Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gaji atau Komisen: Mana Lebih Berbaloi dan Menguntungkan?

Kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia menuntut kita untuk bijak merancang kewangan. 

Apabila memilih kerjaya, persoalan penting yang sering timbul ialah: Gaji atau komisen? Mana satu lebih berbaloi?

Dan apa itu komisen, serta bagaimana ia berbeza dengan gaji? Adakah anda juga masih keliru tentang perbezaan istilah ini? Jangan risau!

Artikel ini akan membandingkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan, membantu anda membuat keputusan terbaik berdasarkan matlamat dan gaya kerja anda.



Kenali Perbezaan Komponen Pendapatan

Tahukah anda apa sebenarnya maksud gaji, komisen dan elaun? Sebelum membuat keputusan, penting untuk memahami perbezaan antara istilah-istilah ini. Jom kita rungkaikan satu persatu!

1. Gaji Tetap

Gaji ialah sejumlah wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja secara tetap pada setiap bulan sepanjang tempoh bekerja.

Bagi mereka yang memilih untuk makan gaji, gaji merupakan bayaran asas yang telah dipersetujui bersama dalam surat tawaran pekerjaan.

Dalam dunia pekerjaan, gaji sering menjadi tarikan utama kerana ia menawarkan pendapatan bulanan yang konsisten.

Bagi mereka yang mencari kestabilan kewangan, gaji tetap adalah pilihan yang menarik kerana ia membolehkan anda merancang kewangan dengan lebih baik dan teratur.

2. Komisen Tanpa Had

Komisen ialah bayaran yang diberikan kepada seseorang pekerja selepas mereka menyelesaikan tugas tertentu atau membuat jualan untuk syarikat, mengikut kadar komisen yang telah dipersetujui bersama.

Kebiasaannya, komisen dibayar berdasarkan jumlah projek atau jualan yang berjaya diselesaikan. Contonhnya, jika anda seorang ejen hartanah di IQI Global, komisen anda akan dikira selepas anda berjaya menutup jualan (close deal) bersama klien dalam urusan pembelian hartanah.

Antara pekerjaan yang menawarkan komisen ialah ejen jualan kereta, ejen insurans, ejen pelancongan dan ejen hartanah.

Masih ragu dengan potensi komisen dalam bidang hartanah? Dengarkan pengalaman Natasha, seorang ejen hartanah di IQI Global yang telah merasai sendiri potensi komisen tanpa had dalam industri ini:

Kalau kerja 9-5, walaupun dah berusaha sampai 200%, gaji tetap sama je. Tapi dalam hartanah, bila saya usaha 200%, pendapatan saya pun boleh naik dua kali ganda!

Natasha Gideon

3. Elaun

seorang majikan sedang memberi elaun kepada pekerja

Elaun pula ialah sejumlah wang yang diberikan oleh majikan sebagai manfaat tambahan kepada pekerja, selain daripada gaji asas yang ditawarkan.

Pembayaran elaun ini biasanya dianggap sebagai bentuk penghargaan syarikat terhadap pekerja atau untuk menampung kos tertentu berkaitan kerja. Jumlah dan jenis elaun ini akan ditetapkan oleh majikan dan dinyatakan dalam surat tawaran pekerjaan.

Namun, tidak semua pekerjaan menawarkan elaun. Ia bergantung pada dasar syarikat sama ada ingin memberikannya atau tidak. Contohnya, elaun makan, elaun kenderaan, elaun minyak dan lain-lain.

Perbandingan Pendapatan: Gaji Tetap vs Komisen Tanpa Had

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, lihat jadual di bawah:

CiriGaji TetapKomisen
KestabilanTinggiRendah hingga Sederhana
Potensi PendapatanTerhadTanpa Had
FleksibilitiRendahTinggi
Kawalan KerjaTerhadTinggi
ManfaatKWSP, PERKESO, Cuti Tahunan, dsb.Bergantung kepada syarikat

Fleksibiliti Kerja: Bebaskan Diri Anda dengan Sistem Komisen

perbezaan antara gaji tetap dan komisen ialah pekerja dengan gaji tetap perlu berada di tempat kerja sepanjang waktu bekerja

Dari segi status pekerjaan, pekerja yang menerima gaji tetap bulanan biasanya berstatus pekerja sepenuh masa di syarikat tersebut.

Mereka terikat dengan waktu dan hari bekerja yang telah ditetapkan serta perlu berada di tempat kerja sepanjang waktu bekerja dan protokol syarikat yang kadangkala agak ketat.

Sementara itu, bagi mereka yang menerima bayaran komisen, mereka biasanya bekerja secara sambilan atau bebas. Pekerjaan berasaskan komisen ini lebih fleksibel kerana anda tidak terikat dengan waktu atau lokasi tertentu.

Seimbangkan Kerjaya dan Kehidupan: Nikmati Work-Life Balance

Pekerjaan yang berasaskan pembayaran gaji tetap mungkin kurang mendapat work-life balance. Hal ini kerana mereka terikat dengan waktu dan hari bekerja yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Contohnya, jam bekerja bermula seawal 8 pagi, tetapi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, anda mungkin perlu keluar seawal 6 pagi. Waktu kerja pula tamat pada pukul 5 petang, namun anda hanya tiba di rumah sekitar 7 malam akibat kesesakan trafik.

