Di Malaysia, bila kita bahas tentang cara untuk menangani inflasi dan tambah nilai kepada aset, saya percaya ramai yang akan terfikir tentang pelaburan hartanah.
Tidak dijangkal lagi, pelaburan hartanah merupakan jenis pelaburan yang paling dikenali dan merupakan salah satu pelaburan yang popular di Malaysia.
Namun, melabur dalam hartanah tidaklah semudah yang disangka, terdapat banyak aspek penting yang perlu dititikberatkan. Apakah aspek itu? Jom kita teroka bersama!
Apa itu Pelaburan Hartanah?
Pelaburan hartanah adalah pelaburan di atas tanah (sama seperti emas dan perak). Pelaburan yang dibuat dengan membeli satu jenis hartanah bukan bertujuan untuk didiami sebaliknya untuk pelaburan.
Hasil daripada pembelian tersebut, sama ada untuk aliran tunai (cash flow) atau kenaikan harga hartanah (capital appreciation).
Dalam erti kata mudah, matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan keuntungan. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengembangkan wang anda dari masa ke semasa.
Jadi, Bagaimana Cara Selamat Membuat Pelaburan Hartanah?
Ramai yang anggap melabur hartanah ni senang dan boleh beri keuntungan besar. Hakikatnya tidaklah semudah yang disangka.
Bukan semua pelabur hartanah berjaya mendapat keuntungan seperti yang diharapkan, hal ini kerana setiap pelaburan ada risikonya.
Berikut adalah 4 langkah yang boleh anda ikuti untuk membuat pelaburan hartanah dengan selamat:
1. Kenal Pasti Matlamat dan Strategi Pelaburan
3 Agensi Hartanah Terbaik untuk Pelaburan Hartanah
Membeli rumah boleh jadi rumit dan sukar bagi pembeli rumah baharu mahupun yang berpengalaman. Oleh itu, agensi hartanah profesional memainkan peranan yang penting untuk membantu dan memudahkan proses jual beli hartanah.
Bukan sahaja agensi hartanah yang memainkan peranan penting, memilih ejen hartanah berdaftar juga penting untuk memastikan setiap proses dan prosedur berjalan dengan mudah.
Turut dikongsi di bawah ialah 3 Agensi Hartanah terbaik di Malaysia:
1. Carey Real Estate
Carey Real Estate mula ditubuhkan pada tahun 1983, kegiatan mereka tertumpu pada Pelaburan Harta Komersial, Penjualan & Pajakan Industri dan Hartanah Mewah.
Selain itu, komponen utama mereka ialah Pengurusan Penyewaan, Rasionalisasi Kewangan pelaburan hartanah dan Penyewaan Runcit.
2. IQI Global
IQI Global mula ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah berkembang dari 10 ejen pada tahun 2011 kepada 30,000 ejen di 22 negara termasuk Malaysia pada tahun 2023, dengan tumpuan yang kuat pada teknologi hartanah.
6 November 2023 lalu, mereka telah diiktiraf sebagai Syarikat Proptech Terbesar di Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Penghormatan ini telah menetapkan penanda aras yang lebih tinggi untuk inovasi dan teknologi dalam industri hartanah.
Sertai IQI sekarang dan jadi antara yang terbaik!
3. Zerin Properties
Zerin Properties ditubuhkan pada 14 Januari 2002 dengan pasukan yang terdiri daripada 5 orang sahaja. Dalam masa kurang dari dua dekad, mereka telah membina reputasi dengan memenangi beberapa anugerah dan telah menjadi salah satu agensi hartanah terkemuka di Asia.
Klik di sini untuk lebih banyak senarai agensi hartanah terbaik di Malaysia!
5 Negeri yang Mempunyai Potensi Baik Untuk Pelaburan Hartanah di Malaysia
1. Selangor
Selangor mempunyai pasaran hartanah yang aktif dan pelbagai jenis hartanah yang boleh dipilih. Selain itu, Selangor juga mempunyai banyak kemudahan dan infrastruktur yang baik.
Berdasarkan sumber data dari Napic untuk H1 2023 (10 November 2023), sebanyak 13.7272 Billion transaksi yang telah dilakukan dan sebanyak 25,474 jumlah rumah telah terjual.
2. Johor
Johor mempunyai banyak projek pembangunan hartanah yang sedang berjalan dan berkembang, seperti projek Forest City dan Iskandar Malaysia.
Berdasarkan sumber data dari Napic untuk H1 2023 (10 November 2023), sebanyak 7.8518 Billion transaksi yang telah dilakukan dan sebanyak 17,962 jumlah rumah telah terjual.
3. Kuala Lumpur
Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur sentiasa menjadi pilihan utama bagi pelabur hartanah.
Kehidupan di sini juga menawarkan gabungan kehidupan bandar yang moden dengan budaya yang kaya, menjadikannya tempat yang selesa untuk didiami.
Berdasarkan sumber data dari Napic untuk H1 2023 (10 November 2023), sebanyak 4.9591 Billion transaksi yang telah dilakukan dan sebanyak 5,897 jumlah rumah telah terjual.
4. Pulau Pinang
Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara, bertujuan untuk meningkatkan keadaan sosio-ekonomi negeri-negeri utara. Banyak projek besar telah pun dilaksanakan di Pulau Pinang.
Tidak mengejutkan, perkembangan baharu ini telah meningkatkan harga perumahan di seluruh Pulau Pinang—di samping pemandangan laut yang menakjubkan sebagai kelebihan tambahan.
Berdasarkan sumber data dari Napic untuk H1 2023 (10 November 2023), sebanyak 3.4913 Billion transaksi yang telah dilakukan dan sebanyak 8,170 jumlah rumah telah terjual.
5. Perak
Bila kita cakap tentang Perak, ramai akan terfikirkan Ipoh. Tidak dinafikan lagi, Perak memang terkenal dengan khazanah semula jadi.
Keindahan dan ketenangan semula jadi Perak menawarkan peluang hebat untuk pelabur yang ingin mencipta pengalaman pelancongan mesra alam sebagai tindak balas kepada peningkatan permintaan.
Berdasarkan sumber data dari Napic untuk H1 2023 (10 November 2023), sebanyak 3.01824 Billion transaksi yang telah dilakukan dan sebanyak 12,471 jumlah rumah telah terjual.
Klik di sini untuk lihat data penuh dari Napic!
Berdasarkan perkara di atas, terdapat banyak tempat di Malaysia yang sesuai untuk pelaburan hartanah dan mempunyai potensi pembangunan.
Jadi amatlah penting untuk diingatkan bahawa pelaburan hartanah datang dengan risiko. Pastikan anda berunding dengan profesional untuk membuat keputusan termaklum dan mendapatkan lebih banyak pulangan.