Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rakyat Malaysia kurang terkesan impak ekonomi COVID-19

Data terkini daripada Juwai IQI berdasarkan kaji selidik ratusan pengguna di negara ini mendedahkan bahawa kesan pandemik COVID-19 tidak seburuk seperti mana yang dijangkakan.

Data itu menyemak impak pandemik terhadap pendapatan isi rumah, pekerjaan, perniagaan serta laluan semula ke arah kehidupan normal.

Setiap faktor disemak daripada perspektif jantina, negeri dan kumpulan umur.

“Rakyat Malaysia melakukan dengan agak baik berbanding negara lain, malah sebahagian besar menyaksikan hasil yang lebih baik berbanding jangkaan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Juwai IQI Group, Kashif Ansari, merumuskan data terbaharu itu.

Beliau berkata, dalam tempoh setahun pandemik melanda, 28 peratus responden melaporkan bahawa pendapatan isi rumah mereka adalah lebih tinggi berbanding 12 bulan lalu, berbanding 40 peratus yang melaporkan pendapatan lebih rendah.

Baca selanjutnya: Berita Harian

Sumber: Berita Harian

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