Kerjaya perunding hartanah (atau REN) sering dikaitkan dengan gaya hidup yang mewah dan berdikari. Kerjaya ini mempunyai sesuatu prestij dan aura yang yang boleh meningkatkan status sesiapa sahaja yang ceburinya.
Oleh itu, kerjaya perunding hartanah merupakan kerjaya yang semakin popular terutamanya di kalangan anak-anak muda yang berimpian tinggi.
Tapi adakah daya tarikan yang sekuat medan graviti lohong hitam ini berpunca daripada jangkaan yang samar-samar, sama ada dipengaruhi daripada cakupan media sosial yang hanya liputi perkara yang bersifat cuci mata mahupun daripada teknik pemasaran agensi hartanah yang melonjakkan gaya hidup REN dengan sengaja untuk merekrut lebih ramai orang?
Atau adakah gaya hidup perunding hartanah seperti mana yang digambarkan memang selaras dengan realitinya? Dan adakah realitinya dapat dipukul rata antara semua golongan masyarakat? Artikel ini akan mengetengahkan mitos dan realiti di sebalik kerjaya REN serta membongkarkan rahsia untuk kejayaan sebagai REN.
Konten
Taraf Kehidupan Seorang Perunding Hartanah
Anggapan orang ramai mengenai kehidupan seorang perunding hartanah sebenarnya agak benar — namun dengan beberapa pengecualian.
Ya, memang benar bahawa seseorang perunding hartanah mampu miliki kereta mewah dan gajet terkini dalam pasaran. Imej megah yang dibawa perunding hartanah ini berpunca daripada pelbagai faktor.
Pendapatan Lumayan
Salah satu daripada tarikan utama kerjaya REN ini adalah pendapatannya yang lumayan.
Katakan anda berjaya menjual 1 rumah. Hasil pendapatan daripada penjualan rumah itu mampu menampung kos sara hidup serta hobi anda selama 3 bulan. Sebagai rujukan, REN yang berpengalaman mampu memperoleh RM 1 juta atau lebih dalam tempoh masa setahun sahaja.
Bayaran komisyen untuk seseorang REN dianggarkan sekitar 2.5%-3% (3% adalah bayaran maksimum). Namun, kadar komisyen ini tertakluk kepada agensi hartanah oleh kerana jumlahnya tiada piawaian tetap. Ada yang bayar kadar maksimum (3%) tapi ada juga yang bayar kurang dari 3%.
Walaupun dengan kadar komisyen yang memuaskan, ia juga amat penting anda memilih…
Agensi Hartanah Yang Cemerlang
Terdapat segelintir agensi hartanah di Malaysia yang mampu merealisasikan impian rekrut masing-masing.
Hakikatnya bukan semua agensi hartanah di Malaysia mempunyai kepakaran atau keupayaan untuk menubuhkan ekosistem yang kondusif untuk kejayaan seseorang REN.
Oleh sebab itu, ia amat penting untuk memilih agensi hartanah dengan cermat. Agensi hartanah yang besar dan bereputasi seperti IQI Global sudah tentu dapat mengasuh serta mengasah kemahiran anda dalam bidang ini. Biasanya, agensi seperti IQI Global menyediakan pelbagai program latihan ekstensif diketuai oleh pakar-pakar industri yang akan memimpin anda ke arah kejayaan.
Lebih-lebih lagi, agensi hartanah seperti IQI Global menawarkan pelbagai insentif menakjubkan seperti insentif pembelian rumah, pembayaran bulanan kereta, peluang untuk memenangi gajet terkini, jam rolex dan percutian dalam dan juga luar negara.
Justeru, ia makin jelas bahawa “imej” berkilauan yang dikaitan dengan REN terpunca daripada keunggulan agensi hartanah di samping pendapatan mereka yang berpotensi tinggi.
Realiti Di Sebaliknya
Berdasarkan faktor-faktor di atas, ia kelihatan seolah-olah kerjaya ini serba sempurna; pendapatan tinggi, pelbagai ganjaran insentif dan mudah diceburi.
Mungkin kerjaya ini sememangya sempurna. Sebaliknya, manusia sememangnya tidak sempurna. Ia harus ditekankan bahawa sifat kerjaya ini tidak semestinya menggambarkan realiti keadaan.
Kejayaan seseorang REN bukan dianugerahi, malah diperoleh dari titik peluh sendiri. Malangnya, ramai REN baharu yang menceburi bidang ini dengan naifnya tidak menyedari akan kesungguhan dan ketekalan yang diperlukan untuk berjaya.
Jika anda ingin menyerupai “imej” kejayaan REN yang dibentangkan sebelum ini, anda harus ambil peduli dengan nasihat-nasihat yang berikut. Untuk pengetahuan anda, nasihat-nasihat berikut adalah sumbangan daripada En. Muhazrol Muhamad, pengasas salah satu agensi hartanah terkemuka di Malaysia iaitu IQI iRealty.
Objektif dan Tujuan
Salah satu sebab mengapa ramai rekrut REN kurang berprestasi dalam bidang ini adalah kerana mereka tidak mempunyai matlamat atau tujuan yang kukuh. Ini boleh menyebabkan seseorang rekrut — terutamanya rekrut baharu yang tidak berpengalaman — merasa hampa dan kecewa apabila berhadapan dengan realiti kerjaya ini.
