Rumah merupakan satu keperluan terutama sekali di kalangan yang ingin memulakan hidup berkeluarga, baru berkahwin mahupun yang bekerja. Manakala, negeri Selangor pula telah menjadi destinasi popular buat mereka yang ingin memiliki sebuah rumah oleh faktor-faktor tertentu. Jadi terhasilnya Rumah Selangorku, inisiatif skim perumahan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.
Apa itu Rumah Selangorku?
Macam dah dijelaskan di atas, ia adalah skim perumahan mampu milik buat orang yang menetap atau lahir Selangor.
Tahukah anda, Rumah Selangorku merupakan satu penjenamaan semula (rebrand) daripada penggunaan nama Rumah Kos Sederhana atau Rumah Mampu Milik.
Jika anda tanya ibu bapa anda tentang ini pasti mereka pun lebih biasa dengan terma Rumah Kos Sederhana.
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” buat rakyat. Setiap rumah atau unti yang disediakan akan memberikan keselesaan berdasarkan faktor saiz, rekabentuk dan keperluan asas seperti fasiliti yang ada.
Objektif utama inisiatif program ini, dasar perumahan di Selangor yang adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman yang sempurna’.
Oleh sebab itu, rakyat dan keluarga berpeluang untuk memiliki tempat tinggal yang baik,selesa dan selamat untuk didiami.
Manakala di Selangor pula adalah salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dan mempunyai penduduk yang teramai di Malaysia. Lokasi yang strategik terletak di tengah-tengah semenanjung ini membuatkan ramai memilih lokasi idaman mereka di Selangor.
Disebabkan permintaan yang tinggi ini juga menimbulkan masalah bagi mereka untuk mencari rumah yang mampu milik dalam negeri ini.
Agak mencabar juga terutama sekali buat mereka yang baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam alam kedewasaan ini untuk mencari rumah mereka. Melainkan sudah disediakan hartanah sendiri untuk didiami oleh kedua ibu bapanya.
Isu perumahan mampu milik ini dipandang serius.
Terjadinya skim perumahan mampu milik ini yang bermula pada tahun 2014 oleh kerajaan negeri Selangor.
Inisiatif ini diketuai sendiri oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LHPS).
Siapa yang layak untuk Rumah Selangorku?
Semestinya kita dapat lihat banyak kelebihan dalam projek rumah mampu milik ini namun terdapat beberapa syarat untuk menentukan kelayakan anda.
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk menjadi pemilik kediaman Rumah Selangorku:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- Penduduk Selangor
- Belum lagi memiliki sebarang hartanah
- Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
- Satu permohonan saja untuk setiap isi rumah
- Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon
Syarat kelayakan ini penting untuk anda membuat permohonan. Jika anda tidak melengkapi kesemua syarat dan ingin membuat permohonan rumah kos sederhana rendah di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan pula seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya, anda boleh rujuk semula RUMAWIP (Residensi Wilayah Keluarga Malaysia).
Kenapa wujudnya skim Rumah Selangorku ini?
- Jurang harga yang terlalu besar di antara rumah kos rendah dengan rumah yang biasa di pasaran.
- Pilihan rumah harga sederhana (RM350,000 kebawah) sangat terhad
- Pembeli yang berpendapatan sederhana dan sederhana rendah tidak mempunyai kemampuan memiliki rumah (khususnya pasangan muda yang mahu mulakan hidup berkeluarga).
- Perumahan kos rendah sedia ada tidak memiliki kemudahan dan fasiliti yang mencukupi malah rekabentuk yang kurang menarik menyebabkan penghuni tidak selesa di kawasan perumahan sendiri.
Harga Rumah Selangorku dan jenis hartanah yang tersedia
Harga untuk setiap unit dan juga rumah mampu milik bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan disediakan.
Kebiasaannya harga seunit merangkumi antara RM 42,000 sehingga RM250,000.
Terdapat perubahan yang dibuat sejak tahun 2018 terhadap jenis-jenis hartanah dan juga harga.
Dibawah inisiatif Rumah Selangorku 2.0 yang baru, pemaju telah mewujudkan rangka kerja yang baru bagi perumahan kos sederhana rendah di bawah skim ini.
