Versi: EN
Catatan Editor: Bagi memastikan privasi individu terpelihara, nama-nama dalam artikel ini mungkin telah diubah atau dikeluarkan. Kami memahami bahawa setiap perjalanan kewangan adalah unik; apa yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Matlamat kami adalah untuk menawarkan maklumat yang jelas, nasihat undang-undang, dan panduan kepada pembaca mengenai pemilikan hartanah.
Mereka kata memiliki rumah pertama adalah satu pencapaian besar. Tapi bagaimana jika anda terpaksa melakukannya seorang diri?
Sebagai seorang ibu tunggal, impian memiliki rumah sendiri bukan sekadar keinginan—ia adalah keperluan. Namun, tanpa sokongan kewangan yang kukuh, ramai yang beranggapan ia mustahil.
Tapi, bukan duit semata-mata yang menjadikan impian satu kenyataan. Keazaman, strategi, dan keberanian boleh membuka pintu kepada kehidupan yang lebih stabil dan bermakna.
Ini adalah kisah bagaimana seorang ibu tunggal berjuang melawan ketidakpastian, mengatasi cabaran kewangan, dan akhirnya berjaya membeli rumah pertamanya.
Jika anda berada dalam situasi yang sama, ketahuilah—ada jalan untuk anda juga.

Sekian lama, hati ini menyimpan impian untuk memiliki sebuah rumah… Terbayang-bayang di mata, anak-anak membesar dengan riang, di dalam rumah yang penuh kasih sayang, di mana mereka rasa selamat dan dilindungi.
Dulu, sewaktu arwah suami masih ada, kami menyewa di sebuah flat kecil di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Masa tu, saya hanya bekerja sambilan, kerana keutamaan saya adalah menguruskan rumahtangga dan anak-anak yang masih kecil.
Gaji arwah suami bukanlah besar mana, tapi kami beringat, berjimat cermat. Dalam hati, kami tanamkan azam, “Suatu hari nanti, kita mesti berikan yang lebih baik untuk anak-anak.”
Kami impikan rumah yang lebih selesa, tempat anak-anak boleh berlari dan bermain dengan bebas. Namun… takdir Allah, siapa yang dapat menduga?
Dalam sekelip mata, hidup saya berubah. Suami pergi menghadap Ilahi ketika usia saya baru 32 tahun. Terkapai-kapai saya seorang diri, menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal.
Impian untuk memiliki rumah sendiri tu, masih ada… Tapi, macam mana cara nak beli rumah pertama? Simpanan tak seberapa, back-up plan pun tak ada.
Saya anggap ni sebagai cabaran ibu tunggal untuk saya…
Yang ada, cuma saya, dua orang anak yang masih kecil – seorang empat tahun, seorang lagi enam tahun, dan seribu satu soalan bermain di fikiran.
Nak mula dari mana pun, saya tak tahu. Dunia hartanah ni terasa asing sangat bagi saya. Risau, kalau-kalau tersalah langkah, naya nanti!
Sejujurnya, masa tu, saya sendiri tak pasti. Bersediakah saya nak mencari rumah? Kuatkah saya nak hadap semua ni sorang-sorang?
Tapi, akhirnya saya sedar. Saya perlukan seseorang yang boleh terangkan kepada saya cara beli rumah pertama ni, dengan bahasa yang mudah, yang saya boleh faham.
Hari berganti hari, makin lama, makin saya sedar. Duduk di kawasan yang tak berapa selamat ni, bukanlah pilihan yang baik untuk anak-anak. Hati ibu mana yang tak risau?
Dah tak ada suami, nak harapkan siapa lagi lindungi kami? Hari-hari saya fikirkan keselamatan anak-anak.
Mak ayah saya jauh, duduk di kampung. Support tu memang support, tapi takkan nak menyusahkan mereka pula. Di KL ni, saya sorang-sorang. Rasa macam perlu pindah, cari tempat yang lebih baik.
Bila dah buntu sangat, saya mula bertanya kawan-kawan, jiran-jiran. Kot-kot ada yang boleh beri idea.
Waktu itulah, jiran saya, Aisyah, cadangkan saya jumpa ejen hartanah. Saya macam… “Ejen hartanah? Errr…”

Jujur eh, teragak-agak jugak lah. Sebab banyak dengar cerita tak best pasal ejen hartanah. Ada yang suka desak-desak orang beli rumah. Tipu duit orang lah apalah!
Takutlah jugak. Nanti tak pasal-pasal terbeli rumah yang tak mampu bayar. Mana nak cari duit?
Tapi, Aisyah bersungguh yakinkan saya, katanya, ejen yang dia kenal ni lain. Dia bukan setakat expert pasal hartanah, tapi dia juga faham perasaan orang yang nak beli rumah.
Dia tahu, beli rumah ni bukan keputusan kecil. Banyak benda nak kena fikir, lebih-lebih lagi bagi golongan ibu tunggal.
Dia kata, “Awak tak payah risau. Awak tak sorang-sorang.” Lega sikit hati saya dengar.
Lepas seminggu, saya call mak ayah di kampung, cerita pasal masalah kami. Lepas dengar emak bebel (tanda sayang!), saya sedar yang saya kena bertindak sekarang dan bersetuju untuk jumpa ejen hartanah tu.
Bukannya nak terus beli rumah. Saya nak belajar dulu prosesnya macam mana, nak tahu pilihan apa yang ada, dan dapatkan tips beli rumah pertama dari yang dah pro!

