Dengan adanya sistem sokongan yang betul dan tepat untuk ejen hartanah, segalanya boleh dicapai dengan mudah. Bagi Niza Adiza, IQI memberikan peluang ini serta pelbagai lagi manfaat yang lain.
Ketua Pasukan IQI iRealty, Niza Adiza, berkongsi pengalaman, perjalanan, dan pencapaiannya sebagai ejen di IQI.
Anda juga boleh mencapai kejayaan! Teruskan membaca untuk menyertai perjalanan ini bersamanya dan mempelajari cara bagaimana untuk menyertai pasukan Niza!
Rising Above: Niza Adiza
- 1. Pencapaian yang paling ketara sebagai ejen IQI?
- 2. Pendorong untuk meneruskan kerjaya dalam hartanah?
- 3. Cabaran terbesar sepanjang menjadi ejen hartanah, serta cara mengatasinya?
- 4. Kejayaan yang paling membanggakan selama menjadi ejen IQI?
- 5. Mengapa memilih IQI?
- 6. Nasihat buat mereka yang ingin berkecimpung dalam industri hartanah?
1. Pencapaian yang paling ketara sebagai ejen IQI?
Kami menggunakan kaedah Buddy Manager (Buddy System) buat kali pertama untuk menjual projek Exsim, iaitu projek D’Vine.
Ia amat memudahkan ejen untuk menjual. Ejen hanya perlu melakukan pemasaran untuk mencari pelanggan, dan Buddy Manager akan menguruskan proses lawatan, closing, dan pemprosesan.
Dalam masa sebulan, kami berjaya close tempahan sebanyak 35 unit.
Dengan sistem Buddy Manager, ianya memudahkan ejen hartanah untuk menjual di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
moto KAMI:
“can seLL anywhere & anytime”
2. Pendorong untuk meneruskan kerjaya dalam hartanah?
Saya mempunyai passion untuk membina legasi sendiri dalam bidang hartanah.
Saya juga seorang ahli perniagaan dan pelabur hartanah. Dengan hartanah, kita boleh menjana pendapatan tanpa had.
Melalui bidang hartanah ini, saya juga ingin membantu mereka di luar sana untuk mengubah pendapatan ekonomi mereka, dan memberi panduan dalam ilmu hartanah.
3. Cabaran terbesar sepanjang menjadi ejen hartanah, serta cara mengatasinya?
Saya berpengalaman dalam bidang jualan selama 18 tahun, serta 14 tahun dalam bidang hartanah.
Saya pernah menjadi pemilik agensi dengan 3 cawangan di Semenyih, Melaka, & Perlis. Akan tetapi, agensi yang telah saya bina, 6 bulan sebelum pandemik COVID-19, telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM2 juta.
Dengan memilih untuk menyertai IQI, ia membantu saya membina semula empayar, pasukan, serta impian saya untuk mendapatkan pendapatan pasif.
4. Kejayaan yang paling membanggakan selama menjadi ejen IQI?
Salah satu kejayaan saya adalah pelantikan sebagai Ketua Pasukan IQI Global. Saya amat berbesar hati dengan pelantikan ini – ia merupakan satu penghormatan dan amanah yang perlu saya laksanakan.
Saya juga diberi peluang untuk menjadi Penanggungjawab Utama (Person-In-Charge) projek kategori Bumiputera di IQI Global.
5. Mengapa memilih IQI?
IQI mempunyai platform dan sistem terbaik, cemerlang, sangat maju, dan mudah digunakan dalam segala jenis bentuk aplikasi.
IQI juga merupakan agensi yang terbesar di Malaysia dan juga antarabangsa. Sistem sokongan yang amat baik juga disediakan oleh pihak pengurusan.
6. Nasihat buat mereka yang ingin berkecimpung dalam industri hartanah?
Bidang hartanah ini merupakan bidang yang sangat menyeronokkan. Anda boleh menjelajahi dan mempelajari pelbagai perkara.
Saranan saya, anda boleh menjana pendapatan tanpa had serta masa yang fleksibel. Anda juga boleh membina empayar anda melalui bidang hartanah ini.
Adakah anda ingin mencapai kejayaan dalam kerjaya anda seperti Niza? Sertailah pasukan Adiza & Co Group untuk mendapatkan manfaat ini serta nikmati pendapatan tanpa had!