Pemilik rumah di Malaysia menikmati lonjakkan nilai hartanah yang meningkat dengan luar biasa dengan purata sekitar 40% atau lebih RM136,716 nilai hartanah yang meningkat dalam tempoh 10 tahun hingga 2023.
Pemilik rumah di Malaysia melihat pendapatan mereka menaik setara dengan jumlah gaji melebihi empat tahun kerana nilai rumah mereka mencatatkan peningkatan. Jabatan Perangkaan menambat median gaji rasmi tahunan pada RM32,000.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, harga median meningkat daripada RM330,427 pada 2014 kepada RM467,143 pada 2023.
Data menunjukkan, jika seseorang mampu memiliki rumah sendiri secara mampan, ia akan menjadi antara laluan paling mudah untuk mereka mencapai keselamatan kewangan
Kashif Ansari
Beliau berkata, Selangor adalah antara negeri terbaik untuk pelaburan hartanah yang merasai kenaikan nilai terbesar dalam tempoh 10 tahun dengan kenaikan sebanyak RM169,091 pada 2023. Kemudian diikuti dengan Sarawak dengan nilai rumah meningkat sebanyak RM152,016 dan Johor di peringkat ketiga dengan kenaikan RM147,363.
Sementara itu, beliau berkata, nilai rumah di Kuala Lumpur naik RM145,523 pada 2023 dan diikuti Negeri Sembilan dengan harga RM128,943. Manakala di Kelantan, harga pemulaan lebih rendah, tetapi ada peratus keuntungan yang lebih besar. Iaitu melonjak sebanyak 70% dalam tempoh 10 tahun sebesar RM105,537.
“Bukan hanya Kelantan yang dapat pulangan yang memberangsangkan dari segi peratusan. Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah memberi ganjaran kepada pemilik rumah dengan keuntungan 69% dalam nilai rumah. Perak, Johor dan Perlis juga mendapati nilai rumah mengembang lebih 50%,” katanya.
Walaupun median harga hartanah Malaysia menaik sebanyak 42%, beliau berkata, pemegang gadai janji peroleh manfaat daripada seluruh keuntungan harga.
Ini kerana, pemegang gadai janji memperoleh pulangan yang lebih besar atau 66% daripada wang yang mereka masukkan ke dalam rumah mereka selama 10 tahun.
Antara negeri yang mendapat pulangan terbesar melalui gadai janji:
- Kelantan (113%)
- Melaka (111%)
- Negeri Sembilan (111%)
- Kedah (110%)
“Data itu jelas menunjukkan bahawa pemilikan hartanah di Malaysia merupakan pelaburan yang memberi keuntungan sejak sedekad lalu. Pemilik rumah juga telah melihat pulangan pelaburan yang memberangsangkan,” katanya.
Terima kasih di atas liputan media. Baca lebih lanjut di: Dagang News, Harian Metro, dan BH Online.