KWSP kini telah menyediakan inisiatif baharu bagi mereka yang nak beli rumah pertama, adakah anda tahu tentangnya?
Setiap orang pasti ada impian nak ada rumah sendiri tanpa perlu menyewa kan? Sama lah~ Tapi dengan harga hartanah yang semakin melambung sekarang ni membuatkannya agak sukar untuk dikecapi.
Jadi, untuk meringankan beban ahli, KWSP membuat inisiatif ini dan membenarkan anda mengeluarkan simpanan dari Akaun Sejahtera untuk membiayai pembelian rumah anda.
Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran KWSP?
Ya, betul! KWSP kini memberi peluang kepada ahli untuk menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) bagi pembelian hartanah. Menarik bukan?
Jadi, adakah ada bercadang untuk membeli rumah pertama dan nak tahu cara menggunakan KWSP online untuk pengeluaran khas serta ingin tahu tip-tip tentang pembelian rumah?
Jangan risau, kami dengar keluhan anda. Jom baca sampai habis!
Apa Itu KWSP?
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia.
Ia ditubuhkan pada tahun 1951 dan bertujuan untuk membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Syarat Kelayakan Memohon Pengeluaran KWSP
Terdapat beberapa kriteria atau syarat-syarat diperlukan untuk membolehkan anda memohon pengeluaran khas duit dari Akaun 2 ini.
Ketika membuat pengeluaran, perkara pertama perlu dilakukan adalah membuat semakan kelayakan sama ada layak atau pun tidak.
Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara & Bukan Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 tahun
- Membeli rumah kediaman
- Mempunyai baki minima RM500 dalam Akaun Sejahtera
- Pinjaman yang diluluskan dari institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
- Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/ melupuskan pemilikan
Kategori Pengeluaran
Terdapat 2 kategori iaitu Pengeluaran individu dan Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga.
Dari situ, terpecah lagi kepada 2 jenis iaitu Pinjaman Perumahan dan Pembiayaan Sendiri/ Tunai, di bawah adalah penerangannya:
Pinjaman Perumahan:
Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama |
Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah) | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera pemohon (mana lebih rendah) |
Pembiayaan Sendiri/Tunai:
Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama |
Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah) | Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera pemohon (mana lebih rendah) |
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan
Setiap permohonan yang dilakukan, perlulah disertakan sekali dengan dokumen lengkap serta disusun mengikut turutan. Dokumen disediakan secara softcopy/hardcopy,
Di bawah adalah antara senarai dokumen yang diperlukan:
- Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
- Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)
Jika membuat pinjaman bersama (joint loan), perlu sertakan surat penerangan yang menjelaskan alasan pembelian bersama tersebut.
Ini termasuk pembelian bersama pasangan, ibu bapa, atau saudara mara terdekat. Surat tersebut perlu menjelaskan tujuan serta keperluan pembelian secara bersama-sama.
Cara Pembayaran
Dari segi pembayaran pula terbahagi kepada 2 iaitu Bayaran Dalam Negara atau Bayaran Luar Negara, lihat rajah dibawah untuk perbezaannya:
Bayaran Dalam Negara | Bayaran Luar Negara |
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda. (Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel KWSP dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank) | Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda. (Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan) |
Anda akan diberi Cek Jurubank. (Jika bayaran ke akaun anda gagal) | Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. (Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan) |
Bagaimana Cara Untuk Menyemak Status Permohonan dan Bayaran?
Selepas memohon mesti nak semak kan? Sama ada lulus atau tidak, dah masuk ke bayaran atau tidak? Jadi macam mana?
Ha, ada 2 cara untuk anda semak status permohonan dan bayaran anda iaitu:
- Menggunakan aplikasi atau web portal KWSP i-Akaun
- Mengunjungi mana-mana pejabat KWSP yang berdekatan
Tahukah anda sekarang KWSP telah melancarkan akaun baharu yang diberi nama Akaun 3 (AKaun Fleksibel)! Apa tu? Jom baca!