Keadaan ini menyebabkan ramai pekerja bergaji tetap mengalami tekanan dan kepenatan kerana masa bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri menjadi terhad.

perbezaan antara gaji tetap dan komisen ialah pekerja berasaskan komisen lebih fleksibel kerana boleh bekerja pada bila-bila masa dan di mana sahaja

Berbeza dengan mereka yang bekerja berdasarkan komisen. Anda tidak terikat dengan waktu bekerja yang tetap. Jadual kerja lebih fleksibel, membolehkan anda bekerja pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sasidar, seorang ejen hartanah di IQI Global, berkongsi pengalamannya tentang bagaimana fleksibiliti kerja membantunya menyeimbangkan antara kerjaya dan kehidupan:

Masa tahun pertama tu memang mencabar… saya langsung tak ada pendapatan untuk sara keluarga. Tapi apa yang saya boleh buat ialah terus fokus lah dan tekad pada kerja dan cuba bertahan.

Sekarang, saya kerja dari pukul 7 pagi sampai 4 petang, lepas tu boleh bersenam dan luangkan masa dengan anak-anak. Saya juga pastikan ada satu atau dua hari seminggu sepenuhnya untuk keluarga. Syukur, semuanya membuahkan hasil… dan sekarang saya boleh rasa work-life balance yang lebih baik!

AG Sasidar

Kebebasan Memilih: Tentukan Sendiri Projek dan Pendapatan Anda

pekerja dengan gaji tetap terikat dengan deskripsi tugas

Apabila bekerja dengan gaji tetap, setiap tugas yang diberikan perlu dilaksanakan, walaupun ia mungkin bukan kerja yang anda minati. Ini kerana pekerja bergaji tetap telah terikat dengan deskripsi tugas mereka sejak hari pertama bekerja.

Berbeza dengan mereka yang bekerja berasaskan komisen. Anda bebas memilih projek yang ingin anda lakukan. Tiada siapa boleh memaksa anda untuk menerima projek yang tidak anda minati.

Dalam pekerjaan bergaji, jumlah pendapatan telah ditetapkan sejak awal – tiada perubahan walaupun anda berusaha lebih keras. Tetapi dalam pekerjaan berasaskan komisen, pendapatan anda bergantung sepenuhnya pada usaha anda sendiri.

Jika anda mahu pendapatan yang lebih tinggi, tingkatkan usaha dan fokus pada lebih banyak projek. Jika mahu berehat seketika, anda boleh bekerja secara santai. Pendapatan anda, masa anda – semuanya anda yang kawal!

7 Kelebihan Luar Biasa Kerjaya Berasaskan Komisen

Banyak sebenarnya kelebihan pekerjaan berasaskan komisen ini berbanding pekerjaan yang menawarkan gaji tetap. Antaranya adalah:

1. Anda adalah bos kepada diri sendiri: Urus perniagaan hartanah anda sendiri.

2. Tiada sebarang stress dan tekanan dari pihak lain: Fokus kepada membina hubungan dengan pelanggan.

3. Fleksibel untuk menentukan bila dan di mana ingin bekerja: Jual hartanah dari mana sahaja.

4. Dapat meluangkan masa bersama keluarga sambil bekerja: Integrasikan kehidupan peribadi dan kerjaya.

5. Tidak terikat dengan kontrak dan protokol di tempat kerja: Nikmati kebebasan yang tidak terhad.

6. Potensi perolehan pendapatan tanpa had: Raih komisen lumayan tanpa batasan.

7. Dapat mengukur prestasi/kejayaan diri sendiri melalui projek yang berjaya: Lihat impak langsung hasil kerja anda.

8. Peluang membina rangkaian profesional yang luas: Berhubung dengan pakar industri dan pelabur.

9. Meningkatkan kemahiran jualan dan pemasaran: Jadi pakar hartanah yang diiktiraf.

Rezeki itu seperti lebah. Ia akan datang kepada mereka yang berusaha.

Kesimpulannya, gaji tetap menawarkan kestabilan dan pendapatan konsisten, manakala komisen memberi potensi pendapatan tanpa had dengan fleksibiliti kerja.

Setiap pilihan mempunyai kelebihan dan cabarannya tersendiri. Yang penting, kenali kekuatan dan matlamat anda sebelum membuat keputusan.

Kerana pada akhirnya, kejayaan bukan bergantung pada jenis pendapatan yang anda pilih, tetapi pada kesungguhan dan usaha yang anda curahkan dalam kerjaya tersebut.


Soalan Lazim (FAQ)

Kerjaya komisen menawarkan potensi pendapatan tanpa had, fleksibiliti masa, dan kebebasan memilih projek yang diminati.

Tidak semestinya. Banyak agensi seperti IQI Global menyediakan latihan lengkap untuk ejen baru.

Komisen dikira berdasarkan peratusan daripada nilai jualan hartanah yang berjaya diselesaikan.

Pendapatan mungkin tidak konsisten pada permulaan dan memerlukan disiplin tinggi untuk berjaya.

Kerjaya ini sesuai untuk individu yang proaktif, berdisiplin, dan bersemangat untuk mencapai pendapatan tinggi.

IQI Global menyediakan latihan, bimbingan, teknologi, dan sokongan pemasaran yang komprehensif untuk membantu ejen baru berjaya.


Berminat dengan potensi pendapatan tanpa had? Sertai IQI Global dengan mengisi borang di bawah & pasukan kami akan segera menghubungi anda untuk memulakan perjalanan anda dalam dunia hartanah!


Baca Selanjutnya:

1. Jadi Perunding Hartanah (REN) Dan Peroleh Pendapatan Tanpa Had!

2. 5 Pekerjaan Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2024 menurut Jobstreet!

3. Nak Jana Pendapatan Lebih? Ini 5 Kelebihan Kerja Berasaskan Komisen

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