Rumah Selangorku adalah skim yang mempromosikan pelbagai jenis unit, bergantung pada pilihan dan tahap pendapatan pemohon.
Ia dibahagikan pada kategori rumah A, B, C, D, dan E, bersamaan kriteria kelayakan yang berbeza, bergantung pada pendapatan isi rumah pemohon:
- Type A: Maksimum RM3,000/bulan (pendapatan isi rumah)
- Type B, C, D, E: Maksimum RM3,001 – RM10,000/bulan (pendapatan isi rumah)
Perubahan yang ada pada Rumah Selangorku 2.0 paling banyak sekali mempunyai kesan pada rumah kategori D, yang juga merupakan kategori harga tertinggi dalam skop rumah mampu milik yang dibina bawah Rumah Selangorku.
Jom kita tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis hartanah yang ada di bawah Rumah Selangorku.
Apartment, Pangsapuri dan Kondominium
RUMAH SELANGORKU JENIS A
- 700 kps
- RM 42,000
RUMAH SELANGORKU JENIS B
- 750 kps
- RM 100,000
RUMAH SELANGORKU JENIS C
- 800 kps
- RM150,000
RUMAH SELANGORKU JENIS D
- 900 kps
- RM 200,000
RUMAH SELANGORKU JENIS E
- 900 kps
- RM 250,000
Rumah Bertingkat; Teres dan Townhouse
RUMAH SELANGORKU JENIS A
- 700 kps
- RM 42,000
RUMAH SELANGORKU JENIS B
- 750 kps
- RM 100,000
RUMAH SELANGORKU JENIS C
- 1,000 kps
- RM 200,000
RUMAH SELANGORKU JENIS D
- 900 kps
- RM 250,000
Senarai Hartanah Rumah Selangorku 2022
Senarai ini diambil dari laman web rasmi Rumah Selangorku dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, dan dikemaskini setakat Februari 2022. Boleh klik sini untuk dapatkan info terkini yang lebih lanjut.
Residensi Emas
- Premium City Development
- Hulu Langat
- 721kps
- RM270,000
Pangsapuri Selangorku Suasana Harmoni (Jenis D)
- Exclusive Expansion
- Hulu Langat
- 1000kps
- RM240,000
Taman Hijau
- Pulau Indah, Klang
- 22×36
- RM298,000
One Park (Rumah Idaman)
- Kevo Development
- Sunway Semenyih
- 1000kps
- RM250,000 – RM260,000
Acacia Phase 3 (Rumah Idaman)
- Mayland Venue Sdn Bhd (Kevo Bina S/B)
- Diamond City, Semenyih
- 1000kps
- RM250,000 – RM260,000
Permohonan Rumah Selangorku
Jika anda melengkapi semua syarat kelayakan, permohonan perlu dibuat secara online di laman sesawang Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor iaitu https://lphs.selangor.gov.my/.
Skim ini tidak sama dengan skim perumahan murah yang lain, kerana anda memang tidak boleh buat permohonan Rumah Selangorku melalui borang yang dicetak atau secara peribadi dengan ejen.
Hanya terhad untuk online sahaja.
Tempoh menunggu adalah selama 2 tahun setelah membuat permohonan. Disebabkan ramai dalam sistem permohonan Rumah Selangorku, maka anda dinasihati untuk bersabar sehingga nama anda tersenarai untuk pemilikan.
Setelah tamat 2 tahun, anda perlu memohon semula jika masih berminat untuk permohonan Rumah Selangorku.
Pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen seperti di bawah untuk sahkan kelayakan bagi skim perumahan:
- Salinan kad identiti
- Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
- Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
- Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
- Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
- Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
- Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
- Salinan bil utiliti
- Report kredit seperti CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan/atau CTOS (Credit Tip-Off Service)
Pemohon Rumah Selangorku dinilai berdasarkan sistem merit, dengan membandingkan kriteria kelayakan dengan potensi merit mereka.
Jika pemohon itu berjaya, anda boleh memiliki rumah dibawah skim ni.
Anda juga boleh menghubungi Lembaga perumahan dan hartanah selangor untuk maklumat lebih lanjut ataupun disini.
We have real estate professionals who can help you own Rumah Selangorku. Fill in the form below, to get in touch with them.