Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Pemaju Hartanah Yang Paling Dipercayai di Malaysia 2025

Industri hartanah di Malaysia terus berkembang pesat, dengan lebih daripada 1,800 pemaju hartanah bersaing di pasaran.  

Dalam situasi ini, memilih pemaju yang tepat bukan sekadar pilihan, tetapi langkah penting untuk memastikan pelaburan anda selamat dan menguntungkan. 

Memilih pemaju yang tepat melibatkan pertimbangan rekod prestasi yang kukuh, reputasi yang dipercayai, serta komitmen terhadap kualiti dan inovasi.  

Berikut adalah senarai pemaju hartanah terkemuka yang telah terbukti berjaya menghasilkan projek berkualiti dan berdaya saing di pasaran.  



Exsim logo

1. Exsim Group

Exsim terkenal kerana pendekatan inovatif dan kreatifnya dalam pembangunan hartanah, terutamanya dalam projek komersial dan perindustrian.  

Projek Exsim fokus pada kelestarian, reka bentuk moden hijau dan berkualiti tinggi. Oleh itu, mencipta komuniti perumahan yang mewah dan menarik adalah kepakaran mereka dalam memenuhi keperluan pembeli dan pelabur.  

Projek terkenalnya adalah seperti D’Cosmos Residences, Millerz Square @ Old Klang Road, dan The Rosewoodz @ Bukit Jalil

Projek yang sedang berjalan– Hanaz Suites, KL City Centre 
– The Kingswoodz, Bukit Jalil 
– Bayu Damai Residences 
– Noordinz Suites, George Town 
Our Developments | EXSIM Group 
Anugerah yang Diterima Top Green Developers Award of the Year 2023 
– Malaysia Landscape Architecture Awards 2024  
Pendapatan Tahunan 2024RM5.70 M   
Nombor Telefon 03-7963 1999 
IJM logo

2. IJM Land Berhad

Beroperasi di bawah naungan IJM Corporation Berhad, IJM Land dikenali sebagai pemaju utama dalam pembangunan perbandaran berskala besar. 

Dikenali dengan projek inovatif dan berkualiti tinggi, IJM Land mencipta nama melalui projek terbesarnya, Seremban 2, yang meliputi 2,300 ekar sejak 1995 dan dikenali sebagai ‘Masterplan’. Namun, projek ini menjadi bukti inovasi serta visi jangka panjang, bukan sahaja menarik pelaburan tetapi turut memberi impak positif kepada komuniti sekitar. 

Contoh beberapa projek terkenal lainnya termasuk: Riana Dutamas di North Kiara (Kuala Lumpur), Bandar Rimbayu (Selangor), dan The LIGHT Waterfront (Pulau Pinang). 

Anugerah yang Diterima– Gold Award for Property Development Category 2024 
– BCI Top 10 Developer Awards 2024 (Malaysia) Awards | IJM Land 
Pendapatan Tahunan 2024 RM 5.92 B
Nombor Telefon03-7985 8288 

3. Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) 

MRCB, yang ditubuhkan pada 1968 sebagai pengeluar karbida, beralih fokus kepada pembangunan hartanah pada 1981.  

Selain sektor hartanah, MRCB juga aktif dalam projek infrastruktur utama seperti Lebuhraya DASH, MRT2, serta pembinaan stadium seperti Stadium Larkin dan KL Sports City.  

Sebagai hasilnya, kepakaran MRCB terserlah dalam pembangunan projek berprofil tinggi yang memberi impak besar kepada pembangunan bandar, komuniti dan ekonomi Malaysia. 

gamuda land logo

4. Gamuda Land 

Sejak 1995, Gamuda Land telah menghasilkan hartanah inovatif yang menekankan sustainability dan reka bentuk berpusatkan komuniti di Malaysia, Australia, Vietnam dan Singapura.  

Portfolio syarikat merangkumi pelbagai projek seperti township, bangunan bertingkat tinggi, dan projek rail yang membuktikan kepakaran mereka dalam sektor hartanah dan pembangunan bandar. 