Lebih-lebih lagi, agensi seperti IQI iRealty sering alami pusing ganti rekrut (atau “staff turnover”) kerana realiti kerjanya tidak selaris dengan tanggapan mereka.
Oleh sebab itu, anda harus mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas supaya anda tidak mudah putus asa dan berhenti kerja. Matlamat anda juga seharusnya bersifat realistik.
Contohnya, ia kurang realistik jika matlamat anda semata-mata untuk menjadi kaya dengan cepat. Sebaliknya, matlamat itu boleh menjadi realistik jika anda: ingin menjadi kaya > dengan membuat X jualan setiap bulan > dengan menyertai setiap sesi latihan dan selanjutnya.
Motivasi
Kerjaya REN ini mempunyai kesukarannya sendiri. Hakikatnya kerjaya yang mudah tidak wujud. Setiap pekerjaan memerlukan pelbagai tuntutan fizikal serta intelektual daripada setiap individu.
Oleh sebab itu, anda seharusnya mempunyai sumber motivasi terhadap kerjaya ini untuk mendorong anda ke arah matlamat anda. Oleh itu, motivasi seiring dengan matlamat anda kerana anda berkemungkinan besar akan merasa tidak tentu arah dan, dalam senario terburuknya, terus berputus asa tanpanya.
Aktif dan Proaktif
Sebaik sahaja anda menjadi rekrut REN baharu di bawah mana-mana agensi hartanah, anda harus memiliki sikap aktif serta proaktif untuk belajar sebanyak mungkin untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ini.
Agensi hartanah seperti IQI iRealty dan setiap agensi di bawah syarikat induk IQI Global sering menganjurkan sesi latihan secara “online” dan bersemuka. Sesi latihan dianjurkan sama ada oleh ketua pasukan agensi masing-masing ataupun dari pihak IQI Global.Salah satu daripadanya adalah seminar pendidikan/motivasi mingguan iaitu “Terrific Tuesday” yang menampilkan penyampai jemputan termasyur dalam industri hartanah.
Walaupun begitu, masih ramai dari kalangan REN gagal menyertai sesi-sesi tersebut. Anda sebagai rekrut REN — tidak kira baharu atau berpengalaman — sepatutnya merebut peluang untuk mengembangkan pengetahuan anda, terutamanya kerana industri hartanah ini mengembang dengan pesat sekali.
Sikap bangga atau puas hati — terutamanya di kalangan REN berpengalaman — juga harus dikurangkan kerana ia mampu mencetekkan potensi anda. Sikap inilah yang menyebabkan ramai gagal hadiri sesi latihan yang disediakan secara percuma untuk manfaat mereka.
Rahsia Untuk Berjaya Sebagai REN
Secara jujurnya, rahsia untuk berjaya sebagai REN mudah sahaja: usaha dan kerja keras. Secara ringkasnya, imej ideal kerjaya REN hanya boleh direalisasikan jika anda berusaha dan bekerja keras untuk mencapai matlamat anda.
Dari sudut ini, ia memang benar bahawa kerjaya REN ini sesuai untuk sesiapa sahaja pun yang bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga untuk berusaha. Namun begitu, persoalan jika kerjaya REN sesuai untuk semua lapisan masyarakat masih perlu dijawab.
Bagaimana Pula Dengan Golongan B40?
Tetapi bagaimana pula dengan golongan B40 yang memerlukan pendapatan yang cepat untuk menyara kos hidup mereka? Lagi-lagi sedangkan struktur bayaran berasaskan komisyen serta tempoh masa yang tidak tentu untuk menghasilkan jualan pertama bagi rekrut baharu mampu merasangkan ketidakpastian di kalangan mereka.
Menurut Muhazrol, kerjaya REN ini masih sesuai bagi yang bergolongan B40. Walau bagaimanapun, mereka harus memilih strategi yang baik untuk menjana pendapatan dengan lebih cepat seperti fokus kepada penyewaan rumah berbanding dengan penjualan “subsale” atau projek baharu.
Namun, prinsip usaha dan kerja keras juga harus diamal oleh golongan B40 untuk berjaya, sama juga untuk sesiapa pun yang ingin ceburi bidang ini.
Konklusi
Jika golongan B40 dapat menjana pendapatan yang memadai dan berdaya saing dengan strategi yang betul, maka semua boleh berjaya sebagai REN tak mengira keadaan ekonomi, bangsa atau keupayaan fizikal. Yang pentingnya sekali anda berusaha, berusaha dan berusaha.
Bagi sesiapa yang ingin ceburi kerjaya REN yang istimewa ini, anda perlu miliki matlamat yang objektif serta realistik, sumber motivasi untuk meneruskan destinasi ke matlamat anda, keiinginan untuk belajar sebanyak mungkin tentang bidang kompleks ini, dan akhirnya sekali, usaha sampai jadi.
Walaupun jalan ke arah kejayaan dipenuhi halangan dan cabaran, daya usaha anda akan menjadi pedoman untuk mengharungi segala cabaran yang anda pasti akan hadapi.
Sekarang anda telah memahami realiti di sebalik kerjaya REN serta rahsia untuk berjaya dalam kerjaya ini.
Jadi apa tunggu lagi? Sertailah agensi hartanah termasyur yang merangkumi lebih dari 20 negara dan kami janji akan membawa anda ke arah kejayaan!