Dokumen Tambahan untuk Rumah Pertama atau Kedua
Pinjaman perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza antara pembelian rumah pertama dan kedua.
Oleh itu, adalah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan dengan teliti bagi memudahkan proses permohonan.
Rumah Pertama:
Pinjaman Pembiayaan | Pembiayaan Sendiri/Tunai |
Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran anak (jika memohon bersama pasangan). | Harga rumah + tambahan 10% atau semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana yang lebih rendah). |
Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos atau pengesahan cap ibu jari gagal. | Dokumen Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak. |
Bukti penjualan atau pelupusan rumah pertama (jika pengeluaran bertujuan mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman rumah kedua). Boleh semak di sini untuk lebih info! | Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (khusus untuk bukan pemegang MyKad). Boleh semak di sini untuk penerangan lebih! |
Rumah Kedua:
Pinjaman Pembiayaan | Pembiayaan Sendiri/Tunai |
Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran anak (jika memohon bersama pasangan). | Harga rumah + tambahan 10% atau semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana yang lebih rendah). |
Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos atau pengesahan cap ibu jari gagal. | Dokumen Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak. |
Bukti penjualan atau pelupusan rumah pertama (jika pengeluaran bertujuan mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman rumah kedua). | Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (khusus untuk bukan pemegang MyKad). |
Tips Mudah Untuk Beli Rumah Yang Anda Wajib Tahu
Nak beli rumah? Jom baca tips mudah beli rumah beserta panduan di bawah, semoga ianya dapat membantu memudahkan urusan anda:
1. Matlamat
- Ketahui matlamat anda, lain orang lain matlamat mereka dalam membeli rumah. Oleh itu, pastikan matlamat dan tujuan anda jelas untuk membeli rumah.
2. Status Kewangan
- Pastikan anda kaji kemampuan kewangan anda sebelum beli rumah. Pertimbangkan segala kemungkinan seperti pendapatan bulanan, komitmen lain dan simpanan yang ada.
- Ketika membuat pembelian rumah, sedia maklum bahawa hutang tersebut akan memakan masa 20 hingga 35 tahun akan datang.
3. Buat Persediaan Untuk Proses dan Dokumen Pinjaman
Di bawah adalah antaranya:
- Bayar komitmen bulanan menepati waktu yang telah ditetapkan.
- Status pekerjaan adalah tetap.
- Semak penyata caruman KWSP, pastikan majikan mencarum dengan betul dan tepat.
- Dokumen sokongan lengkap.
- Gaji yang diterima sama dengan penyata gaji.
- Baki akaun bank tiada berlaku penyusutan.
- Jumlah wang mencukupi melibatkan semua kos pembelian rumah.
4. Faham urusan jual beli isi kandungan dokumen perjanjian sebelum tandatangan kontrak perjanjian tersebut
5. Pilih Lokasi Yang Strategik dan Sesuai
- Lokasi yang baik dapat memberikan akses mudah kepada kemudahan-kemudahan seperti perhubungan awam, sekolah, kedai, hospital, taman, dan pusat membeli-belah.
- Selain itu, lokasi yang strategik juga boleh memberikan nilai pelaburan yang lebih tinggi, memudahkan perjalanan harian anda, dan meningkatkan keselesaan serta kualiti kehidupan anda dan keluarga.
Klik artikel ini untuk lebih banyak rahsia dan tips Mudah untuk beli rumah!
Kami mempunyai profesional hartanah yang boleh membantu anda. Isi borang di bawah, untuk berhubung dengan mereka.
Baca Selanjutnya:
1. Lihat Bagaimana 4 Individu Ini Beli Rumah Pertama Mereka di Usia 20-an!
2. 5 Cara Berunding Dengan Owner Rumah Sebelum Anda Beli Rumah
3. Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT & Semak Syarat Kelayakkan 2024