Sebagai pemaju yang berorientasikan masa depan, Gamuda Land sentiasa mengutamakan gaya hidup mesra alam dan menggalakkan komuniti yang seimbang dan mampan. 

Anugerah yang Diterima – The Landscape Award (Township) (Excellence)   
– Malaysia Property Award 2024, Environmental Category 
Pendapatan Tahunan 2024 RM5 B 
Nombor Telefon03-7491 3200 
MahSing logo

5. Mah Sing Group Berhad 

Bermula sebagai syarikat perdagangan, Mah Sing Group telah membangunkan lebih daripada 40 projek sejak 1994 dan kini menjadi salah satu pemaju hartanah elit di Malaysia. 

Projek pertama mereka, Sri Pulai Perdana di Johor, memperkenalkan konsep kediaman berpagar dan dikawal, menjadikannya antara pemaju terawal yang memperkenalkan konsep ‘gated and guarded’ di negeri itu. 

Selain itu, Mah Sing turut memberi tumpuan kepada pembangunan kejiranan mesra keluarga, berteraskan kehijauan, serta konsep inovatif kediaman bertingkat seperti siri M Series yang menggabungkan gaya hidup mewah dan teknologi rumah pintar. 

Anugerah yang Diterima – The Sustainability and CSR Malaysia Awards 
– BCI Asia Top 10 Developers Award  
Pendapatan Tahunan 2024 RM2.5 B 
Nombor Telefon 1-300 80 6888 
IOI Properties logo

6. IOI Properties Group Bhd 

Di samping itu, IOI sudah mempunyai warisan lebih daripada empat dekad dalam industri pembangunan hartanah sejak 1975.

Ciri utama yang membezakan IOI Properties dengan pemaju lain adalah operasinya dalam “hospitality dan leisure”. Antara projek ikonik mereka adalah IOI Mall yang terletak di Puchong dan Putrajaya. Hingga ke hari ini, ia kekal sebagai salah satu kompleks membeli-belah terbesar di Lembah Klang.

Anugerah yang Diterima – BCI Asia Top 10 Developers 2024 
– FIABCI Malaysia Property Award 2023 (Retail Category – IOI City Mall)
Pendapatan Tahunan 2024 RM2.94 B 
Nombor Telefon 03-8947 8888 
Paramount logo

7. Paramount Corporation Berhad 

Paramount Corporation Berhad mempunyai rekod cemerlang dalam membangunkan rumah, hartanah komersial dan perindustrian, serta institusi pendidikan seperti sekolah swasta dan kampus universiti di Lembah Klang, Kedah, dan Pulau Pinang.  

Paramount Property turut mempunyai pelaburan dalam projek kondominium di Bangkok, memperluaskan jejak globalnya. 

Anugerah yang Diterima – The StarPropety Awards 2024 
– Overall Best Developer (Top 15) 
– All-Stars Award for Most Sustainable Growth 
Pendapatan Tahunan 2024 RM1.14 B 
Nombor Telefon03-7712 3333
sime darby logo

8. Sime Darby Property Bhd 

Sime Darby merupakan pemaju utama di Malaysia dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam melaksanakan projek-projek besar. 

Fokus utamanya adalah pembangunan hartanah di lokasi strategik seperti Subang, USJ, Putra Heights, Bukit Jelutong, dan Ara Damansara.  

Selain kejayaan dalam negara, Sime Darby Property turut mengembangkan operasinya ke peringkat antarabangsa dengan projek hartanah di Singapura, Vietnam, Australia, dan United Kingdom. 

Anugerah yang Diterima – Gold Excellence Award Companies with More Than RM10 Billion In Market Capitalisation 
Pendapatan Tahunan 2024 RM3.3 B 
Nombor Telefon 03-7623 2000 
S P Setia logo

9. S P Setia Berhad 

S P Setia kini bertanding di tiga wilayah ekonomi utama di Malaysia: Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang.  