Mula-mula jumpa Mei, ejen dari IQI tu, saya tak tahu nak expect apa… Janggal? entahla~
Nak cakap apa eh? Macam mana nak bagitau orang pro ni tentang kehidupan ibu tunggal yang serba kekurangan ni, income pun tak menentu, tapi saya nak sangat bagi anak-anak tempat tinggal yang lebih baik?
Tapi, bila Mei datang, terus rasa selesa. Dia friendly dan senang diajak berbual. Ingatkan nak jumpa kejap je.
Last-last, tiga jam kami borak! Saya cerita semua – pasal kerisauan, impian, apa yang saya nak dari sebuah rumah.
Mei tak judge langsung! Dia tak terburu-buru. Dia sabar jawab semua soalan saya. Soalan bodoh pun dia layan.
“Mampu ke saya beli rumah?”, “Closing cost tu apa?”, “Cukai taksiran tu untuk apa?”… Banyak betul soalan saya! Tapi Mei terangkan semuanya, satu per satu. Siap kongsi tips beli rumah pertama.
Mei, banyak ajar saya benda baru. Sebelum ni, memang zero pasal hartanah. Kami buat senarai, kira semua kos – bukan setakat ansuran loan rumah, tapi juga cukai, insurans, bil-bil, dan kos-kos lain yang kadang-kadang orang tak perasan.

Dari situ, saya mula faham, apa yang betul-betul penting bagi saya. Rumah yang selamat dan selesa untuk anak-anak, itu je. Tak perlu mewah. Mei pun ada bagi nasihat dalam cara beli rumah pertama.
Bab cari rumah… ingatkan best. Rupa-rupanya, pening juga! Excited tu memang ada, tapi saya sendiri tak tahu nak cari rumah macam mana.
Kena fikir jauh! “Rumah ni okay ke untuk jangka masa panjang?” Mei tolong saya narrow down pilihan, ikut keperluan sebenar, bukan ikut nafsu nak rumah cantik je.
Saya pun belajarlah, jenis-jenis rumah ni berbeza-beza, harga pun mesti lah lain. Ada pangsapuri (apartment), townhouse, rumah berkembar (semi-D), kondominium… Macam-macam! Mei beritahu saya tentang skim perumahan kerajaan. Bolehlah cuba mohon, mana tahu dapat.
Minggu demi minggu, Mei banyak bagi saya nasihat dan guide, supaya saya tak terbabas bajet. Saya tak perlu rumah besar, yang penting saya mampu bayar dan selesa.
Berminggu-minggu saya survey, akhirnya jumpa kawasan yang rasa macam, “Yes, ini okay!”
Kak Mei kenalkan macam-macam pilihan rumah untuk pembeli rumah pertama macam saya ni. Antaranya, ada Rumah PR1MA – skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40, yang pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.

PR1MA ni ada tawarkan rumah teres setingkat, harga berpatutan dan praktikal untuk keluarga yang nak cari rumah yang stabil dan selesa.
Tapi Kak Mei tunjuk juga rumah private. Ada satu di Cheras, memang best. Security bagus, dekat dengan public transport, dan ada tadika juga!
Rumah yang saya berkenan tu, jenis flat. Ada tiga bilik, luasnya dalam 517 kaki persegi. Harga pulak RM300,000, dan ansuran bulanan dalam RM1,500 – ngam-ngam dengan bajet saya.
Saya dah kumpul RM25,000 (duit arwah suami, simpanan sendiri, plus mak ayah tolong sikit). Tapi still kena apply loan bank.
Walaupun dah nampak jalan, tapi… bila fikir balik soal duit, masih risau. Apalah dugaan dan cabaran ibu tunggal lain yang akan mendatang? Nak bayar bil itu ini, nak penuhi keperluan anak-anak, dan lain lain…
Betul ke saya mampu nak beli rumah? Saya pun check balik akaun. Memang perit!
Nak tak nak, saya kena korbankan benda-benda yang tak berapa perlu. Beli makanan online, beli barang yang tak dirancang, subscribe macam-macam… semua tu, kena stop!
Tapi tak apa. Demi anak-anak, semua pengorbanan tu rasa berbaloi.
Saya mula rancang menu makanan, kurangkan belanja yang tak perlu, dan cari cara-cara kreatif nak jimat duit. Alhamdulillah, nampak bezanya dalam bajet saya.

