat PropTech terkemuka. Isi butiran anda di bawah dan rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan luar biasa kami!
Baca Selanjutnya:
1. Senarai Pelepasan Cukai Peribadi dan Insentif Malaysia 2024
2. Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
3. Cukai Taksiran Selangor vs Cukai Harga Tanah: Panduan Lengkap Mengenai Kewajipan dan Implikasi