Antara projek terkenal mereka di Malaysia termasuk Setia Alam (Shah Alam), KL Eco City (Kuala Lumpur), Setia V Residences (Pulau Pinang), dan Setia Tropika (Johor Bahru). 

Dari kediaman mewah hingga pembangunan komersial dan perindustrian, S P Setia menghasilkan pembangunan mesra alam yang meningkatkan kesejahteraan komuniti.  

Mereka turut mengembangkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan projek di Vietnam, Australia, Singapura, United Kingdom, China, dan Jepun. 

Anugerah yang Diterima – 17 Time Winner of FIABCI World Prix D’Excellence Award 
– 18 Time Winner of FIABCI Malaysia Property Award  
Pendapatan Tahunan 2024 RM3.2 B 
Nombor Telefon 03-5021 2525 
Skyworld logo

10. Skyworld Development Berhad 

Akhir sekali, Skyworld Development beroperasi dengan nilai utama untuk menawarkan pengalaman skyliving yang unik dan inovatif

Walaupun ditubuhkan lebih baru berbanding pemaju hartanah lain, projek-projek mereka tetap selaras dengan visi utama syarikat untuk menawarkan kediaman yang berdaya saing dan berinovasi.  

Antara projek mereka yang paling berjaya dan terkenal adalah siri Sky Awani, menjadi pilihan utama bagi pembeli rumah pertama dan keluarga. 

Namun, mereka sering mengintegrasikan konsep kediaman mampu milik dan inisiatif CSR, serta bekerjasama dengan kerajaan dalam pelbagai projek pembangunan hartanah. 

Anugerah yang Diterima – FIABCI Malaysia Property Award 2023 
– Putra Aria Brand Awards 2024 (Gold Winner in Property Development Category) 
Pendapatan Tahunan 2024 RM688.04 M 
Nombor Telefon 03-4270 9968 

Kepentingan Memilih Pemaju yang Tepat 

  1. Pelaburan yang Selamat 

Memilih pemaju yang tepat memastikan pelaburan anda lebih selamat, dengan potensi pulangan yang menguntungkan. Ini dapat meminimumkan risiko kerugian akibat projek tertangguh atau terbengkalai. 

  1. Kualiti Projek yang Terjamin 

Pemaju berpengalaman memastikan setiap projek dibangunkan mengikut standard tinggi dengan menggunakan bahan berkualiti serta mematuhi undang-undang dan garis panduan industri.

  1. Perkhidmatan Pelanggan yang Baik 

Pemaju yang dipercayai sentiasa mengutamakan perkhidmatan pelanggan yang efisien. Dari proses pembelian hingga selepas jualan, mereka memastikan setiap langkah berjalan lancar dan memenuhi semua keperluan anda. 

  1. Reka Bentuk yang Menarik 

Reka bentuk moden dan inovatif adalah salah satu kekuatan pemaju hartanah yang berjaya. Mereka memastikan reka bentuk yang diterapkan bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran semasa, tetapi juga meningkatkan nilai hartanah anda dalam jangka panjang. 

Jadi, sama ada anda mencari rumah pertama atau peluang pelaburan, pastikan anda memilih pemaju yang tepat – kerana pemaju yang betul adalah kunci kepada pelaburan berjaya dan masa depan yang lebih terjamin! 


Adakah anda mencari pelaburan pintar dan rumah impian? Dengan pelbagai pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, rumah impian anda kini dalam jangkauan. Isi borang di bawah dan kami akan membantu menjawab pertanyaan anda.





+60



Baca Selanjutnya:

  1. Pembeli Rumah Pertama? 10 Soalan Anda Telah Di Jawab!
  2. Agensi Hartanah Top 10 di Malaysia: No. 3 Adalah Yang Terbaik!
  3. Malaysia kini di Tangga Teratas antara Negara di Asia untuk Pelaburan Hartanah dalam Kalangan Pembeli Asing – Juwai IQI

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