Selepas lima bulan dok fikir, discuss, merancang dan macam-macam lah. Akhirnya saya bagitau Kak Mei, “Saya ready nak beli.” Saya pilih flat yang dia rekomen.
Walaupun duit tak cukup sangat, saya tawakal. Mungkin inilah masa yang sesuai. In shaa Allah, Allah bantu.
Dah confirm nak beli, next step: apply loan. Duit muka saya tak banyak, simpanan pun. Takut sangat, kalau bank reject, macam mana?
Tapi, Kak Mei… dialah yang banyak buka mata saya tentang proses loan ni. Dia terangkan jenis-jenis loan rumah yang ada, mana yang sesuai dengan saya, dan apa yang saya boleh expect.
Dia lah yang ada dengan saya sepanjang proses. Duduk sebelah saya, bantu saya isi borang dan jawab soalan-soalan saya. MashaAllah baiknya.
Selepas berminggu-minggu settlekan paperwork, follow-up sana sini… loan saya LULUS! Ya Allah, saya mimpi ke ni!
Tapi belum selesai lagi, ada benda lain kena buat – inspection, baiki apa yang patut, dan yang paling debar, closing!
Hari dapat kunci rumah tu, berdebar gila rasanya. Masuk je dalam rumah, pegang kunci… Ya Allah, rasa macam nak nangis pun ada!
Semua stress, semua pengorbanan, semua ketakutan… akhirnya berbaloi. Saya dah ada rumah sendiri! Anak-anak dah ada tempat berteduh yang selamat.
Tapi, ini baru permulaan. Tanggungjawab nak maintain rumah, nak manage bajet, nak bayar bil… semua tu, cabaran seterusnya.
Sekarang, dah dua tahun berlalu. Kadang-kadang, macam tak percaya pun ada, saya boleh lalui semua ni. Beli rumah sorang-sorang, tanpa backup plan… memang risiko.

Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sebab saya nekad, nak bagi anak-anak yang terbaik.
Kak Mei memang terbaik. Bukan setakat ejen, tapi mentor dan kawan. Dia banyak tolong. Bukan setakat beli rumah, tapi bina masa depan.
Saya takkan mampu buat semua ni, kalau tak ada orang yang betul-betul ambil berat dan bimbing saya.
Kalau anda ada terfikir, “Dah terlambat ke nak beli rumah?”… Saya nak bagitahu, takda istilah terlambat!
Kena ada guide yang betul, support yang kuat, dan azam yang kukuh. Insha-Allah, boleh dan Allah permudahkan.
Dan… kalau anda ibu atau bapa tunggal yang tengah berjuang nak cari rezeki untuk anak-anak… Jangan give up, ok?! Teruskan usaha untuk anak-anak, moga dia permudahkan urusan kita dalam menjaga amanah ini!
Jika anda mempunyai kisah pembelian rumah yang ingin dikongsikan, hantarkan e-mel kepada kami di iqisocial@iqiglobal.com dengan subjek [Kisah Pembelian Rumah: Nama Anda].
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah terdapat program khas untuk ibu tunggal membeli rumah pertama?
Tiada skim khusus untuk ibu tunggal, tetapi mereka layak memohon skim rumah mampu milik, subsidi kerajaan, dan skim pinjaman khas seperti SJKP, yang direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan tidak tetap.
Bolehkah ibu tunggal mendapatkan geran atau subsidi pembelian rumah?
Ya, sesetengah negeri menyediakan insentif khas, seperti pengecualian duti setem atau subsidi pembelian rumah bagi golongan ibu tunggal berpendapatan rendah. Sila semak dengan kerajaan negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.
Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum ibu tunggal membeli rumah?
Ibu tunggal perlu mempertimbangkan kemampuan kewangan, lokasi rumah, kemudahan berdekatan, komitmen jangka panjang, dan kelayakan pinjaman sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Bagaimana saya boleh pastikan ejen hartanah yang saya pilih adalah sah dan boleh dipercayai?
Pastikan ejen hartanah anda berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH). Dapatkan khidmat ejen hartanah yang berpengalaman, terpercayai, dan telus.
Apakah kos lain yang perlu saya sediakan selain pinjaman perumahan?
Selain deposit, pembeli perlu bersedia untuk beberapa kos-kos rumah lainnya, seperti yuran guaman, duti setem, insurans, yuran penilaian, dan kos ubah suai asas. Dapatkan anggaran awal untuk elak kejutan kewangan.
Bantu orang lain memiliki rumah impian sambil membina masa depan anda sendiri!
Sertai IQI sebagai Ejen Hartanah dan mulakan perjalanan kejayaan anda hari ini.
Baca Selanjutnya: